Jumaat, 18 November 2011

Bersemadinya Insan Agung Berhati Mulia

Tanggal 16 November 2011...
Terbuku dalam nostalgia sejarah
Kau tinggalkan alam fana ini menemui penciptaNya
Tiada lagi manis senyum mu...
Jernih pandangan matamu..
Lembut tutur katamu..
Sopan tingkah lakumu..
Kau bawa bersemadi bersama jasadmu di bumi Anbia.

Walaupun masaku bersama mu tidak seberapa
Tak sempat sekali pun mendengar marahmu kepada ku
Namun dimasa yang terluang..
Kau menampakkan sikap keibuanmu
Keperihatinanmu
Kemuliaan hatimu

Insan Agung...
Maafkan aku... 
Suatu ketika dulu...
Ketenteraman dan kestabilan hidupmu tergugat dengan kelahiranku
Namun disebalik segala kepayahan
Kau berjaya mengharunginya
Berjaya pula membentuk keluarga bahagia. 

Resah terdetik dihati...
Bila kau beriya hendak kesana
Diketika jasmanimu tidak secergas mana.
Namun rohanimu kental mengharungi cita

Walau pun disaluti seribu kesedihan...
Aku bangga dengan ketabahan mu
Kau bagitu bersedia untuk bersemadi di bumi suci
Jenazahmu diusung, diarak disembahyang didepan Kaabah
Jutaan manusia seluruh pelusuk alam menjadi jemaahnya
Betapa agungnya kau
Pastinya Hajimu Mabrur
Doamu telah dimakbulkan Allah.
Rohmu dicucuri rahmatNya.

Wassalam.

Rabu, 16 November 2011

Baru balik Bercuti & Berehat kat Cyberview Resort & SPA di Cyberjaya

Sebagai melegakan rasa penat berkebun,  aku dan isteri memilih untuk bercuti & berehat di Cyberview Resort & SPA, Cyberjaya.  Resortnya amat menarik dan aku rasa ianya lebih menarik dari Berjaya Resort & SPA di Langkawi yang pernah aku pergi bersama isteri suatu ketika dulu.

Aku tak melepaskan peluang berjogging di sekeliling kawasan dan memasuki Sauna & Jacuzzi hampir setiap hari untuk merehatkan badan.

Sila lawati halaman Melihat Panorama Dunia dan Kesihatan untuk mengetahui cerita selanjutnya.

Isnin, 7 November 2011

Sempurnanya Ibadah Qurban

Alhamdulillah, Ibadah Qurban berjaya di sempurnakan pada hari semalam 6/11/2011. Setinggi2 tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua AJK dan Qariah Masjid Lama Pmtg Badak diatas kerjasama dan terlibat secara langsung dalam menguruskan Ibadah Qurban ini.

Untuk melihat rakaman video Ibadah Qurban tersebut, sila lawati halaman "Sudut Video".

Atau boleh juga melayari blog   http://masjidlamapbadak.blogspot.com.   yang mana banyak gambar2 dan video2 Ibadah Qurban di siarkan.

Wassalam.