Ahad, 29 September 2013

Bagitulah KehendakNya.

Manusia Merancang & Berusaha.....Tetapi .....Allah SWT yang menentukan.

Diantara Doa2 yang tidak ditolak oleh Allah SWT ialah "Doa Orang2 yang Terinaya atau di zalimi."
Adakalanya Doa itu dimakbulkan segera... Seperti Tegar yang menyanyi dibawah ini...dulunya orang susah, penghibur jalanan dan mengharapkan bantuan & sumbangan orang diatas segala usahanya.

Ada juga mereka yang terinaya berdoa  dan menerima rahmat Allah SWT dipenghujung usia.

Bagitulah KehendakNya... Beliaulah yang maha mengetahui & menentukan segala2nya.

Alhamdulillah.




Terkenang2 kisah lama yang lebih teruk dari apa yang dialami oleh hamba Allah ini.

Isnin, 2 September 2013

Tempoyak Kak Zie

Alhamdulillah. Banyak benda yang boleh dibuat melalui Durian. Diantaranya, Lempuk, Makan dengan Pulut & Santan, Bubur Kacang Durian, Cekodok Durian, Bubur Durian dan elok juga "Dimakan Bagitu Saajaaaaa...

Sudah menjadi lumrah alam ciptaan Allah SWT, makluknya tidaklah benar2 sempurna. Dari asalnya tiada, kemudian ada, baru, cantik, kemudian menjadi lama buruk, luput dan hilang bagitu saja. Bagitu juga dengan Durian. Ada yang baik, isinya tebal, lemak, manis, mengkal tetapi akhirnya layu, merkah dan pecah, busuk dan berakhirlah hayatnya.

Namun, Durian yang semakin lama ini ada juga gunanya. Ianya boleh dibuat "Tempoyak".  Bahkan ada orang tercari2 tempoyak ini untuk dibuat sesuatu.  Contohnya, nak dimasakkan Gulai Tempoyak dan ada juga yang nak buat Sambal Tempoyak dan lain2 jenis masakan lagi.

Harga Tempoyak di pasaran semasa juga agak mahal walaupun musim durian baru saja berlalu. Ada yang menjual pada harga RM20/= Sekilo. Ada yang jual dalam pack plastik kecil yang beratnya 100gram pada harga RM3.00 (Kalau 1000gram atau Sekilo sudah jadi RM30/=). Ada juga yang jual dalam taperware kecil seberat 200gram pada harga RM5.00. Itu pun belum tentu Tempoyak Durian Asli kerana mengikut cerita kawan2 yang mempunyai Dusun Durian ada orang yang buat Business Tempoyak dicampurkan dengan Pisang Masak (pisang lenyek) supaya dapat hasil yang lebih banyak. Itu sebabnya tempoyak itu cepat masam dan rasa tak sedap.

Melihat kepada permintaan yang baik terhadap Tempoyak ini maka Isteriku pun mula membuatnya sendiri. Apalagi diakhir2 musim ini banyak durian yang mula pecah dan layu. Baru2 ini beliau dapat membuat lebih dari 13 kilo. Tempoyak Kak Zie ini dibuat 100% dari Durian Asli. Maka tempoyaknya nampak segar, bersih dan jernih. Rasanya pulak terlalu sedap dan terasa duriannya. Kalau disimpan dalam peti sejuk tudung atau penutupnya mesti dilonggarkan kerana tekanan gas durian asli akan membuatkan ianya tercabut atau terbuka. Tidak seperti durian campuran pisang yang tidak lagi mempunyai gas dan nampak kusam. Oleh kerana permintaan agak baik terutama dari Kedai2 Makan berhampiran sudah 8 kilo habis dijual pada harga RM15/= sekilo. Ada dalam 5 kilo lagi baki stok yang ada. Sesiapa yang berminat boleh hubungi untuk mendapatkannya. Tempoyak Kak Zie ini dipasarkan pada harga RM15.00 sekilo sahaja.

                                                                     


Dibuat dari Durian yang masih elok isinya, hanya merkah atau pecah dihujungnya saja

                                          Nampak Segar & lebih Satu Setengah Kilo Sebotol