Ahad, 24 Jun 2018

Perosak Bertindak Khianat!!!

Subhanallah!!!. Aku hanya terlewat sejam pagi ini. Sekumpulan perosak ini telah datang lebih awal. Beratus biji buah tidak masak ditarik turun. Dusun2 jiran pun sama dirosakkannya pagi ini. Jiran2 yg datang pagi ini pun mengeluh kerana sehingga petang semalam semuanya OK. Maaf kepada mereka2 yg ingin nak datang makan durian di dusun aku musim ini minta tangguhkan hasrat itu ke musim2 lain. Lemah semangat melihat situasi ini. Aku tidak akan upload lagi angkara perosak ke FB ini selepas ini. Pasang Animal Repeller, Buat Aiscream jagung beracun, Gantung Belacan + ubat gegat, pasang zink keliling batang pokok... semuanya tak jalan. Terima kasih kpd komen2 yg akan diberikan. Maaf, aku tidak dapat menjawabnya.

Selasa, 19 Jun 2018

Angkara Kak Re & Mok Nyet

Semalam aku tak pergi Dusun sebab ada kawan2 datang beraya kat rumah sampai hampir Maghrib. Rupanya, Kak Re dgn Mok Nyet beraya sakan kat Dusun aku. Banyak buah2 muda ditariknya. Hmmm..
Apo nak di kato....

Khamis, 7 Jun 2018

Durian & FastGrow

Saja nak share keberkesanan Baja FastGrow. Pokok Durian berbuah agak lebat. Bukan itu saja malah bunga2 dan putik2 baru masih keluar walaupun buah2 yg lama keluar sudah besar. Maksudnya cycle buah kali ini berterusan berulangkali. Aku rasa setiap rumah yg ada menanam pokok2 dikawasan rumah perlu ada sekurang2nya satu pack Baja ini. Tidak ada sebarang complaint yg aku terima dpd pembeli baja FG ini dari aku sebelum ini. Bahkan banyak yg buat repeated order.