Khamis, 17 Oktober 2019
Upgrade Jalan di Dusun Ku.
Alhamdulillah!!! Dari hasil yg lebih sikit diperolehi dari musim lepas dapatlah aku memperelokkan sistem jalan dalam Dusun Ku. Kini ditambak dgn Crusher Run dan serbuk premix jalan. Kereta biasa dah boleh menjelajah ke pelusuk Dusun Ku dgn selesa.
Moving Forward or Next Step .... aku sedang memikirkan utk Embark dalam Agro Tourism dgn membina beberapa Chalets utk pekej makan buah kutip sendiri dan pakej Team Building ketika Off fruits Season.
"Journey of thousand miles begin with first step". ..... I've stepped my first foot on it.
17/04/2018Bunga2 yg mula tumbuh sekitar awal bulan Mac kini mula mengembang. Yang paling menggembirakan pada kali ini tumbuh pula bunga2 baru dipokok2 yang sama. Mungkin musim ini ada beberapa peringkat buah pada pokok2 yg sama. Ia juga mungkin dari keberkesanan baja Fast Grow yg aku guna untuk musim ini.
Alhamdulillah!!! Dari hasil yg lebih sikit diperolehi dari musim lepas dapatlah aku memperelokkan sistem jalan dalam Dusun Ku. Kini ditambak dgn Crusher Run dan serbuk premix jalan. Kereta biasa dah boleh menjelajah ke pelusuk Dusun Ku dgn selesa.
Moving Forward or Next Step .... aku sedang memikirkan utk Embark dalam Agro Tourism dgn membina beberapa Chalets utk pekej makan buah kutip sendiri dan pakej Team Building ketika Off fruits Season.
"Journey of thousand miles begin with first step". ..... I've stepped my first foot on it.
Bunga2 lama berkembang dan ada yg jatuh kebawah. Tumbuh lagi bunga2 baru. |
Lagi photo bunga2 baru yg mula keluar |
Pagi2 lagi aku sudah sampai ke Dusun |
Pintu Masuk Utama ke Dusun Ku |
Pokok2 Durian |
Pokok Tongkat Ali |
Kolam tadahan air untuk musim kemarau |
Rumah yg aku buat sendiri di Dusun |
Diantara pokok kelapa yg telah berbuah. |
Keadaan dalam rumah |
Pokok Kopi |
Parit Buatan yg tak pernah kering airnya. |
Diantara pokok Cengal yg aku baru tanam |
Beberapa pokok salak yg aku tanam |
Diantara rumpun buluh lemang yg ada |
19/09/2017Alhamdulillah!!!. Pagi nie kait sikit kelapa sebab ada tempahan dari rakan2. Dapat sebakul besar dan akan dijual pada harga borong RM1.50 sebiji.
Memenuhi pesanan dari rakan2. |
03/08/2017Alhamdulillah!!!. Durian yang gugur semakin banyak ketika pertengahan musim sekarang. Motor adalah kenderaan yang paling sesuai untuk aku bergerak diantara satu pokok ke pokok yang lain untuk memungut buah dgn mudah. Tambahan pula keselamatan kepala agak baik dgn helmet yg ada.
Kutipan pagi ini saja........ |
Durian molek yg telah siap dipilih utk dihantar kpd pemborong |
Alhamdulillah!!! Hasil Dusun. |
Sebakul jering yg dibawa balik kerumah |
Jering yg dipetik bersama sedikit Durian yg mula gugur. |
Harap Maaf !!!!!!!
Assalammualaikum Wrkth. kepada Followers dan Pengunjung Blog Dusun Ku ini.
Saya memohon maaf kerana terpaksa menutup Ruang Komen pada setiap Halaman Blog atau artikel yang saya upload ke Blog ini berkuatkuasa SERTAMERTA.
Saya juga akan membataskan upload artikel baru yang menceritakan berkenaan hasil atau perkembangan terkini blog ini. Upload saya selepas ini mungkin hanya sekadar memuatkan gambar2 tanpa ada ulasan mengenainya.
Saya juga tidak akan menulis lagi di Halaman "Pengubatan Islam" dan menutup serta merta juga Halaman Soal Jawab.
Saya sedang berusaha untuk mengalihkan tumpuan blog ini supaya ianya hanya dapat di assess oleh keluarga terdekat saja seperti yg saya idamkan pada matlamat asal pembukaan blog ini.
Saya tertarik dengan prosa dibawah ini yg membuatkan saya mengambil langkah2 yg saya nyatakan diatas.
"Jangan Menjelaskan Tentang Dirimu dan Kejayaan Mu kepada Sesiapa Pun, Kerana yang Menyukai Mu Tidak Perlu Tahu Tentang Semua Kejayaan dan Kebaikan yang telah Kamu Lakukan.
Manakala Yang Membenci Mu Tidak akan Percaya Tentang Kejayaan dan Kebaikan yang ada pada Diri Mu.
Kehidupan Ini bukan Tentang Siapa yang Terbaik, Tetapi Tentang Siapa yang Mahu Berusaha dan Berbuat Baik di Samping Sentiasa Memperbaiki Diri."
Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Hanya Allah SWT yg Mengetahui, Memberkati dan Merahmati akan hambanya.
Wassalam.
Saya memohon maaf kerana terpaksa menutup Ruang Komen pada setiap Halaman Blog atau artikel yang saya upload ke Blog ini berkuatkuasa SERTAMERTA.
Saya juga akan membataskan upload artikel baru yang menceritakan berkenaan hasil atau perkembangan terkini blog ini. Upload saya selepas ini mungkin hanya sekadar memuatkan gambar2 tanpa ada ulasan mengenainya.
Saya juga tidak akan menulis lagi di Halaman "Pengubatan Islam" dan menutup serta merta juga Halaman Soal Jawab.
Saya sedang berusaha untuk mengalihkan tumpuan blog ini supaya ianya hanya dapat di assess oleh keluarga terdekat saja seperti yg saya idamkan pada matlamat asal pembukaan blog ini.
Saya tertarik dengan prosa dibawah ini yg membuatkan saya mengambil langkah2 yg saya nyatakan diatas.
"Jangan Menjelaskan Tentang Dirimu dan Kejayaan Mu kepada Sesiapa Pun, Kerana yang Menyukai Mu Tidak Perlu Tahu Tentang Semua Kejayaan dan Kebaikan yang telah Kamu Lakukan.
Manakala Yang Membenci Mu Tidak akan Percaya Tentang Kejayaan dan Kebaikan yang ada pada Diri Mu.
Kehidupan Ini bukan Tentang Siapa yang Terbaik, Tetapi Tentang Siapa yang Mahu Berusaha dan Berbuat Baik di Samping Sentiasa Memperbaiki Diri."
Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Hanya Allah SWT yg Mengetahui, Memberkati dan Merahmati akan hambanya.
Wassalam.
19/07/2017
Alhamdulillah!!! Kait sikit kelapa hari ini sebagai memenuhi tempahan dari rakan2. Jadual mengait kelapa ini adalah dalam kadar 3 bulan sekali. Paling banyak yang aku dapat dalam sekitar 100 biji bagi 3 pokok yang matang berbuah yang aku tanam sendiri dulu. Pokok2 selebihnya masih mengeluarkan buah muda dan aku hanya mengambil hasil untuk minum air dan isi mudanya.
Memenuhi Tempahan Tempatan pada harga RM1.50 sebiji |
09/10/2016
Sepokok lagi pokok petai padi di Dusun aku mula mengeluarkan hasil. Petik sedikit pagi ini untuk dibuat lauk. Tapi pokok ini berbuah tak selebat pokok petai padi yang selalu berbuah tuu. Adalah sikit sekadar cukup untuk makanan sendiri dan keluarga.
Petik... 2 rumpun tangkai petai padi dari pokok baru yg mula berbuah |
07/10/2016
Alhamdulillah!!!!!. Pokok Nangka Tekam Yellow (J33) yang dibelakang rumah mula berbuah. Hari ini petik buahnya yang sulong dan melapahnya seperti cara yang di pelajari semasa berkursus baru2 ini. Juga masak setandan pisang sayur dan ambil sebiji nangka muda untuk dibuat gulai.
Inilah bentuk Nangka Tekam Yellow (J33) |
Inilah isinya satelah dilapah. Isinya tidak terluka dan sebutir2 |
30/09/2016
Pokok Lychee Brazil di Homestay aku kembali berbuah. Pagi ini petik sebahagian dan selebihnya disimpan untuk keluarga aku yang akan datang Kuantan pada 4/10/2016 nanti. Itupun kalau penyewa homestay pada hari ini tidak memetik kesemua baki buah yang ada.
Buah matang yang sudah boleh di petik |
Setelah di petik lebih dari sebaldi pagi ini |
Buahnya sama besar dgn buah limau purut disebelah tuu. Isinya tebal. |
Bentuk setangkai buah |
23/08/2016
Lihatlah isi buah Durian yang baru di kopek tadi. Malangnya aku tidak mengetahui semua jenis Durian yang ada di Dusun Ku. Yang aku tahu ada yang isi kuning, putih dan tembaga.
Tapi pokok durian yang berbuah seperti gambar di bawah ini aku namakan "Beruang King". Senang dan mudah diingat.
Aku namakan dia Beruang King |
16/08/2016
Inilah hari yang ketiga berturut2 aku menghantar Rambutan kepada pemborong. Harga semasa agak baik dan pemborong membeli dari aku pada harga RM4/= Sekilo.
Setiap hari aku menghantar 2 bakul besar penuh hampir 100 kilo. Aku mulakan dengan Rambutan Kuning. Musim ini Rambutan paling menjadi. Harap2 harga semasa akan kekal kerana aku difahamkan pengeluaran agak terhad sedangkan permintaan bertambah.
Sedang memetik Rambutan Kuning untuk dihantar kpd Pemborong |
Siap sedia utk dihantar kpd pemborong |
Musim Durian kembali lagi. Musim kali ini tidak sehebat tahun lepas kerana hanya beberapa pokok sahaja yang produktif. Mungkin cuaca yang terlalu panas ketika pokok sedang berbunga yang menyebabkan ianya menjadi kering dan layu.
Akan tetapi, aku tetap bersyukur kerana ada juga hasil jika dibanding dengan Dusun2 Jiran yang terjejas teruk tanpa buah.
Diantara buah yang hampir mencecah tanah. |
Lagi pangkal pokok durian yang digantung belacan |
18/07/2016
Alhamdulillah!!! Ada juga pokok Durian di Dusun Ku berbuah pada musim ini walau pun tidak semua pokok yang berbuah disebabkan cuaca yang panas sebelum ini. Cuaca yang panas agak lama menyebabkan bunga menjadi kering dan tidak menjadi buah.
Walau pun bagitu aku bersyukur kerana masih ada rezeki beberapa pokok yang berbuah berbanding dengan Dusun2 rakan di persekitaran yang tidak menjadi langsung pada musim ini.
Akan tetapi, cabaran baru pula yang terpaksa aku alami iaitu Sekumpulan puluhan ekor Kera nampaknya mula berkampung dalam Dusun Ku.
Ganasnya kera2 ini telah menarik turun buah2 yang sedang menunggu tahap matang matang untuk gugur jatuh lebih awal.
Ada harinya buah gugur berpuluh biji sehari ditarik turun oleh kera2 ini. Ada ranting buah lebat yang dipatahkan oleh kera2 ini.
Semua buah ini belum cukup masak tetapi ditarik turun oleh kera2 pagi ini |
15/06/2016
Hasil hari ini istimewa sikit iaitu Buluh Lemang. Ada 6 rumpun buluh lemang yang aku tanam di Dusun yang tumbuh dengan subur dan boleh diambil bila2 masa. Sebenarnya, aku telah mula ambil dari Raya tahun lepas lagi tetapi hanya untuk kegunaan sendiri.
Oleh kerana ia membiak dengan cepat jadi aku buka untuk tempahan untuk jualan borong. Seorang pengusaha Pembuat Lemang di Pmtg. Badak telah menempah dalam 200 ruas untuk dihantar pagi ini.
Aku ambil masa dalam 2 jam saja diantara jam 9 hingga 11 pagi untuk memenuhi tempahan ini. Harga pasaran ialah sekitar RM2 seruas tetapi harga borong lebih rendah dari itu.
Selepas ini aku akan tanam banyak sikit di Dusun Ku 2 kerana Buluh Lemang ada nilai pasaran yang baik.
Tempahan di buka bagi Pembuat Lemang daerah Kuantan yang memerlukan buluh lemang segera boleh call aku.
Salah satu Rumpun Buluh Lemang yang ada di Dusun Ku |
Siap untuk menghantar tempahan pelanggan |
Satu lagi Rumpun Buluh Lemang yang tumbuh subur di Dusun Ku |
14/06/2016
Hari ini aku kait lagi kelapa lebih kurang 50 biji kerana ada tempahan dari pembeli tetap. Harga borong hanya RM1.50 sebiji.
Semalam, setandan pisang Abu mula masak dan InsyaAllah minggu depan setandan lagi Pisang Abu dengan tandang yang lebih besar di jangka masak. InsyaAllah, akan aku update kan gambarnya nanti.
Setandan Pisang Abu mula masak |
Kelapa pagi siap di kopek menunggu pelanggan datang ambil |
27/05/2016
Walaupun hari ini hari Jumaat, tetapi aku sempat juga pergi ke Dusun Ku untuk melihat keadaanya. Maklumlah, aku lebih tertumpu kepada Dusun Ku 2 kerana kerja2 Fasa 1 yang melibatkan Pembersihan masih belum selesai.
Alhamdulillah!!!!! Dusun Ku berada dalam keadaan yang amat baik.
12 batang Rebung Madu di tuai pagi ini. |
13/05/2016
Hari ini Jumaat, aku hanya ada masa sedikit saja sebelum waktu Jumaat tiba. Jadi aku hanya memetik kelapa tua dari beberapa pokok kerana pelanggan tetap kami sudah beberapa hari bertanyakan bekalan kelapa. Bermula jam 8 pagi hingga jam 9 pagi aku kait sebanyak ini kerana pokok2 kelapa aku jenis rendah dan ada yang boleh dicapai dengan tangan saja.
Inilah petikan pagi ini.
21/04/2016
Pernah tengok pokok dan buah nie tak???. Namanya Laici Brazil. Aku tanam 2 pokok di perkarangan Homestay. 3 pokok di Dusun dan 1 pokok di perkarangan rumah aku. Semua pokok di RN Homestay dan di rumah aku dah berbuah. Isinya amat tebal, lemak dan terlalu manis. Lebih sedap dari laici biasa atau mata kucing. Yang peliknya sikit ialah buahnya masak hijau. Alhamdulillah. Yang Disemai Akan Dituai....InsyaAllah. Aaaaaku Oooorang Dusun .....Pannndai bertaniiii.
Pokok Laici Brazil. Buahnya masak hijau. |
Setangkai buah yang fresh dan boleh dipetik |
Petik lebih dari sebaldi pagi ini. |
16/04/2016
Hari ini panas agak terik dari pagi. Aku ambil keputusan mengait kelapa tua dan ambil 3 biji kelapa muda nak minum air dan makan isinya. Ada petua....macam mana nak dapatkan kelapa yang betul2 muda, manis airnya dan lemak isinya. Nantilah...bila senang2 sikit nanti aku beritahu petua itu.
Setandan Pisang, hampir 20 biji kelapa tua dan 3 biji kelapa muda. |
Lemak manis isi dan airnya |
07/04/2016
Sepatutnya aku tak ke Dusun pada setiap hari Isnin dan Khamis. Tetapi, pagi nie pergi juga sekejap sebab jering punya pasal tak boleh biar lama dipokok. Cuaca bagitu panas berbahang.....tetapi aku gagahi juga dalam kehausan & kepenatan mengait & memetik jering yang banyak itu. Alhamdulillah, aku anak Dusun....pandai bertani.
Setangkai Jering.....bagitulah peribahasanya. |
Bawa balik seguni besar Jering ke rumah. Asal jadi Duit. |
05/04/2016
Alhamdulillah!!!! Kini tiba musim Jering pulak. Pagi nie ambil sikit sebaldi besar yang hujung2 hampir mencecah tanah.
Hasil yang dpetik pagi nie. Jering dan seperti biasa Rebung Madu |
21 & 23/03/16
Pisang sangat menjadi di Musim panas ini. Mungkin kerana bahagian simpanan air di sepanjang batangnya mencukupi untuk pisang bertahan ketika cuaca panas.
Setandan nie diambil pada 21/3/16 |
Setandan lagi diambil pada 24/03/16 |
29/01/16
Pisang Abu Pulak. Setandan yang hampir 3 kaki panjang di potong dari pokok pagi ini. Buahnya besar dan lebar hampir 6 inci sebutir. Alhamdulillah!!!!! Rezeki dari Allah SWT.
Hampir 3 kaki panjangnya Tandan Pisang Abu ini. |
Pointer Timbang hampir berputar semula. Maksima 20kg |
26/01/2016
Pagi nie petik hampir 300 papan (keping) Petai Padi di Dusun Ku. Kesemua petai ini habis dalam masa 2 jam saja. Aku jual terus kepada rakan2 & jiran Seikat RM3. Dalam seikat ada 6 papan (keping). Jika beli 2 ikat aku Charge RM5/= saja. Kesemua hasil dalam 2 jam ialah RM130/=. Alhamdulillah!!!!!.. Asal jadi Duit.
Petai Padi.....Padat dan Rapat |
24/01/2016
Satu lagi pokok Petai Di Dusun Ku mula mengeluarkan hasil. Tetapi, kali ini ianya diluar musim.
Petik sikit untuk dibuat lauk pagi ini. |
19/01/2016
Maaf, agak lama juga tak menulis berkenaan perkembangan terkini Dusun Ku.
Agak sibuk sikit sejak kebelakangan ini terutama melibatkan aktiviti Pengubatan Islam di sebelah petang dan malam.
Namun, seperti biasa, aktiviti Dusun adalah priority utama yang dilakukan hampir setiap hari. Aku juga sibuk dengan tumpuan "Ternakan Madu Lebah" yang aku usahakan sendiri bermula hujung tahun lepas. InsyaAllah, satu halaman baru dengan tajuk "Ternakan Lebah Madu" akan aku buka sedikit masa lagi.
Keadaan Dusun Ku sentiasa berada ditahap Terbaik. Pokok2 buah2an tumbuh dengan subur. Kawasan Dusun sentiasa bersih terkawal. Nangka, Belimbing, Ciku, Rebung Madu, limau kasturi, kelapa dan Pisang mengeluarkan hasil berterusan tanpa musim. Adakalanya aku sempat mengambil gambar untuk diuploadkan disini. Adakalanya tidak, contohnya, Sebutir Nangka Madu Mastura baru saja aku petik pada awal bulan ini dan sempat dimakan oleh Orang Tua aku yang berkunjung sendiri ke Dusun dan selebihnya, aku bawa kerumah anak aku di KL.
Hasil Dusun Pagi ini.
Kutipan Biasa pagi ini 2kg Belimbing Buluh, Rebung Madu, Jantung dan Bunga Kantan |
26/12/2015
Pagi ini giliran aku untuk memetik buah Ciku yang terlalu banyak di kesemua 4 pokok yang terdapat di Dusun Ku. Buah ciku ini tidak bermusim. Sebelum ini aku hanya memilih memetik buah saiz besar dalam sekilo dua untuk di makan sendiri. Tetapi semenjak sibuk melayan musim durian yang lepas, ciku aku biarkan. Maka pada hari ini hasil petikan melebihi 30 kilo. Rasanya amat manis dan segar dimakan bagitu saja.
Alhamdulillah!!!!! Segar dari Dusun Ku |
16/12/2015
Semua hasil bermusim di Dusun Ku telah habis buat masa ini. Yang ada hanya yang tak bermusim seperti Rebung Madu, Belimbing Buluh, Pisang, Nangka dan Ciku. Pagi ini aku ubah sikit strategi dengan beralih kepada Kelapa pula.
Aku mengait 40 biji kelapa tua dari 2 pokok yang berbuah lebat. Aku mengopek sendiri kelapa tersebut dan kini aku ada 2 pilihan iaitu samada untuk membuat minyak atau aku jual borong saja kat kedai runcit. Harga borong sebelum ini ialah RM1.80 sebiji kerana kelapa aku agak besar saiznya.
Hasil kutipan pagi ini. Alhamdulillah |
02/12/2015
Pagi ini kait sikit baki2 petai yang ada di pokok untuk dibawa ke KL esok. Dapatlah anak2 disana merasakan petai musim terakhir tahun ini.
InsyaAllah, semoga ditahun depan lebih banyak pokok petai yang berbuah.
Hasil yang diperolehi pagi tadi. |
16/11/2015
Petikan Kedua Pagi ini. Hampir 400 keping atau papan. Alhamdulillah!!! semuanya habis dijual kerana pesanan tertunggak terlalu banyak. Ada yang beli 16 ikat, 20 ikat dan ada yang order terus 200 keping. (Cerita & Gambar Petikan Pertama ada di Halaman Utama)
Harga pasaran dijual pada RM3 seikat. Setiap ikat ada 6 keping/papan. Tetapi kebanyakan beli lebih dari 2 ikat seorang. Maka ianya dijual pada harga borong RM5 untuk 2 ikat dan bagitulah seterusnya.
Baki yang tinggal dipokok hanya boleh 2 kali petik lagi. Purata satu pokok boleh memberi hasil dalam 1000 keping/papan.
Alhamdulillah. Syukur ya Allah SWT.
Dalam proses untuk mengikat. |
07/10/2015
Hari ini seperti hari2 lain .....rebung madu terus memberikan hasil tanpa henti. Sepohon pokok petai aku pula baru mula berbuah dan aku petik 2 tangkai pada hari ini.
Rebung Madu dan 2 tangkai Petai yang di petik pagi ini. |
19/09/2015
Buah2an bermusim baru saja habis. Kini kembali kepada hasil tanaman yang tidak bermusim untuk mendapatkan hasil sepanjang masa.
Kelapa juga boleh memberikan punca hasil yang baik disamping permintaan yang tinggi.
Kedai2 Makan sanggup membeli borong RM1.80 sebiji kelapa yang belum di proses. Mungkin selepas ini tumpuan aku akan memasukkan KELAPA dalam aktiviti pemasaran.
Benarlah bagaimana orang dulu2 boleh hidup dengan hanya menceburi bidang pertanian tanpa bekerja makan gaji.
Hendak Seribu Daya!!!!!
Hari ini petik sedikit kelapa untuk makan sendiri. |
29/08/2019
Alhamdulillah. Semalam adalah hari terakhir aku menghantar 3 bakul penuh rambutan kepada pemborong. Lega rasanya kerana hampir 1 bulan aku menghantar setiap hari rambutan kepada pemborong. Buah2an di Dusun Ku juga agak pelik berbanding dengan Dusun orang lain. Seperti juga Durian, Rambutan di Dusun Ku tidak masak serentak seperti Dusun jiran. Rambutan di Dusun Ku masak berperingkat-peringkat. Iaitu 2 pokok masak terlebih dahulu diikuti dengan 2 pokok lain dan seterusnya pokok2 yang lain. Aku percaya ianya adalah Rahmat dari Allah SWT kerana mungkin hanya aku seorang saja yang memetik setiap hari buah yang masak tersebut disamping membekal kepada pemborong secara berterusan pada harga yang amat menarik.
Alhamdulillah, Syukran Jazakallah.
Aku akan mula bercuti pada minggu hadapan dan akan hanya kembali ke Dusun Ku pertengahan bulan hadapan.
Semalam aku mula memetik buah2an lain seperti photo diatas |
Pungutan dan Penghantaran terakhir kpd pemborong |
Kutipan dan penghantaran pada hari sebelumnya. |
13/08/2015
Setiap hari sepanjang minggu aku terpaksa menghantar bekalan rambutan kepada pemborong. Ada hari2 yang aku terpaksa hantar 3 bakul kerana permintaan yang tinggi. Aku amat sibuk dan setiap hari ada di dusun.
Sempat juga aku mengait Cempedak yang agak masak |
3 bakul besar baru siap di petik. Namun masih banyak lagi yang ada di pokok |
3 bakul besar dihantar pada 9/8/2015 |
2 bakul dan lebihan yang melimpah dihantar pada 8/8/2015 |
31/07/2015
Batch Ke 4 membuat Tempoyak sedang dilakukan. Permintaan hebat. Rasa2nya jual tempoyak lebih menjana hasil daripada menjual buah durian segar.
Alhamdulillah, Nikmat rezeki dari Allah SWT.
Batch yang ke Empat |
27/07/2015
Cempedak mula gugur pada hari ini. Dalam sehari dua lagi aku akan memetik semua cempedak tua itu untuk dipasarkan. Harga pasaran cempedak pada masa ini ialah RM6/kg. Purata berat sebiji cempedak dalam 2.5kg.
Baginilah ulas cempedak yang gugur masak pagi tadi. |
25/07/2015
Rambutan dah boleh di petik. Hari ini aku petik 2 bakul penuh. Satu bakul Rambutan Gading (Kuning) dan satu bakul lagi Rambutan Merah. Sebakul penuh beratnya dalam 45 kg.
Harga yang ditawarkan oleh pemborong amat menarik kerana rambutan kurang di pasaran. Harga runcit semasa ialah RM5/kg.
2 bakul penuh Rambutan untuk di hantar kepada Pemborong |
Sampai di tempat Pemborong |
23/07/2015
Era Tempoyak kini bermula. Buah yang merkah dan pecah di kumpulkan dan dijadikan Tempoyak. Permintaan terhadap Tempoyak Asli ini amat menggalakkan. Setakat berita ini di tulis sudah ada 14 kg pesanan tertunggak. Sehari hanya boleh dibuat dalam 4 kg sahaja bergantung kpd buah. Tempoyak ini 100% isi durian yang hanya dicampur dengan garam.
Ia tidak akan cair lembik atau kelihatan kusam & masam.
Sekilo hanya RM15/= saja. Tempahan bergantung kpd stock. Hanya di buat di musim durian sahaja.
Buah Pecah & Merkah di buat Tempoyak |
Purata dalam 4 kg sehari boleh diproses. |
22/07/2015
Kutipan Buah yang gugur pagi ini. Tempahan penuh sehingga Selasa 28/7/2015. Buah dijual pada harga RM3/= sekilo.
Kutipan Pagi Ini. |
18/07/2015
Hasil Dusun pagi ini. Isi berbeza dari 4 jenis pokok yang buahnya gugur pagi ini.
4 Biji buah durian nie dari 4 pokok yang berbeza. |
28/06/2015
Alhamdulillah, Hari nie Anak Menantu dan Cucu2 melawat Dusun Ku. InsyaAllah, satu BBQ keluarga akan diadakan pada hari Raya Keempat di Dusun Ku ini. Mungkin pada masa itu...durian akan galak gugur.
Menantu, cucu2 melawat Dusun hari nie. |
Posing for the album |
21/06/2015
Baru sampai tengahari tadi dari KL setelah hampir seminggu berada disana. Selepas Asar, pergi sekejap ke Dusun Ku. Ambil Rebung Madu dan ada juga Durian Fasa 1 yang gugur. Alhamdulillah, bolehlah berbuka puasa dengan durian hari nie.
Hasil Dusun petang nie. Rebung madu dan Durian |
Sebahagian isi yang di kopek untuk juadah berbuka petang nie |
14/06/2015
Hari Isnin yang lalu, sebutir Durian mula gugur bagi permulaan Musim Durian tahun ini. Tetapi, musim tahun ini agak berbeza dengan Musim2 yang lepas.
1. Buah Durian tidak berapa lebat seperti musim2 yang lepas. Mungkin disebabkan cuaca yang terlalu panas pada bulan February dan Mac yang menyebabkan bunga gugur tanpa menghasilkan buah. Kebun jiran sebelah menyebelah langsung tidak menjadi. Bahkan sepanjang perjalanan ke Dusun Ku melalui kampong Sri Mahkota yang banyak dgn pokok durian tidak nampak akan buahnya pada musim ini. Alhamdulillah, Ada sedikit buah yang lekat di Dusun Ku bolehlah untuk di buat makan keluarga.
2. Yang agak pelik sedikit ialah buah durian di Dusun Ku pada kali ini berlaku dalam 2 fasa. Bunga keluar pada fasa pertama tetapi hanya sedikit yang menjadi iaitu dalam 5 atau 6 butir sepokok. Kemudian, apabila hujan turun pada hujung bulan Mac....pokok yang sama berbunga semula dan ada lekat sedikit buah yang dijangka gugur pada awal bulan Ogos ini.
Buah yang gugur pada hari Isnin lepas adalah buah fasa pertama. Tak berapa banyak buah tetapi isinya amat sedap dimakan. Mungkin kerana ianya tidak banyak dan gugur pula 1 biji atau 2 biji dalam 3 hari sekali.
Hanya sebutir yang gugur Isnin lalu & semalam lagi sebutir |
Sebahagian dari buah kopi masak yang di petik semalam. Nak buat kopi sendiri pula lepas nie. |
8/05/2015
Lega!!!!. Tembok pagar telah siap sepenuhnya. Kini tumpuan beralih kepada tanaman dan membersihkan Dusun.
Hanya sepokok ini yang aku tanam 2 tahun lepas. Utk makan sendiri saja. Masak Lomak dgn Udang. Picit Sambal Belacan ...Uuuuuhhhh!!!!! |
Hasil pagi nie. Pasaran utk Rebung Madu amat menggalakkan |
11/03/2015
Lebih 5 bulan aku tak muatkan cerita terbaru berkenaan Dusun Ku. Iya, aku masih sibuk membina pagar konkrit di sekeliling dusun. Baru lebih sikit dari 50% siap. Setiap pagi aku ke Dusun kecuali hari Jumaat. Banyak tumpuan aku kepada tembok pagar ini. Walau pun penat tetapi aku mahu juga menghabiskan kerja ini. Aku hampir tidak percaya melihat tembok konkrit yang telah siap terbina itu adalah hasil kerja aku seorang diri.
Dengan kereta sorong yang ada, aku angkut pasir dan bata2 serta simen dan air. Membancuhnya dan menyusun bata2 menjadikan tembok yang panjang. Drebar2 lori penghantar pasir, bata dan simen menggeleng2kan kepala melihat aku membina tembok2 tersebut.
Kepuasan bagi aku ialah dapat melihat hasil kerja yang baik. Aku percaya tembok konkrit itu akan kekal berpuluh tahun kehadapan walaupun mungkin dikawasan sekeliling akan ujud kawasan perumahan.
Walau pun kesibukan...aku masih seperti biasa sempat merakam beberapa hasil dusun yang berbuah sepanjang musim.
Sedikit Belimbing Buloh dan Terung Belanda berbuah sepanjang masa. |
Rebung Madu dan Nangka juga mengeluarkan hasil sepanjang masa |
18/10/2014
Musim hujan sudah bermula. Rebung Madu pun mula mengamuk. Pucuk2 baru tumbuh bercambah.... menggila. Rumpun2 baru mula mengeluarkan hasil. Orang rumah iaitu Pegawai Pemasaran aku semakin sibuk. Kalau dahulu hanya dua tiga kedai runcit yang dipasarkannya kini telah menjangkau ke beberapa restoran yang memerlukan pasaran secara terus. Rupanya beliau telah melawati beberapa restoran dan terus mempromosikan Rebung Madu yang manis ini.
Walau bagaimanapun, saya meminta maaf kepada yang menghubungi saya secara terus melalui what's up, email dan phone call yang memerlukan anak pokok rebung madu ini .....tidak dapat saya penuhi buat masa ini kerana saya masih lagi sibuk dengan pembinaan pagar konkret Dusun Ku ini. Sehinggakan rumput disekeliling pokok rebung pun tak sempat di potong.
Kalau benih yang baik jatuh kelaut akan menjadi pulau. Alhamdulillah.
Pucuk2 Baru Tumbuh Bercambah |
Rumpun Baru mula mengeluarkan hasil |
Yang sempat di ambil pagi tadi. |
10/10/2014
Agak sibuk sikit kebelakangan ini kerana tumpuan utama sekarang adalah untuk menyiapkan pagar bertembok disekeliling dusun.
Tapi, sempat juga memetik baki petai padi yang ada dihujung2 ranting pokok.
Petai Padi yang tinggal untuk makan sendiri |
20/09/2014
Seperti biasa pagi ini ke Dusun Ku. Tak buat tembok pagar hari nie. Cuma memetik dokong yang terakhir musim untuk di pasarkan. Hampir 65 kilo dipetik dan semuanya diborong oleh Ah Kun, Pemborong Buah di Kuantan. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaan rezeki yang berterusan. Tambahan lagi...rasa dokong pada musim ini amat manis sekali.
Sebelum di petik dpd salah satu ranting pokok. |
Sebelum di naikkan ke Jeep |
Inilah wajah Ah Kun yang banyak menolong memborong semua hasil Dusun Ku |
Hampir 65 Kilo petikan terakhir musim ini. |
11/09/2014
Alhamdulillah. Sadikit hasil Dusun yang di petik hari ini.
Dah mula memetik dokong dari pokok ini. Isinya lebih manis dari pokok lain. |
Semua hasil nie nak di bawa ke KL esok pagi. Dapatlah anak2 disana merasa.. |
Selain dari Petai Padi dan Dokong, Pisang Abu pun ada. |
28/08/2014
Alhamdullillah. Dah mula petik Dokong dari salah satu pokok yang masak hari nie. Semuanya nie untuk disedekah pada kawan2 dan keluarga. Rebung madu seperti biasa tak henti2 mengeluarkan hasil. Di petik juga Rambutan Gula Batu yang tidak berair langsung, lekang dan amat manis sekali. Buah dari pokok ini tidak pernah dijual tetapi hanya untuk makan sendiri kerana terlalu enak rasa isinya.
2 bag plastik Dokong, Rebung Madu dan Rambutan Gula Batu. |
25/08/2014
Petik Petai sikit hari nie. Teringin nak makan Masok Lomak Cili Api Potai dengan ikan bilis.
Petai Padi matanya rapat. Rasanya lemak. Boleh dimakan bagitu sahaja... |
16/08/2014
Alhamdulillah. Rezeki hari ini. Cempedak masih ada lagi. Petai di kait untuk makan sendiri. Rebung madu ...menjadi pulak tuu. Anak2 pokok rebung madu yang disemai awal tahun ini mula mengeluarkan hasil.
Cempedak, Rebung Madu dan Petai Padi... |
14/08/2014
Maaf, agak lama tak update pasal Dusun Ku ini. Agak sibuk sikit buat pagar baru. Bata concrete keliling dusun. Alhamdulillah, Wang hasil jualan buah digunakan untuk memperelokkan keadaan dusun.
Tembok bata yang dibuat sendiri sedikit demi sedikit bermula dlm bulan puasa |
Keadaan Dusun yg tidak berubah. Bahkan semakin bersih sejak 6 tahun lalu. |
Pokok2 Rambutan yang diTrim tahun lepas kini tumbuh subur & renek |
6 lubang yang digali disekeling dusun adalah sebagai perangkap air & sampah |
Bersihnya terjamin. Dulu, Kini dan InsyaAllah selamanya. |
14/08/2014
Dokong pulak...... Awal bulan depan boleh di petik lah nie.
Berbuah sampai hampir mencecah tanah. |
12/08/14
Alhamdulillah, Ada lagi durian yang gugur....
2 biji saja yang gugur. Petik Belimbing Besi sikit nak buat Jus |
7/08/2014
Alhamdulillah, 3 biji gugur lagi hari nie...
Rezeki Hari nie.....Kuning pulak |
6/8/2014
Alhamdulillah. Masih ada lagi baki durian yang gugur. Untuk makan sendiri ...
4 Butir gugur hari nie |
9/7/2014
Alhamdulillah, Lagi hasil dari Dusun. Benarlah kata bijak pandai "Setiap yang Disemai, Pasti akan Di Tuai". Hanyak usaha serta rahmat dan berkat dari Allah yang menentukan sadikit atau banyak hasil2 tersebut.
Mula memetik sebahagian buah cempedak yang tua dari sebatang pokok |
Kundang juga mula dipetik. Manis betul rasanya. RM9/kilo dipasaran |
Durian dari pokok ini pula mula gugur |
30/06/2014
Sahor ...Durian..... Berbuka pun ......Durian.... Bila cholestrol nak turun nie
Kopek untuk Buka Puasa ....6.35 petang semalam |
27/06/2014
Durian dah berguguran sekarang. Tempahan diterima bertalu2 terutama dari jiran2 & pelanggan berdekatan. Hasil buah2an lain pun menjadi nampaknya. Alhamdulillah.
Salah satu pokok yang buahnya boleh dicapai dengan tangan. |
Cempedak dijangka gugur selepas habis Durian |
Pokok Stark yang tak pernah berbuah sebelum ini dah mula berbuah. |
Buahnya terjuntai hingga ketanah. |
23/06/2014
Rebung Madu Mengamuk Sakan & Durian mula gugur
Kelmarin aku petik berbelas pucuk Rebung Madu. Hari ini tumbuh lagi bercambah. Pasaran untuk Rebung amat menggalakkan. Pagi isteriku hantar kekedai pada harga RM2.00/sebungkus petangnya habis. Tuan kedai meminta supaya bekalan ditambah kerana permintaan di Bulan Ramadhan dijangka meningkat. "Orang nak masak Lomak Cili Api Robong dongan Daging" hoi terangkat....
Durian pun mula belajar gugur. Orang kata .....buang yang busuk dulu. Tapi isinya...molek2 pulak. Walau bagaimanapun isteri ku mula kerjanya buat Tempoyak Kak Zie. Buah2 baru nie tak jual lagi....
Rebung yg bawa balik semalam serta durian awal nak buat Tempoyak |
Tuu yang bercambah naik dari rumpun nie untuk dipetik. Ada 8 rumpun lagi... |
Berpatutan...RM2.00/bungkus nak dihantar ke kedai esok pagi |
29/5/2014
Sebutir Nangka Madu Mastura yang baru di petik pagi tadi. Nangka ini adalah yang terbesar sekali berbanding dengan nangka2 yang telah dipetik sebelum ini. Aku rasa beratnya lebih dari 30 kilogram kerana aku tak dapat menggunakan timbang aku yang kapasiti maksimanya hanya 20 kilogram saja. Jarum pointernya terpusing ke pusingan kedua dan aku bimbang springnya akan patah. Kini, pokok2 nangka di Dusun mula mencapai kapasiti maksimum. Alhamdulillah..
Wow...Tingginya lebih dari 2 kaki & berat lebih dari 30kg |
20/04/2014
Hasil pagi nie yang diambil dari Dusun Ku.
Setandan Pisang yang Mekal & Jambu Air yang manis & Sedikit Mangga & Kantan |
08/04/2014
Seperti biasa ...pagi tadi... aku ke Dusun. Suka juga tengok bunga durian yang bagitu lebat mula gugur ke bumi. Tetapi di musim cuaca yang kering ini....aku bimbang ....bunganya akan terus kering & layu...tidak berbuah. Harap2lah hujan akan turun menyelamatkan keadaan.
Aku juga sempat memetik jering yang terakhir dari pokok selepas berpuloh kilo telah aku petik sebelum ini dan Terima Kasih pada Ah Kun yang memborong kesemua hasil jering tersebut.
Maaf kepada Pn Ina dari Indera Mahkota kerana bekalan yang diminta tak dapat dipenuhi kerana Ah Kun sudah lama berurusan dengan saya dalam pasaran hasil Dusun.
Jering yang dipetik pagi ini pun akan dibawa kepada anak2 di Seremban & KL pada hujung minggu ini kerana mereka hanya bawa balik seorang sadikit saja semasa cuti bulan lepas.
Ada dalam 15 kilo nie. Jeringnya mantop & Tidak terlalu tua. Lemak gitu.... |
26/03/2014
Pagi tadi aku memetik buah jering dari sepohon pokok yang agak aktif berbuah. Banyak juga hasil pagi nie dan kesemuanya telah diborong oleh Ah Kun, Pemborong Buah di Kuantan. Aku jual borong kepadanya pada harga RM2.50/Kilo. Harga nie agak baik jika dibandingkan dengan harga Peniaga Pasar Malam yang menawarkan harga RM5.00 untuk seratus biji jering.
Jering aku agak besar & mantop bagitu. Satu kilo dalam 25 biji. Maknanya, Ah Kun membeli jering aku dalam 10sen sebiji. Harga pasaran terutama di Pasar Malam sekitar RM2.00 untuk 15 biji.
Buah dipokok agak lebat....mungkin dalam 2 kali petik lagi....habislah jering tu untuk musim nie.
Jering nie....kalau tak petik ia akan terus kering di pokok. Akan terbuka sendiri dan isinya akan jatuh ketanah dibawa angin. Nampun, tangkai & kulitnya akan terus kering dipokok. Kalau dibiarkan....bukan saja ...buahnya akan kering malah ranting & dahan berkenaan akan turut kering dan akhirnya menjadi dahan mati.
Sebab itulah ada satu Simpulan Bahasa yang mengatakan Tangkai Jering. Merujuk kepada sesaorang yang amat kedekut atau bakhil. Sebab jering tak akan berpisah dari tangkainya kecuali di potong.
Dua baldi besar (18ltr) dipenuhi dgn Jering yg bosar, gumuk & mantop |
12/03/2014
Hampir 2 minggu aku tak ke Dusun kerana sibuk memantau pembinaan rumah. Hari nie aku datang sebab rumah dah siap sepenuhnya.
Alhamdulillah....Hampir semua pokok durian aku sudah berbunga. Tetapi memandangkan musim kemarau, aku bimbang bunga2 tersebut tak tahan lama dan akan berguguran sekiranya hujan tak turun dalam minggu ini.
Semua air dalam kolam takungan kering kontang. Hanya tinggal sedikit dalam kolam takungan ditanah. Dah hampir 1 bulan hujan tak turun nie.
Bunga Durian pada satu dahan yang hampir mencecah tanah |
11/02/2014
Alhamdulillah.....Walau pun hujan dah hampir 1 bulan tak turun tapi dengan Rezeki Allah SWT, benih labu manis yang aku campakkan ke tanah bakar di Dusun Ku berbuah dengan baik. Enak kalau dibuat Masak Lomak dan Cekodok nih.........
Disatu bahagian buah2 labu yang agak menjadi. Disemai dibawah pokok rambutan. |
09/02/2014
Tepat sebulan kini dan aku update kan perkembangan terbaru. Pagi tadi aku ke Dusun Ku seperti biasa. Adalah aku petik sedikit hasil rezeki dari Allah SWT. Alhamdulillah.
Sebiji Nangka Madu Mastura, Labu Manis, Kedongdong & Jantung Pisang |
08/01/2014
Hampir sebulan aku tak ke Dusun kerana rumah ku di Kuantan terlibat dengan banjir. Sebutir Nangka Madu Mastura yang agak besar gugur ketanah kerana terlalu masak ranum. Hari nie, aku petik sebiji lagi Nangka Madu Mastura. Tapi dalam perjalanan balik kerumah dari Dusun aku singgah dikedai Chain Saw untuk servis Grinder aku. Tawkeh Chain Saw...Mr. Onn telah memborong terus buah nangka itu. Tapi tak pa kerana nangka yang aku petik pada 4hb yang lalu masih ada lagi dirumah.
Pokok Mahkota Dewa yang aku tanam dalam pasu sejak 6 bulan lepas mula berbuah. Buah Mahkota Dewa ini amat baik sekali untuk kesihatan orang lelaki. Sebab itulah ianya dinamakan Mahkota Dewa agaknya. Aku mula mengenali Mahkota Dewa ini semasa mengunjungi Pasar Tani di Stadium Shah Alam kira2 setahun lepas. Sebungkus kecil dijual dengan harga RM15/=. Agak mahal juga. Selepas membeli buahnya yang telah diproses dan menikmati kekaguman khasiatnya lalu aku pun mencari benihnya untuk ditanam. Kini pokok yang aku tanam itu telah berbuah. Amat senang untuk memprosesnya iaitu hanya dengan merincik2 buahnya yang masak berwarna merah dan keringkan melalui jemuran. Ambil 2 atau 3 keping hirisan yang telah kering masukkan kedalam secawan air panas dan minum. Anda sendiri akan merasai khasiatnya yang luar biasa.
Nangka Madu Mastura. Lebih 18 kilo sebutir. |
Buah Mahkota Dewa. Yang masak berwarna merah. |
11/9/2013
Sebahagian dari cempedak untuk dibawa kepada anak2 menantu di KL hujung minggu ini.
Mekar & Segar. Purata 4 kg sebiji tuuuu. Alhamdulillah. |
8/9/2013
Cempelak.....Pulak
Hari nie aku mula petik sebiji Cempedak untuk dipastikan yang ianya mula masak. Memang ianya sudah masak dan semua buah Cempedak di Dusun Ku sudah boleh dipetik. Isi cempedak pada musim ini amat baik. Isinya besar, tebal dan manis sekali. Walau bagaimanapun aku kurang pasti berapa harga pasaran yang aku akan jual nanti kerana aku jarang nampak cempedak dijual pada ketika ini. Lantas aku talipon Ah Kun dan Ah Kun suruh aku bawa banyak mana yang aku ada kerana dia sanggup borong pada harga RM3.00 sekilo. Katanya, ketika ini beliau jual Cempedak buah elok pada harga RM4.50 sekilo.
Harga yang baik....Musim lepas isteriku pasarkan kepada penjual goreng pisang dan taukeh pasar malam pada harga RM2.00 sekilo.
Telima kasih Ah Kun....Esok atau lusa gua sampai lu punya kedai....
Tapi bukan nak puji hasil sendiri. Tengoklah buah yang dibawah nie....Empat kilo setengah beratnya sebiji. Kalau ada expo pertanian ketika ini mahu aku masuk bertanding kerana pada expo yang lepas, cempedak yang menang hanya sekitar 4 kilo sahaja sebiji.
Syukur, Alhamdulillah kepada Allah SWT diatas rezeki yang dikurniakan ini.
Wow besarnya hampir 5 kilo sebiji. Isinya padat, tebal... |
Ulasnya yang besar dan isinya yang tebal terus digoreng Fresssssshhhhh. |
27/08/2013
Semenjak bulan puasa lagi, aku asyik berbuka dengan durian sahaja hari2. Bermacam menu disediakan oleh isteri. Pulut Durian, Bubur Durian, Lempok dan Tempoyak tak payah cakaplah ....kerana dialah Taukehnya.
Dengan isi yang tebal cukup sebelah saja sekali makan dengan pulut |
26/08/2013
Alhamdulillah. Durian sudah sampai ke penghujung. Kini tiba musim Dokong dan Rambutan pulak. Sebelum ini pasaran rambutan dan dokong diuruskan oleh isteriku. Beliau akan menghubungi penjual2 runcit & taukeh pasar malam untuk memasarkan hasil Dusun kami. Tapi kini aku telah mendapat pemborong baru yang dapat membeli dalam jumlah yang besar. Pasaran menjadi semakin mudah & menarik.
Hasil dari Dusun hari ini, Rambutan, Dokong, Durian dan Rebung |
Dokong dari salah satu pokok yang sudah boleh dipetik |
22/08/2013
Walaupun sudah sampai ke penghujung musim namun aku masih ingin menceritakan pasal Durian di Dusun Ku. Alhamdulillah, Syukur ke hazrat Allah SWT kerana memberi rezeki yang melimpah ruah ini. Durian pada musim ini menjadi agak banyak dan isinya amat baik. Pasaran juga baik kerana hari2 habis dijual. Dokong juga amat menggalakkan. Manis dan lazat gitu.... Lepas ini pula giliran Rambutan dan Cempedak. Alhamdulillah.
Isi Durian Kuning dari satu lagi pokok. Isinya lemak & manis |
Lihatlah isinya dari 2 pokok yang berbeza. Isi yang padat, mengkar & fresh |
13/08/2013
Mengikut jangkaan awal sepatutnya Durian mula gugur selepas Raya tetapi ianya gugur lebih awal iaitu 10 hari sebelum Raya. Ia gugur dalam bulan puasalah. Jadi, apalagi, hari2 berbuka bermula dengan Durian. Aku pulak boleh makan 2 atau 3 biji durian tanpa henti.
Alhamdulillah, Rezeki pada musim kali ini agak murah. Durian terlalu banyak. Aku mengutipnya 2 kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang. Isi durian juga elok dan mendapat sambutan yang amat menggalakan dari jiran2 dan penduduk setempat. Lebihan dari makan bersama keluarga yang secara kebetulan balik berhari raya, aku sedekahkan kepada jiran2 dan rakan2 rapat. Selebihnya aku jual pada harga RM2.50 sekilo. Boleh dikatakan durian aku habis dalam masa sejam selepas dibawa balik dari Dusun kerana dua atau tiga tempahan telah siap diterima pada setiap hari. Ada yang berkali2 menempah sehingga 30 kilo sehari. Ada yang borong terus berapa banyak saja yang aku bawa balik dari Dusun. Banyak juga yang menempah untuk jamuan hari raya bersama keluarga.
Kini, tibalah sampai ke penghujung musim. Bermula semalam aku hanya pungut sekali sehari iaitu disebelah pagi sahaja. Namun ada 2 atau 3 tempahan lagi yang masih menunggu.
Alhamdulillah, Syukur kehazrat Allah SWT diatas limpah kernianNya.
Salah satu pangsa durian yang dikopek. Padat, Mengkal dan Lemak Manis rasanya |
36 biji di pungut pagi ini sahaja siap dibawa balik kerumah |
Dokong pun mula dipetik |
28/07/2013
Dah hampir sebulan aku tak update dihalaman ini. Sebenarnya aktiviti aku berjalan seperti biasa walaupun sedang berpuasa di bulan Ramadhan ini. Aku pergi Dusun seperti biasa ..bahkan lebih kerap dari dahulu. Dalam bulan puasa nie aku pergi selang sehari kecuali hari Jumaat. Buat kerja seperti biasa, menyangkul, bakar sampah, menanam pokok2 baru, trim pokok, membaja dan sebagainya.
Durian baru mula belajar gugur. Kata orang dusun....gugur buang yang buruk atau rosak. InsyaAllah, selepas raya nanti akan berguguran lah. Tapi rebung keluar semacam saja. Alhamdulillah..
Durian & Rebung Madu yang di ambil hari nie |
22/6/2013
API di Kuantan masih bwah 100. Aku masih ke Dusun seperti biasa. Hari ini satu lagi hasil yang aku tunggu2 agak lama muncul. Pokok bunga Kantan yang aku tanam hampir setahun dulu mula berbunga. Pokok ini telah tumbuh dengan subur tapi tak berbunga pun hampir setahun. Aku suka Bunga Kantan nie.....kadang aku buat ulam saja selain dari dicampur ketika buat nasi goreng. Kalau banyak berbunga lepas nie......duit lagi...Alhamdulillah.
Sekuntum Bunga Kantan, Segenggam pucuk gajus & pucuk daun kari dari Dusun Ku untuk dibuat Ulam. |
2/06/2013
Alhamdulillah, Hasil dari Dusun Ku pagi ini.
Rebung semakin menjadi. 10 batang dituai pagi nie saja. Banyak lagi sedang tumbuh tuu. |
22/05/2013
Syukur Alhamdulillah, Rebung Madu semakin galak menjadi. Pagi nie saja aku ambil 3 batang. Ada 6 batang lagi yang boleh diambil lusa.
3 batang Rebung Madu yang diambil pagi tadi |
Satelah Siap di Rincik akan direndam dalam air basuhan beras nanti |
10/05/2013
Alhamdulillah, Nangka Madu Mastura yang di petik hari nie.
Wow...hamper 14 Kilo tuuu...... |
Isinya padat dan manis sekali |
04/05/2013
Oh Kome, Durian dah Berbungo
Alhamdulillah, hampir kesemua pokok2 durian di Dusun Ku kini berbunga. Kalau dimurahkan rezeki, awal bulan Julai nanti gugurlah buahnya. InsyaAllah
Salah satu ranting pokok yang hampir mencecah tanah |
Ranting Pokok lain yang penuh dengan bunga yang baru keluar. Harap2 menjadilah.
02/03/2013
Syukur Alhamdulillah, Sepanjang tempoh aku berdusun, "Ini KaliLah" Petai di DusunKu mengeluarkan hasil yang banyak sekali. Tiga hari lepas aku memetik hampir 500 papan petai. Aku tak sempat mengambil gambar ketika itu kerana Peraih sudah menunggu. Semua petai itu dijual pada kadar RM45 seikat bagi 100 papan. Aku menjual pada harga ini kerana mereka juga penjual yang juga memerlukan keuntungan untuk sumber pendapatan mereka.
Pagi ini, aku petik lagi juga hampir 500 papan dan semuanya dijual dalam masa sejam saja kepada peraih berkenaan.
Ada lebih dari 4 ikat besar yang seikat ada 100 papan petai |
22/02/2013
Pagi tadi, aku sempat ke Dusun walaupun aku terpaksa pulang awal untuk solat Jumaat. Tapi aku kena pergi juga sebab petai tengah ranum untuk dipetik. Kali terakhir aku petik pada minggu lepas sebelum aku pergi bercuti.
Dalam masa 2 jam saja aku sempat kait sejumlah dalam gambar dibawah tuuu. Pokok petai aku tak berapa tinggi dan boleh dikait dengan galah saja.
Penuh satu meja hampir 300 papan. Habis ditolak kat kedai |
5/02/2013
Sang Kasturi Mengamuk Hibat Sekali
Iyalah....agak lama juga aku tak update aktiviti Dusun ku ini. Bukan tak ada aktiviti sebenarnya. Ianya macam biasa....aku sentiasa ke Dusun jugak. Cuma...sekarang ini ada sedikit perubahan disekeliling kawasan Dusun Ku. Pihak kerajaan negeri telah mengambil alih semua tanah2 bersebelahan Dusun Ku yang sebelum ini diterokai secara tidak sah oleh penduduk kampung dan buatnya projek besar2an penanaman kelapa sawit. Beratus hektar luasnya. Aku pun tumpang gumbira kerna persekitaran Dusun Ku semakin terang, bingit dengan ramai pekerja2 ladang disekelilingnya. Status Dusun Ku adalah hak milik kekal dan sama sekali aku tidak akan menjualnya. Seluruh jiwa raga ku tertumpu kepada Dusun Ku yang amat aku sayangi ini.
Buat masa ini, Sang Kasturi di Dusun Ku mengamuk hibat sekali. Beberapa pohon telah mengeluarkan buah dengan lebat disamping saiz buah yang besar hampir menyamai limau nipis. Dah banyak kali aku petik dan akhir2 ini tak sempat diambil gambarnya kerana apabila aku singgah di kedai runcit dalam perjalanan balik, Habis Si Kasturi ini diborong peruncit pada harga RM3/sekilo. Sekali petik lebih daripada 5 kilo.
Mengikut harga pasaran di Giant ialah RM5/Sekilo. Sebelum ini isteriku menjual di kedai2 runcit kawan2nya juga dengan harga RM3/kilo.
Alhamdulillah Syukur kepada Allah SWT.
InsyaAllah, kalau tidak ada apa halangan, bulan depan Musim Petai kembali semula. Sekarang amat lebat mengeluarkan buahnya.
Sebalang ini dalam 3 kilo. Buah agak besar dan enak dibuat air limau kasturi. |
Sebensen penuh dalam 3 kilo. Fresh dari pokok |
07/01/2013
Lagi hasil dari Dusun Ku. Alhamdulillah. Satu Jeep lagi .....habis di pasarkan pada petang itu juga.
Rezeki hari nie....07/01/2013 |
30/12/2012
Semalam, cuaca agak baik, jadi aku pun pergi ke Dusun. Tak banyak kerja yang aku lakukan kerana bimbang hujan akan turun pula. Aku pun terus memetik buah2an yang ada. Syukur Alhamdulillah diatas rezeki dari Allah SWT. Cempedak masih terlalu banyak di pokok. Ada 6 pokok rambutan lagi yang belum dipetik buahnya.
Satu Jeep penuh hasil Dusun. Dalam masa 2 jam saja rambutan habis dijual pada harga borong RM1/Kilo. Cempedak lagi cepat habis kerana sudah di booking oleh kawan2 isteri pada harga RM2/kilo. |
4/12/2012
Kelmarin, semasa menunggu tetamu melapurkan diri ke RN Homestay aku sempat ke Dusun sekejab. Sedih juga melihatkan Dusun Ku yang tidak lagi aku kunjungi sekerap dulu. Namun hasil kebun masih serupa. Syukur Alhamdulillah, rezeki dari Allah SWT.
Yang aku sempat petik pagi tadi |
25/11/2012
Walau pun agak sibuk dengan aktiviti memperkemaskan Homestay aku dan juga membuat Blog baru untuk Homestay tersebut, aku sempat juga ke Dusun. Macam mana sibuk pun aku akan tetap ke Dusun kerana inilah aktiviti yang paling aku gemari. Aku boleh menghabiskan masa sahari suntuk di Dusun hanya dengan melihat dan bercakap2 dengan pokok dan burung2.
Hasil hari nie adalah seperti dibawah. Kesemua 3 pokok Cempedak aku berbuah dengan lebatnya. Yang dibawah tuu aku ambil sikit nak buat cucoq cempedak.
Yang sempat aku petik pagi tadi ....nak buat cucoq. |
Hari nie aku ke Dusun seperti biasa. Adalah sikit hasil yang diambil seperti gambar dibawah. Syukur Alhamdulillah diatas rezeki kurniaan Allah SWT.
Sebaldi Besar Jering, 3 Batang Rebung Madu dan lebih sekilo Limau Kasturi |
Jering tuu habis dalam 1 jam saja ditolak oleh Orang Rumah di kedai2 makan kawan2nya. |
17/10/2012
Sekembali dari KL aku terus ke Dusun. Rindu terasa hilang apabila melihatkan keadaan Dusun yang segar dan selamat. Hanya beberapa batang rebung madu yang telah tumbuh tinggi menjadi buluh tak sempat nak diambil. Namun aku sempat juga memetik sebaldi besar ciku dan beberapa biji betik yang hampir masak.
Ciku yang manis dan 3 biji betik yang sebijinya sudah masak. Jenuh makan buah lagi... |
04/10/2012
Aku telah siap menanam baja untuk semua pokok buah2an di Dusun Ku. Pokok rambutan berbuah dengan galak nampaknya. Rebung Madu pula menjadi2. Pokok Dokong dan Petai pula mula berbunga.
Alhamdulillah, syukur ke hazrat Allah SWT diatas limpah rahmatNya.
15/09/2012
Rinduku pada dusun amat kuat sekali. Sekembali saja aku dari KL semalam, aku terus ke dusun hari nie. Alhamdulillah, keadaan dusun baik dan pokok2 segar dan subur seakan2 tersenyum melihat kedatangan aku yang lebih seminggu tidak datang ke sini. Suasana kehijauan dan tiupan angin inilah yang mengembirakan aku.
Rezeki yang sentiasa ada. Betik madu yang ditanam isteri mula masak untuk dimakan. |
29/08/2012
Memang aku agak malas untuk menulis di blog dalam bulan puasa yang lepas. Walaubagaimana pun aku tetap ke dusun seperti biasa dalam bulan puasa itu. Sebenarnya, selain dari mengeluarkan peluh, Aku merasa sungguh lapang, tenang dan bahagia sekali berada dalam suasana dikelilingi pokok buah2an yang subur kehijauan, kolam ikan, kicauan burung disamping tiupan angin yang segar. Inilah cita2 ku dari dulu sebenarnya. Sesekali aku merasa puas melihat rezeki dari Allah SWT melalui hasil tanaman yang tidak putus2 dikurniakanNya. Peliknya aku lihat dusun2 disebelah menyebelah tidak dihiraukan langsung oleh pemiliknya. Mungkin mereka semua orang2 senang dan kaya. Lazimnya mereka hanya akan datang menebas atau meracun anak2 pokok liar dan rumput apabila tiba musim durian akan gugur saja. Aku pula banyak menghabiskan masa harian ku di dusun ku.
Tapi, baru2 ini aku mengambil cuti raya juga. Dua hari sebelum raya aku dah tak pergi kedusun. Beraya sakan tahun ini. Apa nak dirisaukan, cuti dipohon dilulus sendiri. Lepas 3 hari raya di Pahang aku beraya di kampung isteriku di Negeri Sembilan. Kemudian aku beraya pula dirumahku di KL selama seminggu. Anak2 dan cucu2 yang balik beraya di Kuantan hari tu kini berkumpul pula di KL.
Dua hari lepas aku balik ke Kuantan. Semalam dan hari nie aku pergi ke Dusun. Adalah baki2 petai yang aku kait untuk dimakan segar. Selebihnya, seperti biasa Pegawai Pemasaran aku menjualnya pada kadar 5 tangkai RM3/=. dikedai2 makan berhampiran. Aku lihat dalam masa kurang 1 jam beliau balik, katanya habis dan kalau ada mereka nak lagi.
Alhamdulillah, Syukur kehazrat Allah SWT. Aku hanya berusaha... dan Engkau yang memberkatinya.
Petai Padi yang lemak dan enak sekali |
22/07/2012
Sebenarnya, aku tak tahu jenis2 durian yang terdapat di Dusun Ku. Yang aku tahu kesemuanya ialah Durian Kampung kecuali sepokok Durian Kahwin. Tapi, aku tahu pokok mana durian yang paling sedap sekali, pokok mana yang isinya kuning, pokok mana yang isinya putih dan sebagainya.
Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah dengan kurnian rezeki yang berharga ini. Semasa aku kecil dulu nak rasa makan durian sekali pun tak tahulah entah bila. Kalau dapat makan pun hanya beberapa ulas sahaja. Tapi kini, tak sangka pula dengan situasi yang dikelilingi raja buah ini.
Aku tak tahu ini Musang King Ke?, Singa King Ke? Yang aku tahu Isinya Kuning, Tebal dan Lemak |
Baru sebiji yang dikopek nie |
Sebiji Dapat Satu Tuperware untuk berbuka nanti |
19/07/2012
Aku baru balik dari KL selepas seminggu berehat disana. Pagi nie terus ke Dusun. Banyak buah durian yang gugur yang telah busuk dan selebihnya dirosakkan oleh Tupai & Monyet. Namun ada sedikit rezeki yang baru gugur dan aku juga sempat untuk memetik bebrapa tangkai jering untuk dibuat ulam.
Durian dan Jering yang dipetik pagi nie |
12/07/2012
Pagi tadi aku pungut beberapa biji durian dari Dusun Ku untuk dimakan selepas buka puasa nanti.
Alhamdulillah.
Dipungut dari Dusun Pagi Tadi |
11/07/2012
Seperti biasa, aku ke Dusun lagi pagi tadi. Geram juga melihatkan banyak buah2 durian yang jatuh dimakan tupai & monyet. Namun ada juga rezeki yang aku bawa balik hari nie iaitu Petai. Sampai saja dirumah isteri aku pun mulalah menjalankan peranannya. Petai itu diikat2 sebanyak 5 papan seikat dan akan dijualnya pada harga RM3.00. Katanya, tak boleh jual pada harga RM2.00 lagi untuk 4 papan seikat. Selepas itu dia pun keluar ke kedai2 makan yang dikenalinya. Semua petai yang dibawa habis dalam masa sejam saja. Katanya ada yang beli sampai 6 ikat sekali gus. Dapatlah hampir2 RM70/= hasilnya.
Sebelah pagi isteriku keluar menjual rambutan dirumah kawan2 nya. Sekilo dia jual RM2.00 dan 2 Kilo pada RM3.00 saja. Hampir RM60/= diperolehi nya pagi tadi. Tapi, oleh kerana aku tergesa2 nak ke Dusun terlupa pulak nak ambil gambar rambutan tuu.
Alhamdulillah. Besok aku nak ambil Rebung Madu pulak..
Petai Padi yang baru dikait tadi |
Diikat pada 5 papan seikat. RM3.00 saja seikat |
6/07/2012
Hampir seminggu aku tak ke Dusun kerana berada di KL menghantar hasil dusun kepada anak2 ku disana. Semua anak2ku termasuk yang tinggal di Seremban aku hantarkan hasil Dusun.
Hari ini aku petik pulak sebiji Nangka Madu Mastura yang baru masak. Isinya manis sekali.
Rasa Macam Tarzan kehidupan ku sekarang kerana asyik makan buah-buahan saja nie.
Rambutan dan Petai yang aku muatkan di bonet kereta untuk dihantarkan kepada anak ku |
Nangka madu yang di petik petang tadi. 14.5 Kilo beratnya. Ada 8 biji lagi yang akan masak bila2 masa saja. Durian tu pulak baru mula nak gugur |
29/06/2012
Pagi tadi aku ke Dusun sekejap mengait petai untuk diberi kepada anak2. Agak banyak juga yang aku kait. Pokok Petai ini berbuah sepanjang musim. Kalau rujuk pada data & gambar yang lepas, bulan Mac 2012 adalah tuaian yang terakhir sebelum ini.
Alhamdulillah, rezeki dari Allah dah tak kira musim pulak nie.
Petai Padi, matanya besar dan rapat. Lemak rasanya. |
19/06/2012
Hmm.... agak lama juga aku tak menulis diruang Dusun Ku ini. Bukannya aku tak pergi ke Dusun, jadualnya masih seperti biasa. Bahkan Dusun Ku kini semakin bersih dan cerah kerana dalam tiga bulan ini aku telah berjaya memangkas dan menebang 16 pokok rambutan yang agak terlalu tinggi. Kerja2 ini aku lakukan seorang diri dengan menggunakan "Chain Saw" dan parang. Ada 9 pokok lagi yang perlu aku perlu pangkas dan tebang hingga ke pangkal. Berpeluh mencurah2 hari2 beb.
Berkenaan hasil Dusun agak memuaskan. Bacalah ceritanya dibawah ini....
1. Rebung Madu
2 rumpun Buluh Rebung Madu yang aku tanam 4 bulan lalu mula membuahkan hasil. Kini 2 rumpun buluh ini amat galak mengeluarkan hasil. Serumpun buluh akan menghasilkan dalam 8 batang Rebung Madu dalam seminggu. Rebung Madu ini amat lemak dan manis dan jauh berbeza dengan Rebung Buluh biasa. Namun apabila terlalu kerap memakannya melalui masakan Lemak Cili Api Ikan Bilis dan Masak Lemak dengan Udang, terasa jemu pulak. Maka Pegawai Pemasaran (PM) di rumah pun memulakan tugasnya. Tanpa aku sedari beliau telah membuat penyelidikan di Pasar Besar Kuantan. Peniaga di Pasar menjual Rebung Buluh Jeruk pada harga RM6.00 sekilo. Apabila PM aku ini memberitahu yang kami ada Rebung Madu, mereka sanggup beli borong dan datang kerumah untuk mengambilnya pada harga RM3.00 Sekilo rebung tanpa proses. Tapi PM ini bijak juga orangnya. Beliau beli RM2.00 Rebung Buluh Jeruk di pasar dan balik rumah ditimbangnya. Melalui kawan2nya dia belajar bagaimana membuat Jeruk Rebung. Maka dia membuatnya dirumah dengan merendam kedalam air basuhan beras dan sebagainya. Selepas itu PM menalipon kawan2 dan taukeh kedai runcit untuk memasarkan Rebung Madu beliau. PM membungkus pada kadar yang lebih banyak dari yang dibelinya dipasar dan dijual pada harga RM2.00 sebungkus. Yang lebih itu katanya sedekah. Pasaran amat menggalakan kerana Rebung Madu lembut dan lebih enak dari Rebung buluh biasa.
Serumpun yang ditanam ditepi pagar |
Serumpun lagi di kawasan lembah |
3 batang rebung madu yang sudah boleh di ambil |
4 batang yang diambil hari nie |
4 batang dalam 3 kilo setelah siap diproses |
Seperiuk besar Rebung Madu di buat jeruk |
Setandan Pisang Lemak Manis dipetik. Buahnya lebat, padat dan besar. Mana nak habis makan nie.... Apa lagi PM pun kerjalah. Setelah diberi kepada jiran dan anak selebihnya PM jual pada kawan2nya. RM1.30 sekilo. Habis dalam sehari saja. Ada lagi 4 tandan tunggu masa untuk masak tuuu.
Setandan Pisang Lemak Manis |
3. Nangka Madu Mastura.
Alhamdulillah, Menjadi sungguh sepohon pokok Nangka Madu yang aku tanam 2 tahun lepas. Sebatang pokok ini saja ada 9 biji yang semakin membesar. Sebelum ini pokok ini berbuah dalam 2 atau 3 biji saja. Kini dah sampai kekemuncak kesuburannya. Nahhhhaii.
9 biji buah yang dibalut |
Kalau ikut nasihat Pertanian, aku kena buang sebahagian dari buah untuk mendapat buah yang lebih besar. Tapi sayang pulak nak buangnya kerana aku lihat buahnya semakin besar saja.... |
4. Durian
Memang aku ingin menulis pasal durian dalam 2 bulan lepas. Pada masa itu hampir kesemua 42 pokok durian di Dusun Ku berbunga dengan lebat sekali. Pokok nampak lebih putih dengan bunga dari daun yang hijau. Tetapi cuaca yang tak berapa baik dengan ribut, hujan lebat hampir setiap hari dalam bulan 4 dan 5 menyebabkan banyak bunga jatuh dan tidak menjadi buah. Hanya ada baki beberapa pokok yang menjadi buah cukup untuk makan. Itupun Alhamdulillah kerana kebun2 jiran tak ada yang berbuah pada musim ini. InsyaAllah, pertengahan bulan 7 nanti gugurlah buah2 tersebut.
Buah sedang membesar yang hampir mencecah tanah |
Salah satu dahan yang produktif |
Buah dari Pokok inilah yang sentiasa berbuah tak henti2. |
31/3/2012
Hari ini hasil dari Dusun Ku agak lain sikit. Kali ini aku sauk 7 ekor ikan keli kerana isteriku nak bawa ke KL untuk anak2 menantu makan. Kabarnya kesemua mereka amat menyukai ikan keli. Yang paling suka sekali ialah cucu sulung aku iaitu Nur Ain Insyirah. Ada suatu ketika dulu kerana terlalu asyik memakan ikan keli sehinggakan beliau tercekik tulang dan terpaksa dibawa ke klinik.
Sebenarnya aku dah mula jual ikan keli dan ikan puyu yang aku ternak pada tangkapan yang pertama kira2 sebulan lepas. Pada masa itu pasaran ikan puyu agak mahal sikit tetapi ikan keli hanya dijual pada harga RM5.00 sekilo. Selepas daripada itu aku dah tak mahu menjual lagi ternakan ikan keli & puyu kerana aku amat suka sekali melihat gelagat ikan2 tersebut ketika merebut2 makanan yang aku beri setiap kali aku ke Dusun Ku. Ada lebih kurang 200 ekor ikan keli dan lebih dari 150 ekor ikan puyu yang aku ternak dalam kolam konkrit yang aku bina sendiri tu.
Oleh kerana aku hanya membiarkan saja ikan2 itu membiak maka saiznya menjadi semakin besar. Seekor ikan keli yang aku sauk hari ini beratnya melebihi 1 kilo. Alhamdulillah, sekali lagi ternakan ku menjadi dan aku amat bersyukur kehazrat Allah SWT diatas limpah nikmatNya ini.
Ini sebahagian dari ikan keli yang aku ambil tadi. Terpaksa diletakkan dalam besen besar kerana dalam baldi tak muat. |
22/3/2012
Macam biasa...pagi tadi aku ke Dusun lagi. Kali nie aku petik Pucuk Cemperai dan Buah Kedondong. Sebenarnya, di Dusun Ku terdapat banyak pokok Cemperai yang tumbuh dengan sendiri dimerata2 kawasan. Suatu ketika dulu aku tak tahu Cemperai ini pokok apa dan aku pun tebang dan tebas hampir kesemuanya. Tapi, pada suatu hari seorang rakan ikut ke Dusun Ku dan dia nampak pokok cemperai ini. Dia kata pucuk Cemperai ini kalau di goreng atau dibuat sayur lemak cukup sedap. Jadi aku pun biarkan Pokok Cemperai ini tumbuh dengan suburnya. Kawan2 isteriku pun kata pucuk cemperai ini memang sedap kalau dibuat sayur lemak dengan keledek. Di Pasar Malam ada jual kata mereka ....seikat RM2/=. Jadi, aku pun petik lah sebahagiannya untuk dimasak kerana aku memang suka makan sayur kampung yang asli walaupun pucuk cemperai nie tak pernah aku makan sebelum ini. Buah kedondong pula aku blend kan saja dengan asam boi untuk dijadikan jus. Ini biasa aku lakukan setiap kali aku petik buah ini.
Isteri ku terus memasak sayur lemak Pucuk Cemperai hari nie. Dengan Jus Kedondong + Asam Boi... Hoi...sedap sungguh makanan hari nie.
Pucuk Cemperai dan Buah Kedondong dipetik dari Dusun Ku |
18/03/2012
Pagi tadi aku ke Dusun satelah agak lama tak ke sini kerana bercuti bersama keluarga. Aku lakukan kerja biasa, Trim pokok rambutan, bakar dahan2 lama dan sebelum balik aku memetik sedikit hasil dari Dusun untuk dibuat lauk.
Aku juga amat gembira melihatkan dua rumpun pokok Rebung Buluh Madu tumbuh dengan subur sekali dan mengeluarkan anak2 rebung baru dengan banyak sekali. Satu lagi pokok Nangka Madu Mastura yang aku sendiri tanam dulu dah mula berbuah.
Dan yang paling menarik dan mengembirakan aku ialah berkenaan pokok2 Durian di Dusun Ku. Aku akan menceritakan dengan jelas pada artikel yang akan datang.
Pucuk Keledek, Terung Pipit, Pucuk Daun Kari dan beberapa tangkai Petai aku petik dari Dusun. Lihatlah mata Petai yang bulat dan besar tu. Petai yang masak tu...enak sungguh dibuat ulam. |
22/02/2012
Pagi nie aku ke Dusun setelah lebih 2 minggu aku tak kesini. Alhamdulillah, Dusun dan rumahku berada dalam keadaan yang baik. Aku tak buat apa kerja hari nie hanya memetik beberapa tangkai petai, belimbing buluh (Yang aku tanam sendiri sudah mula berbuah) dan buah kedongdong serta memberi makan ikan. Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana 2 rumpun Rebung Madu yang aku tanam tu tumbuh dengan subur sekali dan rebungnya sudah boleh diambil pada bila2 masa saja
Petai, Kedongdong dan Belimbing Buluh |
30/01/2012
Pagi nie aku ke kebun lagi. Alhamdulillah, ada rezeki lagi dari kebun. Namun untuk makan berbuka puasa petang nie aku memetik sedikit hasil untuk dibuat lauk. Kalau sebelum ini pucuk keledek hanya direbus & dicelur untuk dibuat ulam tetapi pada hari nie isteri ku menggorengnya seperti goreng kangkong. Wah sedap sungguh rasanya jauh lebih sedap dari goreng kangkong atau sawi dan lain2. Semua pucuk keledek yang dipetik tadi tu habis sekali makan saja oleh aku dan isteri.
Sedikit jering, kedondong dan pucuk keledek yang dipetik dari kebun hari nie. |
18/01/2012
Semalam aku memetik sebiji buah Nangka Madu Mastura yang baru masak dan Setandan Pisang.
Syukur kehadrat Allah SWT diatas rezeki yang tanpa henti ini.
Sebahagian dari nangka segar, lemak dan manis yang baru dipetik |
Setandan Pisang yang baru mula nak masak |
Lagi hasil dari kebun ku. Kali ini sebiji dari beberapa biji Nangka Madu Mastura dah mula masak. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT diatas rezeki yang berterusan ini.
Ini baru satu pokok yang aktif berbuah. Ada 6 pokok lagi yang akan berbuah selepas ini. Kalau semuanya berbuah nanti terpaksalah aku buka gerai kat mana2 nanti.
Beratnya dalam 12 kilogram |
Isinya kuning dan tak ada yang buruk sadikit pun |
Lemak dan manisnya Tak Terkata |
26/12/2011
Pagi nie aku pergi ke Dusun setelah hampir seminggu tidak kesini akibat hujan yang berterusan. Tidak ada banyak aktiviti yang boleh aku lakukan kerana tanah masih basah. Aku hanya bagi makan ikan dan memetik sebahagian dari cempedak dan rambutan yang agak tua. Kebetulan anak2 dan cucu2ku balik bercuti jadi dapatlah mereka membawa balik buah2an dusun yang segar dan bugar ini.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah diatas rezeki yang berterusan tanpa henti ini.
Cempedak, Rambutan & Kedondong yang segar. |
Petikan pertama dari Dusun Ku |
18/12/2011
Walau pun hujan pagi ini aku pergi juga ke kebun. Alhamdulillah, Aku pungut 27 biji durian pagi nie. Semasa ketiadaan aku, menantuku ada datang untuk memungut durian yang gugur. Puas nak menghabiskannya nie.
Sebahagian dari yang dipungut hari nie saja |
10/12/2011
Durian dah mula gugur. Kelmarin aku pungut 5 biji. Pagi nie saja 8 biji yang gugur. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Memang aku amat seronok dengan aktiviti perkebunan ini kerana terasa amat puas sekali apabila mendapat hasilnya.
Paling terasa puas ialah apabila menikmati hasil halal dari titik peluh sendiri. Apatah lagi isinya yang lemak dan manis tu..
8 biji durian yang dipungut pagi nie serta limau kasturi dan kacang botol |
1/12/2011
Ingat tak yang saya pernah siarkan dilaman ini bunga2 durian yang terbit pula selepas pokok tersebut habis berbuah?.
Pada 27/11/2011 saya ada mengambil beberapa gambar terkini berkenaan pokok tersebut. (Lihat gambar dibawah) . Akan tetapi masalah besar yang saya sedang hadapi kini ialah serangan sang tupai dan sang monyet yang mengganas di pokok ini. Masalah ini sukar diatasi kerana hanya pokok2 di dusun saya saja yang berbuah pada ketika ini. Dusun2 jiran tak sepokok pun berbuah. Adalah saya usahakan dengan memasang berbagai perangkap selebihnya Bersabar dan berserah kepada Allah saja.
Buah semakin membesar. Bimbang juga takut ranting patah |
Tong kosong yang tergantung itu akan berbunyi apabila ranting tersebut dipanjat monyet |
Ini buah yang hampir mencecah ketanah |
Pada 24/11/2011, saya ada memetik dua baldi besar ciku, sadikit kedongdong dan seperti biasa kacang botol yang tak henti2 berbuah.
Buah ciku ini saiznya agak besar, manis dan sedap dimakan apabila disimpan dalam peti ais. Sebahagian darinya disedekahkan kepada jiran dan sebahagian lagi sampai sekarang pun belum habis dimakan.
Alhamdulillah, Rezeki dari Allah |
24/10/2011
Aku ke kebun seperti biasa hari nie. Bagi makan ikan, membalut buah2 cempedak yang baru membesar, melihatkan buah rambutan dan durian yang juga semakin membesar. Aku sempat juga memetik kacang kelisa/botol yang semakin menjadi dengan saiz yang besar/panjang dimusim hujan nie serta memetik jambu air dan cili api fresh dari pokok yang ditanam oleh isteriku berdekatan kolam ikan.
Nangka muda juga dipetik sebiji untuk dimasak gulai dengan ikan bilis. Ulam kacang kelisa rebus di cicah dengan sambal cili api podas. Wow....sooodapnya. Tak sabar nak makan bila buka puasa maghrib nanti.
Nangka Muda, jambu air, cili api fresh dan jantung pisang. |
18/10/2011
Seperti biasa aku ke kebun lagi hari nie. 3 kampit garam kasar aku tabur keseluruh kawasan kebun untuk memulihkan dan menyuburkan tanah.
Aku memetik kacang kelisa dan mula memetik limau nipis dari pokok yang aku tanam kira2 setahun yang lalu. Buah limau nipisnya amat besar. Gambarnya dibawah.
Limau Nipis di petik dari pokok yang mula berbuah |
3/10/2011
Aku mula melapurkan diri kat Dusun Ku pagi ini. Bagi makan ikan dan bakar ranting2 kayu.
Kutip kacang kelisa dan petik sedikit limau kasturi.
Oh.....Dusun Ku.....
Hasil yang di petik pagi nie. |
Alhamdulillah... Masih Segar dan Fresh Gitu... |
4/09/2011
Petai.....Petai......Petai....
Ya... aku tidak pernah terduga bahawa perjalanan hidupku akan menjadi seperti ini. Aktiviti harianku banyak tertumpu di Dusun Ku. Badan ku sentiasa berpeluh dan kerapkalinya basah kuyup seluruh tubuh dengan peluh yang mengalir. Aku mempunyai 4 pasang pakaian sebagai persalinan ketika aku menjalankan aktiviti perkebunan. Tubuhku semakin liat dan kelihatan keras dan sasa. Lemak2 semakin berkurangan. Berat badanku kini sekitar 78kg dan tidak seberat 86kg semasa aku makan gaji dulu.
Ya...lah, yang membuat aku agak kaget ialah suasana kehidupanku kini. Sebelum puasa aku mendapat hasil kebun berguni2 jering yang bagitu laris dijual. Pagi ini pula aku petik sebeban petai hampir memenuhi meja makan lama diluar rumah. Besok pagi, isteriku akan membawa petai2 ini untuk dipasarkan dikedai2 runcit. 4 papan petai dijualnya pada harga RM2/= sahaja. Itu aku baru petik sebahagian saja. Mungkin ada 4 kali petik lagi sebanyak itu. Lusa akan ku petik lagi untuk dijual.
Walau bagaimanapun aku suka dengan suasana kehidupanku kini. Tak payah memerah otak memikirkan hal yang bukan2. Hal2 tergempar. Isu2 terkini dan sebagainya. Aku merasa puas menikmati rezeki halal dari keringat titik peluh ku sendiri.
Yang membuatkan aku teperanjat ialah 3 dari pokok durian yang baru habis gugur buahnya tiba2 berbunga kembali. Kali ini bunganya lebih lebat dari dulu. Pegawai Pertanian yang aku jemput untuk membuat lawatan ke Dusun Ku seminggu sebelum raya turut terkejut melihatkan situasi sebagini. InsyaAllah akan aku muatkan gambar pokok2 yang berbunga tersebut pada artikel yang akan datang.
Ya..Allah... aku amat bersyukur dengan rezeki yang Kau limpahkan kepada ku.
Amin.
Petai Padi yang isinya padat |
Lihatlah matanya padat berisi. |
Untuk di jual pada esok hari |
1/09/2011
Hari ini aku pergi kekebun untuk memberi makan ikan ternakan. Dah banyak hari aku tak datang dan kali terakhir aku datang kesini dengan anakku Mohammad Radzi ialah pada hari Isnin sehari sebelum raya. Seperti biasa, ikan macam tahu2 aku datang berlompat2 dalam air menantikan makanan.
Petai dikebun semakin tua dan aku petik beberapa tangkai untuk makanan keluarga. Selepas ini akan aku petik kesemuanya untuk dijual. Perangkap tupai juga mengena. 2 ekor masih segar dalam perangkap. Sudah banyak ekor yang aku dapat melalui perangkap seperti ini. Yang masih hidup aku lepaskan dikawasan lain dalam jarak 5 km dari kebun. Yang mati aku tanamkan ditapak anak pokok sebagai baja.
Ini baru 3 tangkai yang aku petik. 2 tangkai yang tua dan satu tangkai yang sudah masak & terlalu tua. |
2 ekor tupai berjaya diperangkap hari ini. |
Petai Padi matanya besar dan rapat pulak tu. Rasa isinya terlalu lemak. |
13/08/2011
Aku kekebun seperti biasa. Memberi makan ikan dan menyiram anak pokok. Sempat juga aku memetik petai & jering untuk dibuat ulam & masakan pada petang ni. Ada juga ku petik buah kedondong dan terjumpa pula durian sesat yang mungkin yang terakhir jatuh dikebunku musim ni.
Petai & Jering berbuah tak ikut musim. Lepas berbuah, berbunga dan berbuah lagi. Dari 5 pokok petai di kebun 2 yang paling aktif berbuah. Jenis petai padi dan matanya kerap dan besar. Jering pun besar jugak dan berbuah sepanjang musim.
Alhamdulillah.
12/08/2011
Kebun Sayuran Belakang Rumah
Sedang aku sibuk dengan aktiviti di Dusun Buah2an, Isteriku ada aktiviti tersendiri iaitu beliau amat gemar bercucuk tanam sayuran di tanah kosong belakang rumah. Diantara sayuran yang ditanamnya adalah seperti; Sawi, Cili Api, Kucai, Daun Bawang, Pucuk Manis, Keledek, Pisang, Serai, Lengkuas dan sebagainya. Boleh dikatakan yang kami dah lama tak beli sayur di pasar. Badan pun sihat kerana sentiasa berpeluh. Bahkan sayur yang ditanam lebih segar dan tak pernah disembur dengan racun. Lihatlah gambarnya dibawah tuuu :-
Tanah lapang belakang rumah |
Segarnya Sawi Nie.. |
Lagi Sawi & Keledek |
18/7/2011
Alahai.... Jering pulak...
Apa aku nak buat dengan jering yang banyak ni. Itu baru aku petik sebahagian dari sebatang pokok. Banyak lagi yang belum di petik. Sepokok lagi tak usik langsung.
Aku kena tunggu orang rumah ku balik dari KL hari Jumaat nie. Aku kena akui walaupun aku biasa mengetuai satu wilayah pasukan pemasaran namun aku mahir dari teori dan mengarah saja. Secara pemasaran physical aku masih lemah.
Isteriku yang mahir pasal jualan nie. Musim lepas ketika semua 25 pokok rambutan ku berbuah, aku jadi panik dan tak tau nak pasar kat mana. Yang aku tahu pergi Pejabat FAMA dan kakitangan FAMA pun macam aku juga suruh aku bawa rambutan ke Pejabat mereka dan mereka hanya boleh beli pada kadar 60 sen sekilo saja. Aku bertanya penjaja2 buah tepi jalan tapi semua kata buah terlalu banyak dan tak laku.
Tapi strategi isteriku lain, beliau pergi sendiri ke kedai runcit persendirian dan menjual secara borong pada harga RM1.20 sekilo. Ada juga beliau packing dalam 2 kilo sekampit plastik dan meletakkan kekedai2 runcit di sekitar Permatang Badak dan Sg. Isap. Beliau call caterer2 berhampiran dan offer RM1/kilo untuk jamuan kenduri. Laku rupanya... beribu ringgit juga lah dapat. Durian pula macam goreng pisang sebab beliau call kawan2nya dan dijual RM10 untuk 5 biji. Apa lagi buah tak balik lagi pesanan dah banyak menunggu.
Jadi aku kena tunggu dia juga ni untuk nak jual jering yang banyak tu..
15/7/2011
Alhamdulillah......Durian dah mula gugur....Bang...
Pagi tadi aku ke Kebun. Lazimnya hari Jumaat ialah hari Off aku dan tidak ke kebun.Tapi oleh kerana dah banyak hari aku tak ke kebun jadi hari ni aku pun pergilah.
Sukanya hati ku pagi ni apabila melihat banyak durian di bawah pokok. Sebenarnya musim nie durian tak berapa menjadi. Hanya untuk makan dan tak cukup untuk dijual seperti musim lepas. Kutipan pagi nie hanya 10 biji yang elok untuk dimakan selebihnya dalam 8 biji lagi telah di tebuk dek tupai.
Tetapi, jering menjadi2 pula. Pagi nie aku hanya petik setangkai yang muda untuk dibuat ulam.
07/07/2011
Aku ke dusun seperti biasa walaupun hari ini adalah hari kelahiranku. Walaupun dalam keadaan berpuasa sunat, aku berjaya menyangkul dan menggemburkan persekitaran 9 pohon anak2 pokok pada hari ini. Aku puas melihatkan seluruh baju dan seluarku lencun di basahi peluh. Dan hasil pada hari ini ialah sebiji nangka, segenggam pucuk keledek dan sebakul ciku. Alhamdulillah.
Nangka Madu Mastura & Pucuk Keledek |
Wow!!!! Lebih 15 Kg |
Kuning & Padat Isinya |
Siap untuk dimakan & disedekahkan pada jiran2 |
25/06/2011
Semalam, aku memetik sebiji Nangka Madu Mastura dan setandan Pisang dari Dusun Ku. Nangka madu ini beratnya hanya 12 kg. Pokok ini baru mula2 nak berbuah. Memang benar, isinya terlalu manis dan lemak rasanya.
Aku pula memang suka buah nangka. Kalau diberi pilihan diantara nangka dan durian, aku pasti pilih nangka. Aku bukan saja suka makan buah nangka yang masak, malah aku suka gulai nangka, kerabu nangka dan ulam nangka rebus. Isteri aku akan memasak gulai nangka + ikan bilis atau udang sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kawan2 sekariah masjid pun tahu kegemaranku ini. Kadang2 merekalah yang menghantar nangka muda kerumahku.
Semasa aku membeli dusun ini tiada ada sebatang pokok nangka pun yang ditanam. Oleh yang demikian, apabila dusun ini menjadi milikku nangkalah jenis pokok pertama yang aku tanam. Kini aku mempunyai 18 pokok nangka di Dusun Ku.
Sebiji Nangka madu Mastura dan Setandan Pisang dari Dusun Ku |
Isi nangka yang kuning & padat |
Terlalu Manis dan Terasa Lemaknya |
4/6/2011
Pagi tadi, aku dan isteri pergi ke Dusunku untuk melakukan kerja2 pembersihan biasa disamping untuk menggerakkan otot2 dan mengeluarkan peluh supaya kami sentiasa cergas dan sihat.
Rezeki kami agak baik pada hari ini apabila melihatkan pucuk2 keledek dan ubi kayu tumbuh dengan segar. Maka teringin pula nak makan ulam pucuk keledek rebus dan juga masak lemak cili api pucuk ubi kayu dengan ikan bilis. Maka isteriku pun memetik pucuk2 ulam tersebut. Dalam pada petik memetik dan kais mengais itu isteriku ternampak ubi keledek yang timbul dipermukaan tanah. Apalagi, beliau terus mencabut sepohon dua pokok keledek berkenaan.
Alhamdulillah, inilah rezeki berbakti pada tanah, banyaknya ubi dan besar2 pulak tu. Beliau hanya mencabut beberapa pokok saja untuk makan sendiri dan bukan untuk dijual.
Yang enaknya, sayur tanaman sendiri ni amat sedap bila dimakan. Terasa manisnya dan tak ada racun dan bahan kimia. Fresh asli gitu..
Sebelah kiri tu Pucuk Keledek. Tengah tu ubinya yang belum dibasuh lagi dan sebelah kanan pucuk ubi kayu |
Tak tunggu lama. Pada petangnya isteriku pun memasak cucur kodok ubi keledek. Ho...sedap dan manis sungguh rasanya. Sepinggan yang digoreng habis sekelip mata. Pucuk keledek dan ubi kayu belum dimasak. Hari nie kami makan kenduri kahwin saja dan dua jemputan. Besok ada lagi jemputan kat Tembeling Resort. Jadi besok mungkin tak masak nasi lagilah. Isteri kata, besok dia nak masak Mee Jawa saja menggunakan keledek untuk dibuat kuah. Ha.....nie yang aku tak sabar nak tunggu esok nih.
Sebahagian dah dibuah Cucur kodok keledek |
6/05/2011
Agak banyak juga aku petik buah ciku dari pokok sebelah rumah. Sebahagiannya disedekahkan dan sebahagian lagi tak tahu bila nak habis makan ni.
Rasanya amat manis. Fresh dan Asli gitu.....
Ciku yang sudah masak dan sebahagiannya siap untuk dimakan |
19/4/2011
Hari ini aku ke kebun menyiram anak2 pokok kerana hujan dah tak turun sejak seminggu lalu. Yang paling menggembirakan aku ialah pokok kacang kelisa yang nampaknya sedang mengamuk mengeluarkan buahnya. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.
Salah satu jenis ulam yang paling aku suka ialah Kacang Kelisa. Tapi aku tak suka makan mentah. Sebaliknya aku suka ianya dicelur atau direbus dahulu sebelum dibuat ulam. Orang sebelah Pahang, Selangor, N. Sembilan dan lain2 lagi makan mentah saja sebagai ulam.
Masa aku kecik2 dulu kacang kelisa amat kerap aku makan. Kebetulan depan rumah ku ada pokok Mertajam. Entah macam mana, tumbuh pokok kacang kelisa ini menjalar keseluruh pokok mertajam tersebut. Maka buahnya terlalu banyak sehinggakan jiran2 pun datang mengambilnya.
Nenek ku apalagi. Boleh katakan hari2 masakannya goreng kacang kelisa atau pun paling kurang dicelur untuk dibuat ulam. Itulah sebabnya sampai sekarang aku amat suka kacang ini.
Sebahagian dari hasil yang boleh dipetik hari ini |
Dapatlah sebensen. Ulam lagi hari ni |
"Profile Dusun Ku"
Aku akhirnya berjaya memiliki sebuah Dusun Buah2an seluas 2 ekar. Berikut adalah penghuni Dusun ku ini:-
1. 42 pokok durian
2. 25 pokok rambutan
3. 5 pokok petai
4. 3 pokok jering
5. 2 pokok cempedak
6. 2 pokok dokong
7. 4 pokok ciku
8. 2 pokok mempelam9. 2 pokok belimbing sagi
10. 1 pokok kundang
11. 3 pokok limau kasturi
12. 2 pokok limau purut
13. 1 pokok salak
Kesemua pokok diatas yang berjumlah 94 pokok adalah pokok sedia ada yang sudah pun berbuah.
Apabila aku membeli Dusun ini, aku mula menanam beberapa jenis pokok lagi seperti :-
1. 8 pokok durian kahwin
2. 2 pokok manggis
3. 4 pokok sementa
4. 6 pokok nangka madu mastura
5. 9 pokok kelapa pandan & mawar
6. 4 pokok mata kuching
7. 3 pokok gaharu
8. 1 pokok kedondong
9. 1 pokok sukun
10. 1 pokok durian belanda
11. 1 pokok belimbing buluh
Kesemua 40 pokok yang aku tanam sendiri diatas telah tumbuh dengan baiknya dan kini telah berusia hampir 6 bulan.
Selain dari pokok buah2an, aku juga menanam pokok2 sampingan lain seperti :-
1. 10 pokok pisang emas
2. 4 pokok pisang sayur
3. 2 pokok bunga kantan
4. 2 pokok kacang kelisa yang melilit kawasan pagar
5. 4 pokok labu manis
6. Sebatas pokok keledek
7. Sebatas pokok ubi kayu
Labu, kacang kelisa, keledek dan ubi kayu sudah pun dimakan buah dan pucuknya.
Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT kerana semua tanaman ku nampaknya amat subur dan memberikan hasil yang baik.
Kesemua pokok durian yang berbuah pada musim yang lalu mengeluarkan isi yang baik. Buah yang dipungut tak pernah disimpan melebihi 2 hari kerana mendapat tempahan penduduk setempat.
Buah rambutan yang berbagai jenis seperti Gula Batu, Gading, Anak Sekolah dan Perak Pak Ali berbuah dengan banyaknya. Malangnya buahnya lebih dari permintaan pasaran. Hinggakan peraih datang mengambil sendiri pada harga RM0.50/sekilo. Malah, terlalu banyak yang gugur ketanah. FAMA pula tidak sanggup membeli kerana lambakan dipasaran yang terlalu banyak. FAMA kena melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini kerana bukan dusun saya sahaja yang berlebihan buahan malah kebun2 jiran pun menghadapi masalah yang sama.
Petai mengeluarkan hasil yang menakjubkan. Jenisnya petai padi yang mempunyai mata yang padat dan terlalu rapat. Saya belum berjumpa dipasaran akan petai sebaik ini.
Sebaik saja aku membeli kebun ini aku membina pagar dengan tiang konkrit. Menantuku Sham dan anakku Mohammad Radzi ada membantu membuat pagar ini apabila mereka ada kelapangan. Namun keseluruhannya aku bina sendiri.
Aku juga membina sebuah rumah berukuran 20' x 30' dengan satu bilik tidur, satu bilik air, ruang dapur dan ruang tengah bersertakan beranda. Rumah ini ku bina sendiri dan hanya mengupah tukang Indonesia untuk memplaster dan memasang siling sahaja yang aku tidak pandai melakukannya. Alhamdulillah, rumah ini juga telah siap di pasang elektrik.
Aku juga telah membina kolam tadahan air dikawasan paling tinggi dalam dusun ku. Kolam ini berukuran 12 kaki panjang 8 kaki lebar dan 5 kaki dalam siap dengan bumbung tadahan hujan. Kolam ini sentiasa penuh dengan air. Aku juga melepaskan ikan puyu kedalam kolam ini.
Aku menghabiskan masa yang banyak di Dusun Ku ini. Aku akan datang seawal 8.30 pagi dan kembali selepas selesai solat zuhur setiap hari kecuali hari Jumaat.
Berikut adalah panorama dusunku :-
Pokok Labu yang subur merayap dibumi |
Kolam Tadahan Air |
Anak pokok durian yang baru ditanam 5 bulan lalu |
Sempadan dengan Dusun Jiran Sebelah |
Pokok Ciku belakang rumah |
Tanaman Pisang Emas berusia 5 bulan |
Pokok Nangka Mastura yang ditanam 8 bulan lepas |
Kolam tadahan air yang saya bina sendiri dengan idea sendiri |
Pokok Salak |
Durian Kahwin yang ditanam 2 bulan lepas |
Anak pokok petai yang berusia 1 bulan |
Hasil Kebun |
Lagi Hasil Kebun |
Petai Padi dan Pucuk Labu |