Ahad, 19 Oktober 2014

Lagi Cerita Pasal Khasiat Ubat Kolestrol

Masih ingatkah ramuan ubat kolestrol yang aku muatkan dalam beberapa artikel sebelum ini?. Bagaimana pula feedback daripada mereka yang telah mencuba resipi tersebut?. Ramai juga yang menghubungi aku melalui What's up dan email meminta penjelasan lanjut cara2 membuatnya dulu.

Dibawah ini aku muatkan cerita terbaru hasil dari pemakanan ramuan resipi tersebut.

Suatu hari, Tuan Syed A, seorang Pegawai Kerajaan yang akan bersara pada hujung tahun ini menghubungi aku yang beliau akan mendaki  Bukit Pelindung iaitu bukit yang tertinggi di Kuantan. Jaraknya dari kaki bukit kepuncak lebih dari 2 km. Tetapi track nya adalah pada keadaan mendaki sepanjang masa.

Pada masa dulu aku biasa berjogging disini. Ada kalanya aku naik turun 3 kali tanpa henti. Tetapi, semenjak bersara dan sibuk ke Dusun, Bukit Pelindung telah lama aku tinggal. Diatasnya ada 2 puncak stesen pemancar.

Tarikh ditetapkan pada Hari Jumaat, 17/10/2014 jam 8.00 pagi. Setibanya aku disini sebelum jam 8 pagi, Tuan Syed sudah sedia menunggu. Beliau memang amat menepati masa. Aku mula mengenalinya bila kami sama2 menuntut ilmu Pengubatan Islam Darusyifa.

Kami mula mendaki dan aku lihat beliau bagitu gagah sekali.

"Tuan Haji, Ubat Kolestrol itu amat baik dalam membantu meningkatkan kesihatan saya" kata Tuan Syed.

"Dulu, saya biasa terbaring diatas kerusi di pertengahan pendakian kerana terlalu letih dan sesak nafas. Mungkin saluran darah dan penafasan sempit. Tetapi kini, Tuan Haji tengoklah sendiri, saya dapat mendaki tanpa henti hingga ke puncak." kata Tuan Syed dengan nada yang puas.

"Bukan saja setakat mendaki, bahkan saya dah boleh mengangkat dan mengalihkan sendiri beberapa pasu besar dirumah saya" kata Tuan Syed lagi.

Sebenarnya, orang yang pertama selain dari isteri aku yang memakan ubat kolestrol yang aku hasilkan pertama kali itu ialah beliau, Tuan Syed A.  Ketika itu beliau datang kerumah aku untuk berbincang pasal doa2 rukyah rawatan. Sebulan selepas itu atas permintaannya aku membuat ubat itu untuknya dan untuk diberikan kepada  kawannya yang menghadapi masalah injap. Kemudian beliau menghasilkan sendiri ubat tersebut.

Tetapi mengikut Tuan Syed, mereka yang menghidapi masalah strok tidak sesuai untuk memakannya. Kerana tindak balas yang agak kuat. Hanya mereka yang menghadapi masalah kolestrol khususnya seperti saluran tersumbat sahaja yang sesuai dengan ubat tersebut.

Aku bukan sahaja ikutnya mendaki ke puncak bahkan kami turut masuk hutan  mendaki beberapa lurah sambil mencari & melihat beberapa herba perubatan. Tuan Syed amat arif dengan pokok2 hutan. Diantara beberapa pokok hutan yang ditunjukkan kepada aku adalah seperti Tongkat Ali, Kembang Semangkok, Sireh hutan, kelapa hutan, Asam Gelugur dan yang menariknya ialah Asam Papan. Buah ini bukan asam jawa tetapi ianya sebiji2 seperti buah cherry burung. Rasanya masam & sedap. Menurutnya, kadar sebiji asam papan bersamaan dengan 2 biji limau Sunkist.

Hampir 2 jam kami menghabiskan masa diatas sana tanpa rasa penat.

Terima kasih Tuan Syed diatas perkongsian pengetahuan & pengalaman.

Looking forward for the next climbing...

Aku & Tuan Syed ketika sama2 menerima Pengijazahan 

Tuan Syed Gagah Mendaki hingga ke Puncak Stesen Pemancar