Isnin, 31 Disember 2012

Lim Keng Yaik (LKY) yang aku kenali

Minggu lepas, sepatutnya ada benda yang aku nak tulis pasal mendiang LKY tetapi terlupa pulak. Hari nie, ada masa sikit sebab hujan masih lebat diluar jadi aku pun ada nak tulis sesuatu yang baik yang boleh dikongsikan bersama.

Sekitar tahun 2000, aku bekerja di Central Region dan ber Ibu Pejabat di tingkat 12 di Dayabumi. Selepas waktu pejabat dalam jam 6 - 7 petang, aku turun menggunakan lift umum yang disediakan. Banyak kali aku teserempak dan turun sekali bersama LKY yang officenya mungkin di Tingkat 13 keatas. (Pada masa itu LKY baru bergelar Datuk Seri) .  Datuk Seri LKY ini peramah dan tidak sombong orangnya. Pertama kali aku jumpa dalam lift, aku agak terkejut kerana aku tak sangka yang Datuk Seri LKY berpejabat di Dayabumi. Apalagi, sepatutnya beliau naik atau turun menggunakan Lift Khas untuk VIP. Tetapi Datuk Seri LKY tidak. Beliau menggunakan Lift umum.

Bila kali pertama terserempak dalam Lift, aku agak serba salah dan cuba untuk berdiri disebelah tepi. Tak ramai dalam Lift itu. Seingat aku ada 2 orang pegawai Melayu dengan pakaian formal Coat dan bertali leher mengiringi Datuk Seri yang lazimnya memakai Bush Jacket.  Selepas pintu lift ditutup untuk turun, aku dengar suara serak garau menegur. "Encik kerja mana?" rupanya Datuk Seri menegur aku. "Saya kerja di Petronas, Datuk Seri," jawab aku. "Ohh...itu Petronas banyak kaya" kata Datuk Seri. Aku pun jawab spontan, "Memang Petronas kaya Datuk Seri, tapi pekerjanya biasa saja" . "Awak kerja bahagian apa" ramah pula Datuk Seri ini bertanya. "Marketing, Datuk Seri" jawab aku. Ada lagi beberapa perbualan yang kami bualkan sehingga lift terbuka. "Saya jalan dulu" katanya selepas aku masih tidak begerak didalam Lift yang berhenti ditingkat bawah.

Itu bukan kali pertama aku terserempak dengannya dalam Lift bahkan berlaku lagi beberapa kali selepas itu. Mungkin kerana aku dah biasa keluar lewat dari office sekitar jam 6.30 petang setiap hari. Perjumpaan seterusnya membuatkan aku berani menegurnya sebelum beliau menegur aku. Dan memang dia ingat akan aku. Contohnya dalam satu perbualan, beliau tanya aku "Kenapa Encik selalu balik lewat". Aku jawab "Saya sudah biasa Datuk Seri, kerja penting mesti  selesai sebelum saya balik".  "Aiyya saya punya office ....orang rebut2 mahu turun bila office time sudah habis". Itu adalah diantara beberapa perbualan aku dengan Datuk Seri LKY apabila berjumpa dengannya dalam Lift.

Apa kebaikan yang aku nak ceritakan berkenaan LKY ini ialah beliau seorang yang Tidak Sombong. Mulut dan mukanya sentiasa tersengeh walaupun mungkin ada banyak masalah kementerian atau partinya sedang bersarang dikepalanya. Tidak seperti Menteri2 Melayu yang lain yang pernah aku temui. Contohnya, ketika dalam flight dari Abu Dhabi ke Malaysia, aku duduk di Business Class yang dibiayai oleh Petronas kerana ia adalah International Flight dan perjalanan urusan kerja yang agak jauh. Disekililing seat yang aku duduk ada ramai Pegawai2 Kerajaan yang diketuai oleh seorang Menteri Besar sebuah negeri Antah Berantah (Kini beliau tidak lagi jadi Menteri Besar kerana tak mendapat perkenan Sultan) yang duduk disebelah seat yang aku duduk. Oleh kerana masa perjalanan dalam 8 jam lebih, jadi tak dapat tidak aku pun menegur Menteri tersebut. "Assalamualaikum Datuk", kata aku. "Datuk dari mana???.  Yang aku dengar dia jawab "Salam..... rombongan lawat Middle East".  Mendengar cara dia bercakap, aku rasa serba salah nak bertanya lagi.. takutkan beliau sedang memikirkan untuk menyelesaikan masalah besar atau beliau memang tak suka diganggu. Apatah lagi, tidak ada seorang pun dalam rombongannya yang bercakap2. Semuanya kelihatan serius, sibuk membaca akhbar atau menulis dalam buku catitan dan ada yang buka laptop ada yang asyik order makan dan ada yang makan tak berhenti2.

Perbualan terhenti disitu saja. Aku pun buat hal sendiri...buka laptop main game "Zuma" yang aku gemari dan mengambil masa berjam2 untuk habis dari Game 1 hingga tamat di Game 13. Sampai Transit di Bangkok, rombongan itu pun turun. Sepatah kata pun tak diucapnya. Tapi aku rasa lega. Aku tak dapat bayangkan jika secara kebetulan dalam Flight tersebut ada Datuk Seri LKY. Mungkin habis ceritanya dari usia muda hingga dewasa dikhabarkan kepada aku. Tapi sikap Sombong ini memang dimurkai Allah. Ditakdirkan dalam pilihanraya tahun 2008, walaupun bekas Menteri Besar itu menang di DUN tapi Sultan tak memperkenankan beliau menjadi Menteri Besar untuk sepenggal lagi. Semasa kempen, beliau telah berjanji kepada rakyat negeri Antah Berantahnya yang mereka akan melihat sesuatu pembangunan yang tak dapat dibayangkan oleh fikiran dan pancaindera jika sekiranya parti nya menang dalam pilihanraya tahun 2008 itu. Keputusannya, memang partinya menang tetapi beliau terlepas jawatan MB. Tetapi, kuasa Allah mengatasi segala2nya, janji yang beliau ucapkan semasa kempen iaitu sesuatu yang tak dapat dibayangkan oleh fikiran dan pancaindera BENAR-BENAR berlaku. Stadium yang dibina semasa pemerintahanya runtuh, Masjid pun runtuh, Hospital, Bangunan Pejabat dan Kolam Renang retak dan bocor.

Tapi, puak2 jenis nie buat sardin saja.. lantaklah nak jadi apapun...mungkin kulit mereka tebal.....tak merasa malu langsung..Sesetengah orang mungkin merasa malu apabila ada projek mereka yang gagal. Kalau dinegara luar seperti Eropah, Jepun dan juga seperti Thailand yang dekat dengan kita, mereka yang seperti ini akan bersara dan meletak jawatan. Ini tidak, masih..ke hulu ke hilir kempen lagi  untuk dipilih semula.. mungkin pada mereka, hulur sikit kat rakyat ....pasti rakyat akan pangkahnya lagi. Khabarnya, dalam PRU13 nanti bekas MB nie terpilih lagi untuk calun di Parlimen pulak tu...Apa lagi aku pasti rakyat tempatnya akan memilih beliau lagi kerana ada pegangan yang kuat pada "Dulu, Kini dan Selamanya...."  biarkan...biarkan...biarkan.



Jumaat, 28 Disember 2012

Politik..... ooohhh....Politik

Orang yang kurang arif selalu mengatakan yang politik itu Kotor. Itu kalau dilihat dari sudut negatifnya. Sebenarnya bagi aku, Politik itu adalah sama dengan perkataan2 lain yang terbentuk dari satu perkataan dengan satu pengertian. Ia sama dengan perkataan2 seperti Tidur, Jaga, Main, Makan dan lain2 lagi.  Kalau kita lihat "makan"  dari sudut buruk atau kotor ....maka kotorlah jadinya. Kalau kita lihat dari sudut bersih maka bersih dan murnilah ia seperti adab dan tingkah laku yang sopan ketika makan dan sebagainya.

Jadi memahami politik memerlukan kita berfikir, menilai dan membuat keputusan yang rasional. Pemahaman politik bukannya Pak Turut, Pusaka yang mengikut secara Turun temurun. Ia juga seperti Agama yang kita anuti yang memerlukan kita berfikir, menilai dan memilih dan mempraktiktan yang mana betul dan yang mana salah. Kalau tidak, ianya hanya akan menjadi Agama Warisan dari Ibu bapa yang secara kebetulannya mereka beragama sama dengan kita. Ini yang lemahnya dimana pengabdian kita dalam agama hanya berdasarkan warisan. Sepatutnya kita kena lebih mengukuhkan pengabdian kita dalam agama yang kita anuti supaya hala tuju kita jelas, supaya kefahaman dan keimanan kita semakin bertambah.  Terpesongnya akidah umat  pada masa kini mungkin disebabkan penganutan agama yang berdasarkan warisan semata2.

Jadi, memahami politik memerlukan kita berfikir, menilai dan membuat keputusan. Tegasnya, Orang lain tak boleh buat keputusan untuk kita. Apabila kita memahami dengan mendalam barulah sempurna matlamat dan hala tuju kita.  Semasa aku kecil, aku melihat orang tua aku amat kuat pemahamannya dalam politik parti pemerintah. Pada masa itu parti pemerintah ialah Perikatan dengan simbolnya kapal layar. Orang tua aku berjawatan tinggi diperingkat bahagian. Bahan2 kempen seperti buku2 tindakan,  poster2 penuh dalam rumah apabila tiba musim pilihanraya. Secara warisannya, aku terikut2 dengan pemahaman orang tua aku.

Walau bagaimanapun pemahaman aku berkenaan parti politik pemerintah mula berubah apabila aku secara kebetulan menghadiri satu Rapat Umum Kempen Pilihanraya dalam tahun 60an di Pekan Penaga. Pada kempen malam tersebut Parti Perikatan menampilkan Penceramah Popular iaitu En. Ghafar Baba yang menjawat jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika itu. Setiap patah perkataan Ghafar Baba mendapat sambutan dan tepukan gemuruh dari penonton.  Walau bagaimanapun aku yang bersekolah rendah dalam darjah 6 ketika itu mula berfikir apa yang diucapkan oleh Ghafar Baba malam itu. Diantara ucapan yang paling popular dengan mendapat tepukan gemuruh penonton ialah seperti berikut :-

 " Tahukah tuan2 dan puan2, parti kita... parti yang bertanggung jawab. Apabila kita memerintah.. kita membangunkan negara. Kita bina jalanraya,... balairaya, masjid, stesen2 bas, pelabuhan dan sebagainya. Pembangkang buat apa????. cakap saja...sapa pun boleh. Jadi, esok, kalau tuan2 dan puan2 nak undi pembangkang jangan lalu atas jalanraya.....lalu dalam longkang kerana jalanraya kita yang buat."

Besok pagi semasa aku jual kueh, aku terdengar Pak Bakar menempelak isterinya:-  Ha...kalau nak undi pembangkang ...hang kena jalan dalam longkang jangan lalu atas jalanraya. Bagitulah kuatnya pengaruh ucapan Ghafar Baba.

Aku mula berfikir....dan ucapan itu ....tak betul. Tanggungjawab parti pemerintah sememangnya membangunkan negara. Wang yang digunakan untuk pembangunan seperti pembinaan jalanraya diperolehi sebahagiannya dari cukai yang rakyat bayar seperti cukai jalan, cukai pintu dan sebagainya. Rakyat pula termasuk yang menyokong dan membangkang. Jadi...tak betul kalau nak undi pembangkang kena lalu melalui longkang.

Semenjak itu aku menjadi semakin kritis. Setiap apa yang aku dengar akan aku fikir dan nilai terlebih dulu. Kerna aku tak bisa diperbodohkan bagitu saja...

Itulah politik.

Perasan tak dalam 3 atau 4 hari ini TV kita terutamanya TV3 tak siar pun cerita berkenaan aktiviti PM sebaliknya aktiviti TPM menjadi tajuk utama bagi berita2 di TV. Publisiti kini seolah2 lebih terarah kepada TPM pula....Fikir2kan lah kenapa.... Mungkin ada satu perubahan besar yang akan berlaku.....Itulah contohnya politik yang perlu difikirkan dinilai dan dibuat keputusan.


Sabtu, 22 Disember 2012

Hebatnya Perancangan Allah SWT berbanding Ramalan manusia

Aku pernah menulis tentang Kiamat ketika Mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru 2012" setahun yang lalu.

Sebahagian dari tulisan aku itu ialah petikan berikut:

"Bangsa Maya sangat memperhatikan ilmu kaji bintang, baik di dalam maupun di luar bangunan milik mereka terdapat angka yang berhubungan dengan hukum peredaran benda di langit. Selain jumlah  tangga, pada 4 bahagian piramid yang mereka cipta, masing-masing terdapat 52 buah relief 4 sudut, menandakan satu abad bangsa Maya adalah 52 tahun.

Walaupun secanggih manapun Suku Kaum Maya ini, apa yang ditafsirkan mereka hanyalah RAMALAN. Kuasa Allah yang menentukan segala2nya. "

Kini ternyata, 21/12/2012 berlalu tanpa ada apa2 impak berlakunya Kiamat.

Hakikatnya, aku pun tak percaya dengan ramalan kaum Maya itu. Maka aku biarkan artikel yang aku tulis itu berlalu sehingga selepas tarikh 21/12/2012.

Aku terlalu yakin dengan perancangan Allah SWT dan amat percaya dengan hadith Rasullullah SAW.

Menurut Rasullullah SAW, Kiamat tidak akan berlaku sehingga muncul tanda2 besar seperti :-

1.  Turunnya Dajjal ke Dunia.
 
Dajjal adalah makluk prosak akidah yang paling besar.  Dia mengaku dirinya tuhan. Dalam tempoh masa 40 (hari/bulan/tahun???)  Dajjal akan membawa fitnah yang amat besar.   Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ini bermaksud, Dajjal yang bermata satu ini boleh menghentikan peredaran bumi, menahan peredaran matahari dan memanjangkan waktu siang hari hingga setahun. Beliau boleh menghidupkan orang yang mati. Semuanya dilakukan dengan bantuan Syaitan. Hampir seluruh penduduk dunia akan percaya kepada fitnahnya kecuali mereka yang sekurang2nya menghafal dan beramal dengan 10 ayat pertama surah al kahfi... iaitu bermula dari  Alhamdulillahillazi......hingga.....Min Amrina Rashada. Dan 10 ayat terakhir surah Al kahfi.. bermula dari Allazinakanat........hingga..... Bingibadati Rabbihi Ahada.


2. Turunnya Imam Mahadi & Nabi Isa AS.

Imam Mahadi akan turun sebagai pemimpin muda dari Timur dan dikala berusia 40 tahun beliau dilantik sebagai Pemimpin Besar yang memperbetulkan keadaan.

Kemudian, Nabi Isa AS pula akan turun kebumi untuk menghapuskan Dajjal & Kemungkaran yang dibawanya. Mengikut sebuah hadis sohih, Nabi Isa akan turun sebaik saja Tasik Besar iaitu Tasik Galilee yang terletak di persekitaran Bukit Golan diantara sempadan Israel dan Syria itu kering kontang airnya. Tasik ini amat luas dan juga dikenali sebagai Laut Galilee. Mengikut kajian yang telah dilakukan, air di Tasik Galilee ini menyusut dengan lajunya setiap hari. Israel telah meminta bantuan Bangsa2 Bersatu untuk mengatasi masalah Tasik yang sedang mengering ini. Berdasarkan kadar susutan paras air masa kini Tasik Galilee dijangka kering dalam 40 tahun lagi iaitu sekitar tahun 2053. Pakar2 saintis barat pun telah membuat kajian dan tontonlah video dibawah untuk penjelasan selanjutnya.


Maka ramalan kaum Maya ternyata meleset dan sebaliknya dunia masih ada dalam tempoh 40 tahun saja lagi sebelum timbulnya Tanda2 besar berlaku Kiamat.

Wallahualam.




Ahad, 16 Disember 2012

Alhamdulillah, Rezeki yang Di Permudahkan oleh Allah SWT

Aku petik lagi Rambutan Gading dari Dusun Ku pagi tadi. Alhamdulillah, pasaran kali ini agak baik dan di permudahkan oleh Allah SWT.  Dua orang Peraih atau Penjual Buah telah datang kerumah aku dan ingin membeli seberapa banyak rambutan yang aku bawa balik dari Dusun pada harga borong RM1.00/kilo.

Oleh kerana semalam hujan lebat dan kebetulan pula ada pelanggan untuk RN Homestay jadi aku tak ke Dusun. Pagi ini aku sempat ke Dusun dan memetik Rambutan gading seperti gambar dibawah. 2 Peraih Buah datang kerumah dan memborong semua buah yang aku bawa balik tuu.

Secara kebetulan juga aku bernasib baik kerana iklan yang aku muatkan di Mudah.com tak jadi disiarkan kerana masalah teknikal.  Kalau ianya disiarkan mungkin aku akan jadi lebih sibuk.

Aku rasa cukup dengan 2 peraih yang ada untuk membeli hasil rambutan dari Dusun Ku.

Wassalam.

Yang sempat aku petik pagi tadi. 


Selasa, 11 Disember 2012

Rambutan Terlalu Banyak Nie...

Rambutan di Dusun Ku menjadi2 musim nie. Di Pasaran pun terlalu banyak. Jadi aku telah mengiklankan dalam Mudah.Com khususnya untuk penduduk Kuantan.

Harga yang aku tawarkan termasuk penghantaran terhad kepada jarak 8km dan minima pesanan 5kilo ialah pada HARGA RM1.50/Kilo sahaja.

Harga yang aku tawarkan kalau Datang beli di Rumah ialah RM1.00/Kilo sahaja. Tidak terhad kepada jumlah pembelian.

Harga pakej istimewa juga aku tawarkan untuk belian borong bagi Majlis Kenduri dan sebagainya.

Cepat ......Cepat...Cepat.....Rambutan Segar Terus Dari Dusun Ku..

Di Jual masih lekat Di Tangkai & Ranting..

Call no phone aku untuk tempahan & pertanyaan.  019 7503665


Yang Baru Petik Tadi

Isi Tebal & Manis Sekali