Pengubatan Islam Assyifa'

Halaman ini mula dibuka pada 31/5/2014.

Aku ingin berkongsi ilmu & pengalaman dalam mengendalikan kes2 Rawatan Pengubatan Islam Assyifa' yang melibatkan aku setakat ini. Setakat berita ini di update, (31/5/2014)  aku telah terlibat dalam 32 kes pengubatan.

Kisah2 rawatan Pengubatan dibawah ini bolehlah dipraktikan oleh mereka yang mengalami masalah yang sama.

InsyaAllah, aku akan terus menulis kisah2 yang aku kendali & alami  melibatkan Rawatan Pengubatan Islam Darussyifa' dari masa kesemasa untuk menafaat bersama.

Wassalam.

Penerimaan Ijazah & Lafaz Aku Janji dari Yg Amat DiKasihi Tuan Guru.
================================================

Nota :

Sehingga kini (4/4/2015) Terlalu banyak kes yang telah dirujuk kepada aku. Kebanyakkan kes adalah melibatkan gangguan jin & syaitan secara umum seperti dirasuk, hysteria dan sebagainya. Kebanyakkan kes2 seperti ini telah aku coretkan kisahnya diruangan ini. Jadi, aku tak bercadang untuk menceritakan rawatan untuk kes2 yang hampir sama kerana cara pengubatan, Ayat2 Quraan dan Doa yang dibaca adalah sama.

Berkuat kuasa sertamerta, Aku hanya akan menumpu dan mempamirkan kisah2 yang berlainan dari kes2 yang telah diceritakan sebelum ini.

Update Terbaru pada 3hb Mac 2017. 

Harap Maaf !!!!!!!  

Assalammualaikum Wrkth. kepada Followers dan Pengunjung Blog Dusun Ku ini.

Saya memohon maaf kerana terpaksa menutup Ruang Komen pada setiap Halaman Blog atau artikel yang saya upload ke Blog ini berkuatkuasa SERTAMERTA.

Saya juga akan membataskan upload artikel baru yang menceritakan berkenaan hasil atau perkembangan  terkini blog ini. Upload saya selepas ini mungkin hanya sekadar memuatkan gambar2 tanpa ada ulasan mengenainya.

Saya juga tidak akan menulis lagi di Halaman "Pengubatan Islam"  dan menutup serta merta juga Halaman Soal Jawab.

Saya sedang berusaha untuk mengalihkan tumpuan blog ini supaya ianya hanya dapat di assess oleh keluarga terdekat saja seperti yg saya idamkan pada matlamat asal pembukaan blog ini.

Saya tertarik dengan prosa dibawah ini yg membuatkan saya mengambil langkah2 yg saya nyatakan diatas.


"Jangan Menjelaskan Tentang Dirimu dan Kejayaan Mu kepada Sesiapa Pun,  Kerana yang Menyukai Mu Tidak Perlu Tahu Tentang Semua Kejayaan dan Kebaikan yang telah Kamu Lakukan.

Manakala Yang Membenci  Mu Tidak akan Percaya Tentang Kejayaan dan Kebaikan yang ada pada Diri Mu.


Kehidupan Ini bukan Tentang Siapa yang Terbaik, Tetapi Tentang Siapa yang Mahu Berusaha dan Berbuat Baik di Samping Sentiasa Memperbaiki Diri." 


Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Hanya Allah SWT yg Mengetahui, Memberkati dan Merahmati akan hambanya.

Wassalam.

Kes ke 19 :-  Rawatan Pesakit Gangguan yg Cool

(Upload pada 23/2/2017)

Sebelum aku ceritakan kes diatas, aku ingin maklumkan perkembangan rawatan Kes ke 18 seperti dibawah.

Empat hari selepas rawatan pertama,  aku call W untuk mengetahui perkembangan terkini akan isterinya S. W beritahu aku yg S semakin sihat, tiada lagi gangguan tetapi selera makannya masih kurang dan ada sedikit batuk2. Aku beritahu W yg aku perlu lakukan lagi rawatan tambahan kerana tahap gangguan yg S hadapi agar sukar untuk dipulihkan hanya dengan sekali rawatan. W bersetuju dan kami pun tetapkan tarikh dan masa rawatan untuk kali ke 2 dan ke 3. Semua bahan rawatan akan dibawa oleh aku seperti di rawatan yg pertama.

Mengikut syarat yg aku pelajari dari Tuan Guru ialah aku tidak boleh menawarkan perkhidmatan rawatan kepada pesakit walaupun dikalangan keluarga sendiri. Aku hanya boleh bersetuju untuk membuat rawatan sekiranya diminta oleh pesakit atau wakilnya. Dalam kes ini aku rasa S mesti dirawat lagi untuk kali ke 2 dan ke 3 dan sebenarnya aku tidak pun mengambil sumbangan yg diberi kepada aku oleh W semasa membuat rawatan pertama ke atas isterinya S. Sebenarnya tidak ada sebarang charge rawatan yg aku kenakan kepada pesakit walaupun ada sumbangan yg dihulurkan selepas rawatan dilakukan. Agak sukar juga untuk aku menolak bagitu saja apabila W memberi sumbangan kepada aku tetapi aku ucapkan kepadanya yg aku terima sumbangan yg diberi dan aku sedekahkan kembali kepada W.  Ini banyak kali terjadi terutama melibatkan keadaan pesakit yg kurang berkemampuan pada penglihatan aku, terlalu tua yg aku anggap sebagai ibu atau ayah aku dan juga bayi2 kecil yg wang sumbangan akan aku sedekahkan kembali kepada mereka. Jadi aku rasa tindakkan aku untuk melakukan rawatan yg ke 2 dan ke 3 terhadap S adalah berdasarkan tugas yg belum selesai dan simpati dengan masalah yg dihadapi.

Sehari sebelum rawatan ke 2 dilakukan, aku suruh S memakan sebelah biji air perahan limau nipis sebelum beliau tidur.  Kesan dari meminum perahan air limau nipis ini akan memberi gambaran kepada aku samaada S ini terkena santau atau tidak kerana keadaan physicalnya memberi pertunjuk yg sedemikian.  Alhamdulillah!!! S bukan terkena santau. 
Rawatan  ke 2 dilakukan sama dengan rawatan yg pertama cuma pada kali ini aku bawa lebih daun bidara supaya S boleh gunakan untuk tempoh dalam seminggu berturut2.

Rawatan ke 3 adalah penamat kepada rawatan terhadap S. Alhamdulillah, selepas rawatan ke 2,  S semakin sihat dan ceria. Selera makannya dah kembali kepada asal. S beritahu kepada aku yg emak bapanya akan datang berjumpa dengan aku kerana cerita kaitan penyakit yg dihadapi berkait dengan hubungan kekeluargaan itu betul melibatkan seorang kakak kepada S.  Aku katakan tak perlu. S tidak perlu ada perasaan dendam terhadap sesaorang walaupun kakak dan keluarganya sendiri. S mesti memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Agak sulit dan sukar untuk aku ceritakan kisah disebalik tabir penyakit yg dihadapi S disini.  Kebanyakkan kes rawatan gangguan yang aku lakukan ada sebab2 yg berkaitan yang boleh dipercayai menjadi puncanya.  Syukur Alhamdulillah kerana semuanya telah selesai dengan baik.

Bagi kes kali ini.
Aku didatangi seorang pesakit perempuan berumur lewat 40an kerumah aku. Beliau datang bersendirian hanya untuk mendapatkan rawatan batuk2 dan sakit bahu yang berpanjangan. Beliau telah banyak berubat dimerata2 tempat serta telah mendapat rawatan klinik tetapi penyakit yang dihadapinya tidak juga sembuh.  

Apabila melihat saja akan dirinya aku menyuruh dia balik dulu atau suruh suaminya datang sebelum aku lakukan rawatan. Namanya M dan dia agak terkejut dan terus talipon suaminya yang kebetulan ada dibandar.  Suami M tidak dapat datang pada masa itu dan meminta aku ke rumah mereka selepas Solat Isyak. Aku bersetuju dan meminta supaya M dapat kumpulkan anak2 atau saudara lelaki beliau semasa rawatan nanti.

Sebenarnya, aku pun tidak tahu macam mana ada firasat atau imbasan yg memberi gambaran kepada aku yg sesaorang pesakit itu sedang didampingi oleh sesuatu khususnya makhluk halus.  Mungkin setelah berpengalaman merawat selama ini aku telah dapat merasai dengan kuat samaada sesaorang yg dihadapan aku itu sedang menghadapi gangguan atau tidak. Bahkan dalam satu Majlis Kenduri lain di sebuah rumah sahabat,  aku terpaksa bertanya dengan lebih lanjut berkenaan seorang lelaki yg tidak aku kenali dan misteri pada aku turut hadir dalam majlis kenduri tersebut. 

M bersetuju untuk balik rumah apalagi isteri aku pun kuat menyuruh beliau balik dulu kerana kebetulan hanya kami berdua saja dirumah.  Pengalaman daripada rawatan gangguan yg biasa dilakukan dirumah kami menyebabkan isteri aku mendesak supaya M balik dulu. Anak2 aku pun tidak bersetuju aku mengadakan rawatan gangguan dirumah. Sebenarnya M masih keliru kerana padanya beliau tiada ada gangguan apa2, boleh bersembahyang, membaca al Quraan dan hanya batuk2 dan sakit bahu saja. 

Pada malam itu juga selepas solat Isyak aku pergi kerumah mengikut alamat dan panduan yg diberi.  Suaminya ada dirumah bahkan 2 orang anak lelaki M,  seorang remaja dan seorang sudah berkahwin turut datang kerumah M.  Aku membawa daun bidara dan sebotol kecil air hujan yg ditadah pada malam Jumaat.  Rawatan dimulakan dengan M duduk diatas kerusi berhadapan aku. Suami M berdiri di sebelahnya. Dua orang anak lelaki M duduk agak jauh sedang menonton TV.  Aku dapat rasakan yg kedua orang anak lelaki ini yg nampak tidak berminat dan agak kurang yakin yg emak mereka menghadapi gangguan. 

Sebaik saja rawatan mula dilakukan, M kelihatan gelisah tetapi masih memejam matanya.  Aku letakkan tangan aku diatas kepalanya,  M tidak menjerit dia cool saja tetapi aku dapat rasakan tangannya menggenggam2 dan kakinya ditekan dengan kuat kelantai.  Aku pegang tangan suaminya dan letakkan dibelakang bahu dan juga sendi siku M. M menepis. Suaminya agak terkejut dan suruh anaknya tutup TV dan mari bantu beliau. Anak dewasa beliau memegang bahu dan tangan sebelah kiri dan suami M sebelah kanan. Anak remaja beliau berdiri sebelah aku. 

Tetapi M tidak menjerit seperti kebanyakkan kes gangguan lain. Hanya physicalnya agak terganggu. Aku perlukan lada hitam kerana aku akan memicitnya pada ibu jari kaki M dan suaminya pun mengambil didapur dan memberi kepada aku. Lada hitam itu aku picitkan diantara jari tangan aku dengan ibujari kaki M. 

"Nanti!!!!!!"  M bersuara. Matanya masih pejam kerana mungkin tidak mahu memandang aku.  Dialog pun bermula. Aku pun bertanya akan siapa dia, dari mana, kenapa menggangu M.  Dia jawab dengan suara yg agak garau iaitu "Aku Suka Dia".  

Aku suruh dia keluar namun berdegil.  Dengan air hujan malam Jumaat yang aku bawa aku kulum dan semburkan ke muka M. Aku terpaksa lakukan kerana makhluk itu amat degil. M akhirnya membuka mata, tangan dan kakinya tidak lagi keras. Aku suruh M mengucap dan membaca surah Qulhu (Al ikhlas) dan M dapat membacanya dengan baik.

Sebelum balik aku beritahu suami M suruh panggil aku jika penyakit M tidak sembuh. Sudah hampir 2 minggu rawatan dilakukan dan suami M tidak menghubungi aku. Secara kebetulan kami bertemu ketika solat Jumaat di Masjid minggu lepas. Aku tidak cam akan suami M ini tetapi beliau masih kenal akan aku. Beliau datang kepada aku dan mengatakan "Terima kasih Ustaz, isteri saya dah sembuh nampaknya.".
Alhamdulillah.

Ayat2 Quraan dan Doa yang aku baca sama dengan kes2 rawatan gangguan yg telah aku nyatakan sebelum ini.

Kes ke 18 :-  Rawatan akibat Gangguan Melampau

(Upload pada 26/01/2017)

Musim hujan yang berterusan beberapa hari di Kuantan menyebabkan aku tidak ke Dusun dan hanya membuat kerja2 pembersihan dirumah.

Secara kebetulan, banyak pula kes rawatan yang di rujuk kepada aku. Dalam minggu ini saja ada 8 kes yang telah aku kendalikan.  Daripada 8 kes ini,  ada satu kes yang amat menyentuh jiwa ku.

Seorang lelaki menghubungi aku hendak datang ke rumah untuk merawat isterinya yg terkena gangguan Makhluk Halus.  Aku tidak benarkan dia datang kerumah kerana kes seperti ini agak berat dan tahap rawatan selalunya melibatkan pesakit meraung dan menjerit tidak sedarkan diri. Jadi aku membuat temujanji untuk membuat rawatan di rumahnya.

Seperti yg dijanjikan, selepas Solat Isyak aku sampai di rumah lelaki ini namanya W. Rumahnya terletak di sebuah Taman Perumahan yang agak jauh dari rumah aku. W dan isterinya S sudah siap menunggu didepan pintu ketika aku sampai dihadapan rumah mereka. 

Aku masuk kedalam rumah dan duduk diatas tikar yang telah dibentang. W dan S baru kahwin dalam 1 tahun.  Rumah yang mereka diami ini adalah rumah teres sewa katanya RM600/sebulan. W bekerja dengan sykt swasta dan isterinya tidak bekerja kerana masalah gangguan yang dihadapinya. W hanya memiliki sebuah motorsikal. S adalah seorang graduan dari sebuah Pusat Pengajian Tinggi tempatan. Kedua2nya bagitu ramah bercerita masalah yang dihadapi oleh S.

S menghadapi tahap gangguan yg agak kuat.  S selalu nampak kelibat seorang perempuan bermata bulat merah dan berambut kerinting panjang. Kelibat ini juga selalu membisikan kata2 di telinganya. S kata makhluk ini akan ketawa mengilai2 apabila S memasang CD bacaan al Quraan. S sudah lama tidak mempunyai selera makan. Badannya kurus dan matanya agak cengkung. S juga tidak nyenak tidur pada waktu malam kerana sering di tindih oleh makhluk ini.

Semasa S dan W menceritakan kisah gangguan itu aku dapat merasakan dengan kuat ada sesuatu berada dikalangan kami.  Aku cakap pada W samaada dia boleh atau tidak mengawal S semasa rawatan yg akan aku lakukan kerana hanya kami bertiga saja yg ada dalam rumah itu. W kata InsyaAllah boleh dan aku awal2 lagi beritahunya yg aku hanya akan sentuh kepala S dan hanya akan pegang ibu jari kaki S jika keadaan tidak terkawal dan tidak akan memegang bahagian lain ketika rawatan. W bersetuju dan nampak bersedia.

Aku kata pada S yg aku rasa ada sesuatu di sebelahnya ketika itu. S kata "Iya, matanya besar dan merah Ustaz, dan rambutnya panjang dan dia sedang pandang saya nie".

Aku kata pada S "Awak jangan takut dan kuatkan hati untuk melawan makhluk ini, dia yg takut sebenarnya pada kita".

"InsyaAllah" jawab S dan dia memperbetulkan kedudukannya dgn kedua tangan menekan lantai. W berada dibelakangnya sambil memegang bahu S. 

Aku membawa  daun bidara dan sebotol air hujan tadahan malam Jumaat kerana W tidak tahu dimana hendak membeli air zamzam yg aku suruh dia sediakan sebelumnya.

Sebaik saja aku mula baca mukadimah Bismillah 5 sebelum menyentuh kepala S, Apalagi.....S telah mula muntah.  Aku suruh W pergi ambil baldi tadahan. Nasib baik S dah beberapa hari tiada selera makan jadi muntahnya hanya air dan sedikit campuran makanan walaupun bunyi muntahnya agak kuat.

Aku mula meletakkan tapak tangan diatas kepala S.  Beliau terus muntah dan kedua2 tangannya yg memegang lantai terketar2 dan begegar2. Tudung dikepalanya dah tidak terurus dan hanya bertahan disebabkan tapak tangan aku berada diatasnya. Aku tahu S bagitu kuat melawan gangguan makhluk ini. W tak berhenti2 mengurut belakang S.  Aku meneruskan bacaan rukyah.

Rawatan agak lama iaitu lebih dari setengah jam dan aku hanya berhenti apabila melihat S dah terlalu lemah, berhenti muntah dan tidak lagi menggigil. Aku suruh S mengucap dan dia dapat melafazkannya dengan baik.

Sebelum ini S telah mendapat rawatan dari beberapa orang Ustaz2 di kawasan Kuantan. Tetapi katanya dia tidak pernah muntah dan menggigil sekuat ini. Aku minta dia terus berubat secara rawatan Islam dengan mana2 ustaz pun asalkan jangan sekali2 berjumpa bomoh.

Aku amat terharu melihat ketabahan kedua pasangan ini. Ketika memandu pulang, air mata aku mengalir.  Aku simpati dan terasa sayu dengan Ujian dan Dugaan yg S hadapi kerana ianya amat teruk sekali.  S memberitahu yg ada harinya S terpaksa ikut suaminya ketempat kerja kerana tidak tahan dengan gangguan ketika berseorangan dirumah.

Aku akan menghubung W untuk mengetahui perkembangan rawatan terhadap S. Aku akan pergi lagi untuk membuat rawatan ulangan 


Diantara Ayat Quraan & Doa yang Dibaca :-

1. Surah Al Fatihah
2. Ayatul Kursi
3. Selawat Shifa
4. Selawat Tafrijiyyah
5. Surah al Hasyr ayat 21 - 24
6. Ayat Pembatal Sihir
7. Doa Menghindar Gangguan Syaitan
8. Surah Al Mukminun  Ayat 115 - 118.
9. Surah Al Baqarah Ayat 102
10. Surah al Ikhlas, al Falaq dan al Nas.


Kes ke 17 :- Rawatan Bayi Kuat Menangis

(Upload pada 25/12/2016)

Seberapa banyak yg boleh aku hanya ingin berkongsi pengalaman hanya dalam kes2 yang berbeza diantara semua kes2 yang telah aku rawati. Terlalu banyak kes yg dirujuk kepada aku adalah kes2 gangguan makhluk halus dan aku rasa tak perlu aku siarkan sekiranya kes2 berkenaan hampir sama dengan kes2 yg telah aku pamerkan dihalaman ini sebelumnya.

Suatu hari aku di hubungi oleh En K. disebuah kawasan perumahan lain di Kuantan yg agak jauh dari kediaman aku. Masalahnya ialah bayi sulong yg dilahirkan oleh isterinya yg masih dalam berpantang menangis tidak berhenti2 siang dan malam. En. K telah memberi alamat rumahnya dan setelah persetujuan dibuat aku pergi kerumah beliau mengikut tarikh dan masa yg dijanjikan.


Aku tiba dirumahnya selepas solat Asar.  Seorang bayi yg comel berusia kurang dari sebulan dibaringkan dihadapan aku. Isterinya yang masih memakai stokin kaki juga turut duduk berhampiran bayi tersebut.  Banyak juga saudara mara En K pada ketika itu. Aku lihat bayi itu diam saja dan tidak menangis pun.

Aku bertanya En. K bagaimana dia boleh mendapat no phone dan menghubungi aku. En K kata yg dia mengetahui akan aku dan mendapat no phone dari seorang Caterer terkenal yang tinggal berhampiran Masjid Lama Pmtg Badak. Aku kenal baik dengan Caterer ini kerana kami sama se qariah masjid dan selalu berjumpa ketika berjumaah. Aku agak hairan kenapa Caterer ini tidak memberi no phone Ustaz S yg lebih senior, popular dan lebih berpengalaman dari aku dan tinggal pula bersebelahan rumahnya. 

Aku tanya ibu bayi tersebut akan apa masalah bayi ini sebab aku lihat dia diam saja. Ibu muda itu berkata yang sebelum aku sampai bayi itu menangis tak berhenti dan baru saja diam dalam 10 minit sebelum aku tiba.

Dipendekkan cerita.....aku meminta sebotol air dan dengan daun bidara yg aku bawa aku letakkan di sebelah bayi tersebut. Sebaik saja aku meletakkan tangan diatas kepala bayi itu terus menangis walaupun rukyah dilakukan. Ibu dan bapanya nampak cemas dan ingin memberi susu. Aku kata biarkan sebab aku akan memulakan rawatan.

Sebaik saja bacaan fatihah dibacakan.....suara tangisan semakin kuat. Aku terus berukyah dan tiba2 bayi ini berhenti menangis dan ketawa mengekek-ngekek pula. Ibu, ayahnya dan saudara mara berpandangan sesama mereka. Aku kata....itu biasa .....ada gangguan pada bayi ini...dan dia ketawa seolah2 menganyin ( mengejek) akan tindakan aku. Aku membaca lagi. Dalam hati, aku juga hairan bagaimana seorang bayi berumur kurang dari sebulan boleh ketawa mengeluarkan suara. Aku terus membaca ayat2 Quraan dan Doa2 syifa dan bayi ini mula berhenti dari menangis dan dari airmukanya kelihatan jernih dan tenang. Aku hampir menitiskan air mata simpati melihatkan situasi seorang bayi yg kecil juga diganggu oleh makluk halus ini.

Satelah semuanya selesai En. K mengatakan kepada aku yang beliau akan panggil aku semula jika bayi ini kembali menangis seperti sebelumnya. Aku kata OK cuma aku minta sangat2 kpd beliau supaya jangan pergi berubat dengan bomoh dan dia boleh cari rawatan dengan Ustaz lain berdasarkan Rawatan Rukyah Islam.

Bila balik kerumah dan pergi masjid aku ada berjumpa dengan Caterer yg dimaksudkan oleh En. K tetapi aku terlupa nak tanya macammana beliau boleh rokomen aku pada En. K. Hari berganti hari ....En. K tidak pula menghubungi aku. Satu pagi, lebih kurang sebulan selepas peristiwa itu aku berkesempatan makan di masjid selepas kuliah suboh bersama2 Caterer berkenaan.

Aku pun bertanya beliau..."Haji W....bagaimana keadaan bayi En. K yang haji beri no phone aku itu.

Caterer itu terkejut. "En. K mana?.....saya tak pernah pun beri contact Hj pada orang dan memang tak ada kawan atau saudara saya bernama En. K di kawasan perumahan yg Haji cakap itu."

Kami sama terkejut dan sesuatu misteri seolah2 sedang berlaku. En. K benar2 memberitahu aku nama Caterer yg memberi no phone kepadanya dan tiada ada Caterer lain yg tinggal berhampiran masjid kami setahu aku.  Mungkin suratan atau rezeki bayi itu nak berubat dgn aku. Aku pun tak hubungi En. K kerana contact no.. beliau aku dah missed up dgn pulohan no phone lain.  

Diantara Rukyah yg aku baca ialah :-

1.  Surah Al Fatihah
2.  Ayat Kursi
3. Selawat Syifa
4. Selawat Tafjiriah
5. Surah Al Hasyr ayat 21 - 24
6. Surah Yassin ayat  65
7. Doa menghindar Gangguan Syaitan
8. Surah Al Baqarah ayat 102.


Kes ke16 :-  Rawatan Penyakit yang Sama 

(Upload pada 13/06/2016)

Maaf, kerana agak lama aku tidak upload perkembangan baru dalam ruangan ini. Sebenarnya, aku agak sibuk dengan tugas2 baru dalam mengusahakan Dusun Ku 2.  

Aku masih meneruskan memberi rawatan kepada yang memerlukan sama seperti sebelum ini bahkan kes2 Rawatan semakin bertambah.

Dua hari lepas aku terpaksa menolak satu kes yang dirujuk kepada aku kerana ketika itu aku baru balik dari membersihkan Dusun Ku 2 sementelahan pulak ketika sedang berpuasa Ramadhan. Kes yang melibatkan seorang isteri yang mendapat gangguan maklhuk halus sehingga beliau tidak mengenali suami sendiri. Oleh kerana keletihan aku merujuk kes tersebut untuk dirawat oleh Ustaz Darulsyifa' yang lain.

Minggu sebelumnya, (sebelum puasa) aku merawat 3 orang dalam seminggu yang secara kebetulan mengidap penyakit yang sama iaitu Sakit Bahu Terlampau.

Pesakit A tinggal disebuah kawasan berhampiran di Kuantan, berkerja di Johor Bharu telah berkali2 mendapat rawatan di Hospital dan Klinik Swasta akan penyakitnya. 

Pesakit B tinggal agak jauh dari tempat aku tetapi merujuk kepada aku akan penyakit yang beliau hadapi iaitu Sakit Bahu.

Pesakit C tinggal sebelah kawasan Perumahan aku juga menghidap Sakit Bahu yang kronik juga telah menemui aku untuk mendapat rawatan.


Diantara Ayat Quraan & Doa yang Dibaca :-



1. Surah Al Fatihah

2. Ayatul Kursi

3. Selawat Shifa

4. Selawat Tafrijiyyah
5. Surah al Hasyr ayat 21 - 24
6. Ayat Pembatal Sihir
7. Doa Menghindar Gangguan Syaitan
8. Surah Al Mukminun  Ayat 115 - 118.
9. Doa Penghilang Kesakitan
10. Rukyah Jibril

Kesemua Ayat Quraan dan Doa2 diatas telah aku muatkan dalam kes2 yang terdahulu dibawah.

Daripada 3 orang pesakit diatas 2 orang positive sembuh dan seorang lagi iaitu Pesakit B masih terasa sakit dan kini mendapat rawatan urut kerana penyakitnya mungkin berpunca dari terseliuh di masuk angin.

Sebenarnya aku tidak mengetahui yang Pesakit A sembuh atau tidak kerana aku tidak berjumpa sendiri dengannya apalagi beliau hanya ada di Kuantan pada hujung minggu kerana terpaksa berulangalik ke JB. Tetapi isterinya ada ada merekomenkan kawan beliau yang datang mendapatkan rawatan dari aku untuk Ibunya yang menghidap Sakit Lutut kronik ....tak boleh jalan. Rakan isteri A telah memberitahu aku yang Si A telah sembuh. Aku telah dan sedang merawat Ibu rakan isteri A ini dan telah masuk kepada rawatan ke dua kali apabila beliau terasa ringan, boleh duduk dan mula menggerakkan lutut/kaki yang sebelah kiri.

Pesakit C yang tinggal sebelah kawasan perumahan aku selalu aku jumpa di Masjid dan dia kelihatan sihat dan tidak lagi mengadu kepada aku akan kesakitan bahunya.

Kes ke 15 :-   Jin memilih Ustaz untuk merawatnya.

(Upload pada 21/02/2016)

Agak lucu mengingatkan kes untuk rawatan ini kerana Jin itu sendiri meminta seorang Ustaz lain merawatnya dan beliau tidak mahu dirawat oleh aku.

Kes berlaku dalam bulan Disember 2015.  En. EA yang tinggal dikampung berhampiran berjumpa aku di masjid dan menceritakan masalah yang dihadapinya. Anak saudara beliau mengalami sakit busung (kembung perut) dan pihak klinik serta hospital mengesahkan yang beliau tidak mengandung dan menghadapi apa2 masalah seperti ketumbuhan Sys atau Fibroid dan sebagainya. Aku pun bersetuju untuk merawat anak saudaranya dan kami menetapkan tarikh yang bersesuaian untuk pergi kerumah anak saudara EA yang tinggal di Kampung K lebih 15 km dari rumah aku.

Pada hari yang ditetapkan EA datang menjemput aku dirumah hampir jam 6 petang kerana beliau baru balik dari bekerja. Aku membawa sebotol kecil air zamzam dan daun bidara. Kami sampai di rumah anak saudara EA sekitar jam 6.30 ptg dan pada masa itu anak saudara beliau tiada dirumah kerana menjemput anak mereka yang bersekolah petang. Aku agak risau kerana masa yang terlalu suntuk dengan waktu Maghrib. Dalam jam 6.40 ptg anak saudara EA sampai dirumah mereka.

Mereka mempunyai 3 orang anak iaitu 2 perempuan dan seorang lelaki sulong yang bersekolah dalam darjah 2. Kami dijemput masuk kedalam rumah dan si suami pun menceritakan perihal masalah yang dihadapi oleh isterinya. Sesekali aku memandang isterinya dan kelihatan beliau amat tidak selesa melihat aku. Aku tahu beliau sedang menghadapi gangguan yang amat hebat. Aku suruh suaminya berhenti bercerita. Aku panggil isterinya duduk diatas bangku dihadapan aku. Aku beri salam berkali2 padanya tidak berjawab. Pandangannya semakin tajam lalu lantas aku bersuara yang hanya jenis kafir yang tak menjawab salam yang diucapkan.

Aku memulakan baca Bismillah......dan laungan pertama kedengaran. Suami beliau memegang kedua2 tangan beliau dengan menarik kebalakang kerusi. Aku tak boleh pegang kepalanya kerana gelengan kepalanya agak kuat. Beberapa kali suaminya terlepas tangan hinggakan suaminya terjatuh ditepi aku. Tetapi, jenis ini dia tidak melawan aku dan beliau hanya mengelak apabila aku cuba menyentuhnya. Aku berjaya pegang ibu jari sebelah kakinya dan aku pegang kuat dengan cengkaman kuku yang tidak terdaya beliau melepaskannya walaupun beliau menggunakan sebelah kaki lagi untuk menguis tangan aku.

Aku lihat suaminya sudah tidak terdaya memegang dan mengawal isterinya. Aku panggil bapak saudaranya EA untuk menolong memegang. Rupanya EA juga gerun melihat anak saudaranya dan membawa 3 orang anak kepada pasangan itu keluar dari rumah. Laungan dan jeritan tak payah digambarkan ....amat kuat. Mungkin terdengar jauh kepada beberapa rumah jiran diluar. Waktu Maghrib semakin dekat. Aku menggunakan sekuat2 kudrat dengan membaca ayat al Quraan dan Doa Syifa kedalam air Zamzam. Aku kulum kedalam mulut dan aku sembur sekuat2nya kemuka beliau kerana aku perlu berhenti merawat untuk pergi ke masjid. Alhamduliah!!!!! perempuan itu terkulai layu dan membuka mata melihat aku. Aku suruh beliau mengucap dan membaca surah Al Falaq dan beliau dapat membacanya dengan baik dan lancar.

Aku panggil EA dan meminta diri beredar untuk ke masjid bagi Solat Maghrib. Dalam perjalanan keluar kami singgah di Masjid Negeri ketika Imam sudah mula mengimamkan Solat Maghrib. Selesai Doa dan Solat Sunat kami menuju kekereta untuk kembali kerumah. EA membuka handset beliau dan terlihat terlalu banyak miss call dari isterinya. Rupa2nya anak saudara beliau tersampuk lagi dengan lebih dasyat sehinggakan sisuami membawa isterinya dan 3 orang anak mereka kerumah EA ketika kami sedang bersolat. EA sampai memberikan handset kepada aku menyuruh aku bercakap dengan isterinya.

"Tolong Ustaz!!!!!, datang segera kat rumah saya. Anak saudara ada disini dengan suaminya dan ketiga2 anak mereka turut kena rasuk dan semuanya menjerit2." kata isteri EA. Aku pun berkata tak apalah tunggu hingga kami sampai.

Sebaik saja aku sampai di rumah EA, anak saudaranya yang sakit tadi berlari keluar kearah padang sambil menjerit2. Beberapa orang anak muda termasuk anak bujang EA mengejar dan berjaya menangkap beliau dan mengurung beliau dalam kereta sambil dikawal oleh anak2 muda tadi. Aku masuk kedalam rumah yang riuh rendah dengan jeritan 3 orang anak pasangan tadi. Melihatkan keadaan yang tidak terkawal kerana banyaknya musuh yang menyerang balas aku what's app kepada group Darussyifa Kuantan untuk memohon bantuan.

Anak sulung lelaki pasangan itu memegang2 bahunya dengan berkata "Sakit....ramai sedang gigit bahu nie".  Anak perempuan no.,2 sedang memegang2 lehernya dan bekata "mereka sedang mencekik leher".  Anak perempuan yang bungsu menangis sekuat2nya kerana beliau masih belum boleh bercakap. Aku cakap kepada EA suruh kosongkan satu bilik dan minta sesiapa yang tua menunggu didalamnya. Ibu mertua EA masuk ke bilik itu. Aku rawat satu persatu bermula dengan anak lelaki yang sulung. Alhamdulillah, sekali hembus saja budak itu sembuh. Aku suruh isteri EA bawa masuk budak kedalam bilik. Aku rawat pula anak yang kedua dan seterusnya yang ketiga. Alhamdulillah, semuanya sembuh dengan cepat dan mereka juga dibawa kedalam bilik dan aku minta supaya jangan buka bilik sehingga aku suruh. 

Si suami pesakit juga duduk tersandar di dinding dalam keadaan gelisah. "Saya juga kena ganggu nie... Ustaz"  katanya. "Tak apa"  .... kata aku "Awak baring..saya nak rawat".  Alhamdulillah!!!!! si suami itupun sembuh dengan cepat. 

Aku pun suruh si Suami pergi bawa isterinya yang sedang ditahan dalam kereta untuk dibawa kedalam rumah. Kali ini aku nekad untuk menghadapinya dengan sekuat mungkin kerana sudah ada ramai orang yang akan dapat memegang beliau nanti. 

Namun si isteri tak nak keluar dari kereta. Aku suruh beberapa orang muda tolong si Suami bawa isteri beliau kedalam rumah. Aku semakin yakin kerana mungkin sebentar lagi beberapa orang rakan aku dari Darussyifa Kuantan akan datang membantu. Mungkin mereka sedang dalam perjalanan atau sedang mengerjakan Solat Isyak terlebih dahulu.

Si Suami datang memberitahu kepada aku yang isterinya tak mahu juga keluar dari kereta. Beliau tak mahu berjumpa dengan aku dan beliau meminta suaminya untuk membawanya berubat dengan Ustaz L. Aku pujuk si Suami supaya jangan ikut cakap Jin itu dan aku yakin dapat merawatnya kerana suasana kini telah terkawal. Hon kereta berbunyi banyak kali. Si Suami pergi ke kereta dan terus memandu keluar meninggalkan 3 orang anaknya di rumah EA.

Tiga orang Ustaz Darusyifa kemudian tiba dirumah EA. Aku memberitahu mereka yang semuanya sudah selesai. Kami mendirikan Solat Isyak berjemaah di rumah EA. Aku masuk kebilik kurungan dan membawa 3 orang anak pasangan tadi keluar. Semuanya dalam keadaan ceria dan pulih sepenuhnya. Hanya emak mertua EA pula yang mengadu yang beliau juga diganggu seperti dicakar badan dan belakangnya. Aku membuat rawatan terakhir kepada emak mertua EA dan Alhamdulillah beliau kembali pulih seperti biasa.

Jumlah keseluruhan yang dirasuk adalah 6 tetapi hanya 5 berjaya dirawat kerana seorang lagi telah memilih Ustaz nya sendiri untuk dirawat. Kabarnya Ustaz L tinggal di bandar T yang jauhnya 130km dari Kuantan.  

Anak EA memberitahu yang mereka juga terkejut kerana beberapa kali hon kereta tadi berbunyi dan pesakit itu tidak pula menekannya.

Apa yang aku dapat rumuskan ialah Si Pesakit tadi ada penjaga turun temurun. Secara kebetulan geng sampingan pula datang bertenggek. Geng yang datang bertenggek ini tidak kuat ....penakut ...hanya ingin mengacau dan tidak tahan dengan rukyah rawatan.

Ayat2 Al Quraan dan Doa yang aku baca adalah sama seperti doa mengatasi gangguan bagi kes2 yang sama yang aku muatkan terdahulu. Sila rujuk kes2 dibawah yang hampir sama dengan kes ini.


Kes Ke 14 :-  Rawatan 3 kes yang sama dalam seminggu

(Diupload pada 20/01/2016)

Ketiga2 Kes ini berlaku dalam satu minggu di bulan September 2015.  Satu malam selepas Solat Maghrib seorang Qariah Masjid menghampiri aku.

"Ustaz, anak saya ada masalah gangguan. Takut2, gementar, demam, waswas terutama selepas Maghrib. Sudah pergi berjumpa dengan seorang Doktor Homopathi tetapi gangguan sakitnya semakin kuat. Nak minta tolong Ustaz ubatkan" Kata Qariah tersebut.

Aku setuju dan seperti dijanjikan selepas Solat Isyak di Masjid keesokkan harinya aku terus kerumah beliau.

Pesakit adalah seorang anak muda yang baik berusia awal 20an. Beliau mula mendapat sakit ini selepas saja minum dengan kawan di sebuah kedai makan. Aku lihat memang benar anak muda ini terlalu gelisah, matanya sedikit kemerah2an. Beliau tidak merokok, kaki masjid dan sentiasa ada dirumah kerana baru saja tamat pengajian di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Kerajaan.

Rawatan pun bermula,  sohih ada makhluk tumpangan dalam tubuhnya. Apabila rukyah mula dibaca beliau kelihatan seakan2 hendak muntah.  Cepat2 aku suruh ayahnya mengambil baldi sebagai tadahan. Sebuah baldi besar merah dibawa dan aku teruskan bacaan. Subhanallah, beliau mula muntah dan terus muntah tak berhenti.  Tak pernah aku tengok sesaorang yang muntah sebanyak itu iaitu melebihi suku baldi besar. Anak muda ini semakin lemah. Dengan air zamzam dan daun bidara yang dirukyah, aku suruh dia buat mandi dan minum untuk 3 hari. Rawatan tamat dan aku pun kembali kerumah. Besok malam ayahnya berjumpa lagi dengan aku katanya anaknya masih lagi sakit, gelisah, tak senang duduk dan minta aku pergi lagi kerumahnya. Aku kata tak perlu sebab setiap rawatan aku untuk tempoh 3 hari. Rawatan berulang hanya boleh dilakukan pada hari keempat. Anak muda itu hanya perlu minum dan mandi air yang dirukyah  selama 3 hari.

Hari ke 3 ayahnya berjumpa lagi dengan aku di Masjid.

"Ustaz, tak payah datang lagi Ustaz. anak saya dah sembuh, boleh mengaji Quraan dan hadir ke Masjid untuk sembahyang jumaah" kata Ayahnya.  Aku kata tak apa, aku nak datang untuk rawat juga selepas hari 3. Tidak payah sedekah lagi kepada aku pun tak apa sebab aku amat kasihankan anak muda itu.

Hari keempat, aku pergi kerumahnya untuk rawatan kali kedua. Selain dari rawatan biasa aku di suruh merukyahkan bilik anak muda itu kerana beliau terasa takut untuk memasukinya. Aku masuk kebilik itu dan secara kebetulan seekor kucing keluarga mereka yang turut masuk melompat2 kedinding dan tingkap seolah2 nampak sesuatu. Bilik itupun dirukyah.  Anak muda itu telah pulih sepenuhnya kini.

Kes Ke2 berlaku kepada rakan anak muda ini yang sudah pun bekerja sementara.   Situasi yang sama kecuali pesakit kedua ini merasakan ada sesuatu yang mengurus dan mengawal  dirinya. Yang paling beliau takuti ialah ketika memandu beliau merasakan seolah2 bukan beliau yang pandu kereta itu tetapi dipandu oleh sesuatu.  Rawatan yang sama dilakukan dan anak muda kedua ini sembuh sepenuhnya hanya dengan sekali rawatan sahaja.  Aku selalu berjumpa dengan kedua2 anak muda ini semasa solat berjemaah diwaktu Maghrib & Isyak. Seorang masih lagi bekerja di Kuantan manakala seorang lagi, ayahnya memberitahu aku di masjid semalam (19/01/2016) yang anaknya baru melapurkan diri berkerja di KL awal minggu ini.

Kes ke 3 berlaku kepada seorang lagi anak muda yang tidak mengenali kedua2 pesakit diatas tetapi tinggal di kawasan yang berhampiran.  Aku dijemput kerumahnya untuk mengubati pesakit ini yang takut untuk pergi kerja, demam yang tak sembuh, tiada selera makan dan kelihatan pucat dan lemah. Rawatan sama juga aku lakukan. Tetapi sebanyak 3 kali rawatan dilakukan barulah beliau sembuh sepenuhnya dan kini kembali bekerja semula.

Rukyah yang aku gunakan adalah Ayat2 Al Quraan & Doa Asas menghalau dan menghindarkan dari serangan makhluk halus seperti yang aku muatkan bagi kes2 terawal melibatkan gangguan dan rasukan bagi kes2 yang terdapat dibawah. (Sila rujuk kes2 terdahulu dibawah)


Kes Ke Tigabelas :-  Rawatan Spontan (Dicatit 17/12/2015)

Kes kali ini agak istimewa kerana ia berlaku secara spontan atau kebetulan. Apatah lagi ianya berlaku di Pulau Pinang melibatkan Ayah aku sendiri.  Sebenarnya, sepanjang penglibatan aku dalam Pengubatan Islam Darussyifa tidak pernah aku ceritakan kepada Ayah aku.  Biasa di suatu ketika beliau mengidapi sakit belakang dan menyuruh aku memanggil sesaorang yang katanya dapat membuat air penawar bagi meredakan kesakitan yang beliau alami. Aku menurut saja ketika itu dan memanggil orang berkenaan yang tinggal agak jauh dari kampong Ayah aku.  Walau bagaimanapun isteri aku ada bercerita kepada Ayah yang aku biasa mengubat orang tetapi  seperti biasa sikap Ayah aku tidak pernah dia meminta aku mengubatnya. Dipihak aku pulak, aku pun telah diajar oleh Tuan Guru aku yang jangan sekali2 mengubati orang yang tidak meminta bantuan atau pertolongan pengubatan dari kita.

Kejadian berlaku pada suatu malam semasa aku balik kampung baru2 ini. Pada malam itu kami sekeluarga telah merancang untuk makan malam di luar. Aku mencadangkan kepada Ayah aku supaya makan kat satu restoran di Kepala Batas yang aku rasa makanannya OK kerana pernah makan bersama Abang dan Adik2 aku sebelum ini. Ayah aku tidak bersetuju kerana dia kata ada satu kedai makan masakan panas di Pasir Gebu yang amat sedap dan ramai orang berkunjung kesitu setiap malam. Aku dan isteri mengikut saja kemahuannya.

Memang ramai orang di Restoran itu ketika kami sampai. Nasib baik kami dapat satu meja yang agak besar masih kosong. Makanan pun di pesan dan agak cepat juga servisnya. Tetapi aku rasa masakan disitu tidaklah sesedap mana tetapi aku lihat Ayah dan makcik bagitu berselera memakannya. Isteri aku biasa saja.

Masalah bermula selepas habis makan ketika kami mula untuk bangun meninggalkan restoran itu. Ayah aku tiba2 tidak boleh berdiri. Tapak kakinya rasa macam di cucuk cucuk jarum katanya. Semasa datang tadi, beliau berjalan biasa saja. Aku terpaksa memapah beliau ke kereta dan kami balik kerumah dulu. Ayah aku kata dia tidak pernah mengalami kesakitan yang seperti ini. Biasanya sakit belakang, pening kepala, penat, bengkak kaki saja. Aku suruh dia berehat dan baring saja mungkin bisa daripada sebahagian makanan tadi. Beliau pun baring saja dan aku pun terus tidur.

Esok paginya kami telah bercadang untuk Solat Subuh di Masjid Pmtg Rambai. Memang di situ lah pilihan aku setiap kali balik ke kampung kerana aku dilahirkan & membesar di Pmtg Rambai. Aku pernah ber Azan di Masjid itu ketika kanak2 dulu. Walaupun  jarak rumah ayah aku dengan Pmtg Rambai agak jauh namun kami telah berjanji untuk bangun awal sikit seperti sebelum2 nya dan Ayah aku akan ikut aku bersolat Subuh di Masjid Pmtg Rambai. Sebaik saja aku bangun tidur aku di sapa oleh ayah aku katanya "Hang pi sorang lah Li, aku tak boleh bangun nie" . Aku kata "Tak pa, saya pi sorang lah".

Ikut program pada hari itu, kami akan bersama2 nak ke Penang. Aku nak bawa dia makan Nasi Ulam Lemuni di Teluk Bahang. Bila balik dari Masjid aku lihat dia dah berada diatas kerusi roda. Rupanya kerusi roda yang lama dia pernah guna dulu semasa sakit pinggang telah dibawa keluar.

"Aku tak boleh berdiri lansung Li, tapak kaki menyucuk2 macam ada banyak jarum tikam tapak bila nak jijak"  Aku tak jadi ikut hang pi Tanjung.... hang bawa Makcik pi" katanya lagi. Aku tanya dia samaada nak pi klinik atau tidak dan dia kata tak pa, biar dulu sebab dia tak pernah dapat sakit macam nie. katanya.

Isteri aku suruh aku cuba rawat kaki ayah aku itu.  Aku rasa serba salah sebab Ayah aku tak minta tolong pun hanya isteri aku yang suruh. Melihatkan keadaan Ayah aku...aku tak sampai hati. Lantas aku tanya Mak Cik, "air zamzam ada tak?" dan Mak Cik kata ada. Aku suruh dia bawa secawan dan aku menghampri Ayah aku yang masih duduk diatas kerusi roda itu.

"Ayah, saya nak baca doa dan ayat Quraan sikit nie. Kalau diizinkan Allah, mungkin baik sakit kaki ni" kata aku.

"Haa....ikut hang lah" kata Ayah aku.

Aku pun pegang kaki Ayah aku dan membaca Ayat2 Quraan dan Doa Syifa khusus bagi mengusir gangguan makhluk halus dan sihir seperti yang banyak aku attach kat bawah halaman ini. Selesai membaca, aku hembus ke kakinya dan aku sapu sedikit air zamzam itu kekakinya dan selebihnya aku suruh dia minum. Selepas itu, dia tidak bercakap apa2. Hanya diam dan terus duduk diatas kerusi roda itu.

Aku dan isteri pun pergi Penang. Mak Cik.... kami tak bawak sebab suruh tengok Ayah aku. Dalam perjalanan aku dan isteri tak berapa selesa memikirkan keadaan ayah aku. Sampai separuh jalan, aku berhentikan kereta dan terus menalipon ayah aku. Mak Cik yang mengangkat talipon dan aku tanya keadaan ayah.

"Haa..... dia dah berjalan pi Dapoq dah. Dah boleh jalan kakinya. Hang keluaq saja tadi dia terus bangun dan jalan." kata Mak Cik aku.

Alhamdulillah kata aku. "Tak pa, kami pi Penang dulu lah" kata aku.

Tanpa disedari air mata aku mencurah2 mengalir keluar. Rupa2nya hasil usaha aku mempelajari bidang Pengubatan Islam ini dapat juga aku mengubati ayah aku sendiri ketika hayatnya masih ada. Isteri aku hanya diam melihat keadaan aku. "Ayah dah boleh jalan...dah" kata aku.

Esok paginya, sebelum kami bertolak ke Langkawi, sekali lagi aku merawat ayah aku. Kali ini dengan agak meluas kepada seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Masa itulah aku dapat menyentuh seluruh tubuh ayah aku yang tidak pernah aku lakukan sebelum ini. Aku sentuh kepalanya, dadanya, belakangnya dan seluruh tangan dan kakinya. Beliau membiarkan saja. Aku membaca ayat2 agak kuat sikit sebab aku tahu sebagai bekas Imam Masjid ayah aku mungkin pernah membaca ayat2 & Doa yang aku baca. Aku lihat ketika itu beliau telah pulih sepenuhnya. Kerusi roda pun telah disimpan dalam bilik.  Namun... ayah aku itu begitulah sikapnya. Tiada sebarang ulasan yang diberi. Seolah2 tiada apa2 yang berlaku.

Namun seminggu selepas aku balik ke Kuantan Ayah aku ada bercakap dengan aku melalui talipon ...
...
"Li...hang dapat balik sat tak ke kampung?" beliau bertanya.
"Pasal apa pula ayah?" Soal aku.

"Aku nak bawa hang pi berubat ada 2 orang lagi kat kampong nie.  Depa tiba2 sakit tak boleh jalan macam aku hari tuu. Sorang Imam masjid sini." Kata ayah aku.

"Tak pa Ayah, suruh depa cari kat sana pun ada orang Darussyifa atau yang boleh berubat secara Pengubatan Islam. Saya nak balik...jauh Ayah. Baru balik saja". Kata aku.

"Aku lupa hari tuu nak bagitau hang......Hang dah cepat nak pi Langkawi. Aku ingat ...lalu balik hang singgah" kata Ayah aku.

"Agak2.... aku hari tuu sakit apa tak tau?" kata Ayah aku lagi.

"Silap makan...macam2 kut.. ...campur pulak dengan kuah kacang sate tuu.." kata aku

"Aku tak pernah kena gout" katanya lagi.

Ia...sekurang2nya aku biarkan Ayah aku befikir akan logik atau tidak alasan aku itu.....



Kes Ke Duabelas :- Gangguan Emosi


Aku dihubungi oleh mereka yang menghadapi gangguan emosi melalui What's App, Email dan sebagainya.  Mereka meminta nasihat apakah Doa dan amalan yang harus dilakukan untuk mengatasi gangguan seperti itu. Aku berjanji dengan mereka untuk menjawab melalui halaman ini.

Sebenarnya, bulan lepas (Ogos 2015) aku ada merawat 2 kes berkenaan gangguan emosi. Pesakit berasa berdebar2, terlalu seram, takut & runsing, melihat bayangan dan lintasan terutama ketika bersendirian di waktu maghrib dan ketika hendak tidur. Aku tidak mahu menceritakan lagi pasal 2 kes tersebut dan aku hanya ingin respon kepada pertanyaan yang di kemukakan bersabit dengan masalah ini.

Diantara amalan2 yang amat mudah dan  boleh diamalkan untuk mengatasi masalah gangguan ini adalah seperti berikut :-

1.  Baca wirid "Laillahaillah..wahdahu lasyarikallah..lahulmulkuwalahul ..hamdu yuhyi wayumitu wahuwangala..kullishaiinqadir"  10 kali selepas setiap Solat Subuh dan Selepas  Solat maghrib.

2.  Baca surah al fatihah 7 kali selepas setiap solat fardu dengan niat menjadi pendinding dari sebarang kejahatan & gangguan

3.  Hafal surah al hasyr ayat 21 hingga akhir. Dibaca ketika rasa tak tenteram atau ketika mula diganggu

4.  Baca ayat pembatal sihir (ada dlm jawapan dibawah)

5.  Baca Bismillah 5 diikuti surah 3 Qul sebelum tidur.

6.  Amalkan bacaan "Laaillahaaillallah"  100 kali semasa berbaring sebelum mata terlelap. Boleh juga dibaca tanpa henti ketika mengalami rasa gangguan mula berlaku.

InsyaAllah. Gangguan tersebut akan dapat diatasi.

Semoga terjawab kepada pertanyaan2 yang diterima berhubung dengan masalah ini.

Wassalam



Kes Ke Sebelas :  Merawat Seorang Tua yg Terlalu Uzur

Sebenarnya kes ini telah aku rawat lama dahulu iaitu lebih dari setahun yang lepas. Aku pun dah lupa bila tarikhnya tetapi hanya mengingati kes ini apabila secara kebetulan aku berjumpa dengan orang tua tersebut minggu lepas.

Minggu lepas iaitu pada 18/8/2015, aku dihubungi oleh seorang pemuda dari Taman Perumahan berdekatan.  Beliau memohon rawatan dari aku akan Penyakit Demam yang dihadapi beliau agak lama tetapi masih belum sembuh. Beliau telah berkali2 berjumpa doktor dan banyak sangat memakan ubat tetapi demam panas beliau masih tidak berkurangan. Aku tidak mahu bercerita lagi pasal pemuda ini kerana aku hendak menceritakan kes orang tua yang ada kaitan dengan kes ini. 

Semasa aku sampai di Taman Perumahan untuk mencari rumah pemuda itu aku agak terperanjat di sapa oleh sesaorang.

"Assalammualaikum!!!...Apa kabar Haji,"  Sapa orang itu. 

"Waalaikummussalam, Ohh Haji ....Kabar baik.  Haji sihat ke?"  Tanya aku.

"Sihat..., dah boleh jalan nie, makan pun lalu...tak ada masalah." Katanya. 

"Itulah... terima kasih, Haji. Semenjak Haji rawat saya dulu....kesihatan saya semakin baik." Katanya lagi 

Baru aku teringat akan Orang Tua ini.  Beliau di bawa pulang oleh keluarga dari Hospital Besar kerana terlalu uzur. Bila dibawa balik kerumah dia terbaring diatas katil bujang di ruang tamu rumahnya. Aku di panggil ketika itu untuk merawat kerana Hospital sudah mengarahkan keluarganya membawa pulang. Pada ketika itu percakapan beliau tak berapa jelas. Lututnya lemah tidak boleh bangun dan tiada selera makan. Badannya terlalu kurus. 

Aku membawa daun bidara dari rumah dan menyuruh keluarganya menyediakan air zamzam.   Semasa rawatan aku menyentuh semua sendi2nya termasuk lutut, pergelangan kaki, siku, pinggang dan tengkuk beliau.

Diantara Ayat Quraan & Doa yang Dibaca :-

1. Surah Al Fatihah
2. Ayatul Kursi
3. Selawat Shifa
4. Selawat Tafrijiyyah
5. Surah al Hasyr ayat 21 - 24
6. Ayat Pembatal Sihir
7. Doa Menghindar Gangguan Syaitan
8. Surah Al Mukminun  Ayat 115 - 118.

Daun bidara untuk di buat mandian selama 3 hari berturut2. Air zamzam untuk diminum dan disapu pada sendi2 yang berkenaan.

Sebenarnya, aku hanya berusaha memohon pertolongan & keredhaan Allah SWT dan Allah SWT  lah yang menyembuhkan beliau.

Alhamdulillah.  

Kes Ke Sepuloh : Merawat Hamba Allah Murung & Pelupa.


Seorang Suami telah membawa isterinya datang ke rumah aku untuk mendapatkan rawatan. Masalah yang dihadapi isterinya, Puan H (50 ++ tahun) kerana secara tiba2 di akhir tahun lepas (2014) menjadi seorang yang pelupa dan murung. Puan H adalah seorang Ustazah yang mengajar mengaji khususnya bagi wanita dan sering dijemput untuk mengetuai bacaan yassin dan tahlil yang dianjurkan oleh kaum ibu sesama mereka. Maksudnya disini beliau seorang yang aktif, ceria dan cergas dalam menjalani kehidupan dan mendampingi masyarakat. Berbeza dengan sifatnya selepas itu apabila Puan H menjadi pelupa, pendiam dan murung. Pelupanya bukan hanya sekadar was2 seperti samaada telah memasukkan garam dalam masakan atau gula dalam bancuhan air bahkan beliau tidak mengingati bagaimana untuk memasak kari atau masakan yang biasa di masakinya. Surah2 Al Quraan yang dihafal & diajarnya pun telah dilupai.

Ketika suaminya menceritakan masalah yang dihadapi oleh Puan H, aku melihat beliau hanya tunduk dalam keadaan sugul seperti menghadapi banyak masalah dan mental yang terganggu. Aku cuba bertanya sendiri kepada Puan H namun beliau hanya menjawab sepatah...sepatah perkataan sahaja disamping mukanya yang sentiasa menunduk kebawah. Aku mengatakan kepada suami Puan H yang kes seperti ini perlu dirawati berulang kali atau sekurang2nya tiga kali dan Puan H sendiri mesti berusaha dengan membaca doa & surah2 tertentu untuk memulihkan keadaan beliau.

Rawatan yang aku lakukan adalah berasaskan bacaan Doa & Ayat Al Quraan yang aku pelajari disamping penggunaan beberapa bahan makanan.

Alhamdulillah, Puan H telah mendapat rawatan dari aku sebanyak 3 kali dalam jarak seminggu sekali. Selepas kali pertama, aku lihat Puan H sudah ada perubahan. Beliau mula bercakap menjelaskan keadaan dirinya disamping mula senyum & ketawa. Selepas kali kedua rawatan, Puan H sudah kembali ceria dan suaminya hanya lebih banyak mendiam diri sebaliknya isteri yang lebih bercakap. Selepas rawatan ke tiga selesai, aku mengatakan yang beliau sudah tidak perlukan rawatan lagi tetapi mesti mengamalkan bacaan Doa & Ayat Quraan yang aku suruh beliau amalkan seharian. Bulan lepas Puan H ada menalipon isteri aku untuk membeli ubatan yang aku hasilkan. Ketika itu aku yang mengangkat talipon rumah kerana isteri aku keluar ke pasar. Aku tidak mengingati suara ceria dari seorang perempuan yang beliau mengenali aku tetapi beliau yang memberitahunya.

Katanya "Saya Ustaz, yang Ustaz rawat dulu tuu". 

"Yang mana satu" kata aku.

"Saya H yang pelupa dulu tuu, nie nak beli Ubat Resdung yang saya beli dari isteri Ustaz baru2 nie".

"Ohhh!!!  kata aku",  dan terus bertanya keadaan beliau. Alhamdulillah, beliau pulih seperti sediakala. Aku langsung tidak mengecam suaranya jika beliau tidak memberitahu yang beliau Puan H. 


Bahan2 Rawatan

Bahan2 Makanan adalah seperti :- Kismis Hitam, Badam, Air Zamzam dan bahan untuk mandi adalah Daun Bidara.

Diatara Ayat2 Al Quraan & Doa yang aku bacakan adalah seperti :-

1. Surah Al Fatihah (Di Baca 7 kali)
2. Ayatul Kursi
3. Selawat Shifa
4. Selawat Tafrijiyyah
5. Surah Al Insyirah (Dibaca 3 kali)
6. Surah al Hasyr ayat 21 - 24
7. Ayat Pembatal Sihir
8. Doa Menghindar Gangguan Syaitan
9. Doa Penerang Hati

Amalan Doa yang aku suruh beliau amalkan ialah :-

1. Membaca "Aanguzibillahiminassyaitannirajim"  (3 kali ketika bangun dan sebelum tidur)
2. Baca surah al Fatihah  (7 kali selepas setiap solat Fardhu dan ketika bangun & sebelum tidur.
3. Baca Surah al Insyirah ( 3 kali sebaik saja bangun dari tidur dan ketika hendak tidur)

Catatan : Dibawah ini adalah Doa Penerang Hati. (Doa2 & Ayat al Quraan yang lain telah aku sertakan dalam Ruangan ini melibatkan kes2 yang lepas).



Kes Ke Sembilan :  Merawat Hamba Allah yang Mengalami Kesukaran Untuk Bersalin

Kejadian berlaku pada 27hb. August 2014. Hj. Z memberitahu aku yang anaknya menghadapi masalah ketika sedang mengandung.   Kandungan anaknya, Puan W baru memasuki tahap 7 bulan tetapi beliau telah menghadapi banyak masalah yang membuatkan beliau sering keluar masuk Hospital Besar.  Masalah yang dihadapi adalah seperti kesakitan dibawah perut, perasaan ketidakselesaan yang amat sangat, sengal2, Cramp dan sebagainya. Puan W juga terpaksa ambil cuti terlalu banyak kerana beliau tidak boleh menumpukan terhadap pekerjaannya. "Duduk salah...baring pun salah, berdiri apalagi tidak selesa" kata Hj. Z pada aku.

Aku mengatakan kepada Hj Z yang aku perlu berjumpa dengan anaknya Puan W serta dengan kehadiran suaminya untuk membantu dalam memberi rawatan.  Pada masa itu Hj Z memberitahu aku yang anaknya masih berada di hospital dan suaminya pun ada menunggu disana.

Lalu aku suruh Hj. Z bawakan kepada aku sebotol air zamzam dan aku juga mahukan beliau menulis nama penuh anaknya berbintikan ibunya.

Dihadapan Hj Z, aku membaca beberapa ayat Al Quraan dan Doa khusus bagi mengatasi masalah anaknya itu. (Ayat2 Al Quraan & Doa2 ada dilampirkan dibawah)

Proses rawatan yang hanya diwakili oleh Hj Z mendapat sedikit rintangan. Beberapa kali aku membaca ayat diikuti dengan nama anaknya, (Puan W) aku gagal untuk menyebut nama anaknya itu dengan betul walaupun ejaan nama anaknya ditulis diatas kertas dengan jelas berada ditangan aku. Aku beristighfar beberapa kali dan ada ketikanya Hj. Z terpaksa memperbetulkan sebutan nama anaknya kepada aku. (Kes yang sama seperti pengantin yang gagal melafazkan akan nikah)

Lantas, aku berkata kepada Hj Z yang aku terpaksa membaca ayat2 menghalang gangguan syaitan dan membatalkan sihir terlebih dahulu. (Ayat2 ini ada dilampirkan pada kisah2 gangguan jin & syaitan  yang aku ceritakan bagi kes2 sebelum ini.

Setelah selesai membaca ayat2 gangguan aku pun terus membaca ayat2 & Doa bagi mengatasi masalah kesukaran untuk bersalin. Alhamdulillah, aku berjaya menyebut nama Puan W dengan lancar dan jelas selepas itu.

Air zamzam itu aku suruh Hj. Z berikan kepada Puan W untuk di minum dan di sapukan diperut dan kawasan yang dia rasa tidak selesa.

Secara kebetulan, keesokkan harinya aku berjumpa dengan Hj Z selepas solat Subuh di Masjid. Haji Z memberitahu aku yang anaknya, Puan W telah keluar dari hospital petang semalam. Air rawatan itu pula telah diminum pada sebelah pagi & tengahari dan Alhamdulillah, kesulitan yang beliau hadapi telah tiada lagi.

Puan W pulih sepenuhnya dari masalah yang beliau hadapi sebelum ini dan kembali bekerja. Selang beberapa minggu selepas itu beliau melahirkan seorang cahayamata yang dikandunginya tanpa sebarang masalah.

Alhamdulillah.


Diantara Ayat Quraan & Doa yang Dibaca :-

1. Surah Al Fatihah
2. Ayatul Kursi
3. Selawat Shifa
4. Selawat Tafrijiyyah
5. Surah al Hasyr ayat 21 - 24
6. Ayat Pembatal Sihir
7. Doa Menghindar Gangguan Syaitan
8. Ayat Mendapat Zuriat



9. Ayat Selusuh



Kes Ke Lapan :  Merawat Hamba Allah yang Sukar utk Tidur


Kes ini terjadi kepada sahabat isteri aku yang tinggal di kawasan perumahan berdekatan.    Puan M seorang muslimat yang baik. Sentiasa membaca Al Quraan dan selalu mengikuti pengajian agama di masjid berhampiran. Suatu hari beliau menceritakan  masalah yang dihadapinya kepada isteri aku. Beliau menghadapi masalah sukar untuk tidur. Sudah berbulan katanya yang beliau tidak langsung dapat lelap ketika hendak tidur. Kesihatan tubuh badan dan selera makan semuanya OK.  Tetapi apabila malam, matanya sentiasa terbuka. Hendak dilelapkan tidak boleh. Diwaktu siang, lebih2 lagilah.

Satelah diadakan temujanji, Isteri aku mengajak aku kerumah Puan M. Suami beliau masih ada walaupun agak kurang sihat. Aku hairan melihat Puan M yang kelihatannya sihat, dapat bercakap dengan baik tetapi menghadapi masalah untuk tidur.  Ada lagi beberapa gangguan yang beliau alami di ceritakan pada aku tetapi masalah utama ialah pasal tidur.

Aku telah membawa dari rumah Daun Bidara dan sebelumnya isteriku sudah menyuruh beliau menyediakan sebotol air zamzam.

Proses rawatan pun dilakukan :-

Dengan tangan aku memegang kepalanya, beberapa ayat Quraan dan Doa Syifa aku baca pada beliau, air zamzam dan daun bidara.  Aku menyuruh Puan M mencampurkan sebahagian air zamzam dengan air biasa serta sebahagian daun bidara apabila beliau mandi pada bilasan terakhir.  Proses mandi itu mesti dilakukan selama 3 hari berturut2 iaitu sebaik2nya selepas beliau solat asar setiap hari. Air zamzam itu juga boleh di minum dan di sapu pada muka pada bila2 masa saja.

Selepas 4 hari beliau melakukan rawatan itu, beliau sudah mula boleh untuk tidur2 ayam diwaktu malam. Tetapi, masih ada gangguan terutama mimpi yg tidak baik ketika tidur. Akhirnya beliau datang kerumah aku untuk terus mendapat rawatan susulan.  Aku lakukan proses yang sama dengan bahan2 yang sama.

Seminggu kemudian, Puan M memberi tahu isteri aku yang beliau sudah tidak mempunyai masalah untuk tidur lagi. Namun beliau masih mahu membuat sekali lagi rawatan....katanya untuk pemutus ubat.

Sebenarnya, tidak ada sebarang syarat pemutus ubat dalam rawatan aku.  Hanya Doa dan berserah kepada Allah SWT semata2. Tetapi, oleh kerana beliau datang juga kerumah untuk kali ke 3 rawatan...., aku lakukan juga mengikut proses yang sama.

"Haji, Terima kasih banyak kerana merawat saya,  Sekarang ini ....pantang letak kepala kebantal.....nak tidur saja sampai kepagi".  Kata Puan M.

"Alhamdulillah, segala2nya adalah diatas kehendak Allah SWT. Kita hanya berusaha & berdoa. Beliaulah yang Maha Kuasa yang menentukan segala2nya." Namun Puan mesti tingkatkan amal ibadat kpd Allah SWT & jangan sekali2 tinggal untuk mengerjakan suruhanNya. "  Nasihat aku kepada Puan M.

Kini, sudah lebih dari 4 bulan sejak dari rawatan terakhir. Tiada lagi rawatan susulan yang dilakukan terhadapnya walaupun beliau ada berkunjung kerumah kerana bersahabat dengan isteri aku.

Walau bagaimanapun, beliau ada membawa beberapa orang pesakit lain yang menghadapi masalah lain berjumpa dan memerlukan rawatan dari aku.  InsyaAllah, akan aku ceritakan kes2 mereka bila aku ada kelapangan kelak.

Nota:
Proses rawatan diatas boleh dilakukan sendiri bagi mereka yang menghadapi masalah yang sama. Hanya berdoa & memohon kepada Allah SWT untuk mamakbulkanya.

Diantara Ayat Quraan & Doa yang Dibaca :-

1. Surah Al Fatihah
2. Ayatul Kursi
3. Selawat Shifa
4. Selawat Tafrijiyyah
5. Surah al Hasyr ayat 21 - 24
6. Ayat Pembatal Sihir
7. Doa Menghindar Gangguan Syaitan
8. Doa Mengatasi Sukar Tidur (Doa No 9 Dilampirkan dibawah)

1 hingga 7 telah dilampirkan sebelum ini. Doa Mengatasi Sukar Tidur itu  adalah seperti berikut :-

Doa 1 (Sambungan dibawah)




Kes Ke Tujuh :   Merawat beberapa Tempat Awam yg Mendapat Gangguan


Selain dari rawatan biasa secara persaorangan, aku juga terlibat dengan aktiviti kumpulan Darussyifa' Kuantan dalam melakukan rawatan dibeberapa tempat awam yang diganggu oleh Makhluk Halus ini. Tak kurang dari 10 tempat yang telah kami rawati sebelum ini. Pada kebiasaannya aku akan dihubungi oleh Imam Besar Masjid Negeri untuk bersama2 memulihkan beberapa tempat awam yg memohon bantuan untuk menghindarkan gangguan dari Makhluk Halus.

Kami akan pergi ketempat yang diminta paling kurang dengan 10 orang perawat di ketuai oleh Imam Besar. Biasanya rawatan dilakukan bermula dari waktu Maghrib hingga selepas solat Isyak. Adakalanya kami terpaksa rawat sehingga tengah malam terutama bagi tempat yang banyak penghuninya terkena gangguan hysteria. Diantara tempat2 tersebut adalah seperti Sekolah Berasrama, Kolej Pembelajaran, Bangunan Kerajaan, Rumah Kebajikan Awam, Pusat Latihan dan lain2. Tempat2 sebagini memerlukan ramai perawat kerana kaedah perawatan yang memerlukan kami memasuki semua bahagian bangunan dan persekitaran sekeliling untuk melakukan rawatan.

Gangguan yang terjadi adalah seperti :- Merasuk Pelajar, Menakut2 kan penghuni dengan menampakkan rupa diri yang huduh, Membuat lintasan2, menghasilkan bunyi2 ketukan dan sebagainya. Gangguan yang paling banyak adalah dengan merasuk pelajar atau istilah hysteria yang dikenali sekarang. Ada kes yang melibatkan ramai pelajar yang dirasuk ketika rawatan sedang dijalankan.

Alhamdulillah, Dengan Izin Allah SWT, kami dapat memulihkan semua tempat2 yang dirawat dengan baik.

Diantara kaedah rawatan yang digunakan adalah :-

1.  Bermula dengan Solat Maghrib Berjemaah
2.  Solat Hajat Berjemaah
3.  Membaca Surah Yassin
4.  Membaca Zikir & Doa Mustajab Darussyifa'
5.  Solat Isyak Berjemaah
6.  Melakukan Rawatan menggunakan Air, Garam & Lada Hitam

Doa & Zikir yang dibaca agak panjang. Tetapi yang asasnya kami akan Azan, Selawat dan Membaca Fatihah bagi memulakan rawatan.

Memandangkan Doa & Zikir yang agak panjang hanya sebahagian yg penting sahaja di lampirkan dibawah ini.

Persediaan Bahan spt Garam, Lada Hitam & Air dilakukan sebelum Berdoa

Diantara Doa Mustajab untuk Menghidarkan Gangguan


Lagi Doa Mustajab Menghindar Gangguan


Kes Keenam :  Merawat 3 Orang Sekeluarga yang Tersampuk Syaitan


Suatu hari selepas solat Asar aku berehat dirumah. Seorang Jemaah masjid dalam keadaan cemas datang ke rumah aku dan meminta tulong supaya aku mengikut ke rumah beliau. Aku bertanya kepadanya...

"Apa pasal, Pak D.. " tanya aku.

"Anak saya tiba2 pitam Haji." Jawab Pak D...

"Sakit apa'' tanya aku lagi.

"Entahlah Haji, mula2 dia meracau2, mengamuk dan sekarang terlentang ditengah rumah" Jawab Pak D.

"Dah panggil Ustaz S" tanya aku.

"Dah... tapi dia ada hal dan dia suruh saya panggil Haji"  Jawab Pak D..

"Baiklah, Pak D..balik dulu...saya datang sebentar lagi" Jawab aku.

Aku pun mengenakan pakaian dan terus ke rumah Pak D.

Sampai di rumah Pak D aku lihat seorang pemuda dalam keadaan yang tidak tenteram sedang duduk dimuka pintu sambil kakinya dihulurkan ketangga. Pemuda ini dalam keadaan yang menggigil seperti orang kesejukkan yang amat sangat serta kedua belah tapak tangannya menggenggam erat sesuatu.

Aku memberi salam tapi tidak dijawab oleh pemuda ini. Hanya Pak D dan orang yang diatas rumah menjawab salam aku. Pemuda ini agak besar dan sasa tubuhnya. Kalau ditolaknya aku...mungkin jatuh terlentang aku dibuatnya. Matanya merah dan seolah2 berair. Sekali lagi aku bagi salam padanya namun tidak juga dijawabnya.

Dicelah ruang sedikit yang ada aku naik keatas rumah Pak D. Aku lihat seorang perempuan dalam umur 20an sedang terbaring ditengah rumah. Seoarang anak kecil sedang menjerit2 sekuat hati dipangku oleh ayahnya yang merupakan suami kepada perempuan yang terlentang tersebut. Ada juga seorang bomoh kampung pada ketika itu yang mungkin sudah berusaha mengubati mangsa2 tersebut mengikut caranya. Aku bertanya Pak D dan isterinya akan kejadian sebenarnya.

Pak D.. kata, mula2 anaknya yang perempuan dirasuk. Kemudian anaknya yg lelaki iaitu adik perempuan tersebut cuba menolong dan kini sedang menggigil dimuka pintu. Anak kecil perempuan itu pula sedang menangis tak henti2.

Aku bertanya lagi "Kenapa pulak adik nie menggigil2 dan tangannya menggenggam sesuatu".

Pak D kata, Anaknya yg lelaki tuu dah tangkap Jin yang merasuk kakaknya dan Jin itu ada dalam genggamannya.

Semakin mengarut pula cerita nie pada aku lantas aku kata aku akan rawat pemuda itu dulu. Aku menghampirinya dan menyuruh beliau lepaskan genggaman beliau. Pemuda ini tidak mahu sambil terus menggeleng2kan kepalanya. Aku pegang tangannya dan cuba meleraikan genggamanya namun tidak berjaya kerana terlalu kuat digenggamnya. Aku meletakkan sebelah tangan kiri aku diatas kepala pemuda tersebut dan tangan kanan aku cuba membuka genggaman beliau disamping membaca beberapa rukyah seperti dibawah. Akhirnya kedua2 genggaman tangannya berjaya aku buka dengan mudah. Dia berhenti menggigil. Aku suruh mengucap syahadah dan beliau berjaya melafazkanya dengan baik.

Kemudian aku pergi pula kepada perempuan terbaring yang tak sedarkan diri itu. Aku memegang kedua ibu jari kakinya dengan kuku jari tanganku serta membaca rukyah seperti dibawah. Selang beberapa saat, beliau tersedar dari pitam dan bangun duduk dari berbaring. Aku meletakkan tangan kanan aku diatas kepalanya dan terus membaca rukyah tertentu. Kemudian aku memberi salam padanya dan menyuruh beliau mengucap. Dia dapat melafazkan jawab salam dan mengucap dengan baik sekali.

Kini yang terakhir ialah anak kecil yang tak berhenti menangis semenjak aku datang tadi. Bapanya membawa kepada aku. Aku membaca beberapa rukyah dan tambahan Ayat 65 Surah Yassin, iaitu "Alyau manaqtimu ngala.........." dan menghembuskan kemuka anak tersebut. Alhamdulillah, beliau berhenti menangis.

Alhamdulillah, semuanya pulih seperti sediakala. Syukur kehazrat Allah SWT yang mengkabulkan doa2 yang dibaca tadi.

Selepas bersembang seketika aku pun meminta diri untuk pulang.

Diantara Rukyah Syifa' yang aku baca dan cara2 bacaan adalah seperti berikut :- (Semuanya telah disiarkan sebelum ini)
1. Surah Al Fatihah
2. Ayatul Kursi
3. Selawat Shifa
4. Selawat Tafrijiyyah
5. Surah al Hasyr ayat 21 - 24
6. Ayat Pembatal Sihir
7. Doa Menghindar Gangguan Syaitan
8. Surah Al Mukminun Ayat 115 - 118 (Ayat Pemecah)
9. Surah Yassin Ayat 65 (Untuk Budak Berhenti Menangis)





Kes Kelima :  Menemui Barang Yang Hilang (28/2/2014)


Pada hari Jumaat, 28/2 - aku tidak ke Dusun. Kira2 dalam jam 9 pagi aku dengar kenderaan menantu balik dari sekolah. Anak aku juga tidak pergi kerja pada pagi itu. Kira2 jam hampir 10 pagi anak aku Along, datang kerumah memberitahu yang Dompet (Purse) suaminya hilang. Dalam dompet itu ada banyak juga wang sebab baru terima gaji dan ada beberapa dokumen penting seperti IC, Kad Bank, Credit dan sebagainya.

Aku dan isteri pun pergi kerumah mereka iaitu di sebelah rumah saja. Aku lihat banyak barang2 yang telah diselongkar dan usaha mencari diteruskan. Menantu aku memberitahu yang dia rasa Dompetnya tidak dibawa kesekolah. Puas dia mencari di sekolah dan juga sepanjang jalan dalam perjalanan pulang namun tak juga berjumpa. Semua2 barang2 didalam bilik, diatas meja diruang tamu dan dapur telah dialihkan namun dompet yang dicari tidak berjumpa. Isteriku juga turut mencari. Hanya aku saja yang tak tahu nak cari kat mana.

Aku mengambil air sembahyang dan meminta sejadah dari anakku untuk bersolat hajat. Solat Hajat 2 rakaat aku lakukan diruang tamu dirumah anakku. Selepas Solat Hajat, aku membaca beberapa rukyah doa berkaitan dengan barang yang hilang. Sebelum habis Doa yang terakhir,  Anakku Along memanggil aku .....

"Ayah, Purse dah jumpa".

Aku menoleh kepadanya tetapi terus membaca doa rukyah yang terakhir itu sehingga habis.

Kemudian aku bertanya "Jumpa Kat Mana?"

Anak aku bagitahu. "Jumpa dalam balang nie atas meja". Sambil menunjukkan balang kaca kecil tempat mereka meletakkan pen, penyepit kuku dan sebagainya.

"Dah cari tadi dalam balang ini dan alih semua barang2 kecil didalamnya tapi ....tadi Tak Ada" kata anakku.

Aku berkata, syukur Alhamdulillah dan meminta anak dan menantuku Sembahyang Syukur 2 Rakaat kepada Allah SWT.

Aku terus balik kerumah seorang diri kerana isteriku masih terpinga2 dan masih berbual dengan anak menantu akan penemuan dompet tersebut secara serta merta.

Sampai dalam rumahku, air mataku turun bercurah2.... Betapa hebatnya Kuasa Allah SWT menunaikan hajat hambaNya yang hina ini dalam masa yang bagitu singkat.  Dengan air sembahyang yang masih ada aku terus sembahyang Sunat Syukur 2 rakaat. Alhamdulillah.

Doa Rukyah yang dibaca selain dari Solat Hajat ialah :-

1. Surah Al Fatihah
2. Ayatul Kursi
3. Selawat Shifa
4. Selawat Tafrijiyyah
5. Ayat 7 Syifa'




6. Surah Al-Ra'd Ayat 31 - mengembalikan yg hilang




7. Doa mengembalikan yang Hilang




Kes Keempat : Berdialog Dengan Jin


Seperti biasa .....aku ke Masjid untuk menunaikan Fardu Maghrib dan Isyak. Ketika aku sedang bersolat Maghrib, aku terdengar bunyi kecoh2 kat koridor masjid. Selepas Solat, aku diberitahu, mereka yang bising2 itu sedang mencari Ustaz S kerana salah seorang anak qariah masjid yang tinggal diseberang jalan berhadapan masjid dirasuk makhluk halus. Ketika itu Ustaz S tiada di Masjid. Dalam suasana sibuk itu aku menyelit2 dikalangan jemaah dan terus balik kerumah. Ketika waktu Isyak, aku kembali ke masjid. Seorang AJK masjid telah berjumpa aku meminta tolong merawat pesakit yang dirasuk itu yang katanya sedang meracau sejak dari sebelum Maghrib sehingga sekarang. Aku juga bertanya dimana Ustaz S dan mereka berkata yang beliau tiada dirumah dan tidak dapat dihubungi.  Ustaz S adalah senior aku dalam pembelajaran Darussyifa'. Beliau adalah bekas Pengetua Sek. Men. Agama di Pekan, Penceramah Bebas serta lulusan Mesir. Beliau terkenal dalam Pengubatan Islam dan aku memasuki bidang inipun melalui beliau.

Lalu aku pun bersetuju untuk merawat tetapi hanya selepas solat Isyak.  Selepas solat aku pun pergi kerumah pesakit diseberang jalan berhadapan masjid. Ada beberapa qariah dan jiran2 sedang menunggu dirumah tersebut. Seorang gadis dalam usia belasan tahun sedang duduk diatas sofa dalam keadaan yang tidak tenteram dan dipegang oleh bapanya. Aku masuk memberi salam dan bertanyakan masalah yang dihadapi. Bapa gadis tersebut mengatakan yang gadis itu mula menjerit2 dan bertindak agresif ketika hampir Maghrib. Gadis itu merenung tajam pada aku dengan rambut yang kusut dan matanya yang agak merah sedang mengalami gangguan.

Aku meletakkan tangan kanan aku diatas kepalanya dan ibu jari tangan kiriku memicit kuku ibu jari tangan kanan beliau. Lantas aku membaca rukyah2 yang berkenaan (Spt. senarai dibawah). Pada mulanya beliau tidak bertindak agresif dan hanya mendiamkan diri serta matanya tidak lagi memandang aku. Telah banyak rukyah yang dibaca....beliau masih tidak menunjukkan perubahan tetapi tangan kanannya mula ditarik untuk melepaskan dari cengkaman kuku aku.

Aku meminta segelas air zam zam dan terus mengulang membaca rukyah asas dan sedikit rukyah tambahan. Air zam zam yang telah dirukyah itu aku percikkan kemuka gadis tersebut. Tiba2 ....beliau mula bersuara. Suaranya agak kasar dan keras walaupun gadis ini nampak lembut orangnya.  Beliau bersuara apabila aku bertanya:-

 "Kenapa engkau ganggu budak ini?" aku bertanya.

"Aku nak tubuhnya" jawab gadis itu. (Dalam situasi ini yang menjawab itu adalah Jin yang sedang menganggu gadis tersebut)

"Budak ini tak bersalah, budak baik, dia tak ganggu engkau, kenapa kau ganggu dia?" aku bertanya.

Gadis itu tidak menjawab, sebaliknya matanya mula memandang tajam pada aku. Beliau masih cuba menarik tangannya dari dikepit oleh ibu jari kiri aku.

"Aku hendak kau keluar dari budak ini sekarang. Kalau tidak aku akan terus membaca rukyah yang akan membuatkan kau sakit teruk" kata aku.

Tiba2 terpacul perkataan dari mulut gadis tersebut....

"Aku sanggup keluar...tapi dengan satu syarat....kau tanggalkan subang ditelinga ni" kata Jin itu.

Aku suruh emak gadis itu menanggalnya.

"Bagi kat aku subang itu" minta Jin melalui gadis itu.

Aku tidak benarkan emak gadis itu memberikan subang yang ditanggal kepadanya. Aku khuatir mungkin beliau akan menelannya dan keadaan akan jadi lebih teruk.

"Jangan bagi, jangan bagi" jerit aku kepada emak gadis itu.

"Sekarang kau keluar dari budak ini" kata aku kepada Jin itu.

"Aku boleh keluar .....tapi kau hantar aku balik." Katanya.

"Kau nak balik mana?" tanya aku.

"Aku nak balik ke Hospital" katanya.

"Hospital tuu besar, kau duduk kat mana di situ?" tanya aku.

"Aku duduk di Klinik dalam Hospital" Katanya.

"OK, kau keluar, nanti bapa budak ini pi tanam subang tu dekat Klinik dalam Hospital" kata aku.

Selepas itu, badan gadis itu terus lemah. Aku suruh dia Mengucap Dua Kalimah Syahadah dan dia melakukan dengan baik sekali. Aku suruh gadis itu minum baki air zam zam yang tinggal dalam cawan. Alhamdulillah, beliau pulih dan keadaan kembali seperti biasa.

Bapanya mengatakan yang isterinya bekerja di Hospital Besar dan petang tadi anak gadisnya pergi menjemput ibunya balik dari kerja. Sampai dirumah....beliau mula mengamuk.

Diantara Rukyah yang aku baca adalah :-

1. Surah Al Fatihah
2. Ayatul Kursi
3. Selawat Shifa
4. Selawat Tafrijiyyah
5. Surah al Hasyr ayat 21 - 24
6. Ayat Pembatal Sihir



7. Ayat Penunduk Sihir



8.  Tiga Ayat & Doa Pelindungan dan Menghindarkan Syaitan yang telah aku muatkan dalam kes2 yang dimuatkan sebelum ini.


Kes Ketiga:  Batuk Kuat Secara Tiba2 di Tengah Malam


Aku banyak menghadapi ujian & dugaan diperingkat awal pembelajaran dibidang perubatan ini. Dugaan & Ujian berlaku sekitar diri aku, isteri dan kejadian2 aneh di Dusun Ku. Kalau aku tak kuat semangat mungkin aku telah menamatkan pengajian aku separuh jalan saja. InsyaAllah, aku akan ceritakan semua ujian & dugaan yang menimpa dalam ruangan ini untuk dijadikan ikhtibar & rujukan bagi mereka yang menghadapi kes yang sama.

Di suatu malam sekitar jam 2 pagi...isteriku tiba2 terbangun dari tidur dan terbatuk tanpa henti dengan lelehan  airmata lebih dari setengah jam. Beliau cuba minum baki ubat batuk yang masih ada dalam simpanan namun batuknya tak juga hilang. Beliau menggunakan satu sudu besar madu lebah dicampur dengan beberapa titik air limau nipis tetapi batuknya tak hilang juga.

Melihatkan keadaan beliau yang sedemikian, aku bangun dan mengambil wuduk serta segelas air zam-zam. Lantas aku baca beberapa doa dibawah dan aku tiupkan kepada air zam-zam tersebut. Aku suruh isteri meminum air tersebut serta aku menepuk beberapa kali dibelakang bahunya serta membaca doa sambil tapak tangan aku diletakkan diatas kepalanya.

Allah SWT Maha Berkuasa. Dalam beberapa saat saja...isteri aku berhenti batuk....dan langsung tidak batuk selepas itu. Kami berdua tak bercakap apa. Tahulah aku bahawa beliau telah diganggu oleh benda ghaib. Aku mengambil wuduk dan sembahyang sunat Tahajud & Syukur. Kami terus tidur semula dalam jam 3.30 pagi hinggalah ke Subuh.

Doa2 yang aku baca:-

1.  Surah Al Fatihah
2.  Ayatul Kursi
3.  Selawat Shifa
4.  Selawat Tafrijiyyah


5.  Surah al Hasyr ayat 21 - 24
6.  Doa2 Penghindar Gangguan Syaitan

Semua Ayat2 & Doa2 diatas telah aku attach kan sebelum ini. Cara2 membaca & wakaf adalah sama seperti yang dinyatakan sebelum ini.



Kes Kedua:  Tersampuk Syaitan

15/5/2014

Alhamdulillah. Kini aku ceritakan pula kes Kedua yang melibatkan Sampukan Syaitan. Kesnya berlaku selang beberapa minggu selepas kes pertama. (Pada awal2 dulu aku tidak mencatitkan tarikh kejadian. Tetapi kes2 kebelakangan ini semuanya dicatit waktu & tarikh kejadian)

Memang dah jadi tabiat aku suka tidur awal dan bangun juga awal. Paling lewat jam 11 malam mata aku dah mula nak tertutup walaupun ada cerita menarik di TV. Jadi, pada malam kejadian itu aku & isteri dah pun nyenyak tidur. Tiba2.... sekitar hampir jam 12 malam, handphone isteri aku berbunyi. Lambat jugalah isteri aku mengangkatnya kerana phone beliau tidak pernah berbunyi lewat2 malam sebelum ini. Aku... buat2 tak dengar dan terus tidur. Kemudian, isteri aku mengejut aku katanya jiran minta tulong "Cucunya tersampuk syaitan".

Aku pun lantas bangun dan mengajak isteri aku ikut sama. Sebelumnya aku sempat mengambil wudhuk dan membawa secawan air zamzam kerana aku tidak pasti samaada jiran aku itu ada menyimpan air zamzam atau tidak. Sebenarnya, tidak ada syarat yang mengatakan mesti menggunakan air zamzam dalam rawatan. Air biasa pun boleh. Tetapi, mungkin kerana kenyakinan aku belum tinggi jadi aku lebih bergantung kepada kelebihan air zamzam.

Tiba dirumah jiran,  aku lihat cucunya yang berumur hampir 6 tahun meronta2, masih menjerit2 dan mata terbeliak memandang keatas. Ibunya tak berhenti membaca ayat kursi. Aku pun terus memegang kepala budak perempuan tersebut sambil membaca rukyah2 seperti dibawah. Alhamdulillah, selepas disapu air zamzam yang telah didoakan tadi ke mukanya dan diberi sedikit untuk budak itu minum, keadaannya kembali pulih stabil. Budak itu mula bercakap dengan ibunya yang beliau nak kencing dan nak tidur. Dia pun boleh bercakap apabila aku tanya namanya dan boleh baca Bismillah. Aku kembali kerumah dan terus melakukan Solat Syukur 2 rakaat.

Syukur kepada Allah SWT kerana merestui rawatan yang telah aku lakukan. Jiran ingin memberi wang upahan tetapi aku tidak mahu menerimanya kerana aku ikhlas menolong setakat yang boleh terutama jiran pulak tuu. Mungkin jiran kurang selesa dengan sikap aku maka selang 2 hari kemudian mereka menghadiahkan kain pelikat yang baik kualitinya melalui isteriku. Itulah kali pertama aku menerima hadiah hasil dari rawatan pengubatan Islam yang aku lakukan.

Pada peringkat awal dulu, aku hanya terus melakukan rawatan tanpa banyak berinteraksi dengan pesakit. Tetapi, sejak kebelakangan ini, bercakap & berdailog dengan Jin sudah menjadi perkara biasa. Nak tahu apa yang dicakapkan......kena tunggu kisah selanjutnya...

Rukyah yang telah dibaca:-

1. Surah Al fatihah. Tiba diayat ke 5 iaitu إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ baca 7 kali & niat  mengeluarkan makhluk yang mengganggu dan terus baca ayat sehingga habis.

2. Baca Selawat Syifa' (refer ayat yang dimuatkan dalam kes sebelumnya)

3. Baca Ayat Kursi (Surah Al Baqarah ayat 255) dengan 9 wakaf dan pada bacaan:-
وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا baca 7 kali & niat menghalau gangguan dan terus baca sehingga habis ayat.

5. Baca Surah Al-Hasyr Ayat 21 - 24 (Rujuk ayat yang dimuatkan dalam kes sebelumnya)

6. Baca Doa Menghindar Syaitan

7. Baca Doa Menghindar Gangguan & Hasutan Syaitan




Kes Pertama: Tercekik Tulang 

4/5/2014

Alhamdulillah. Aku ingin menceritakan kes pertama yang aku hadapi dalam mempraktikkan Ilmu Pengubatan Islam yang aku pelajari. Kes ini berlaku sebaik saja aku lulus Peringkat Tasmiq Pertama. Tarikhnya aku tak ingat tetapi berlaku sekitar 5 bulan selepas aku memulakan pengajian. Kes ini berlaku pada Diri Aku sendiri.

Suatu hari aku bagitu teringin nak makan Gulai Udang Besar tetapi bukan Udang Galah. Aku kurang gemar Udang Galah kerana kepalanya besar serta kulitnya terlalu keras. Aku lebih suka Udang Laut. Lantas aku pergi ke Jetty Persatuan Nelayan Kuantan untuk membeli terus Udang Besar yang baru naik dari laut.  Memang banyak Udang Besar yang fresh dinaikkan disini. Harga kalau di Pasar Besar boleh mencecah hingga RM80/= sekilo. Tetapi disini agak murah sedikit kerana belian terus.

Isteriku pun memasaknya dengan membuat Gulai bersama terung panjang. Dalam bab memasak nie ...aku kena beri kredit kepada Isteri ku kerana beliau amat pandai memasak. Ada beberapa kali aku ajak kawan2 sekerja dari pelusuk Malaysia yang datang mesyuarat di Kuantan untuk lunch dirumah aku. Ada dikalangan mereka yang bertanya Restoran atau Caterer mana yang aku tempah untuk makanan tersebut. Isteri akulah yang memasak makanan tersebut.

Mungkin kerana aku dah teringin benar nak makan Gulai Udang itu jadi dalam keadaan gelojoh ketika memakannya, satu kaki udang terlekat di tekak aku. Kaki udang itu agak besar menyebabkan aku tidak dapat menelan makanan. Berbagai petua lama aku cuba seperti dengan mengepal nasi untuk ditelan, minum air dalam senduk, hulur jari untuk muntah semuanya tak berhasil.  Dalam keadaan rungsing aku terbaring dikatil. Ingatan aku untuk ke klinik kerana terasa amat tidak selesa sekali dalam keadaan bagitu. 

"Kata menuntut Ilmu Pengubatan Islam, kenapa tak cuba doakan" tempelak isteriku yang melihat keadaan aku yang terbaring.

Lantas aku bangun dan terus mengambil segelas air zam-zam lalu aku baca Doa2 dibawah ini yang aku pelajari

1. Surah Al fatihah. Tiba diayat ke 5 iaitu إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ  baca 7 kali & niat untuk mengeluarkan tulang tersebut dan terus baca sehingga habis.

2. Baca Selawat Syifa'  iaitu :


3. Baca Ayat Kursi (Surah Al Baqarah ayat 255) dengan 9 wakaf dan pada bacaan:-
 وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا  baca 7 kali & niat nak mengeluarkan tulang.

4. Baca Surah Al Hasyr ayat 21-24



5. Baca Doa Penghilang Kesakitan
     3 & 7 kali ....tiup pada air.



Hembuskan pada air dan minum..

Subhanallah....Tak sampai 5 saat setelah meminum air yang dirukyah tadi......tekak aku terasa mual dan nak muntah. Aku berlari ke bilik air terus muntah....

Subhanallah...Maha Suci Allah yang maha berkuasa "Kaki Udang yang agak panjang bersiku dan agak besar" keluar bersama muntah aku.

Air mata aku mencurah....(termasuk sama masa menulis kisah ini) .......mengenangkan betapa BESARNYA kuasa Allah yang memakbulkan Doa hambanya.

Aku terlalu kagum dan mengambil air sembahyang dan terus sembahyang Sunat Syukur kepada Allah.