Jumaat, 3 Mac 2017

Harap Maaf !!!!!!!

Assalammualaikum Wrkth. kepada Followers dan Pengunjung Blog Dusun Ku ini.

Saya memohon maaf kerana terpaksa menutup Ruang Komen pada setiap Halaman Blog atau artikel yang saya upload ke Blog ini berkuatkuasa SERTAMERTA.

Saya juga akan membataskan upload artikel baru yang menceritakan berkenaan hasil atau perkembangan  terkini blog ini. Upload saya selepas ini mungkin hanya sekadar memuatkan gambar2 tanpa ada ulasan mengenainya.

Saya juga tidak akan menulis lagi di Halaman "Pengubatan Islam"  dan menutup serta merta juga Halaman Soal Jawab.

Saya sedang berusaha untuk mengalihkan tumpuan blog ini supaya ianya hanya dapat di assess oleh keluarga terdekat saja seperti yg saya idamkan pada matlamat asal pembukaan blog ini.

Saya tertarik dengan prosa dibawah ini yg membuatkan saya mengambil langkah2 yg saya nyatakan diatas.


"Jangan Menjelaskan Tentang Dirimu dan Kejayaan Mu kepada Sesiapa Pun,  Kerana yang Menyukai Mu Tidak Perlu Tahu Tentang Semua Kejayaan dan Kebaikan yang telah Kamu Lakukan.

Manakala Yang Membenci  Mu Tidak akan Percaya Tentang Kejayaan dan Kebaikan yang ada pada Diri Mu.


Kehidupan Ini bukan Tentang Siapa yang Terbaik, Tetapi Tentang Siapa yang Mahu Berusaha dan Berbuat Baik di Samping Sentiasa Memperbaiki Diri." 


Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Hanya Allah SWT yg Mengetahui, Memberkati dan Merahmati akan hambanya.

Wassalam.


Khamis, 23 Februari 2017

Bila Musim Bunga Tiba......

Alhamdulillah!!!!!

Lychee Brazil Berbunga lagi.

Pokok Lychee Brazil sebelah rumah dan di Homestay Berbunga lagi.

Ahad, 25 Disember 2016

Tersilap Langkah

Pertama kali saya memohon maaf kepada peminat blog yang menghubungi saya bertanyakan kenapa blog ini tidak lagi aktif dalam meng update aktiviti baru.

Saya akui iaitu saya telah tersilap langkah dalam mengambil tindakan untuk mengusahakan ternakan ayam.  Banyak masa saya dihabiskan dalam ternakan ayam ini. Saya tidak mempunyai pembantu dan ternakan ayam ini juga saya lakukan seorang diri. Ternakan ayam amat cerewet dari segi penjagaan pemakanannya, minumannya dan penjagaan rebannya.

Saya tidak boleh memberi tumpuan khusus kepada ternakan ini kerana saya ada aktiviti pertanian dan lain yang perlu saya usahakan seperti biasa.

Berkenaan Ternakan Ayam

Saya telah memindahkan kesemua ayam ternakan di Dusun ke reban yg saya baru bina dibelakang rumah kerana :-

1. Supaya tumpuan saya tak terganggu apabila pergi ke dusun untuk kerja2 biasa perladangan.

2. Saya dapat rasakan ada pencerobohan yang telah masuk ke dusun saya dan sedang menunggu masa yang sesuai utk mengambil ayam tersebut apabila cukup matang.

3. Separuh dari masa saya di Dusun adalah dihabiskan direban ayam ini untuk melakukan kerja2 pembersihan selain dari tugas biasa dalam aspek pemakanan ayam.

4. Makanan dedak dan jagung ayam agak mahal dan ayam makan terlalu kuat tiada henti berbanding itik dan puyuh.

Walau bagaimana pun di publish disini  perkembangan terkini berkenaan ternakan ayam yang saya lakukan.

Gambar dan video dibawah diambil kira2 sebulan umur ternakan tersebut.



Setelah sebulan umur ternakan



Reban Ayam yg baru dibina dibelakang rumah dgn 12 pintu petak depan & belakang