Selasa, 17 Januari 2012

Mereka yang memerlukan bantuan

Hari Sabtu lepas, 14/1/2012, aku dan isteri berkunjung ke Mahaad Tahfiz Muhammadi iaitu sebuah rumah yang didiami oleh anak2 yatim & fakir miskin di Bukit Rangin, Kuantan. Kami kesini kerana Isteri ku ingin membayar zakat hasil dari sedikit wang simpanannya yang telah mencukupi haul & nisab.  Aku juga tumpang sekali untuk melaksanakan tanggungjawabku memenuhi rukun Islam yang keempat ini. Apa yang sebenarnya yang aku ingin ceritakan disini ialah 2 perkara.

Pertama, masih terdapat orang2 susah yang bertaburan dimerata2 untuk terus bersaing hidup didunia ini. Di Mahaad Tahfiz Muhammadi ini terdapat  seramai 14 orang anak yatim yang menumpang kasih serta tekun mendalami ilmu2 agama. Mengikut Ustaz Tengku iaitu Pengetua merangkap pemilik persendirian Mahaad ini iaitu Pusat Pengajian ini menerima sesiapa saja dikalangan anak2 orang Islam yang miskin, terabai dan tidak berkemampuan untuk menyara anak mereka apalagi untuk memberi pendidikan secara formal. Kami diperkenalkan dengan 2 orang kanak2 yang masih kecil & comel yang terpaksa menetap disini. Ibu bapanya berpisah dimana si ibu hilang entah kemana manakala si bapa merupakan saorang penagih tegal. Bagitu juga dengan lain2 kanak2 yang mengalami keperitan hidup yang sukar dikisahkan disini.

Kedua, masih ada insan berhati mulia yang sanggup memikul tanggungjawab memelihara dan mendidik anak2 miskin ini dengan kudrat dan pembiyaan sendiri. Dana yang diperolehi adalah dari sumbangan dan pemberian zakat dari orang ramai. Ustaz ini merupakan seorang persara. Beliau dibantu oleh isterinya untuk memasak makanan bagi anak2 miskin tersebut. Kelengkapan peralatan yang terdapat disini adalah sekadar memenuhi keperluan asas. Tidak seperti kanak2 lain, anak2 disini tidak mempunyai kemudahan TV apatah lagi siaran TV berbayar. Namun mereka cekal menuntut ilmu agama, hapalan alquran dan sebagainya.

Kepada pembaca yang berkemampuan, hulurkan lah bantuan kepada pusat2 pengajian persendirian seperti ini walaupun dimana saja. Sesungguhnya setiap sumbangan yang diberikan akan dirahmati dan diberkati Allah SWT dan semestinya sipemberi akan mendapat ganjaran rezeki berkali ganda dari Allah SWT. Amin.


Disinilah Rumah Penginapan Maahad Tahfiz Muhammadi

Tempat tidur mereka dimana tilam akan dibentangkan diatas karpet lantai

Berdepan dengan pengetua Mahaad Tahfiz

Sebahagian dari kanak2 yatim & fakir miskin penghuni disini