Sedikit yang aku faham pasal GST.
1. Apa itu GST?
GST Bermaksud "Good Service Tax". Ia baru dibentang dalam Belanjawan Tahun 2014 oleh PM Najib ....telah diluluskan .....tetapi hanya akan dikuatkuasa bermula 1 April 2015.
2. Kenapa GST di cadangkan oleh Kerajaan??
GST dibentang untuk menggantikan SST iaitu singkatan bagi "Sales & Service Tax" yang digunapakai sekarang. Alasannya adalah untuk menyelaras sistem percukaian yang lebih telus & transparent. (katanya - oleh Pihak Kerajaan) - (kononnya - oleh pihak Pembangkang)
3. Apa Bezanya GST dengan SST???
Bezanya mudah saja. GST mensyaratkan pembeli atau pengguna yang ingin membeli barangan atau perkhidmatan MESTI membayar cukai semasa pembelian. Contohnya; kebanyakan kedai makanan segera (Mac Donald & Kentucky & Restoran Terkenal & Panggung Wayang& dll) telah mengenakan cukai 5% diatas jumlah nilai belian dalam bil mereka yang mesti dibayar oleh pembeli pada masa kini. Itulah yang dinamakan Service Tax. Bermula 1/4/2015 nanti, selain daripada cukai perkhidmatan yang dikekalkan ini, pengguna akan juga dikehendakki membayar Cukai untuk Barangan (Goods) semasa membeli di kedai seperti kedai makan tadi. Kadar cukai yang dicadangkan pada tahun 2015 ialah 6%. Maksudnya, kalau harga barang itu RM100/= pembeli kena bayar RM106/=.
4. Apakah Semua Barangan Dikenakan Cukai????
Tidak untuk tahun 2015. Belum tahu lagi untuk tahun 2016 dan seterusnya. Barangan yang tidak dikenakan Cukai adalah yang berasaskan makanan seperti.....Sudah semestinya Kangkung, Beras, Gula, Garam, Minyak Masak, Ikan Masin, Budu & Belacan.
5. Bagaimana Kerajaan Kata Barangan akan jadi Murah bila GST dilaksanakan?????
Memang ada barangan yang akan turun harga. Pemborong akan beli & bayar cukai 6% kepada Pengimport. Peruncit akan beli & bayar cukai 6% kepada Pemborong. DAN KITA SEBAGAI Pengguna akan beli & bayar pada Peruncit 6%. Contohnya TV yang harga dibeli oleh Pemborong termasuk Cukai bernilai RM3000/=. Peruncit akan membeli & bayar pada pemborong pada harga R3180/= . Kita akan beli & bayar pada peruncit pada harga RM3371/=.
Mengikut sistem SST sekarang Pengimport atau Pengilang sudah menetapkan harga berdasarkan cukai pengeluaran yang dikenakan kepada mereka. Contohnya kalau kerajaan kenakan 10% kepada mereka maka setiap nilai harga TV itu kerajaan akan dapat RM300/= sahaja. Pengeluar pula akan menjual kepada pemborong dengan nilai tambah 20% atau lebih. Pemborong pula akan menjual pada peruncit dengan nilai tambah (terpulang suka hati mereka) katakanlah 10%. Dan akhirnya peruncit akan menjual kepada kita dengan nilai tambah lagi 10% atau lebih. Jadi harga yang kita beli sekarang ialah harga asal RM3000 + lebih kurang 40% = RM4200.
Jelas yang turun disini ialah melalui GST, Peniaga tak boleh manipulasi harga kerana cukai GST ditetapkan pada setiap peringkat 6%. Jadi harga TV tadi hanya RM3371/=
Melalui sistem SST sekarang harga TV tersebut ialah RM4200. Lebihan untung oleh peniaga sebanyak RM829/= Ini yang dikatakan rakyat akan untung kerana harga semakin murah.
Bagaimana pula dengan kerajaan????? Haa...untung kerajaan sudah pasti lebih besar kerana dia akan dapat 6% bagi setiap peringkat urusniaga. Kalau ikut SST, kerajaan dapat 10% (RM300/= bagi TV tadi) melalui GST kerajaan akan dapat paling kurang 18% (RM540/=)
Dinegara barat GST ini dinamakan Value Added Tax (VAT) kerana kerajaan akan dapat cukai bertambah.
Well, reality nya betulkah harga itu akan kurang??????. Pernah tak dengan Sykt menjual TV pada separuh harga?????
Tentu banyakkan!!!!!. Court Mamoth contohnya boleh jual TV dengan kemudahan kredit pada separuh harga sekarang. Ini menunjukkan pengawasan kerajaan terhadap harga jualan pasaran melalui SST tak TELUS. Kalau telus dan ada penguatkuasaan MUNGKIN harga akan lebih kurang dari harga GST???.
Memang agak panjang kalau nak diulas lebih lanjut pasal GST nie. Penurunan Cukai Pendapatan sebanyak 1- 3%, Bantuan Subsidi tambahan RM300/= selain dari BR1M dll banyak lagi kalau nak diulas.
Kesimpulannya:-
Satu prinsip asas yang paling mudah untuk difahami berkenaan Cukai ialah "KALAU IA DINAMAKAN CUKAI - TIDAK ADA SATU ASAS PUN YANG AKAN MENGUNTUNGKAN PEMBAYARNYA. Cukai tetap membebankan pembayarnya. Pengutipnya tetap mengaut keuntungan. ITU ASAS PERCUKAIAN.
Tak ada orang yang akan semak cukai untuk dapat lebih kurang atau rugi. Yang rugi adalah pembayarnya.