Orang yang kurang arif selalu mengatakan yang politik itu Kotor. Itu kalau dilihat dari sudut negatifnya. Sebenarnya bagi aku, Politik itu adalah sama dengan perkataan2 lain yang terbentuk dari satu perkataan dengan satu pengertian. Ia sama dengan perkataan2 seperti Tidur, Jaga, Main, Makan dan lain2 lagi. Kalau kita lihat "makan" dari sudut buruk atau kotor ....maka kotorlah jadinya. Kalau kita lihat dari sudut bersih maka bersih dan murnilah ia seperti adab dan tingkah laku yang sopan ketika makan dan sebagainya.
Jadi memahami politik memerlukan kita berfikir, menilai dan membuat keputusan yang rasional. Pemahaman politik bukannya Pak Turut, Pusaka yang mengikut secara Turun temurun. Ia juga seperti Agama yang kita anuti yang memerlukan kita berfikir, menilai dan memilih dan mempraktiktan yang mana betul dan yang mana salah. Kalau tidak, ianya hanya akan menjadi Agama Warisan dari Ibu bapa yang secara kebetulannya mereka beragama sama dengan kita. Ini yang lemahnya dimana pengabdian kita dalam agama hanya berdasarkan warisan. Sepatutnya kita kena lebih mengukuhkan pengabdian kita dalam agama yang kita anuti supaya hala tuju kita jelas, supaya kefahaman dan keimanan kita semakin bertambah. Terpesongnya akidah umat pada masa kini mungkin disebabkan penganutan agama yang berdasarkan warisan semata2.
Jadi, memahami politik memerlukan kita berfikir, menilai dan membuat keputusan. Tegasnya, Orang lain tak boleh buat keputusan untuk kita. Apabila kita memahami dengan mendalam barulah sempurna matlamat dan hala tuju kita. Semasa aku kecil, aku melihat orang tua aku amat kuat pemahamannya dalam politik parti pemerintah. Pada masa itu parti pemerintah ialah Perikatan dengan simbolnya kapal layar. Orang tua aku berjawatan tinggi diperingkat bahagian. Bahan2 kempen seperti buku2 tindakan, poster2 penuh dalam rumah apabila tiba musim pilihanraya. Secara warisannya, aku terikut2 dengan pemahaman orang tua aku.
Walau bagaimanapun pemahaman aku berkenaan parti politik pemerintah mula berubah apabila aku secara kebetulan menghadiri satu Rapat Umum Kempen Pilihanraya dalam tahun 60an di Pekan Penaga. Pada kempen malam tersebut Parti Perikatan menampilkan Penceramah Popular iaitu En. Ghafar Baba yang menjawat jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika itu. Setiap patah perkataan Ghafar Baba mendapat sambutan dan tepukan gemuruh dari penonton. Walau bagaimanapun aku yang bersekolah rendah dalam darjah 6 ketika itu mula berfikir apa yang diucapkan oleh Ghafar Baba malam itu. Diantara ucapan yang paling popular dengan mendapat tepukan gemuruh penonton ialah seperti berikut :-
" Tahukah tuan2 dan puan2, parti kita... parti yang bertanggung jawab. Apabila kita memerintah.. kita membangunkan negara. Kita bina jalanraya,... balairaya, masjid, stesen2 bas, pelabuhan dan sebagainya. Pembangkang buat apa????. cakap saja...sapa pun boleh. Jadi, esok, kalau tuan2 dan puan2 nak undi pembangkang jangan lalu atas jalanraya.....lalu dalam longkang kerana jalanraya kita yang buat."
Besok pagi semasa aku jual kueh, aku terdengar Pak Bakar menempelak isterinya:- Ha...kalau nak undi pembangkang ...hang kena jalan dalam longkang jangan lalu atas jalanraya. Bagitulah kuatnya pengaruh ucapan Ghafar Baba.
Aku mula berfikir....dan ucapan itu ....tak betul. Tanggungjawab parti pemerintah sememangnya membangunkan negara. Wang yang digunakan untuk pembangunan seperti pembinaan jalanraya diperolehi sebahagiannya dari cukai yang rakyat bayar seperti cukai jalan, cukai pintu dan sebagainya. Rakyat pula termasuk yang menyokong dan membangkang. Jadi...tak betul kalau nak undi pembangkang kena lalu melalui longkang.
Semenjak itu aku menjadi semakin kritis. Setiap apa yang aku dengar akan aku fikir dan nilai terlebih dulu. Kerna aku tak bisa diperbodohkan bagitu saja...
Itulah politik.
Perasan tak dalam 3 atau 4 hari ini TV kita terutamanya TV3 tak siar pun cerita berkenaan aktiviti PM sebaliknya aktiviti TPM menjadi tajuk utama bagi berita2 di TV. Publisiti kini seolah2 lebih terarah kepada TPM pula....Fikir2kan lah kenapa.... Mungkin ada satu perubahan besar yang akan berlaku.....Itulah contohnya politik yang perlu difikirkan dinilai dan dibuat keputusan.