Jumaat, 25 Februari 2022

Nyiuuukkk Muda.

 Alhamdulillah!!! Dimusim Covid menggila nie.... buah nie laku betul. Minggu lepas aku ambil dalam 100 biji. Petang hari yg sama habis. Bahkan ada outstanding order lagi. 

Pagi nie...aku ambil lagi dalam 50 biji... masa aku tulis article nie... semua nyiuk muda tuu dah habis. Orang rumah aku jual RM2 sebiji saja. Kebanyakkan pelanggan beli lebih 5 biji seorang...

(Copy paste from my FB posting)




Sabtu, 19 Februari 2022

Reban Ayam Separuh Terbuka

Alhamdulliah!!!  Setelah hampir 2 minggu akhirnya Reban Ayam Kampong berkonsepkan "Separuh Terbuka" berjaya aku siapkan seorang diri. 
Sebelum ini ia Reban Tertutup dan hanya boleh memuatkan hanya 80 ekor.  Oleh kerana permintaan semakin meningkat dan hujan hampir setiap hari maka aku tumpukan utk pembesaran reban. 

Ayam kampong ini aku jual pada harga RM15/kg. Purata berat seekor dalam 2 bulan adalah 2kg.  Konsep Separuh Terbuka ini boleh memuatkan dalam 200 ekor ayam dewasa. Ternak ayam amat mudah dan perlukan hanya 1 jam sehari sebagai sampingan kepada aktiviti berkebun aku.