Kesihatan

12/04/14

Pagi tadi aku berjogging tanpa henti 6 pusingan di City Park, Seremban 2. Masa yang aku ambil untuk berlari tanpa henti ini selama 43 minit. Satu pusingan hampir 2 km jauhnya. Masa agak lambat juga mungkin kerana track yang berbukit.  Mungkin kerana hari Sabtu maka terdapat terlalu ramai orang pagi nie. Walau bagaimanapun terdapat kira2 70% terdiri dari bangsa Cina, Melayu dalam 20% dan selebihnya India dan orang asing. Ada satu kumpulan dalam 100 orang melakukan exercise berasaskan Music ala2 Poco Poco kebanyakkannya Melayu. Nampaknya, kesedaran untuk kesihatan lebih kepada Cina dan orang Melayu tak seberapa.

Kesihatan sebenarnya adalah harta yang tak ternilai. Kalau kita jatuh sakit, wang ringgit yang ada tidak lagi bermakna. Ia akan dibelanjakan sebanyak mungkin untuk menyembuhkan penyakit. Maka, jagalah kesihatan anda.

Berapa ramai diantara kita yang tak dapat makan sea food, daging, tea tarik dan sebagainya. Harta yang bertimbun tak berguna kalau keadaan dah sedemikian. Awas, jagalah kesihatan anda.

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT kerana memberkati & merahmati usaha aku dalam menjaga kesihatan ini dan aku masih boleh menikmati apa saja makanan yang aku suka.


15/01/13

Dah hampir setahun aku tak menulis diruangan ini. Mungkin agak sibuk dengan aktiviti harian. Hari nie teringat pula nak menulis pasal kesihatan.

Pagi tadi aku berjogging dikawasan perumahan tempat aku tinggal. Dah lama aku tak berjogging disini. Bukan apa....agak segan bertemu kawan2 lama yang masih berlumba2 untuk pergi kerja. Maka aku lebih selesa berjogging di Taman Bandar.

Aku bermula berjogging tepat jam 7 pagi tadi. Dari rumah aku mengambil jalan berpusing kat Tunas Manja dan terus menghala ke Bukit Rangin dan pusing balik melalui Pmtg Badak. Masa yang aku ambil agak pantas pada kali ini iaitu 44minit 44.41saat. Sebelum ini masa yang aku ambil untuk melalui track ini dalam 46 minit tanpa henti. Ini bermakna pace aku semakin laju. Mungkin penangan dari buah Mahkota Dewa agaknya. Kerana badan terasa semakin ringan dan tidak rasa penat langsung.

Alhamdulillah, tahun semakin meningkat dan tenaga bertambah nampaknya.


20/02/13

Walaupun cuaca yang sejuk di Cameron Highland tetapi ianya cerah dan tiada hujan. Aku tak melepaskan peluang  untuk berjogging. Aku memang terliur apabila melalui jalan yang berbukit2 dan berliku. Aku lihat ada 2 atau 3 pasang Mat Salleh dan orang Jepun yang nampaknya hanya berjalan kaki diruang berjalan yang disediakan. Kali ini aku memilih untuk berjogging disebelah petang selepas waktu Asar kerana suasana diwaktu pagi mungkin lebih sejuk lagi. Aku bermula dari Hotel di Brincang dan terus berjogging ke Tanah Rata yang jaraknya hampir 6 km. Aku mengambil masa yang agak lama iaitu dalam 1jam 22 minit untuk pergi dan balik dari Brincang ke Tanah Rata atau dalam jarak 12km sahaja. Tempoh masa ini agak lambat dari masa yang biasanya aku ambil iaitu sekitar 1jam 8minit saja bagi jarak 12km. Sebenarnya aku terpaksa berjalan kaki di beberapa kawasan yang terlalu tinggi bukitnya manakala selebihnya aku berlari seperti biasa. Ada banyak kereta yang membunyikan hon mereka kepada aku terutama apabila aku masih berlari dikawasan berbukit dan ketika memotong Mat Salleh yang hanya berjalan kaki saja.

Aku rasa sungguh segar berjogging disini. Mungkin pada next visit aku akan cuba turun sehingga ke Ringlet yang jaraknya dalam 18km dari Brincang dan balik naik teksilah..... Situasi sebagini biasa aku lakukan semasa berjogging dari rumah sewaku di Air Hangat, Langkawi sehingga ke Dataran Helang di jetty Kuah dan balik aku menaiki bas semasa aku tinggal & bekerja di Langkawi dahulu. Juga, semasa aku tinggal di Balok Baru, aku kerap berjogging dari Balok Baru ke Office aku di Jalan Besar, Kuantan dan balik menaiki bas. Jaraknya dalam 26km sehala.


17/12/2012

Sekembali aku dari Solat Subuh di Masjid Jamek, Paka, aku ternanti-nantikan waktu yang agak cerah sikit untuk aku berjogging. Sebenarnya, aku biasa berjogging di Paka ini iaitu ketika aku berkerja di Kerteh Depot dan tinggal di Rantau Petronas sekitar tahun 1990 -1995 dulu. Aku masih ingat iaitu ketika hari tak bekerja dalam hari Sabtu, isteri aku akan menghantar aku ke Paka berhadapan Balai Polis. Dari sini, aku akan berjogging tanpa henti hingga ke Rantau Petronas yang jaraknya dalam 20km.  Aku juga biasa memenangi tempat ketiga bagi Maraton terbuka Petronas yang lariannya bermula dari Paka hingga ke Sek. Rantau Petronas, Kerteh.

Tapi kali ini aku tak boleh nak berjogging di Jalan Besar kerana pada hari Isnin itu hari bekerja dan mungkin terlalu ramai kawan2 sekerja dulu akan melambai tangan atau membunyikan hon kereta jika mereka ternampak aku sedang berjogging.  Jadi, aku ambil jalan mudah iaitu berjogging di jalan persiaran pantai bermula dari Residence Resort.  Agak jauh juga track persiaran pantai ini dan aku melaluinya melepasi kawasan perumahan & perindustrian hingga ketempat ternakan & latihan kuda bersebelah dengan Kilang Polyethelyne di Kerteh. Sampai disini aku dah tak boleh terus kehadapan kerana pagar Kilang Ethelyne menghalangnya. Jadi, aku berjogging balik ke hotel. Masa yang aku ambil untuk berjogging pergi balik itu ialah 51 minit kurang 9 minit untuk minima KPI aku bagi setiap kali berjogging.

Walau bagaimanapun aku ingin menasihatkan sesiapa yang ingin berjogging di Persiaran Pantai Paka ini supaya jangan memasuki jalan perumahan dan perindustrian selepas penghujung Persiaran Pantai kerana terdapat banyak anjing dikawasan Perindustrian Kecil berhampiran Ethelyne. Semasa aku menghampiri kawasan ini terdapat 5 atau 6 ekor anjing dari sebuah kawasan perusahaan yang terbuka menyalak dan menyerbu kearah aku. Aku membaca sadikit Doa yang aku pelajari dan Alhamdulillah aku berjaya melintasi kawasan itu pergi balik hanya diperhatikan saja oleh anjing2 itu yang hampir keluar ke gigi jalan tempat aku berjogging.

Gambar diambil oleh cucu sekembali aku dari berjogging

14/10/2012

Kesempatan masa yang ada semasa di Penang ini aku tak lepaskan peluang untuk berjogging. Dari Hotel di Tanjung Bungah aku berjogging melintasi Tanjung Tok Kong hingga kepenghujung Gurney Drive. Jaraknya lebih kurang 16KM pergi/balik. Aku mengambil masa 1 jam 22 minit. Di Gurney Drive sahaja merupakan persiaran sepanjang 2KM. Ramai orang berjogging disini. 90% nya adalah orang Cina, 7% adalah orang India dan ada kurang dari 10 orang Melayu atau kira2 dua peratus saja. Selebihnya orang Inggeris. Dalam bab menjaga kesihatan nie aku puji orang Cina. Lelaki, Perempuan sama saja suka bersenam menjaga kesihatan. Sebab itu jarang kita nampah orang Cina yang debab atau buncit perut mereka. Mungkin juga mereka takut nak keluar duit bagi tujuan rawatan perubatan. Tetapi orang melayu adalah sebaliknya. Paling gemar bercerita pasal makan dan hiburan. Sakit tak pa..masuk hospital ....kemudian bayar.  Mereka orang senang agaknya.

Semasa di Gurney Drive, ada seorang Cina ber Tshirt merah mengikut aku. Aku laju dia pun laju. Aku perlahan dia pun perlahan. Semasa berlari balik dari Gurney Drive ke hotel dalam jarak 6 KM aku lihat dia masih mengikut aku dibelakang.  Dalam jarak 200 meter mendekati hotel, aku berhenti dan dia pun berhenti. Dengan berbahasa dia menegur aku. "Brother, jauh lari. Sudah biasa lari sini kah?"  "Tak da lah saya tinggal di hotel tu" jawab aku.  "Awak tinggal dimana?" soal aku. "Batu Feringgi dan sudah biasa lari jalan nie" katanya.

Sejauh 4KM lagi untuk sampai ke Batu Feringgi dari hotel penginapanku di Tanjung Bungah. Bagitulah bersungguhnya orang Cina tu yang nampak amat sihat, badan slim, bertenaga dan mungkin beliau jauh lebih muda dari ku.

Melihatkan fisikal dan kesungguhannya, Aku menjadi lebih bersemangat untuk berjogging. Sekembali aku ke Ara Damansara, aku berjogging sejauh 8 pusingan di kawasan perumahan tempat aku tinggal. Satu pusingan kira2  1.5KM. Dulu aku selalu berjogging sebanyak 14 pusingan tanpa henti disini. Aku akan cuba untuk mendapat jarak ini semula selepas ini. Bagitu juga aku akan lari semula di Taman Bandar sekembalinya aku ke Kuantan nanti.

Baru balik berjogging 



06/10/2012

Dah lama tak menulis kat ruang nie. Mungkin kerana sibuk dengan aktiviti kebun. Rasanya badan berpeluh akibat berkebun lebih dari berjogging atau berbasikal. Namun aku masih sentiasa berjogging apabila ada peluang terutama ketika tak ke Dusun. Aku masih boleh maintain kadar distance dan masa yang diambil walaupun usia semakin meningkat.  Kalau di Taman Bandar yang jogging track nya 1.6km aku masih boleh berjogging sebanyak 8 pusingan tanpa henti pada kadar masa 1jam 12minit.  Aku juga berjogging di Ara Damansara dan Padang Awam Kelana Jaya apabila aku berada di KL. Sepasang kasut jogging ku memang sentiasa ada dalam kereta. Aku agak kurang berbasikal kerana terpaksa mengayuh pada jarak yang jauh dan agak bahaya juga dengan kesibukan lalulintas.

Kepada anda sekelian, aku sarankan berjogging lah untuk mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Amat mudah untuk berjogging dan ia merupakan senaman yang terbaik untuk badan kita.

Nak kesihatan terbaik, tak ada masalah darah tinggi, sakit jantung, gout, kekalkan keceriaan, keintiman dalam hubungan suami & isteri, susuk badan yang menarik dan awet muda....

Ayuh, carikan sepasang kasut, sehelai seluar & baju T.....kita pi.. jogging.

Tips untuk mula berjogging telah saya tulis lama dulu iaitu artikel pertama dihalaman ini. (Sila browse ke bawah sekali.)

Cuba baca artikel terbaru yang aku petik dari "Jurnal Kesihatan" untuk mengetahui kebaikan berjogging.

Whether you like it or not, running is one of the best forms of exercise to keep yourself fit — and not just that, it’s great for weight control as well. A 30 to 45 minute run, about three to four times a week, will trim your waistline, strengthen your cardiovascular system and even help foster a positive mental attitude. We list some reasons why you should start running today…

- One of the quickest way to cardiovascular fitness, the more frequently you run, the fitter you get.

- You don’t need to invest in heavy-duty equipment in order to start running. Get yourself a pair of sturdy running shoes, a couple of track pants, shorts and tees, and you’re ready to go.

- You don’t need to be a long distance runner in order to be a good runner. Running is easy to learn. Just make sure your posture is correct when you run.

- Not only is running good for your physical state, it is also mentally stimulating.

- Feeling stressed? Get out and run! Experts say that running is great for reducing stress levels. When you run, it helps clear your head and concentrate better.

- Running is one of the most flexible methods of training — no matter where you are or how old you are, it is nearly always possible to step out for a jog.

- Not only does running strengthen your heart but also reduces the actual resting heart rate.


- Running helps you lose weight and tones your muscles by getting rid of excess fat and converting it to muscle. The more you run, the more weight you lose.

- Research also says that running is good for your sex drive.

- Got a hangover? Running is a great way to recover because a run helps clear your head faster than just sitting around nursing your headache.

- You don’t need to run alone. Ask a friend to accompany you. This way you can have company as well as encourage each other.

- Running improves your concentration because when you run, you’re forced to concentrate more.

- The endurance you build up through running is useful for other sports as well.—Agencies



19/03/2012
Aku menghadiri kenduri kahwin di kampong baru2 ini. Aku berpeluang berjumpa kawan2 lama. Kawan yang sebaya dengan ku kebanyakanya sudah pencen dan rupa mereka berubah sungguh sehingga aku tidak lagi mengecam dan mengenali mereka. Baik dari segi perut, fisikal, muka dan sebagainya. Tapi mereka masih mengenali aku, mungkin kerana aku baru balik kekampung agaknya. Akan tetapi, aku sebenarnya lebih rapat dengan rakan2 yang jauh lebih muda dari ku yang kini berusia lengkongan 45 hingga 50 tahun. Kerana dimasa kanak2 dulu, aku menjadi ketua kepada budak2 ini dalam membuat ekpedasi berbasikal mengelilingi Penang, Ke Kedah dan juga berkhemah di merata tempat peranginan.

Jadi sekembalinya aku kekampung, gulungan inilah yang datang beramai2 bersembang dengan ku. Dalam pada itu ada juga orang luar yang menetap dikampung selepas aku merantau dulu. Mereka ini tak mengenali aku, jadi ada yang bertanya samaada aku nie rakan sekolah ke dengan mereka yang sedang bersembang nie. Aku kata tidak, mereka ini jauh lebih junior dari ku tetapi aku rapat dengan mereka. Ada yang sampai mengikut aku ke KL dulu ketika aku tinggal sewa dirumah bujang. Jadi orang2 baru nie agak kurang percaya kerana kata mereka dilihat dari segi rupa & fisikal rakan2 aku tadi jauh lebih berusia dari ku.

Aku pun tersenyum sendiri. Rasa perasan pun ada. Serba salah pun ada. Namun rakan2 ku cover line dengan mengatakan aku kerja tak berat macam mereka. Tapi yang sebenarnya aku rasa bukan kerja berat atau ringan. Cara kita mengurus diri dari aspek kesihatan dan pemakanan adalah amat penting untuk membentuk fisikal dan rupa diri kita melawan usia.

Dari aspek pentingnya senaman aku dah selalu sentuh sebelum ini. Aku ingin memperkatakan berkenaan pemakanan pulak.

Peribahasa Inggeris ada mengatakan yang "Kita adalah apa yang kita makan". Jadi awasilah aspek pemakanan untuk memastikan penampilan kita sentiasa sihat dan bertenaga. Secara kebetulan aku tak pernah makan ayam dan daging apalagi dengan ayam dan daging yang diproses sekarang ini seperti Kentucky, Burger dan lain2 makanan segera. Dicampur berbagai bahan perasa dan pengawit untuk memastikan ianya tahan lama.  Bahkan Ayam itu pun disuntik dengan berbagai ubat atau steriod untuk ia cepat membesar bagi dijual bagi mendapat keuntungan kepada penternak dan peniaga.

Aku sebenarnya amat suka makan lauk2 kampung yang terdiri dari berbagai sayuran dan ulam2. Sebab itulah aku berminat sangat dengan berkebun nie. Hasilnya segar dan bebas dari racun perosak.
Lihatlah menu makanan ku dibawah ini.

Goreng Pucuk Keledek, Masak Tempoyak Petai dengan Pucuk Ubi dan Terung Pipit, Sambal Tumis Petai + Ikan Bilis, Kembung Rebus Goreng + bawang + Cili, Ulam Petai Masak dan Pisang. Semuanya kecuali ikan adalah dari hasil Dusun Ku.  Wow, Nak buka puasa nie dan dengan menu yang simple nie aku boleh habiskan nasi sepinggan terak tuuu.


27/12/2011

Berbasikal dari Rumah ke Persimpangan Jabor dan balik semula kerumah (60 km)

Pagi ini aku menaiki basikal dan target ku adalah untuk sampai ke Pelabuhan Kuantan. Iaitu jaraknya dalam 35 km dari rumahku. Cuaca agak baik bila aku mula bertolak dari rumah. Aku menggunakan kombinasi speed gear  6 sepanjang perjalanan untuk tayar hadapan dan gear 1 ketika menaiki bukit yang tinggi, 2 untuk bukit sederhana dan gear 3 untuk jalan rata bagi tayar belakang. Sebaik saja melepasi Bukit Semambu, nasib ku kurang baik kerana hujan mulai turun, namun aku masih mengayuh menuju destinasi. Ada banyak kawasan berbukit yang terpaksa aku lalui seperti, Bukit Rangin, Bukit Taman Pertanian dan Bukit Semambu.

Target ku untuk sampai ke Pelabuhan terpaksa dibatalkan kerana hujan masih berterusan. Jalan agak licin, pandangan sedikit kabur dan aku takut kenderaan dari belakang terbabas melanggar aku. Disamping itu, aku juga takutkan kaki ku "Cramp" apabila berkayuh dalam hujan.  Jadi aku membuat pusingan kembali sebaik saja aku tiba di Persimpangan jalan ke Jabor iaitu kira-kira 30 km dari rumah ku. Jarak keseluruhan pergi balik ialah dalam 60 km dan aku mengambil masa selama 1 jam 43 minit untuk sesei kayuhan ini.

Aku rasa masa itu OK kerana kayuhan aku adalah dalam purata satu setengah minit untuk satu kilometer.  Apalagi perjalanan menempuhi jalan berbukit.

Selepas ini aku ingin berkayuh ke Pekan yang jaraknya dalam 50km dari rumah ku.
Basah dengan peluh, hujan dan lumpur sebaik tiba dirumah


6 - 12/11/2011

Aku tak melepaskan peluang untuk berjogging di sekitar kawasan Cyberview Resort & SPA di Cyberjaya, Selangor.

Kawasan Resort ini berbukit2 dan agak luas. Pegerakkan penghuni disini ialah dengan menaiki Baggy yang disediakan secara percuma. Tekan saja switch dalam bilik dan Baggy akan tiba dalam masa 5 minit untuk mengambil kita.  Walau bagaimanapun, kawasan yang berbukit inilah yang membuatkan aku terliur dan tak sabar2 untuk berjogging.  Masa yang aku ambil untuk menghabiskan satu pusingan berjogging tanpa henti bagi sekeliling kawasan resort ini ialah selama 20 minit. Aku berjaya menghabiskan 3 pusingan berjogging tanpa henti di sekeliling resort yang berbukit ini. Udaranya nyaman dan ramai Mat Salleh yang menginap disini. Selepas berjogging aku merehatkan badan di Sauna & Jacuzzi yang terdapat disini.




28/10/2011
Lama aku tak menulis di ruang kesihatan nie.

Memandangkan cuaca agak baik pada pagi nie jadi aku pun pergi berjogging kat Taman Bandar di Kuantan. Ramai orang berjogging pada hari nie. Muka2 biasa adalah orang2 Cina dan India yang separuh umur. Lain2 adalah muka2 baru, anak2 muda yang silih berganti. Orang Melayu kurang apalagi yang sebaya dengan ku ... adalah seorang dua tapi berjalan kaki saja nampaknya.
Kebanyakan muda mudi adalah pelajar dari UIA dan Kolej Shahputra yang tinggal bersebelahan dengan taman ini.

Aku berjaya berjogging (berlari) tanpa henti sebanyak 7 pusingan menepati KPI aku bagi setiap kali berjogging disini. Tetapi masa yang aku catat agak lewat 4 minit melebihi masa terbaik yang pernah aku catat disini untuk 7 pusingan atau lebih kurang 14 KM iaitu 1 jam 10 minit. Masa yang aku catat hari ini ialah 1 jam 14 minit dan 43.34 saat.

Aku rasa ada 2 faktor yang menyebabkan aku lembab sikit pagi nie.

1.  Mungkin berat badan naik sikit sebab dalam 2 minggu ini asyik perkena Nasi Kandar Line Clear pagi dan petang. Aku pula belum timbang berat badan sejak kebelakangan ini. Hanya dengar kata isteri yang mengatakan aku semakin kurus.

2.  Pace larian aku mungkin agak laju dibeberapa pusingan awal mungkin kerana terikut2 pelajar muda yang mengejar dan cuba memotong larian ku. Walaupun ada dikalangan mereka yang dapat memotong aku tetapi mereka hanya dapat bertahan paling kuat 2 pusingan saja. Lepas 2 pusingan guna tektik biasalah berhenti buat2 stretching, angkat2 tangan dan sebagainya. Senaman macam tu habis masa saja. Perut akan terasa lapar dan dahaga. Pasti mereka akan pergi makan dan calori yang dimakan sudah pasti melebihi calori yang dibakar.

Tak apalah,  janji aku dapat juga menghabiskan larian untuk 7 pusingan.

Kalau cuaca baik pada hari Ahad atau Isnin ini aku bercadang untuk mengayuh basikal ke Maran iaitu sekitar 80 km dari rumahku. Aku akan mengayuh pergi dan balik.

Tunggulah, akan aku update nanti perkembangannya.

21/04/2011

Hari ni aku tak pergi kebun kerana aku nak pergi KL untuk bertolak bercuti ke Indonesia bersama isteriku. InsyaAllah, kami akan ada di Malaysia kembali pada 28/4/2011. Percutian ku ini aku arrange sendiri iaitu tiket kapalterbang, penginapan dan aku sewa kereta disana untuk kesana kemari. Destinasi ku ialah Jakarta dan Bandung. Aku akan ceritakan penglaman aku disana sekembali nanti.

Jadi, pagi ni aku pergi berjogging saja di Taman Bandar. Dah hampir 2 bulan aku tak berjogging disini. Mungkin kerana sibuk dengan aktiviti luar. Seperti biasa my KPI for jogging at this Taman Bandar is 7 rounds of non stop jogging. I did it within 1 hour 12 minutes and 18 second. Satu round hampir 2 km dan ada 3 kawasan yang berbukit yang mesti aku lalui.

Dengan masa yang tercatat tadi bermakna aku hanya lambat hampir 2 minit saja berbanding dengan masa yang aku biasa lakukan iaitu 1 jam 10 minit untuk 7 pusingan.  Aku akan datang lagi berjogging kesini.

Artikel Kesihatan Dari Ku

Memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas adalah amat diharapkan oleh semua orang.

Oleh itu, bagaimana kita memastikan untuk mampu memiliki tubuh badan yang sihat & cergas?   Jawapanya; tidak ada jalan mudah untuk menghasilkan sesuatu kejayaan. Ianya memerlukan kekuatan minda, usaha dan keazaman yang tinggi untuk merealisasikan sesuatu hasrat yang diingini.


Asas Kesihatan

Tubuh badan kita memerlukan makanan, riadah atau aktiviti physical, penjagaan kebersihan dan pengurusan kawalan.

Untuk mengekalkan kesihatan yang optimum, tubuh badan kita khususnya perut tidak memerlukan makanan yang berlebihan. Mengikut Sunnah Nabi SAW. perut kita perlu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu : 1/3 yang pertama iailah air. Lazimnya kita sentiasa dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak untuk melancarkan proses respiratory. 1/3 yang kedua adalah untuk makanan manakala 1/3 yang ketiga ialah untuk dikosongkan bagi ruang udara. Sekiranya kadar pembahagian ini dipraktikan maka InsyaAllah tubuh badan kita akan sentiasa sihat & walafiat.

Namun, bagi memastikan keseluruhan sistem tubuh badan kita berfungsi dengan baik maka saluran2 darah, otot2 serta organ2 penting mesti berada didalam kaadaan yang baik. Maka semestinyalah pergerakkan badan atau physical activity perlu dilakukan secara konsisten. Melalui physical activity inilah sebahagian daripada kalori makanan akan dapat dipecah dan dihazamkan supaya ianya dapat menghasilkan zat2 dan enzyme2 seperti protein, vitamin, karbohaidrat, lemak dan lain2 yang diperlukan oleh organ2 tubuh untuk berfungsi dengan baik.

Selain daripada bekerja, kita juga memerlukan physical exercise bagi menggerakkan otot2 atau capilaries dan veins yang tidak digerakkan semasa kita melakukan kerja2 biasa. Terdapat banyak jenis physical exercise yang boleh kita lakukan. Ada yang memerlukan kemahiran dan latihan secara berkumpulan seperti bermain bola, badminton, takraw dan sebagainya. Ada juga jenis permainan secara individu seperti berenang, berjalan, berjogging, berbasikal dan sebagainya. Ada yang memerlukan sumber kewangan bagi membeli peralatan sukan dan ada yang secara tidak langsungnya percuma.

Berjogging

Berjogging adalah aktiviti yang amat mudah dan tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Memadai dengan memiliki sepasang pakaian dan kasut yang bersesuaian. Tempat atau kawasan yang terbaik untuk berjogging ialah di taman2 atau dikawasan2 yang telah khusus disediakan.

Walau bagaimanapun sesaorang yang ingin berjogging mestilah dalam keadaan yang sihat. Mesti ada keazaman dan keupayaan. Yang paling pentingnya ialah mesti ada matlamat ataupun tujuan untuk berjogging.

Persepsi Salah Berkenaan Jogging
  1. Ramai orang berjogging tetapi tidak membuahkan hasil. Badan masih gempal.
  2. Berjogging hanya dilakukan suka2 iaitu tidak konsisten
  3. Berjogging hanya untuk orang muda sahaja.
  4. Berjogging hanya untuk sesuatu masa tertentu seperti disebelah petang atau pagi sahaja.
Saya hanya akan menumpukan ulasan saya pada perkara 1 dan 2 diatas yang mana saya rasa kebanyakkan orang melakukannya.

Sesuatu yang perlu kita tahu berkenaan jogging ini ialah sekiranya ia dilakukan secara betul PASTI akan membuahkan hasil yang diharap2kan.

Sebenarnya kita tidak boleh mencampur adukkan aktiviti jogging dengan aktiviti regangan2 yang lain. Secara kebanyakkan kita lihat ramai orang berjogging dalam 10 ke 15 minit kemudian berjalan, meregang-regangkan tangan, berhenti, bersembang, berjogging semula, berhenti dan sebagainya. Maka orang2 seperti inilah yang tergolong dalam situasi perkara 1 dan 2 diatas. Mereka tidak akan berhasil untuk menguruskan badan. Bahkan berat badan mereka akan pula bertambah. Secara tidak langsung mereka akan berhenti berjogging secara konsisten.

Berjogging yang Betul untuk Mendatangkan Hasil.

Pastinya berjogging akan mendatangkan hasil. Tetapi ianya mesti dilakukan dengan betul. Sebenarnya, berjogging ialah berlari2 anak dan akan terus berlari sekurang2nya dalam masa setengah jam tanpa henti. Dalam takrif "Jogging Terminology", tempoh setengah jam pertama berjogging adalah situasi yang paling sukar. (First half an hour of jogging is the hardest). Dalam tempoh ini, otot2 pada tubuh badan kita menggunakan kalori makanan yang sedia ada atau diambil sebelumnya untuk diserapkan kedalam sistem penghadaman mereka dan seterusnya dijadikan sebagai tenaga. Tidak hairanlah selalunya orang yang berjogging kurang dari setengah jam akan berasa lapar dan dahaga yang teramat sangat kerana kalori makanan yang di consume oleh otot2 minta diganti kembali. Maka badan tidak akan kurus juga bahkan adalakalanya akan bertambah gemuk sebab makan gantian yang diambil melebihi kadar yang diperlukan.

Apabila melebihi sahaja kadar setengah jam berjogging, maka lemak-lemak yang ada dibadan akan mula dipecahkan atau dibakar ole sistem tubuh untuk dijadikan tenaga. Dalam istilah "health science" ianya adalah proses transformasi pepsin kepada peptones dan seterusnya kepada fatty acid dan kumahan buangannya keluar melalui najis. Semakin lama berjoging semakin banyak lemak yang dipecahkan. Percayalah, lazimnya orang yang boleh berjogging tanpa henti melebihi setengah jam akan berasa sukar untuk berhenti berlari. Mereka berasa seronok apabila sistem respiratory badan akan mula berfungsi dan berasa sadikit ringan. Pelari jarak jauh biasanya akan hanya berhenti apabila mengalami kecederaan semasa berlari.

Jadi bagaimana untuk melakukan setengah jam atau lebih berjogging tanpa henti?  Jawapannya seperti yang saya katakan diawal tadi iaitu MESTI dilakukan secara betul, memerlukan kekuatan minda, usaha dan keazaman yang tinggi.

Caranya Ialah:

Setiap aktiviti sukan memerlukan latihan. Jogging juga tidak terkecuali kerana ia juga memerlukan latihan. Saya mula berjogging secara serius iaitu semasa saya berkerja di Langkawi iaitu diantara tahun 1985 hingga 1987. Ianya bermula apabila saya ditegur oleh seorang pengurus dari ibupejabat K.Lumpur yang membuat lawatan ke Langkawi. Beliau terkejut melihat tubuh badan saya yang semakin montel ketika itu dan mengatakan kepada saya yang saya mungkin suka berkerja di Langkawi dengan makanan laut yang segar udara yang nyaman dan komen yang amat menyedihkan ialah apabila beliau mengatakan yang mungkin saya tidak ada banyak kerja yang dilakukan di Langkawi. Teguran ini memberikan satu keazaman untuk saya menguruskan badan.

Saya membeli buku-buku berkenaan jogging dan barulah saya tahu banyak orang terkeliru dengan aktiviti jogging.

Matlamat pertama dalam memulakan jogging ialah untuk mendapatkan tempoh setengah jam pertama jogging tanpa henti. Sekali lagi saya ingatkan bahawa berjogging ialah berlari2 anak dan bukan berjalan seperti takrifan orang sekarang ini.

Diantara tindakan yang perlu dilakukan ialah :

1.  Tentukan masa, hari dan kekerapan untuk aktiviti jogging.

Untuk permulaan, tetapkan berapa kali perlu untuk jogging dalam seminggu. Dalam peringkat awal ini lakukan lebih kerap iaitu mungkin dalam 3 atau 4 kali seminggu. Pada peringkat awalnya, saya lakukan secara "every other day" iaitu berselang hari. Masanya pula ialah sebelah petang iaitu sebaik pulang dari kerja diantara jam 6 hingga 7 petang.

2.  Tetapkan jarak jauh untuk berjogging.

Tidak perlu jarak yang jauh untuk permulaan. Ingat matlamat kita mahu membina kekuatan untuk ketahanan tempoh berjogging tanpa henti selama setengah jam. Kalau tempat berjogging itu ada tiang lampu. Maka kira berapa tiang lampu yang kita hendak jogging tanpa henti. Pada awalnya saya hanya mampu berjogging dalam 6 tiang lampu tanpa henti. Mark atau ingatkan 6 tiang lampu ini apabila kita akan berjogging pada lusa atau sesei yang akan datang. Cukup setakat itu pada hari ini. Balik rumah walaupun kita baru berjogging dalam masa 10 minit. Jangan lakukan lagi aktiviti tambahan seperti regangan dan sebagainya. Situasi ini akan membuat kita tidak jemu dan sentiasa looking forward untuk berjogging pada sesei yang kedua.

Hari yang kedua berjogging, mulakan dari tempat yang sama dan cuba pergi jauh sedikit katakan tambahan setengah atau satu lagi tiang lampu baru berhenti. Jadi, hari yang kedua kita mampu berjogging hingga 7 tiang lampu tanpa henti. Seperti biasa balik terus selepas itu dan tunggu sesei yang seterusnya.

Hari yang ketiga berjogging pun sama juga iaitu cuba pergi jauh dari 7 tiang lampu. Jangan tambah banyak walaupun mampu. Tambah satu tiang sahaja jadi 8. Kalau tak mampu, jangan tambah dan kekalkan jarak 7 tiang tanpa henti. Satu pantang berkenaan pembinaan stamina dan semangat ini ialah jangan KURANGKAN jarak yang telah kita lakukan sebelum ini. Ingat, jarak sama tidak mengapa tetapi jangan kurang. Begitulah selanjutnya bagi sesei2 yang berikutnya.

Kalau berjogging di taman, tandakan pusingan seperti permulaan suku pusingan. Sesei kedua lebih sedikit dan bagitulah seterusnya.

Cara jogging berperingkat sebagini akan mendatangkan stamina dan keazaman yang tinggi. Kekuatan kita akan semakin meningkat. Dalam tempoh 3 bulan sahaja di Langkawi saya sudah boleh berjogging sejauh 10 kilometre tanpa henti. Berat badan mula nampak berkurangan. Seluar yang lama mula longgar dan tidak boleh lagi dipakai. Selepas 6 bulan saya sudah boleh berjogging dari Kampong Air Hangat ke Jeti Kuah iaitu di Dataran Helang sekarang setiap hari minggu (Jumaat pagi) dengan jarak kira-kira 25 km tanpa henti. Balik ke rumah dari Kuah ke Air Hangat, saya menaiki Bas. Apabila sudah boleh berjogging jauh maka kita perlu hadkan KPI kita iaitu untuk latihan biasa dan jarak jauh.

Dengan cara yang sebagini, berat badan saya berkurangan dengan banyaknya. Kesihatan di tahap terbaik. Saya mula memasuki half maraton pertama di Langkawi iaitu bermula di Padang Mat Sirat hingga ke Pekan Kuah dimana saya mengambil masa dalam 1jam 35 minit dan mendapat medal dan sijil penghargaan. Kembali di Semenanjung Malaysia iaitu semasa di Kuantan, saya berlari setiap minggu (Ahad) dari rumah di Balok ke Ofis tempat kerja di Bandar Kuantan pada jarak hampir 30 km. Balik rumah naik bas.

Pada pemilihan sukan PETRONAS Wilayah Timur yang diadakan di Stadium Kuala Terengganu, saya mendapat tempat pertama untuk acara 10 km acara balapan dan berjaya mewakili wilayah ke temasya sukan Petronas peringkat nasional. Pada ketika ini umur saya dalam 35 tahun. Sentiasa mendapat tempat pertama atau kedua dalam acara sukan merentas desa di Kerteh. Berbagai hadiah seperti kipas angin, wang tunai, perkakas elektrik berjaya saya menangi. Saya juga terpilih untuk mewakili Petronas Wilayah Timur diantara tahun 1990 hingga 1997 untuk larian Jambatan Sultan Mahmud Terengganu, Jambatan Pulau Pinang, Kuantan Beach Challange dan sebagainya. Terlalu banyak sijil dan medal yang dimenangi. Tetapi yang lebih penting ialah kecergasan dan kesihatan yang baik. Saya tidak pernah mengambil walau sehari pun cuti sakit (MC) semasa bekerja di Petronas sepanjang lebih 28 tahun bertugas iaitu dari tahun 1983 hingga 2010.

Kini pada usia yang memasuki 56 tahun dan acara terakhir yang saya menangi baru2 ini ialah tempat ke 44 bagi acara Larian Pantai Teluk Cempedak ke Balok iaitu sejauh 18 km. Mendapat hadiah wang tunai RM100\= dan sijil penghargaan.

KPI saya pada masa ini ialah jogging tanpa henti sejauh 8 pusingan di Taman Bandar Kuantan pada setiap pagi Jumaat atau Ahad dimana satu pusingan lebih kurang 2 km. Biasanya saya akan mengambil masa sekitar 1 jam 20 minit untuk menghabiskannya tanpa henti.

Nah, untuk kesihatan badan, lakukan jogging yang betul. Anda juga boleh melakukannya. Tidak perlu menghabiskan duit untuk membeli Tread Mill dan sebagainya. Pejogging professional hanya menggunakan padang atau kawasan berbukit untuk berjogging.