Ahad, 14 Julai 2013

Like Father, Like Son

Like Father, Like Son adalah sebuah proverb Ingeris  yang masyhur.  Pepatah yang hampir sama dalam Bahasa Melayu ialah: Bapa Borek Anak Rintik. Tetapi pada aku, maksud kedua2 pepatah ini sedikit berbeza. Maksud dalam Bahasa Melayu ialah : "Anak yang mengikut segala - galanya sifat semula jadi daripada bapanya" Manakala dalam Bahasa Ingeris  maksudnya lebih lengkap dan menyeluruh iaitu :- "Fathers and sons resemble each other, and sons tend to do what their fathers did before them.". Jadi aku memilih untuk menggunakan proverb "Like Father, Like Son" untuk tajuk artikel aku pada kali ini khususnya untuk mengucapkan Tahniah kepada anak aku Mohammad Radzi yang baru dinaikkan pangkat untuk mengetuai Pejabat Wilayah bagi negeri Kelantan & Terengganu yang berpejabatkan di Kota Bharu, Kelantan bermula besok 15/07/2013.

Tahniah kepada Mohammad Radzi kerana hanya baru beberapa tahun kerja telah diberi kepercayaan untuk mengetuai sebuah Pejabat Wilayah oleh Syarikatnya. Aku juga pernah mengetuai Pejabat Wilayah sebagai Regional Manager merangkap Manager In-Charge bagi Eastern Region suatu ketika dulu. Tetapi, jawatan itu aku perolehi dipenghujung karier aku dalam beberapa tahun sebelum bersara. Radzi pula, memperolehi jawatan sebagitu kurang dari 4 tahun beliau bekerja. Mungkin nasib beliau lebih baik kerana beliau bermula dari jawatan Eksekutif. Manakala aku bermula, bersusah payah dari jawatan pekerja biasa meniti berkali2 kenaikan pangkat hingga kejawatan terakhir yang aku sandang itu sebelum bersara wajib.

Tahniah anakku. Ini bermakna, awak sedang berada dilandasan yang betul. Tingkah laku, personality, kebolehan awak telah diperhati sebelum ini dan amanah yang lebih besar untuk tanggungjawab yang lebih besar kini dianugerahkan kepadamu. Tingkatkan usaha dan buktikanlah kebolehan mu kepada pihak pengurusan atasan yang menaruh kepercayaan kepada mu. Lakukan perubahan, Transformasi Diri kepada yang lebih baik dan apa yang lebih penting "Behave as a Leader". Aku telah melalui segala proses ini suatu ketika dulu dan ingin aku kongsikan sebagai panduan untuk mu mengejar kejayaan dunia & akhirat.

Carrier aku bermula sebagai Ketua Shif bagi sekumpulan pekerja di Kilang National Sg.Way. Aku tidak mempunyai "Drive" yang baik pada ketika itu. Tugas aku hanya pergi kerja, jalankan kerja dan balik daripada kerja. Itulah tugas aku seharian. Dari segi ranking berbanding dengan Ketua2 Shif yang lain, mungkin aku di number ke 10 atau terakhir kerana Ketua Shif lain nampak lebih committed. Nasib aku agak baik kerana aku tak lama di Nasional apabila mendapat kerja di Sykt. BP juga sebagai Ketua Pekerja (Foreman). TETAPI SEGALA2NYA BERUBAH DISINI APABILA AKU MENEMUI SEORANG INSAN YANG BERNAMA "NG PAK THONG". Insan ini bukan Boss aku semasa aku memulakan kerja di BP. Beliau berjawatan Blending Plant Supervisor manakala aku sebagai Foreman melapurkan diri kepada Installation Supervisor, Mr. Micheal. Tetapi aku sering bersembang dengannya terutama ketika waktu rehat. Ng Pak Thong lah menjadi mentor dan sumber inspirasi supaya aku berubah menjadi insan yang mempunyai matlamat kehidupan untuk dicapai.

Pak Thong menceritakan yang beliau memulakan carrier beliau sebagai Salesman Kedai Kasut Bata setelah menamatkan pengajian diperingkat HSE. Kemudian beliau diterima bekerja sebagai Foreman di BP. Mendapat kenaikan pangkat beberapa kali sehingga kejawatan Supervisor. Jawatan Supervisor di BP bukan seperti jawatan penyelia di Kilang2 lain atau di pejabat kerajaan. Ianya bertaraf Eksekutif, tak boleh masuk Union dan berada setingkat dibawah Plant Manager.  Bagaimana beliau boleh naik ke jawatan itu pada usianya yang masih muda??? (Umurnya 4 tahun lebih dari aku). Rahsia kejayaannya aku perolehi selepas bersembang dengannya.

"Ramli, kita tak ada kelulusan tinggi untuk dapat jawatan besar dan bergaji besar tetapi kita mempunyai tenaga, akal fikiran dan semangat untuk kita tingkatkan kerjaya kita ke kedudukan yang lebih baik" kata Pak Thong kepada aku.

"Bila kita buat kerja, kita jangan buat kerana takut pada Boss saja. Pada Boss kita respect sudah cukup tetapi kita mesti takut kepada "Almighty From Above" macam you punya Tuan Allah, Dia nampak apa yang kita buat, Dia yang bagi kita senang (rezeki), sihat dan Berjaya. Kita boleh tipu orang, jadi great pretender, tapi kita tak boleh tipu Tuan Allah. Saya orang Budha, saya percaya ini. Saya kerja kuat, saya punya tuhan buka hati Boss dan orang2 atasan supaya pilih saya dan kini saya usaha lagi kerana saya mahu duduk itu Plant Manager (orang no.1 di BP Installation) punya tempat. Awak ingat saya tak boleh dapat ka???" Itulah diantara kata2 Pak Thong pada aku suatu masa dulu.

Aku melihat lebih mendalam bagaimana Pak Thong "Walk the Talk".  Aku lihat, beliau datang kerja sentiasa awal lebih dari orang lain. Orang masuk jam 8 pagi punch card, aku lihat kadnya paling lewat 7.40 pagi, kebanyakkannya bawah 7.30 pagi. Orang balik (terutama orang melayu kita, cleaner, pemandu, kerani) tepat pada jam 5 petang, ada yang berbaris kad Punch Card tetapi Pak Thong punch out paling awal jam 6 petang. Isteri beliau, Mei yang merupakan kerani di BP juga kelihatan selalu menunggu beliau dibalai Pengawal. Satu hari aku tegur Mei, "Tunggu Pak Thong Ke???"  apa yang Mei jawab pada aku ialah "Ramli, Pak Thong is married to BP and not to me". Dari segi prestasi kerja, aku lihat Pak Thong amat bersungguh2. Masa rehat & lunchnya tidak menentu. Aku jarang lihat Pak Thong berhenti rehat untuk minum. Dia hanya pergi makan & minum apabila lapar.

Pak Thong juga amat baik dengan staf bawahannya yang berbagai bangsa. Beliau akan mengunjungi rumah pekerja India apabila Depavali dan mengunjungi rumah staf Melayu apabila menyambut Raya Puasa. Walau pun aku bukan stafnya tetapi pada suatu Hari Raya di tahun pertama aku di BP, Pak Thong adalah bangsa asing pertama yang datang ke rumah sewa aku yang agak dhaif ketika itu. Keadaan physical Pak Thong tak berapa baik. Ada kalanya aku lihat beliau berjalan terbongkok-bongkok. Aku dapat tahu dari stafnya yang Pak Thong mendapat "Slip Disc". Ianya berlaku ketika beliau menolong mereka mengangkat hose untuk dipasang kekapal minyak.  Beliau amat ringan tulang menolong staf bawahan walaupun itu bukan kerjanya. Tetapi, tak pernah pula aku dengar Pak Thong masuk hospital atau ambil MC bagi mengubati sakit belakangnya. Satu hari aku bertanya beliau pasal sakit belakangnya.

 "Oh..amat sakit Ramli, bila duduk susah mau bangun," kata Pak Thong.

"Tak pergi klinik ke?" Tanya aku.

"Pergi Ramli, saya pergi waktu malam bila balik kerja, panel kita Doktor Felix Soosay bagi ubat untuk saya makan bila rasa sakit" katanya.

"Tak ambil MC ke untuk rehat," Tanya aku lagi.

"Oh...saya tak mau itu MC, saya banyak kerja mau kasi habis, ini sakit boleh tahan, makan ubat, apa susah" itulah jawapan Pak Thong yang masih aku ingat dan memberi satu inspirasi baru untuk aku. Semenjak dari itu, aku tak pernah ambil MC walau sehari pun semasa aku bekerja di BP dan sepanjang lebih 30 tahun aku bekerja di PETRONAS.

Nak dijadikan cerita, aku yang mula mengikut cara Pak Thong bekerja,  mendapat kenaikan pangkat di BP walaupun hanya baru 2 tahun bekerja. Ramai rakan staf yang lebih lama bertahun2 dari aku seperti Darshan Singh (akhirnya migrate ke Australia), Manjeet Singh, Tan Pak Seng masih di gred lama. Secara kebetulan, BP membuka sebuah Plant Baru di Port Klang dan aku dinaikkan pangkat sebagai Blending Technician di Plant baru ini. Secara kebetulan juga Pak Thong ditukarkan ke Plant baru ini sebagai Plant Supervisor dan aku melapurkan diri kepadanya. Maka lebih banyak tingkah laku Pak Thong dapat aku perhati. Aku masih ingat suatu hari ketika sedang berbincang dengannya ada sesaorang menaliponnya. "Yes Boss, 8 km Boss, working time 8 to 5 Boss" aku dengar Pak Thong menjawab. Selepas itu Pak Thong termenung sekejab dan kemudian beliau beritahu yang Goh Seng Chuan, Operation Manager dari Head Office KL (orang no.3 di BP Malaysia) call Tanya berapa jauh distance diantara BP Installation dengan BP Plant yang baru, Tanya waktu kerja dan sebagainya.

"Mungkin dia mau check kerana saya ada claim mileage apabila saya selalu pergi berurusan dengan kita punya BP Installation" kata Pak Thong.

"Dia tak percaya sama saya Kah???" kata Pak Thong lagi. "Saya claim ikut distance KM  kereta saya, Ramli, itupun saya sudah tolak 2 km dari distance sebenar" tambah Pak Thong lagi. "Saya tak mahu makan wang tipu, tak senang kita nanti," Pak Thong menambah. Aku masih ingat keretanya Toyota KE30 dengan number plat  AR 9127 warna hijau.  (Aku mengingati semua ini kerana aku bagitu kagum dengan semangat Pak Thong) Sedangkan Micheal, Supervisor Installation memakai Volvo dan Eng You Wah Blending Plant Supervisor yang menggantikan tempatnya sebelum ini memakai Mercedes. 

Tekaan Pak Thong memang benar, aku masih ingat pada keesokan harinya Goh Seng Chuan tiba2 datang dari KL ketempat kerja kami. Secara kebetulan, kami sedang bekerja dan Pak Thong mengarahkan kami supaya berhenti sekejab kerana Ops. Manager  nak jumpa.  Sembang biasa saja tapi aku nampak Ops Manager dalam mood yang baik. Walaupun Pak Thong tak cerita tapi aku dapat mengagak yang Mr Goh sudah pasti merekodkan distance dari BP Installation ke BP Plant kami. Dan pastinya dia tahu betapa jujurnya Pak Thong yang menolak 2KM bagi setiap claim dari jarak sebenar. Satu lagi sumber inspirasi kepada aku dimana bukan 2KM bahkan aku menolak 10KM bagi setiap perjalanan yang aku claim dalam melaksanakan tugas lawatan aku semasa di PETRONAS. Ada suatu ketika Boss aku bertanyakan kenapa claim distance aku  berbeza dengan claim pekerja lain. Aku hanya menjawab: "claim  mereka tuu sebenarnya jarak yang betul  Boss, tapi saya tolak 10km bagi setiap claim saya kerana mungkin saya ada tersinggah ketempat lain yang bukan destinasi kerja." Aku tahu setiap rezeki yang aku dapat akan diberkati Allah sekiranya ianya benar2 halal.

Dipendekkan cerita, aku tak lama di BP Plant kerana aku dapat kerja yang lebih baik di Sykt Lever Brothers sebagai Production Controller.  Apabila aku bertukar kerja ke PETRONAS, aku ada pergi ke BP Port Klang untuk berjumpa Pak Thong tetapi beliau sudah tak berkerja di situ lagi. Aku diberitahu yang Pak Thong pada masa itu menjawat jawatan  Distribution Manager di BP Head Office di Damansara iaitu orang yang keempat tertinggi di segi heiraki kedudukan pangkat di BP Malaysia.

Moral of the story adalah kerjalah dengan jujur dan ikhlas pasti akan diberkati & dirahmati Allah. Walau pun Pak Thong bukan Islam tetapi pegangan yang diambilnya bercirikan Islam. Kita yang Islam ini sepatutnya lebih mempraktikkan konsep Islam yang menekan bahawa kerja itu juga sebagai ibadah.

Nasihat khusus untuk Radzi

1. Pertingkatkan keimanan. Rukun Islam mesti menjadi pegangan yang kuat. Selain dari itu, Sembahyang seorang diri tidak lengkap kecuali sentiasa bersembahyang berjumaah terutama Solat Subuh. Keimanan akan kukuh apabila sesaorang itu tak pernah tinggal Solat Subuh berjemaah. Apabila kita bangun awal untuk Solat Subuh berjemaah maka kita sudah semestinya akan memasuki tempat kerja pada awal waktu. Ada masa lapang untuk kita membaca sehelai dua Al Quraan setiap hari. Tak sempat baca dirumah baca semasa di office sebelum waktu kerja. Dari sinilah keberkatan bermula.

2. Belajar menguruskan diri sendiri sebelum kita berhasrat untuk menguruskan orang lain. Contoh yang paling baik adalah pastikan diri kita kekal sihat, tegap, tidak gemuk, sedap mata memandang dan sentiasa kelihatan ceria & bertenaga. Cari ruang yang terluang untuk exercise secara routine. Orang tidak akan yakin kepada kita apabila melihat tubuh badan kita yang debab, sembab dan pegerakan yang lembab. Kita lah yang akan mencorakkan kehidupan kita melalui rahmat & keberkatan Allah.

3. Berani dan berterus terang. Luahkan pendapat yang bernas dalam setiap mesyuarat yang diadakan. Be prepared. Catit dulu isu2 yang dijangkakan akan diperbincangkan. Mesti memahami topic dan go through the agenda before the meeting. Kalau perlu clarification terhadap sesuatu isu, just refer kepada internet untuk dapat sumber yang bernas. Awas, selain dari hadir sebagai peserta mesyuarat disitu juga peluang Boss2 yang lebih besar menilai kemampuan kita.

4. Berbuat baik dengan staf bawahan dan rakan niaga. Tulong dan bantu mereka. Jangan berlagak Boss dengan mereka. Ingatlah, sebarang pujian atau kutukan dari mereka merupakan Doa yang mungkin akan dimakbulkan Allah. Energy Receive, Energy Return. Aspiring People Everywhere. Whose earth is this anyway?????

5. Tetapkan matlamat, hala tuju dalam bidang pekerjaan & kehidupan. Apa yang hendak dicapai dan berusaha secara ikhlas dan jujur serta betawakal memperolehinya. InshaAllah diizinkan Allah SWT. Beliau melihat apa yang tersurat dan tersirat serta menentukan untung nasib kita dalam kehidupan.

Semoga Berjaya di Bidang Kerjaya.

Wassalam.