Isnin, 20 Ogos 2012

Salam Eidil Fitri 1433 Hijrah

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar ......Walillahilhamd.

Alhamdulillah...Setelah selamat sebulan berpuasa kini tibalah masanya kita merayakan hari kemenangan menempuh cabaran dan dugaan dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Semoga amalan kita di bulan Ramadan itu diterima dan diberkati Allah SWT.  Dan yang paling diharapkan ialah Allah memberikan lagi kita peluang untuk menikmati Ramadan 1434 dan seterusnya nanti. Amin.

Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Eidil Fitri kepada semua keluarga, sahabat handai, rakan blog dan yang mengenali dari saya ini.

Seperti biasa Eidil Fitri pada tahun ini agak meriah kerana semua anak menantu, cucu2 dan saudara sebelah isteri balik dan datang berhari raya dirumah kami.

Kesemua anak2  menantu & cucu2 balik tahun ini kecuali anak sulong beraya di K. Terengganu


Adik isteri dan keluarganya turut berhari raya dirumah kami tahun ini.

Sebahagian dari cucu2 nakal berposing

Cucu Sulong sudah besar dan amat pandai kerana sentiasa mendapat tempat pertama dalam peperiksaan bukan saja dalam kelasnya bahkan dalam semua darjah di sekolahnya di Seremban.
Anak Sulong dan keluarga sudah sampai dirumah hari nie

Menu hari Kedua Raya: BBQ Ayam, Sotong, Udang, Isi Ketam, Ikan dan lain2.

Adam Harris semakain Comel & Manja

Gotong Royong buat BBQ hari kedua raya

Lagi masak BBQ

Lagi BBQ

Masa untuk makan ambil sendiri ala buffet

Khamis, 2 Ogos 2012

Sedihnya..Islam Semakin TIDAK Di Hormati

Islam yang mempunyai penganut yang teramai didunia semakin mula diperlekehkan oleh berbagai pihak. Paling terbaru ialah penganjuran Sukan Olimpik yang sedang berlangsung di London ketika umat Islam sedang berpuasa dibulan Ramadan. Sukan Olimpik hanya diadakan 4 tahun sekali dan hampir kesemua negara Islam menyertai Sukan Olimpik ini. Teramat mustahil tiada wakil dari negara Islam menyuarakan bantahan semasa World Olympic Council bersidang untuk menetapkan tarikhnya. Majlis Olimpik Malaysia sendiri diketuai oleh orang Islam yang sepatutnya meluahkan bantahan ketika tarikh penganjuran ditentukan bertahun2 dulu. Bagitu juga dengan negara2 Islam yang lain yang bergabung dalam OIC (Organization of Islamic Cooperation) yang dianggotai oleh 56 negara Islam TIDAK dapat menyuarakan bantahan. OIC hanya sesuai digelar  "Ohh..I...See..." saja.

Malaysia di Era Tengku dan Tun Razak bagitu lantang menyuarakan bantahan sekiranya dirasakan Islam mula dipelekehkan. Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman, pertama kali Malaysia layak bertanding dalam acara bolasepak dan ketika itu juga Malaysia menyuarakan bantahan dengan penyertaan Israel dalam sukan Olimpik. Bahkan di Era Datuk Onn iaitu pada tahun 1980, Malaysia terus memboikot penyertaan dalam Sukan Olimpik di Moscow hanya kerana isu Rusia menceroboh negara Islam Afghanistan. Walhal pada ketika itu seluruh rakyat berbagai agama bagitu gembira apabila pasukan bolasepak negara sekali lagi berjaya ke Olimpik setelah menewaskan musuh tradisi seperti Korea dan Jepun. Namun rakyat berbilang kaum menyokong pendirian Malaysia di bawah Dato' Onn memboikot sukan olimpik hanya kerana negara yang menganjurnya menceroboh negara Islam.

Tetapi segala2nya berubah apabila Dr Mahatir mengambil alih pemerintahan dalam tahun 1982 dimana bukan saja bantahan kepada Israel yang saban hari menyerang dan membunuh rakyat Islam Palestin didiamkan,  bahkan pasukan Kriket Israel di benarkan bertanding di Malaysia. Berbagai2 lagilah cara yang beliau lakukan sepanjang 22 tahun pemerintahannya seperti berunding dengan Simon Peres PM Israel, membenarkan pesawat yang membawa PM Israel melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura dan sebagainya.

Sikap dan dasar yang liberal ini diteruskan pula oleh pemerintah sekarang. Penasihat Israel iaitu bangsa yahudi & zionist yang terang2 memusuhi Islam dibawah pertubuhan  APKO pula dilantik untuk menasihati kerajaan dengan kontrak bayaran berpuloh juta ringgit.  Di bidang sukan pula yang haram mula dihalalkan. Peninju Israel "Ilya Grad" seorang kickboxer diberi visa khas yang diproses dalam tempoh 25 jam saja untuk membolehkan beliau bertanding di Malaysia.

Tak hairanlah, kalau Malaysia tak bantah pun penganjuran sukan olimpik di bulan Ramadan. Bahkan perlawanan persahabatan bolasepak dengan Arsenal dan Manchester City baru2 ini pun diadakan dalam bulan Ramadan sedangkan semua kegiatan sukan lain dihentikan menghormati sempena umat Islam sedang berpuasa. Mungkin ditahun2 akan datang kegiatan sukan akan dijalankan seperti biasa di bulan Ramadan??????.

Apa nak jadi dengan pendirian kita yang semakin goyah dan lari dari kekuatan solidariti Islam. Mungkinkah pilihanraya ke 13 nanti diadakan ketika umat Islam sedang sibuk untuk berangkat mengerjakan haji?  Tak mustahil kata PM, kerana pernah sekali di era Mahatir pilihanraya diadakan di bulan mengerjakan haji iaitu dalam tahun 1986.  Jawapan:  Dua kali lima......sama .....dengan lima kali dua. Ikut mahagurulah tuu...Astagfirrullahalngazim.

Sedarlah bangsa ku yang seagama dengan ku. Ayuh, pertahankan kedaulatan Islam.