Subhanallah!!!. Aku hanya terlewat sejam pagi ini. Sekumpulan perosak ini telah datang lebih awal. Beratus biji buah tidak masak ditarik turun. Dusun2 jiran pun sama dirosakkannya pagi ini. Jiran2 yg datang pagi ini pun mengeluh kerana sehingga petang semalam semuanya OK. Maaf kepada mereka2 yg ingin nak datang makan durian di dusun aku musim ini minta tangguhkan hasrat itu ke musim2 lain. Lemah semangat melihat situasi ini. Aku tidak akan upload lagi angkara perosak ke FB ini selepas ini. Pasang Animal Repeller, Buat Aiscream jagung beracun, Gantung Belacan + ubat gegat, pasang zink keliling batang pokok... semuanya tak jalan. Terima kasih kpd komen2 yg akan diberikan. Maaf, aku tidak dapat menjawabnya.