Sabtu, 6 Disember 2014

Awas.... Jangan Terleka Dengan Kesenangan Di Dunia.

Duniaaa....Kisiiii....Kisarrrr ...Looooo...

Ya....memang dunia sentiasa berputar, berpusing, sekejap keatas sekejap kebawah. Bagitu juga dengan penghuninya yang melalui berbagai pancaroba kehidupan.

Tetapi, sebagai manusia khususnya pula kita yang menganuti Agama Islam percaya bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara. Akhirnya kita akan kembali ke Rahmatullah.  Ramai kawan2 kita, sanak saudara kita yg telah meninggalkan dunia. Tidak seorang pun diantara mereka yang berjaya kembali hidup didunia ini. Tidak semestinya apabila umur sudah lanjut baru kita akan dijemput pergi. Ada diantara kawan2 kita yang meninggal di usia yang muda. Seorang sahabat saya berumur diawal 40an meninggal di padang sebaik sahaja berehat ketika bermain golf.

Seorang lagi sahabat saya dalam usia akhir 40an meninggal sehari selepas pulang untuk bercuti dari bertugas di luar Negara. Seorang pemuda penjual gas masak meninggal dunia ketika berlaku kemalangan raya semasa dalam perjalanan  pulang kerumah dimana isteri dan 3 anak kecilnya sedang menunggu. Jelasnya disini, apabila sampai ajalnya maka tidak ada sesesiapa yang mampu menahan Qada dan Qadar penentuan Allah SWT.

Persoalannya?????. Apakah kita dalam keadaan bersedia untuk meninggalkan dunia ini kealam pembalasan itu?????.

Ramai diantara kita yang kaya harta benda didunia, berusaha bagitu gigih didunia, lepas bersara....kerja lagi. Lepas bersara......buka business lagi. Bahkan semakin sibuk dari semasa beliau berkerja makan gaji dulu. Apa yang dikejarkan oleh insan ini?????. Iya, mungkin beliau memang patuh mengerjakan suruhan Allah SWT.  Sembayang fardhu tak pernah tinggal dari remaja hingga kini, Sentiasa bersedekah, mengeluarkan zakat dan sebagainya TETAPI adakah amalan itu sudah mencukupi untuk dibawa sebagai bekalan kealam kekal nanti. Apakah seimbang amal ibadah yang dilakukan dengan usaha beliau mengejar kesenangan dunia ?????

Sebenarnya, kita hanya diminta untuk hidup dalam kesederhanaan di dunia ini. Bukan mengutamakan dunia semata2. Berusaha sekadar membolehkan kita & keluarga kita untuk terus hidup dan mampu menjadi hamba Allah SWT yang baik. Bukan menjadi hamba harta dunia semata.  Manusia dicipta untuk menjadi Hamba Allah. Mengerjakan suruhan Allah. Mengembangkan Syiar Agama Allah.

Bagaimana sekiranya apabila kita tidur pada malam ini, tidak lagi bangun  dan terus tidur selama2nya. Tidak lagi dunia esok untuk kita. Bersediakah kita menghadapinya. Bertimbun harta, Kereta banyak, Rumah Besar, Dusun yang cantik  akan mengikut kita kah kealam sana?????.

Awas, imbangi lah kesibukan kita supaya lebih mengejar kekayaan amal ibadah daripada sibuk mengumpul kekayaan dunia semata.


Nota:
Artikel ini aku tulis merujuk kepada seorang saorang sahabat yang baru2 ini mengulas berhubung kesenangan dunia.