Jumaat, 27 Disember 2019

Kledek & Pucuknya

Alhamdulillah!!! Pagi nie....Petik sikit Pucuk Kledek sebab ada kedai runcit hendak .... pelanggan tanya katanya. Disamping itu cabut serumpun ubi kledek utk makan sendiri. Fresh gitu...

Rabu, 4 Disember 2019

Kelapa Pandan Pulak....

Ahamdulillah!!! 30 anak pokok kelapa pandan yg aku ambil dari Pejabat Pertanian Kuantan hujung minggu lepas berjaya aku tanam di Kebun aku di Airport Kuantan. Aku memilih hari ini kerana cuaca agak baik dan aku mesti tanam serta membuat kepok pagar serentak supaya pokok2 nie tidak diusik oleh Cik Bi atau Cik Nyet. 
Aku mulakan kerja seorang diri sebelum 8 pagi dgn mengorek lubang, memotong kayu, membuat pagar dan memasang jaring .... akhirnya siap sebelum 5.30 petang. Terima kasih kpd Pejabat Pertanian Kuantan yg bersusah payah pergi mengambil anak benih dari Pejabat Pertanian Raub sebelum memberi kpd aku utk ditanam.