Dusun Ku 2

Alhamdulillah!!!!!  Satu Transformasi sedang aku lakukan.  Aku amat berminat dengan bidang Pertanian & Perladangan.  Apabila ada saja aku dengar ada orang yang hendak menjual Dusun nya...aku terus pergi melihatnya.

Walau pun Dusun ini yang aku namakan Dusun Ku 2 adalah Dusun terbiar hampir 5 tahun kerana pemiliknya jatuh sakit dan tidak dapat berjalan, aku minat juga kerana melihatkan terlalu banyak pokok durian, petai dan lain2 buah2an masih tumbuh walaupun dipenuhi dengan belukar.

Dusun Ku 2 lebih besar sedikit dari Dusun Ku yang sedia ada. Tetapi aku belum dapat mengira dengan tepat jenis dan jumlah pokok buah2an yang ada kerana terlalu semak. Setelah S&P ditandatangani dihadapan Lawyer, aku mula bergerak langkah melakukan kerja pembersihan dan lain2 kerja yang sepatutnya.

Kepada peminat blog yang selalu bertanya bagaimana untuk mengendalikan Dusun yang terbiar, bacalah ruang ini kerana aku bermula dari langkah pertama yang semuanya di rekod & di catat sebagai panduan kepada yang ingin menceburi bidang Pak Tani ini.

Jangan terkejut, kerana aku memulakan Transformasi dengan melakukan seorang diri tanpa ada pembantu atau orang upahan.


16/10/2019

Walau pun sesibuk mana dengan kerja2 di kebun2 lain.... aku tetap pasti kan Dusun Ku 2 ini terjaga dgn baik. Dibawah adalah photo2 terkini Dusun ku 2 yg aku ambil semalam 16/10/2019.

Scene yg selalu aku ambil iaitu sebelum pondok di Dusun Ku 2

Permandangan sebahagian dari Dusun Ku 2

Di bahagian Kecerunan Ke bawah


Di kawasan atas bukit

22/10/2017


Construction Works is still in progress and it's on scheduled.
Title :-          Pondok Dusun
Location :-   Dusun Ku 2, Kg. Kolek, Jln Sg. Lembing
Developer cum Contractor :-      RN Sdn Bhd.
Labour Deployed :-                     None (Buat Sendiri)
Working Days :-                          4 days a week
                                                   Monday, Thursday & Friday - OFF
Working Hours :-                        8 am to 1 pm only
Project Cost :-                            Only Materials ( About RM900)
Project Duration :-                      3 weeks
Started Construction :-               7/10/2017
Expected Completion :-             28/10/2017
Motto :-                                      Nothing is impossible
Drive :-                                      You can Do it.

Progress as at todate, 22/10/2017


11/10/2017

Hari ini aku berjaya siapkan sepenuhnya pemasangan bumbung pondok terutama bahagian Berandah.  Aku juga mula memasang dinding pondok. Aku terpaksa lakukan sedikit demi sedikit berselang hari kerana aku mesti pulang kerumah pada  setiap waktu zohor.  Pondok ini belum lagi aku gunakan untuk sembahyang kerana tiadanya punca air bersih disini.  InsyaAllah, aku akan usahakan untuk membuat sistem takungan air bersih selepas siapnya pondok ini nanti.

Progress setakat hari ini 11/10/2017

08/10/2017

Kerja pembinaan pondok di teruskan hari ini.  Mula pasang frame dinding untuk dipasang pintu dan tingkap.  Kait lagi seikat petai sebelum balik rumah.

Pasang Frame Dinding untuk Tingkap & Pintu. 

04/10/2017

Lantai asas pondok telah siap sepenuhnya dipasang. Aku mula bergerak kearah Beranda Pondok.  Tiang didirikan dan sebahagian lantai siap dipasang.

Mula dirikan rangka Beranda.

Sebelum balik, kait seikat petai nak buat ulam hari nie.

30/09/2017

Bahagian Lantai sudah siap di pasang.  Pemasangan bumbung pula telah siap sepenuhnya. Selepas ini akan dipasang rangka untuk pembinaan dinding. Disamping itu juga sempat aku kait beberapa ikat petai sebelum balik kerumah. Pokok2 di Dusun Ku 2 ini sudah mula pulih untuk pembesaran & produktif. Petai mula mengeluarkan hasil. Alhamdulillah!!!!!.

Tetapi untuk hasil kali ini aku tidak mahu menjual lagi. Aku terlalu sibuk dengan pembinaan pondok. Tidak sempat aku mengait. Mungkin musim depan aku akan jual.

Matanya yang rapat, kerap dan tiada busuk sedikit pun.
Mata Kerap, padat dan besar.
25/09/2017

Agak lama juga tak update berkenaan Dusun Ku 2 ini.  Fasa Pembersihan telah siap sepenuhnya.  Kini adalah Fasa Pemulihan Pokok2.  Aku juga mula membina pondok di Dusun ini.

Pondok ini aku bina seorang diri sedikit demi sedikit. Aku bercadang untuk membuat sebuah pondok dilengkapi ruang dapur dan berandah.

Hari ini aku binakan asas sebuah pondok melibatkan pembinaan rangka bangunan dan pemasangan bumbung.

Rangka asas pondok dengan pemasangan bumbung

Jumaat, 3 Mac 2017

Harap Maaf !!!!!!!

Assalammualaikum Wrkth. kepada Followers dan Pengunjung Blog Dusun Ku ini.

Saya memohon maaf kerana terpaksa menutup Ruang Komen pada setiap Halaman Blog atau artikel yang saya upload ke Blog ini berkuatkuasa SERTAMERTA.

Saya juga akan membataskan upload artikel baru yang menceritakan berkenaan hasil atau perkembangan  terkini blog ini. Upload saya selepas ini mungkin hanya sekadar memuatkan gambar2 tanpa ada ulasan mengenainya.

Saya juga tidak akan menulis lagi di Halaman "Pengubatan Islam"  dan menutup serta merta juga Halaman Soal Jawab.

Saya sedang berusaha untuk mengalihkan tumpuan blog ini supaya ianya hanya dapat di assess oleh keluarga terdekat saja seperti yg saya idamkan pada matlamat asal pembukaan blog ini.

Saya tertarik dengan prosa dibawah ini yg membuatkan saya mengambil langkah2 yg saya nyatakan diatas.


"Jangan Menjelaskan Tentang Dirimu dan Kejayaan Mu kepada Sesiapa Pun,  Kerana yang Menyukai Mu Tidak Perlu Tahu Tentang Semua Kejayaan dan Kebaikan yang telah Kamu Lakukan.

Manakala Yang Membenci  Mu Tidak akan Percaya Tentang Kejayaan dan Kebaikan yang ada pada Diri Mu.

Kehidupan Ini bukan Tentang Siapa yang Terbaik, Tetapi Tentang Siapa yang Mahu Berusaha dan Berbuat Baik di Samping Sentiasa Memperbaiki Diri." 

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Hanya Allah SWT yg Mengetahui, Memberkati dan Merahmati akan hambanya.

Wassalam.



Baginilah permandangan sebahagian Dusun Ku 2 ini yg terkini.


08/06/2016

Alhamdulillah!!!!!.

Fasa 1 berhubung dengan Kerja2 Pembersihan Dusun Terbiar Telah Berjaya dilakukan dan selesai pada hari ini.

Aku berjaya mencapai Target yang aku tetapkan selama 2 bulan bermula pada 01/05/2016 dan hanya mengambil masa 1 bulan 8 hari saja untuk melangsaikan Fasa 1 ini.

Semua belukar dan semak samun dalam kawasan seluas 2.2 ekar itu telah aku bersihkan.  Aku telah menjumpai keempat2 penjuru batu sempadan dan kini akan menggerakkan kerja memasuki Fasa 2.

Hendak Seribu Daya!!!!!!

Semua kawasan dibahagian atas telah dibersihkan  sepenuhnya.
Semua kawasan dibahagian bawah juga telah dibersihkan sepenuhnya.

Fasa 2

Fasa 2 ini melibatkan kerja2 Meracun dan Mematikan anak2 pokok belukar daripada tumbuh semula. Aku target 2 minggu bermula dari hari ini 10/06/2016 untuk menyiapkan kerja2 bagi Fasa 2 ini.


25/12/2016

Kerja2 meracun dan mematikan anak2 pokok telah siap dilakukan sekitar awal bulan lepas.  Tetapi, memandangkan musim hujan pada masa kini aku agak kurang ke Dusun ini. Aku hanya sempat pergi menabur baja subur untuk usaha2 pemulihan pertumbuhan semula pokok. Aku juga sempat membuat tapak asas untuk pembinaan pondok.

InsyaAllah, bila musim hujan dah berhenti nanti akan ambil gambar dan publishkan kat sini the latus update untuk Dusun Ku 2 ini.


25/05/2016

Alhamdulillah!!! Sehingga kehari ini aku telah berjaya membersihkan dalam 60% kawasan Dusun Ku 2 ini yang keluasannya melebihi 2 ekar.  Target aku adalah untuk membersihkan keseluruhan kawasan Dusun Ku 2 sebelum bulan Ramadan ini. Aku hanya pergi ke Dusun Ku 2 dalam 4 hari seminggu iaitu Sabtu, Ahad, Selasa dan Rabu saja.

Sudah luas kawasan yang dibersihkan dan Jeep bagitu selesa memasuki Dusun Ku 2



Bahagian bawah Dusun Ku 2 sehingga ke anak sungai juga mula dibersihkan


Pembersihan mula bergerak ke bahagian bawah  arah sudut sempadan ke 3

24/05/2016

Selain dari meluaskan kawasan pembersihan di bahagian atas.....aku mula bergerak ke kawasan bawah untuk menuju sudut Sempadan batu ke 3.

Perluasan kawasan pembersihan di bahagian atas.


18/05/2016


Pembersihan terus dilakukan. Kini aku mula sampai ke batu sempadan pertama dibahagian sudut atas Dusun Ku 2

15/05/2016



Sebahagian lagi kawasan Dusun Ku 2 berjaya aku bersihkan seorang diri.

Pembersihan menggunakan Mesin Pemotong Rumput dan Pisau Penebas

Laluan Jeep juga semakin terang




12/05/2016


Walau pun aku agak sibuk dengan kerja2 di Dusun Ku 2 tetapi aku tidak lupa kepada Dusun Ku yang asal.  Hari yang aku tidak ke Dusun Ku 2 aku pergi ke Dusun Ku.  Baginilah keadaan terkini di Dusun Ku.  Apakah aku akan berjaya membersihkan Dusun Ku 2 sama seperti Dusun Ku. Aku yakin boleh.
Hendak Seribu Daya!!!!!! Ayuh

Photo di ambil pada 12/05/2016

11/05/2016


Rumput dan anak2 pokok yang ditebas aku kumpul dan bakar dengan pengawasan yang rapi.


10/05/2016

Kawasan Tebasan semakin luas. Hampir 10 tapak pokok Durian berjaya aku bersihkan .....sekali lagi....seorang diri.


07/05/2016

Haaa....Jeep dah boleh masuk ke tengah2  Dusun Ku 2. Kawasan tebasan semakin luas.


Kawasan Tebasan semakin luas dan kini Jeep  boleh masuk ketengah Dusun Ku2.


04/05/2016

Aku mula meluaskan kawasan tebasan dan membuat laluan untuk Jeep masuk ketengah
Dusun Ku 2.


Kawasan tebasan semakin luas dan aku membuat laluan utk Jeep masuk



3/05/2016

Tebasan bermula di tengah2 Dusun Ku 2 dan Jeep masih belum boleh masuk kesini kerana belukar anak pokok masih tebal dan hanya boleh dilalui oleh aku secara berjalan kaki dengan menebas anak2 pokok sebagai laluan masuk.

Aku mula menebas di tengah2 Dusun Ku 2. Jeep belum boleh masuk kesini kerana tiada laluan

1hb. Mei 2016

Bermulalah sejarah pembersihan yang aku lakukan terhadap Dusun Ku 2 ini seorang diri.




1hb. Mei aku mula melakukan kerja2 pembersihan seorang diri.



30/04/2016


Aku mula datang ke Dusun Ku 2 ini untuk meninjau dimana & bagaimana kerja pembersih hendak dimulakan.

Setelah S&P ditandatangani  aku mula sampai dengan Jeep di pinggir Dusun Ku2



Fasa 1 - Pembersihan Dusun

Proses Mengurus Dusun baru ini melibatkan beberapa Fasa.  Fasa 1 adalah Proses Pembersihan Dusun. Memandangkan Dusun Ku 2 ini adalah Dusun Tinggal yang telah ditumbuhi belukar, aku sasarkan dalam tempoh 2 bulan untuk Fasa 1 ini.



20/04/2016


Aku melawat Dusun Terbiar ini dengan anak kepada pemilik.




Baginilah keadaan Dusun Ku 2 ketika aku datang melihatnya bersama anak pemilik