Khamis, 27 November 2014

DUSUN KU SEMAKIN POPULAR

Alhamdulillah, aku terpilih mewakili Pertubuhan Peladang Kuantan (PPK) untuk menghadiri Pameran Pertanian & Perindustrian Asas Tani,  MAHA 2014 yang berlangsung di UPM Serdang, Selangor. Pakej lawatan adalah untuk 2 hari 1 malam (24 & 25/11/2014) dengan penginapan & elaun makan minum serta pengangkutan pergi & balik semuanya disediakan oleh PPK.

Berbagai hasil pertanian dipamer & dijual. Suasana bagitu meriah dengan berpuloh ribu pengunjung membanjiri MAHA tersebut.

Dalam kesibukkan ribuan manusia, aku terkejut ditepuk bahu & disapa oleh seorang pengunjung yang membuat lawatan sambil mendokong anaknya.

"Assalammulaikum, Maaf Tuan Haji, Tumpang bertanya, kalau tersalah jangan marah" katanya.

"Waalaikummussalam, tak apa" jawab aku.

"Tuan Haji nie, pemilik Blog Dusun Ku ke?" Tanya beliau.

"Iya, saya." jawab aku.

"Saya Rosli Shaari, dari Semenyeh, peminat blog Dusun Ku. Saya selalu baca blog Tuan Haji. Saya kagum dengan sejarah kehidupan Tuan Haji. Nampaknya, dah lama Tuan Haji tak muatkan cerita baru. Saya tahu Tuan Haji agak sibuk buat pagar". Kata beliau.

Aku jadi terkejut dan kagum kerana dalam kesibukan berasak2 ribuan pengunjung, beliau dapat mengecam aku.  Lalu kami pun bersembang lanjut berhubung aktiviti masing2.

Sebenarnya, bulan lepas seorang penerbit dari TV Hijrah ada menghubungi aku untuk datang ke Dusun Ku bagi membuat satu pengambaran hasil pertanian yang ada untuk satu slot di TV mereka. Ketika itu aku sedang berada di rumah KL. Aku terpaksa menolak kerana buat masa sekarang tiada sebarang hasil bermusim yang ada. Mungkin di lain kali aku sanggup menerima mereka.

Terima kasih kepada semua, termasuk followers yang mengikuti perkembangan blog ini. InsyaAllah, blog ini akan terus "on air" kecuali aku tiada lagi di Maya ini.




En Rosli Shaari dari Semenyeh yang meminati blog ini

 
Salah satu gerai yang menjual Delima pada harga borong

Aku sempat membeli 3 pokok kurma untuk cuba menanam di Dusun Ku