Rabu, 26 September 2018

Rambutan Terakhir Musim Ini..

Alhamdullillah!!! Pagi tadi membuat petikan 2 bakul terakhir rambutan bagi musim ini. Harga masih maintain at 4kg utk RM10. Ketika mesej ini di upload semua 2 bakul (dalam 80kg) telah habis diambil pelanggan. Kalau yg berhajat .... tunggu musim depan pulak yaaa....

Isnin, 24 September 2018

Buah Terakhir Musim Ini.

Alhamdulillah!!! Hari ini adalah hari buah Durian terakhir gugur untuk musim ini. Ia merupakan satu sejarah baru dimana musim ini adalah musim Durian yg paling lama sepanjang aku mengusahakan Dusun Ku (dalam 10 tahun) dan ia juga merupakan musim yg paling produktif. Ia mula gugur pada 24hb. June dan berakhir pada hari ini 24hb September 2018. 
Walau bagaimanapun ada juga beberapa pokok yg mula mengeluarkan putik2 baru. Aku akan upload kan perkembangannya nanti. Syukur Alhamdulillah dan syabas kepada Fastgrow yg banyak membantu. Untuk rekod, aku mula menggunakan baja Fastgrow bermula musim ini. Sebelumnya, berbagai jenis baja digunakan.

Rabu, 19 September 2018

Bercuti setelah penat berkebun.

15/09/2018

Sampai selepas hampir 50 tahun kunjungan terakhir semasa masih bersekolah dulu. Banyak sangat berubah. Ada Jeti baru dan kompleks perniagaan hasil laut. Udang siring/kepal, belacan tumbuk(hitam), sotong cumi dan banyak lagi ada disini dgn harga yg murah.

11/09/2018 - Hasil Dusun Ku Pagi Ini.

Alhamdulillah!!! Diantara koleksi pagi ini sebelum keluar berehat sementara seminggu dua. Tekam Yellow J33 dan adik2nya Cempelak. Dan tengok juga dokong yang baru masak dan dicelah2nya keluar pula ranting pucuk baru yg mengeluarkan putik2 buah. Hebat Fastgrow. Seeing is believing. Action speaks louder than words. Whose earth is this anyway??????

Ahad, 9 September 2018

Buah Kandis

Pagi nie aku pergi ke Dusun jauh di Kg Kolek, Jalan Sg. Lembing. Hampir 3 bulan aku tak datang kesini kerana menguruskan hasil buah di Dusun yg satu lagi.
Kenal tak buah apa tuu??? Orang sekarang mungkin tak tahu. Ia adalah buah kandis yg hampir sama dgn buah gelugur yg orang buat Asam Keping. Aku biasa tengok nenek aku buat asam keping masa kocik2 dulu. Cara membuatnya juga mudah iaitu dipotong nipis, basuh dan jemur di panas matahari. 3 atau 4 hari ia akan bertukar colour kepada coklat tua dan sudah boleh digunakan atau dijual.
Agak2 berapa harga sekilo asam keping sekarang yaaa.. RM25/kg ...bang. Kebetulan pokok kandis aku ini berbuah terlalu lebat... Apa lagi......Asal jadi duit Bang.

Sabtu, 8 September 2018

Potai Lagi...

Alhamdulillah!!! 
Kait kali keempat dan terakhir utk musim nie bagi Potai yg aku tanam sendiri nie. Ianya pertama kali berbuah selepas 3 tahun ditanam. Mungkin factor Fastgrow banyak membantu....

Khamis, 6 September 2018

Aktiviti Luar - Demo Baja Fastgrow.

Alhamdulillah!!! Pagi nie baru lepas buat demo penggunaan Fastgrow di Kelab Golf Mahkota (MGCC) di Bukit Istana. Dato' CEO MGCC adalah pengguna Fastgrow yg telah mengambil banyak packs dari saya utk Ladang Kelapa Sawit beliau di Temerloh. 
Kini Dato' bercadang utk meluaskan penggunaan utk pokok2 di MGCC.

Isnin, 3 September 2018

Kelapa Pulak!!!

Unlike Lulian, Kelapa tak boleh ditunggu jatuh saja kalau nak di commercialise. Kena kait, kopek dan hantar kpd pelanggan.
Unlike Emas, Kelapa memerlukan aset yg sedikit seperti sebidang tanah yg sesuai tetapi memerlukan usaha & tenaga yg banyak untuk mendapat hasil sepanjang masa selagi hayat pokok itu masih ada.
Sudah tentu tengok saja tidak menjadi. Usaha menjaganya akan memberi hasil yg banyak dan berterusan. Disamping pengusaha akan mendapat tubuh badan yg sihat walafiat, InsyaAllah.

Sabtu, 1 September 2018

Kawan Singgah di Rumah

Alhamdulillah!!! Dapat juga kawan (bekas rakan sekerja) dari KL merasai buah2 akhir IOI Muar di rumah aku pagi nie..