Jumaat, 15 Mac 2024

Jumaat, 8 Mac 2024

Kawan Lama

 Alhamdulillah!!! Akhirnya hari ini aku berjumpa sahabat baik lama yg terpisah sejak selepas Sekolah Menengah hingga kini iaitu sekitar 55 tahun. Aku menumpang basikal beliau dari rumah aku sekitar 6km ke sekolah. Sedangkan beliau berkayuh lebih jauh lagi iaitu dari Permatang Janggus sekitar 10km ke sekolah. Pertengahan perjalanan aku menumpang beliau. Aku mencari dimerata2 akhirnya berjumpa di Jelawat Kelantan dimana beliau menetap disini. Terima Kasih Cik Gu Shaari diatas kemuliaan murni  hati mu. FRANCE .... Friend Remains And Never Comes End.



Rabu, 6 Mac 2024

Project Baru - Kandang Lembu

 Masa kecik2 dulu aku biasa diupah menjaga kerbau untuk dibawa makan rumput ditepi jalanraya di kampung ku. Aku akan ambil seekor kerbau di kandang milik Pak Bakar sekitar jam 5 petang dan aku tarik kerbau itu sepanjang jalan sehingga sekitar 6.30 petang. Aku diberi upah 10 sen sepetang ketika itu. Kerbau itu amat jinak dgn aku.... kadang2 aku menunggang di belakangnya.

Kini, situasi baru dimana InsyaAllah aku akan jadi pemilik lembu dengan proses ternakan berasaskan Semi Modern.