Isnin, 31 Disember 2012

Lim Keng Yaik (LKY) yang aku kenali

Minggu lepas, sepatutnya ada benda yang aku nak tulis pasal mendiang LKY tetapi terlupa pulak. Hari nie, ada masa sikit sebab hujan masih lebat diluar jadi aku pun ada nak tulis sesuatu yang baik yang boleh dikongsikan bersama.

Sekitar tahun 2000, aku bekerja di Central Region dan ber Ibu Pejabat di tingkat 12 di Dayabumi. Selepas waktu pejabat dalam jam 6 - 7 petang, aku turun menggunakan lift umum yang disediakan. Banyak kali aku teserempak dan turun sekali bersama LKY yang officenya mungkin di Tingkat 13 keatas. (Pada masa itu LKY baru bergelar Datuk Seri) .  Datuk Seri LKY ini peramah dan tidak sombong orangnya. Pertama kali aku jumpa dalam lift, aku agak terkejut kerana aku tak sangka yang Datuk Seri LKY berpejabat di Dayabumi. Apalagi, sepatutnya beliau naik atau turun menggunakan Lift Khas untuk VIP. Tetapi Datuk Seri LKY tidak. Beliau menggunakan Lift umum.

Bila kali pertama terserempak dalam Lift, aku agak serba salah dan cuba untuk berdiri disebelah tepi. Tak ramai dalam Lift itu. Seingat aku ada 2 orang pegawai Melayu dengan pakaian formal Coat dan bertali leher mengiringi Datuk Seri yang lazimnya memakai Bush Jacket.  Selepas pintu lift ditutup untuk turun, aku dengar suara serak garau menegur. "Encik kerja mana?" rupanya Datuk Seri menegur aku. "Saya kerja di Petronas, Datuk Seri," jawab aku. "Ohh...itu Petronas banyak kaya" kata Datuk Seri. Aku pun jawab spontan, "Memang Petronas kaya Datuk Seri, tapi pekerjanya biasa saja" . "Awak kerja bahagian apa" ramah pula Datuk Seri ini bertanya. "Marketing, Datuk Seri" jawab aku. Ada lagi beberapa perbualan yang kami bualkan sehingga lift terbuka. "Saya jalan dulu" katanya selepas aku masih tidak begerak didalam Lift yang berhenti ditingkat bawah.

Itu bukan kali pertama aku terserempak dengannya dalam Lift bahkan berlaku lagi beberapa kali selepas itu. Mungkin kerana aku dah biasa keluar lewat dari office sekitar jam 6.30 petang setiap hari. Perjumpaan seterusnya membuatkan aku berani menegurnya sebelum beliau menegur aku. Dan memang dia ingat akan aku. Contohnya dalam satu perbualan, beliau tanya aku "Kenapa Encik selalu balik lewat". Aku jawab "Saya sudah biasa Datuk Seri, kerja penting mesti  selesai sebelum saya balik".  "Aiyya saya punya office ....orang rebut2 mahu turun bila office time sudah habis". Itu adalah diantara beberapa perbualan aku dengan Datuk Seri LKY apabila berjumpa dengannya dalam Lift.

Apa kebaikan yang aku nak ceritakan berkenaan LKY ini ialah beliau seorang yang Tidak Sombong. Mulut dan mukanya sentiasa tersengeh walaupun mungkin ada banyak masalah kementerian atau partinya sedang bersarang dikepalanya. Tidak seperti Menteri2 Melayu yang lain yang pernah aku temui. Contohnya, ketika dalam flight dari Abu Dhabi ke Malaysia, aku duduk di Business Class yang dibiayai oleh Petronas kerana ia adalah International Flight dan perjalanan urusan kerja yang agak jauh. Disekililing seat yang aku duduk ada ramai Pegawai2 Kerajaan yang diketuai oleh seorang Menteri Besar sebuah negeri Antah Berantah (Kini beliau tidak lagi jadi Menteri Besar kerana tak mendapat perkenan Sultan) yang duduk disebelah seat yang aku duduk. Oleh kerana masa perjalanan dalam 8 jam lebih, jadi tak dapat tidak aku pun menegur Menteri tersebut. "Assalamualaikum Datuk", kata aku. "Datuk dari mana???.  Yang aku dengar dia jawab "Salam..... rombongan lawat Middle East".  Mendengar cara dia bercakap, aku rasa serba salah nak bertanya lagi.. takutkan beliau sedang memikirkan untuk menyelesaikan masalah besar atau beliau memang tak suka diganggu. Apatah lagi, tidak ada seorang pun dalam rombongannya yang bercakap2. Semuanya kelihatan serius, sibuk membaca akhbar atau menulis dalam buku catitan dan ada yang buka laptop ada yang asyik order makan dan ada yang makan tak berhenti2.

Perbualan terhenti disitu saja. Aku pun buat hal sendiri...buka laptop main game "Zuma" yang aku gemari dan mengambil masa berjam2 untuk habis dari Game 1 hingga tamat di Game 13. Sampai Transit di Bangkok, rombongan itu pun turun. Sepatah kata pun tak diucapnya. Tapi aku rasa lega. Aku tak dapat bayangkan jika secara kebetulan dalam Flight tersebut ada Datuk Seri LKY. Mungkin habis ceritanya dari usia muda hingga dewasa dikhabarkan kepada aku. Tapi sikap Sombong ini memang dimurkai Allah. Ditakdirkan dalam pilihanraya tahun 2008, walaupun bekas Menteri Besar itu menang di DUN tapi Sultan tak memperkenankan beliau menjadi Menteri Besar untuk sepenggal lagi. Semasa kempen, beliau telah berjanji kepada rakyat negeri Antah Berantahnya yang mereka akan melihat sesuatu pembangunan yang tak dapat dibayangkan oleh fikiran dan pancaindera jika sekiranya parti nya menang dalam pilihanraya tahun 2008 itu. Keputusannya, memang partinya menang tetapi beliau terlepas jawatan MB. Tetapi, kuasa Allah mengatasi segala2nya, janji yang beliau ucapkan semasa kempen iaitu sesuatu yang tak dapat dibayangkan oleh fikiran dan pancaindera BENAR-BENAR berlaku. Stadium yang dibina semasa pemerintahanya runtuh, Masjid pun runtuh, Hospital, Bangunan Pejabat dan Kolam Renang retak dan bocor.

Tapi, puak2 jenis nie buat sardin saja.. lantaklah nak jadi apapun...mungkin kulit mereka tebal.....tak merasa malu langsung..Sesetengah orang mungkin merasa malu apabila ada projek mereka yang gagal. Kalau dinegara luar seperti Eropah, Jepun dan juga seperti Thailand yang dekat dengan kita, mereka yang seperti ini akan bersara dan meletak jawatan. Ini tidak, masih..ke hulu ke hilir kempen lagi  untuk dipilih semula.. mungkin pada mereka, hulur sikit kat rakyat ....pasti rakyat akan pangkahnya lagi. Khabarnya, dalam PRU13 nanti bekas MB nie terpilih lagi untuk calun di Parlimen pulak tu...Apa lagi aku pasti rakyat tempatnya akan memilih beliau lagi kerana ada pegangan yang kuat pada "Dulu, Kini dan Selamanya...."  biarkan...biarkan...biarkan.



Jumaat, 28 Disember 2012

Politik..... ooohhh....Politik

Orang yang kurang arif selalu mengatakan yang politik itu Kotor. Itu kalau dilihat dari sudut negatifnya. Sebenarnya bagi aku, Politik itu adalah sama dengan perkataan2 lain yang terbentuk dari satu perkataan dengan satu pengertian. Ia sama dengan perkataan2 seperti Tidur, Jaga, Main, Makan dan lain2 lagi.  Kalau kita lihat "makan"  dari sudut buruk atau kotor ....maka kotorlah jadinya. Kalau kita lihat dari sudut bersih maka bersih dan murnilah ia seperti adab dan tingkah laku yang sopan ketika makan dan sebagainya.

Jadi memahami politik memerlukan kita berfikir, menilai dan membuat keputusan yang rasional. Pemahaman politik bukannya Pak Turut, Pusaka yang mengikut secara Turun temurun. Ia juga seperti Agama yang kita anuti yang memerlukan kita berfikir, menilai dan memilih dan mempraktiktan yang mana betul dan yang mana salah. Kalau tidak, ianya hanya akan menjadi Agama Warisan dari Ibu bapa yang secara kebetulannya mereka beragama sama dengan kita. Ini yang lemahnya dimana pengabdian kita dalam agama hanya berdasarkan warisan. Sepatutnya kita kena lebih mengukuhkan pengabdian kita dalam agama yang kita anuti supaya hala tuju kita jelas, supaya kefahaman dan keimanan kita semakin bertambah.  Terpesongnya akidah umat  pada masa kini mungkin disebabkan penganutan agama yang berdasarkan warisan semata2.

Jadi, memahami politik memerlukan kita berfikir, menilai dan membuat keputusan. Tegasnya, Orang lain tak boleh buat keputusan untuk kita. Apabila kita memahami dengan mendalam barulah sempurna matlamat dan hala tuju kita.  Semasa aku kecil, aku melihat orang tua aku amat kuat pemahamannya dalam politik parti pemerintah. Pada masa itu parti pemerintah ialah Perikatan dengan simbolnya kapal layar. Orang tua aku berjawatan tinggi diperingkat bahagian. Bahan2 kempen seperti buku2 tindakan,  poster2 penuh dalam rumah apabila tiba musim pilihanraya. Secara warisannya, aku terikut2 dengan pemahaman orang tua aku.

Walau bagaimanapun pemahaman aku berkenaan parti politik pemerintah mula berubah apabila aku secara kebetulan menghadiri satu Rapat Umum Kempen Pilihanraya dalam tahun 60an di Pekan Penaga. Pada kempen malam tersebut Parti Perikatan menampilkan Penceramah Popular iaitu En. Ghafar Baba yang menjawat jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika itu. Setiap patah perkataan Ghafar Baba mendapat sambutan dan tepukan gemuruh dari penonton.  Walau bagaimanapun aku yang bersekolah rendah dalam darjah 6 ketika itu mula berfikir apa yang diucapkan oleh Ghafar Baba malam itu. Diantara ucapan yang paling popular dengan mendapat tepukan gemuruh penonton ialah seperti berikut :-

 " Tahukah tuan2 dan puan2, parti kita... parti yang bertanggung jawab. Apabila kita memerintah.. kita membangunkan negara. Kita bina jalanraya,... balairaya, masjid, stesen2 bas, pelabuhan dan sebagainya. Pembangkang buat apa????. cakap saja...sapa pun boleh. Jadi, esok, kalau tuan2 dan puan2 nak undi pembangkang jangan lalu atas jalanraya.....lalu dalam longkang kerana jalanraya kita yang buat."

Besok pagi semasa aku jual kueh, aku terdengar Pak Bakar menempelak isterinya:-  Ha...kalau nak undi pembangkang ...hang kena jalan dalam longkang jangan lalu atas jalanraya. Bagitulah kuatnya pengaruh ucapan Ghafar Baba.

Aku mula berfikir....dan ucapan itu ....tak betul. Tanggungjawab parti pemerintah sememangnya membangunkan negara. Wang yang digunakan untuk pembangunan seperti pembinaan jalanraya diperolehi sebahagiannya dari cukai yang rakyat bayar seperti cukai jalan, cukai pintu dan sebagainya. Rakyat pula termasuk yang menyokong dan membangkang. Jadi...tak betul kalau nak undi pembangkang kena lalu melalui longkang.

Semenjak itu aku menjadi semakin kritis. Setiap apa yang aku dengar akan aku fikir dan nilai terlebih dulu. Kerna aku tak bisa diperbodohkan bagitu saja...

Itulah politik.

Perasan tak dalam 3 atau 4 hari ini TV kita terutamanya TV3 tak siar pun cerita berkenaan aktiviti PM sebaliknya aktiviti TPM menjadi tajuk utama bagi berita2 di TV. Publisiti kini seolah2 lebih terarah kepada TPM pula....Fikir2kan lah kenapa.... Mungkin ada satu perubahan besar yang akan berlaku.....Itulah contohnya politik yang perlu difikirkan dinilai dan dibuat keputusan.


Sabtu, 22 Disember 2012

Hebatnya Perancangan Allah SWT berbanding Ramalan manusia

Aku pernah menulis tentang Kiamat ketika Mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru 2012" setahun yang lalu.

Sebahagian dari tulisan aku itu ialah petikan berikut:

"Bangsa Maya sangat memperhatikan ilmu kaji bintang, baik di dalam maupun di luar bangunan milik mereka terdapat angka yang berhubungan dengan hukum peredaran benda di langit. Selain jumlah  tangga, pada 4 bahagian piramid yang mereka cipta, masing-masing terdapat 52 buah relief 4 sudut, menandakan satu abad bangsa Maya adalah 52 tahun.

Walaupun secanggih manapun Suku Kaum Maya ini, apa yang ditafsirkan mereka hanyalah RAMALAN. Kuasa Allah yang menentukan segala2nya. "

Kini ternyata, 21/12/2012 berlalu tanpa ada apa2 impak berlakunya Kiamat.

Hakikatnya, aku pun tak percaya dengan ramalan kaum Maya itu. Maka aku biarkan artikel yang aku tulis itu berlalu sehingga selepas tarikh 21/12/2012.

Aku terlalu yakin dengan perancangan Allah SWT dan amat percaya dengan hadith Rasullullah SAW.

Menurut Rasullullah SAW, Kiamat tidak akan berlaku sehingga muncul tanda2 besar seperti :-

1.  Turunnya Dajjal ke Dunia.
 
Dajjal adalah makluk prosak akidah yang paling besar.  Dia mengaku dirinya tuhan. Dalam tempoh masa 40 (hari/bulan/tahun???)  Dajjal akan membawa fitnah yang amat besar.   Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ini bermaksud, Dajjal yang bermata satu ini boleh menghentikan peredaran bumi, menahan peredaran matahari dan memanjangkan waktu siang hari hingga setahun. Beliau boleh menghidupkan orang yang mati. Semuanya dilakukan dengan bantuan Syaitan. Hampir seluruh penduduk dunia akan percaya kepada fitnahnya kecuali mereka yang sekurang2nya menghafal dan beramal dengan 10 ayat pertama surah al kahfi... iaitu bermula dari  Alhamdulillahillazi......hingga.....Min Amrina Rashada. Dan 10 ayat terakhir surah Al kahfi.. bermula dari Allazinakanat........hingga..... Bingibadati Rabbihi Ahada.


2. Turunnya Imam Mahadi & Nabi Isa AS.

Imam Mahadi akan turun sebagai pemimpin muda dari Timur dan dikala berusia 40 tahun beliau dilantik sebagai Pemimpin Besar yang memperbetulkan keadaan.

Kemudian, Nabi Isa AS pula akan turun kebumi untuk menghapuskan Dajjal & Kemungkaran yang dibawanya. Mengikut sebuah hadis sohih, Nabi Isa akan turun sebaik saja Tasik Besar iaitu Tasik Galilee yang terletak di persekitaran Bukit Golan diantara sempadan Israel dan Syria itu kering kontang airnya. Tasik ini amat luas dan juga dikenali sebagai Laut Galilee. Mengikut kajian yang telah dilakukan, air di Tasik Galilee ini menyusut dengan lajunya setiap hari. Israel telah meminta bantuan Bangsa2 Bersatu untuk mengatasi masalah Tasik yang sedang mengering ini. Berdasarkan kadar susutan paras air masa kini Tasik Galilee dijangka kering dalam 40 tahun lagi iaitu sekitar tahun 2053. Pakar2 saintis barat pun telah membuat kajian dan tontonlah video dibawah untuk penjelasan selanjutnya.


Maka ramalan kaum Maya ternyata meleset dan sebaliknya dunia masih ada dalam tempoh 40 tahun saja lagi sebelum timbulnya Tanda2 besar berlaku Kiamat.

Wallahualam.




Ahad, 16 Disember 2012

Alhamdulillah, Rezeki yang Di Permudahkan oleh Allah SWT

Aku petik lagi Rambutan Gading dari Dusun Ku pagi tadi. Alhamdulillah, pasaran kali ini agak baik dan di permudahkan oleh Allah SWT.  Dua orang Peraih atau Penjual Buah telah datang kerumah aku dan ingin membeli seberapa banyak rambutan yang aku bawa balik dari Dusun pada harga borong RM1.00/kilo.

Oleh kerana semalam hujan lebat dan kebetulan pula ada pelanggan untuk RN Homestay jadi aku tak ke Dusun. Pagi ini aku sempat ke Dusun dan memetik Rambutan gading seperti gambar dibawah. 2 Peraih Buah datang kerumah dan memborong semua buah yang aku bawa balik tuu.

Secara kebetulan juga aku bernasib baik kerana iklan yang aku muatkan di Mudah.com tak jadi disiarkan kerana masalah teknikal.  Kalau ianya disiarkan mungkin aku akan jadi lebih sibuk.

Aku rasa cukup dengan 2 peraih yang ada untuk membeli hasil rambutan dari Dusun Ku.

Wassalam.

Yang sempat aku petik pagi tadi. 


Selasa, 11 Disember 2012

Rambutan Terlalu Banyak Nie...

Rambutan di Dusun Ku menjadi2 musim nie. Di Pasaran pun terlalu banyak. Jadi aku telah mengiklankan dalam Mudah.Com khususnya untuk penduduk Kuantan.

Harga yang aku tawarkan termasuk penghantaran terhad kepada jarak 8km dan minima pesanan 5kilo ialah pada HARGA RM1.50/Kilo sahaja.

Harga yang aku tawarkan kalau Datang beli di Rumah ialah RM1.00/Kilo sahaja. Tidak terhad kepada jumlah pembelian.

Harga pakej istimewa juga aku tawarkan untuk belian borong bagi Majlis Kenduri dan sebagainya.

Cepat ......Cepat...Cepat.....Rambutan Segar Terus Dari Dusun Ku..

Di Jual masih lekat Di Tangkai & Ranting..

Call no phone aku untuk tempahan & pertanyaan.  019 7503665


Yang Baru Petik Tadi

Isi Tebal & Manis Sekali

Selasa, 27 November 2012

Ehh..Ehh ...Wajah Rumah Tu Dah Berubah.

Assalamualaikum,

Perasan tak Gambar Rumah yang dibawah Tuu. Gambar pada Post lama sebelum post ini. Dah Berubah tu.  Dalam masa 1 bulan saja rumah tu dah berubah wajah.

Sebenarnya aku beli rumah nie dalam bulan Mei lagi tapi baru dapat kelulusan MB dan PTG. Setelah proses dengan pejabat guaman selesai aku pun perbaiki yang mana patut.

Nak tahu cerita lanjut pasal rumah nie.....Lawatilah Blog Khas yang aku buat untuknya iaitu

http://rnhomestay.blogspot.com

Atau taip saja rnhomestay.blogspot di carian Google...jumpalah ia.

Wassalam


Front View

Side View

Isnin, 22 Oktober 2012

Kenapa Dengan Rumah Nie???????

Sesuatu yang menarik akan didedahkan berkaitan dengan rumah ini.

Tunggu keluaran selanjutnya.

Misteri........

Jumaat, 19 Oktober 2012

Kemalangan dan Doa

Baru2 nie semasa aku bercuti di Penang dan KL, aku mengalami peristiwa yang sangat mencemaskan ketika driving. Aku terlibat dan juga nyaris terlibat dalam 3 kemalangan jalanraya semasa tempoh perjalanan tersebut. Aku masih memikirkan apakah hikmah yang dikurniakan oleh Allah SWT berhubung dengan peristiwa tersebut.

Kejadian Pertama - 9/10/2012

Lebih kurang jam 2 petang iaitu ketika hampir tiba ke Tol Juru di Butterworth, lebuhraya terlalu sesak dengan kenderaan yang bergerak perlahan2. Rupa2nya ada polis membuat operasi sekatan jalanraya berhampiran Tol tersebut.  Dalam bergerak perlahan2 itu aku dan isteri dikejutkan bunyi dan hentakan yang agak kuat dibelakang kereta. Sebuah kereta "MyVi" terbabas dan melanggar bahagian belakang kereta aku.  Lantas aku turun dari kereta dan bagitu juga pemandu kereta MyVi tersebut. Pemandu kereta seorang pemuda melayu dan ramai juga keluarganya dalam kenderaan tersebut. Dia berkali2 meminta maaf kepada aku kerana katanya tak sengaja dan tiba2 terlanggar saja. Aku lihat bahagian depan keretanya agak terperosok kedalam dan bumfernya melengkong kedalam berbentuk V.  Agak teruk jugalah dan mungkin habis beratus ringgit untuk merepairnya. Tetapi, yang anihnya, tidak ada sebarang bekas calar pun pada belakang kereta aku. Jadi aku pun memaafkannya dan menasihatinya supaya berhati2 memandu serta aku nasihat beliau supaya sentiasa berdoa kepada Allah sebelum memulakan perjalanan. 

Isteri aku tidak turun dari kereta dan tak percaya apabila aku kata yang kereta kita tak ada apa2 kerana melalui cermin sisi beliau jelas dapat melihat kerosakan pada kereta MyVi tersebut. Aku kata mungkin MyVi tersebut terlanggar besi penunda dibahagian bawah belakang kereta aku. Isteri tak puas hati kerana bunyi hentakan agak kuat dan kereta kami pun terlajak kehadapan sikit apabila terlanggar tadi. Jadi aku pun berhenti selepas tol untuk memeriksa sekali lagi keadaan belakang kereta. Confirmed. Tak ada bekas calar langsung dan besi penunda pula letaknya agak jauh kebawah  bumper dan dalam keadaan yang baik.

Kejadian Kedua - 12/10/2012

Ketika dalam perjalanan pulang ke KL iaitu selepas persimpangan exit Tapah, hujan lebat turun mencurah2. Pemandangan agak sukar dan semua kenderaan memasang lampu kereta. Ketika itu aku berada di lane tengah. Lane tepi dipenuhi oleh kenderaan berat seperti lori dan bas. Kenderaan di lane tengah bergerak dalam 70km sejam dan banyak kenderaan  hanya mengekori saja kenderaan yang dihadapan. Lantas aku masuk ke lane laju dan meningkatkan kelajuan kereta aku pada 100km sejam. Tetapi dalam tempoh 5 minit di lane laju, dalam samar2 hujan lebat aku ternampak sebuah kereta Unser yang rompong disebelah kanan hadapan bergerak menentang arus menuju kearah kereta aku. Aku agak panik dan memberi lampu highlight beberapa kali dan membunyikan hon kereta tak berhenti. Hendak masuk ke lane tengah ada banyak deretan kereta yang sedang bergerak. Hendak brek pula ada kereta mengekori dibelakang. Dengan laungan "Allahuakbar" aku membelok sedikit ke lane tengah dan Alhamdulillah kereta aku berjaya mengelak kereta Unser tadi. Sampai kini aku tak pasti bagaimana aku boleh mencelah disebelah deretan kereta dan berjaya pula mengelak kereta yang tiba2 terpusing menongkah arus dihadapan. Aku tak dapat bayangkan apa yang terjadi pada kereta2 yang dibelakang aku kerana aku terus memandu tapi dengan kelajuan dalam 80km saja supaya aku dapat mengawal sebarang kemungkinan. Yang aku pasti tiada kereta yang mengikut dibelakang aku selepas kejadian itu untuk beberapa ketika.

Kejadian Ketiga - 16/10/2012

Ketika dalam perjalanan pulang dari KL ke Kuantan aku mengambil laluan jalan lama kerana kami ingin makan tengahari di bandar Temerloh. Dalam jam 12 tengahari berhampiran kampong Sungai Kepong selepas Pekan Lancang aku memandu mengikuti 2 lori dihadapan pada kadar kelajuan 80km sejam. Sebelum itu ada satu kereta Hilux memandu dengan bahaya memotong kereta aku dan 2 lori dihadapan ketika di double line dan berhampiran selekoh. Hilux itu berjaya lepas walaupun ada sebuah lori yang datang dari arah hadapan. Aku berkata pada isteri, "Nasib baik betul Hilux tersebut dan kalau tidak sudah pasti kita akan dapat lihat satu accident dihadapan mata."  Sebaik saja habis aku bercakap kami tiba kesatu lagi selekoh yang dihadapan. Sebuah kereta Camry baru yang amat laju terbabas diselekoh itu dan melanggar bahagian axle (penyambung) lori yang dihadapan sekali dengan kuat menyebabkan lori itu terus terbalik. Dengan jelas aku dan isteri dapat lihat pemandu lori dan kelendannya (2 orang sekali) melambung keluar jatuh ditengah2 jalanraya dan kedua2nya terbaring tak bergerak. Sebuah lagi lori yang dihadapan aku pula  terbabas kesebelah tepi jalan memasuki kawasan hutan dan parit.

Aku masih memandu dan memegang stereng dengan kuat dan berjaya membelok2 dan mengelak dari melanggar 2 orang yang terlentang diatas jalan. Isteriku seperti dalam keadaan trauma menggigil bagitu juga aku yang agak cemas dan terus memandu tak berani nak berhenti. Bahkan kami juga tak berhenti langsung di Temerloh sebaliknya terus memandu sampai kerumah di Kuantan. Isteri aku marahkan aku kerana mungkin masin mulutku kerana bercakap pasal accident sebelum kemalangan tadi. Pada aku, itu hanya satu kebetulan saja tak ada kena mengena dengan kepercayaan masin mulut dan sebagainya.

Kemalangan ini dilapurkan dalam Akhbar Sinar dengan gambar lori terbalik dihalaman P8 berita negeri Pahang pada 17/10/2012. Surat kabar lain aku tak pasti kerana tak beli.

Peringatan Pentingnya Doa

Sebenarnya semua kejadian yang berlaku diatas mengingatkan aku akan pentingnya berdoa sebelum memulakan perjalanan. Kita pohon kepada Allah SWT  disamping berusaha iaitu memandu dengan selamat pastinya akan diperkenankan Allah SWT. Tetapi ada juga orang berkata, mereka pun selalu berdoa namun accident berlaku juga. Maka kita perlu pula muhasabah diri. Contohnya renung kembali bagaimana kita berdoa sebelum memulakan perjalanan. Kebanyakan orang masuk kedalam kereta hanya membaca doa perjalanan iaitu " Subhanallazi...................lamun Qholibun" saja. Tangan tak ditadahnya. Kesungguhan dalam berdoa itu penting kerana kita memohon sesuatu daripada Allah SWT.  Kita menadah tangan ketika berdoa untuk makan. Kita menadah tangan ketika berdoa selepas sembahyang. Kenapa ramai orang ambil mudah hanya membaca doa tanpa menadah tangan sebelum memulakan perjalanan. Tak bersungguhkah kita memohon kepada Allah SWT. Kenapa kalau nak berangkat ke Mekah sanggup melaungkan Azan dan berdoa bersungguh2. Itu perjalanan... ini pun perjalanan juga yang memungkinkan sebarang kemungkinan. Ayuh....jadikan satu habit iaitu sebelum start kereta .....angkat tangan ......baca doa....kemudian baru hidupkan injin dan memulakan perjalanan. Kalau ada anak2 lagi baik suruh mereka doakan dan tadah tangan juga kerana mereka masih suci dari melakukan kemungkaran dan dosa yang membuatkan doa mereka tidak ditolak oleh Allah SWT.

Selain dari berdoa, terdapat banyak cara2 lain yang boleh kita usaha dan lakukan untuk mengelakkan kemalangan yang kalau diceritakan disini boleh dimuatkan kedalam satu buku panjangnya.

Wassalam.

Khamis, 4 Oktober 2012

Terima Kasih.....Tuan

Petikan dari email yang diterima:

As'kum, dalam laman Dusun ku tak de pula ruangan ulasan jadi saya ingin ambil kesempatan di sini untuk bertanya mengenai kebun, maaf.
Petai yang sdra tanam sdra panggil petai padi. Saya pergi nurseri dia orang jual petai papan dan petai siam. Katanya petai papan petai kita yang biasalah sementara petai siam mata besar2. Takde pula petai padi. Durian dalam posting terkini ada keturunan durian hijau beserah ke? Nampak elok tebal. Boleh mengatasi D24?


Dicatat oleh Ghazali Yusof ke Dusun ku pada 20 September 2012 11:32 PG



Waalaikummussalam En. Ghazali.

Saya amat berterima kasih kerana tuan sudi singgah dan mengemukakan komen di blog Dusun Ku ini.


Ruang Komen
Sebenarnya artikel yang saya muatkan di Halaman "Dusun Ku" bersambung-sambung iaitu berada didalam Edit Mode. Maksudnya disini, adalah mudah untuk saya mengedit dan menambah cerita baru dari hari kehari berkenaan perkembangan terkini Dusun Ku. Jadi saya tak bercadang pada mulanya untuk mengujudkan ruang komen kerana ruang ini akan berada di penghujung artikel yang terdahulu. Maksudnya disini, pengunjung yang ingin meninggalkan komen terpaksa pergi keruang terakhir kesemua artikel (bawah sekali) untuk membuat komen atau ulasan.  Walau bagaimanapun saya menerima teguran tuan dan ruang komen telah pun diujudkan. Sila pergi keruang yang paling bawah dihalaman Dusun Ku untuk membuat sebarang komen. Dulu saya ada tampilkan "Shout Box" dipermukaan Blog saya untuk pengunjung meninggalkan komen ringkas. Tetapi, oleh kerana kurang sambutan, saya delete kan saja.  Satu alternatif lagi ialah Tuan boleh meninggalkan komen pada mana2 post di ruang utama. Saya juga pick up dan akan response kepada komen2 tersebut.

Petai Padi
Sebenarnya saya pun tak berapa tahu jenis2 petai nie.  Masa belum berkebun dulu saya biasa ke Pasar2 Malam. Apabila membeli Petai, penjualnya kata ada yang Petai Biasa dan ada jenis Petai Padi. Jadi apabila berkebun nie, pokok petai saya sama seperti petai yang saya beli yang dikatakan Petai Padi tuu. Bezanya dengan petai2 yang  lain ialah: Matanya padat dan rapat, papannya tak berapa panjang seperti petai biasa,  Rasanya Lemak, Tak rasa kelat langsung ...." Walaupun Di Makan Bagitu Sajaaaaa......".  Agaknya, pemilik Dusun yang menjual Dusun ini pada saya dulu tuu telah memilih jenis2 pokok yang terbaik kut. Saya bersyukur dan rasa bertuah.

Durian Beserah???
Seperti yang saya nyatakan dalam blog saya... Saya tak tahu jenis2 durian yang ada di Dusun tuu. Kesemuanya ada 42 pokok. Saya telah beberapa kali membawa Pegawai Pertanian datang ke Dusun untuk mendengar nasihat pertanian. Lazimnya Durian hasil penyelidikan jenis Klon diberi nama seperti D24, D99, D101 dan sebagainya. Namun berkenaan jenis durian di Dusun saya hanya boleh diberitahu jenisnya apabila mereka melihat dan merasai buahnya saja. Masa dia orang datang tuu diluar musim pulak. Saya hanya diberitahu oleh bekas pemilik bahawa semua jenis durian yang ada ialah Jenis Kampung dan hanya sepokok saja Durian Kahwin. Pemilik Asal pulak saya dah terputus hubungan dan tak tahu tinggal dimana kini. Dulu2 tuu mungkin tak ada klon kut...  Macam jenis Musang King. Saya rasa ianya bukan jenis klon tetapi jenis kampung juga dan bentuk isinya yang padat, besar dan melengkung macam musang sedang berbaring.

Jenis durian yang tuan tengok dalam photo tu ada dua pokok di Dusun saya. Isinya Tebal dan Kuning. Masa musim buah hari tu.....buah dari pokok ini di booking oleh jiran setempat tinggal dengan saya. Pada masa tuu saya jual 5  biji RM10/= saja. Hari2 dia pesan dan beli. Berpuluh ringgit kadang2 sehari. Saya pun hairan kerana takkan dia sekeluarga boleh makan durian hari2 sebagitu banyak. Akhirnya saya tahu juga yang dia hantar durian itu kepada kakak2 dan saudara maranya di Kuantan nie.  Katanya isinya sedap.

Tetapi, jenis durian yang paling baik di Dusun saya ialah jenis "Durian Burung".  Pokoknya amat besar disebelah rumah, di Dusun. Buahnya kecil dari buah durian yang lain. Kalau dalam se pangsa itu paling banyak ulasnya hanya 2 saja. Adakalanya satu. Warnanya putih tetapi rasanya......Alahai...mak...oiii ...paling lemak..melekit2 macam pulut...dan manis kepahit2an.  Dulunya, apabila saya jual buah selalunya pelanggan tak pilih buah jenis ini mungkin kerana saiznya agak kecil. Tapi, saya tersenyum saja kerana buah itu menjadi pilihan keluarga saya. Adakalanya saya sedekah sebiji dua pada orang yang membeli buah dengan banyak.

Jenis Durian Beserah..... saya biasa makan. Memang warna kulitnya hijau, buahnya agak besar dan rasa isinya lemak & manis. Tapi, jenis ini rasanya tak ada di Dusun saya. Ia juga bukan jenis klon, hanya jenis durian kampung yang terdapat di Beserah iaitu kawasan berbukit bersebelahan pantai. Mungkin tanah jenis ini yang membuatkan rasa isinya special gitu...

Itulah jawapan saya kepada komen tuan. Terima kasih juga kerana menghubungi saya melalui SMS. Tak tahu pulak yang tuan boleh dapatkan no. phone saya melalui Blog MasjidLama Pmtg Badak.

Teruskan mengunjungi Blog saya dan saya mengalu-alukan sebarang komen dari tuan.

Wassalam




Isnin, 20 Ogos 2012

Salam Eidil Fitri 1433 Hijrah

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar ......Walillahilhamd.

Alhamdulillah...Setelah selamat sebulan berpuasa kini tibalah masanya kita merayakan hari kemenangan menempuh cabaran dan dugaan dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Semoga amalan kita di bulan Ramadan itu diterima dan diberkati Allah SWT.  Dan yang paling diharapkan ialah Allah memberikan lagi kita peluang untuk menikmati Ramadan 1434 dan seterusnya nanti. Amin.

Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Eidil Fitri kepada semua keluarga, sahabat handai, rakan blog dan yang mengenali dari saya ini.

Seperti biasa Eidil Fitri pada tahun ini agak meriah kerana semua anak menantu, cucu2 dan saudara sebelah isteri balik dan datang berhari raya dirumah kami.

Kesemua anak2  menantu & cucu2 balik tahun ini kecuali anak sulong beraya di K. Terengganu


Adik isteri dan keluarganya turut berhari raya dirumah kami tahun ini.

Sebahagian dari cucu2 nakal berposing

Cucu Sulong sudah besar dan amat pandai kerana sentiasa mendapat tempat pertama dalam peperiksaan bukan saja dalam kelasnya bahkan dalam semua darjah di sekolahnya di Seremban.
Anak Sulong dan keluarga sudah sampai dirumah hari nie

Menu hari Kedua Raya: BBQ Ayam, Sotong, Udang, Isi Ketam, Ikan dan lain2.

Adam Harris semakain Comel & Manja

Gotong Royong buat BBQ hari kedua raya

Lagi masak BBQ

Lagi BBQ

Masa untuk makan ambil sendiri ala buffet

Khamis, 2 Ogos 2012

Sedihnya..Islam Semakin TIDAK Di Hormati

Islam yang mempunyai penganut yang teramai didunia semakin mula diperlekehkan oleh berbagai pihak. Paling terbaru ialah penganjuran Sukan Olimpik yang sedang berlangsung di London ketika umat Islam sedang berpuasa dibulan Ramadan. Sukan Olimpik hanya diadakan 4 tahun sekali dan hampir kesemua negara Islam menyertai Sukan Olimpik ini. Teramat mustahil tiada wakil dari negara Islam menyuarakan bantahan semasa World Olympic Council bersidang untuk menetapkan tarikhnya. Majlis Olimpik Malaysia sendiri diketuai oleh orang Islam yang sepatutnya meluahkan bantahan ketika tarikh penganjuran ditentukan bertahun2 dulu. Bagitu juga dengan negara2 Islam yang lain yang bergabung dalam OIC (Organization of Islamic Cooperation) yang dianggotai oleh 56 negara Islam TIDAK dapat menyuarakan bantahan. OIC hanya sesuai digelar  "Ohh..I...See..." saja.

Malaysia di Era Tengku dan Tun Razak bagitu lantang menyuarakan bantahan sekiranya dirasakan Islam mula dipelekehkan. Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman, pertama kali Malaysia layak bertanding dalam acara bolasepak dan ketika itu juga Malaysia menyuarakan bantahan dengan penyertaan Israel dalam sukan Olimpik. Bahkan di Era Datuk Onn iaitu pada tahun 1980, Malaysia terus memboikot penyertaan dalam Sukan Olimpik di Moscow hanya kerana isu Rusia menceroboh negara Islam Afghanistan. Walhal pada ketika itu seluruh rakyat berbagai agama bagitu gembira apabila pasukan bolasepak negara sekali lagi berjaya ke Olimpik setelah menewaskan musuh tradisi seperti Korea dan Jepun. Namun rakyat berbilang kaum menyokong pendirian Malaysia di bawah Dato' Onn memboikot sukan olimpik hanya kerana negara yang menganjurnya menceroboh negara Islam.

Tetapi segala2nya berubah apabila Dr Mahatir mengambil alih pemerintahan dalam tahun 1982 dimana bukan saja bantahan kepada Israel yang saban hari menyerang dan membunuh rakyat Islam Palestin didiamkan,  bahkan pasukan Kriket Israel di benarkan bertanding di Malaysia. Berbagai2 lagilah cara yang beliau lakukan sepanjang 22 tahun pemerintahannya seperti berunding dengan Simon Peres PM Israel, membenarkan pesawat yang membawa PM Israel melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura dan sebagainya.

Sikap dan dasar yang liberal ini diteruskan pula oleh pemerintah sekarang. Penasihat Israel iaitu bangsa yahudi & zionist yang terang2 memusuhi Islam dibawah pertubuhan  APKO pula dilantik untuk menasihati kerajaan dengan kontrak bayaran berpuloh juta ringgit.  Di bidang sukan pula yang haram mula dihalalkan. Peninju Israel "Ilya Grad" seorang kickboxer diberi visa khas yang diproses dalam tempoh 25 jam saja untuk membolehkan beliau bertanding di Malaysia.

Tak hairanlah, kalau Malaysia tak bantah pun penganjuran sukan olimpik di bulan Ramadan. Bahkan perlawanan persahabatan bolasepak dengan Arsenal dan Manchester City baru2 ini pun diadakan dalam bulan Ramadan sedangkan semua kegiatan sukan lain dihentikan menghormati sempena umat Islam sedang berpuasa. Mungkin ditahun2 akan datang kegiatan sukan akan dijalankan seperti biasa di bulan Ramadan??????.

Apa nak jadi dengan pendirian kita yang semakin goyah dan lari dari kekuatan solidariti Islam. Mungkinkah pilihanraya ke 13 nanti diadakan ketika umat Islam sedang sibuk untuk berangkat mengerjakan haji?  Tak mustahil kata PM, kerana pernah sekali di era Mahatir pilihanraya diadakan di bulan mengerjakan haji iaitu dalam tahun 1986.  Jawapan:  Dua kali lima......sama .....dengan lima kali dua. Ikut mahagurulah tuu...Astagfirrullahalngazim.

Sedarlah bangsa ku yang seagama dengan ku. Ayuh, pertahankan kedaulatan Islam.


 

Selasa, 31 Julai 2012

Lagi Cerita Pasal Mimpi

Semalam aku bermimpi bertemu dan bercakap dengan arwah Ibuku. Memang aku teringin sangat untuk bermimpi bertemu dengannya. Sejak beliau meninggal dunia di Mekah pada 16/11/2011, Tak Pernah sekali pun aku bermimpi bertemu dengannya. Aku ada bermimpi bertemu dengan orang lain yang meninggal dunia. Contohnya aku bermimpi bertemu Arwah Cik Gu M seorang jemaah Masjid Lama Pmtg Badak kira2 dalam sebulan selepas beliau meninggal dunia. Pertemuan berlaku di Masjid Lama iaitu ketika Solat Jemaah (Tak ingat Maghrib atau Isyak) iaitu ketika para Jemaah sedang membetulkan saf sembahyang aku lihat Arwah Che Gu M dengan berpakaian serba putih berjalan, dengan muka yang bersih dan tenang beliau memasuki saf sembahyang untuk bersembahyang berjemaah. Arwah ini seorang yang kuat agama, sentiasa mengerjakan solat lebih2 lagi Solat Berjemaah di Masjid.

Kemudian selepas selang 2 bulan Arwah Ayah tiriku meninggal dunia, aku bermimpi pula bertemu dengannya disatu tempat yang aku tak pasti dimana. Arwah kelihatan berwajah sedih dan sugul seolah2 sedang menghadapi masalah. Beliau hanya merenung tajam kepada ku tanpa berkelip matanya dan tanpa berkata2. Pada sebelah pagi keesokan harinya iaitu sebelum subuh aku bersembahyang hajat khusus supaya Rohnya berada dalam keadaan tenang. Pada mulanya aku ingin menghubungi abang dan adik2 ku supaya mereka turut mendoakan kesejahteraan roh arwah namun aku terlupa dan teringat kembali setelah aku bermimpi bertemu arwah ibuku malam tadi.

Tempat bermimpi malam tadi berlaku disebuah rumah kayu yang aku tak tahu dimana. Arwah Ibuku memakai baju kurung biasa, bertudung dan wajahnya berseri sekali. Beliau kelihatan muda dalam lengkongan umur 50 tahun jauh lebih muda dari umur terakhirnya iaitu sekitar 70 tahun. Beliau bertanya kepada aku samaada Abang aku ada menjemput aku ke kenduri Doa Selamat dirumah nya baru2 ini. Aku kata ada, tapi tak dapat hadir kerana aku menghadiri kenduri dirumah anakku di Shah Alam sehari sebelum itu. Aku pun bertanya pada Arwah samaada dia pergi atau tidak. Jawabnya dia pergi pada waktu malam. Tapi katanya tak ramai orang datang dan dia kata dia ada nampak Ayah Ku sedang makan ketika itu. Lalu dia bertanya lagi kepada aku iaitu bila aku hendak pergi ke Mekah?. Aku jawab InsyaAllah akan pergi juga selepas ini. Selepas itu katanya beliau nak balik ke Mekah. Disaat itu baru aku sedar yang aku sedang bermimpi dengan dia yang sudah meninggal dunia. Mimpi berakhir disitu. Ketika aku bermimpi sedang bercakap2 dengan Arwah Ibu, Arwah Ayah Tiriku ada ditempat tersebut tetapi beliau duduk agak jauh sedikit dan hanya memerhati dengan tenungan tajam sahaja, tanpa sebarang bicara.

Tengahari tadi aku menalipon Abang Ku bertanyakan beliau samaada kenduri doa selamat dirumahnya itu disertai dengan tahlil untuk Arwah atau tidak. Abang ku menjelaskan bahawa semuanya termasuk sekali dan sebenarnya kenduri dilakukan diwaktu tengahari hingga kepetang. Katanya hampir beratus orang datang kekendurinya. Tetapi memang benar katanya yang Ayah Ku hanya datang selepas waktu maghrib dan hanya ada beberapa orang saudara saja yang ada ketika itu.

Jadi benarlah apa yang dicakapkan melalui mimpi dengan arwah ibuku  malam tadi. Semua perbualannya dengan aku benar belaka. Aku amat berharap agar dapat bermimpi bertemunya lagi selepas ini.

Wassalam.

Ahad, 15 Julai 2012

Tak Habis Lagi Pasal Sambutan Hari Lahir

Pertama sekali aku nak ucapkan Terima Kasih kepada Tuan Haji Mete yang dalam salam ziarahnya meninggal komen dalam tulisan artikel aku sebelum ini iaitu 7 - 7 . Sila baca komen aku dalam balasan kepada komen Tuan Haji.

Secara kebetulan, ketika aku masih berada di rumah ku di KL nie, anakku Norazia ada membawa kek untuk sambutan ulangtahun kelahiranku. Apalagi cucu2ku yang nakal2 tu pun menyanyi2 lagu popular tuu sambil menyuruh aku memegang pisau untuk memotong kek. Aku turutkan saja kehendak mereka.

Sebenarnya, aku hanya tahu ada sambutan Hari Lahir  ketika aku meningkat remaja iaitu semasa sedang menuntut di ITM sekitar tahun 70an. Kawan2 sebilik selalu mengadakan majlis ringkas menyambut hari kelahiran mereka. Namun sebaik saja kelahiran anak kembar pertamaku, saban tahun aku tak pernah tinggal aku menganjurkan sambutan hari kelahiran mereka. (Aku akan cari gambar2 sambutan ketika mereka kecil untuk disiarkan dalam blog ini nanti.

Kini, sejak dua, tiga tahun lepas mereka pula sentiasa menganjurkan sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ku.

Terima Kasih kepada semua.

Kek Coklat dan Lauk2 untuk makan tengahari

Sambutan dalam rumahku di Ara Damansara bersama keluarga yang hadir

Sabtu, 7 Julai 2012

7 - 7

Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Allah SWT, kerana memberi aku peluang bernafas lagi di bumi bertuah ini. Memberi aku peluang menghirup sepuas-puasnya udara, menikmati keindahan panorama dunia, berpeluang menjelajahi pelusuk rantau nusantara dan sebahagian pelusuk bumi yang terbentang luas.

Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Allah SWT, kerana memberi aku kesihatan yang terbaik. Kesempurnaan anggota, deria dan pancaindera. Kekuatan tenaga dan minda. Rezeki yang melimpah. Memberi aku peluang berfikir, bergerak, berbicara, beriadah dan beribadah kepada yang Maha Pencipta.

Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Allah SWT, kerana memberi aku keluarga yang bahagia, anak2 yang manja dan berjaya, keharmonian rumah tangga, kedamaian dalam masyarakat seranta dan dikelilingi rakan2 karib bertakwa dan berakhlak mulia.

Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Allah SWT, kerana menghindarkan aku dari sebarang bala, musibah dan petaka, menghindarkan dugaan dan cabaran pancaroba berbanding dikala usiaku meningkat remaja.

Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Allah SWT, kerana memberi aku kesedaran untuk lebih mendekati Mu ya Allah. Patuh segala suruhan Mu ya Allah. Menjauhkan diri dari mendekati larangan Mu ya Allah. Lebih menghayati dan mengingati ayat-ayat Mu ya Allah.

Permulaan diusia yang baru hari ini, aku mulakan dengan langkah yang mulia ya Allah. Secara kebetulan diawal dinihari aku diminta memimpin solat dirumah mu ya Allah.  Lalu aku membaca ayat2 suci Mu dari Surah Al Baqarah bermula ayat 38 hingga ayat 57. 19 ayat ini menceritakan bahawa Allah SWT menyuruh hambaNya supaya sentiasa bertaqwa, patuh kepada suruhanNya, mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat dan sesungguhnya Allah SWT akan sentiasa bersama orang2 yang bertaqwa. Allah SWT ceritakan juga bagaimana Ia menurunkan bala kepada orang2 yang engkar, zalim dengan mengambil contoh menenggelamkan bala tentera firaun ketika mengejar Nabi Musa.

Dalam kekusyukkan aku membaca membuatkan aku mengulang beberapa kali ayat 45 yang bermaksud "Mintalah pertolongan kepada Allah dengan sentiasa bersabar dan mengerjakan sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk".

Akhir kata, terima kasih kepada isteri, semua anak2, cucu2, rakan2 rapat yang mengutuskan ucapan sempena tarikh lahirku. Semoga Allah SWT merahmati kalian.

Amin & Wassalam.

Jumaat, 29 Jun 2012

Alhamdulillah. Cucu yang ke 5 Selamat di Lahirkan




Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT dengan pengurnian rezeki dan limpah rahmatNya maka lahirnya cucu yang kelima seorang putera bernama Azfal Daniel.  Cucu ini serta ibunya berada didalam keadaan yang sihat.  Tahniah kepada Along dan Sham. Semoga bertambah lagi keriangan dan kebahagian keluarga. Amin & Wassalam.

Azfal Daniel Lahir jam 8.01 pm 28/06/2012

Rabu, 20 Jun 2012

Takut......

Entah kenapa, generasi muda kini menjadi semakin penakut. Penakut pulak tak bertempat dan terlampau-lampau pulak tuuu. Kanak2 contohnya. Bayangkan ada kanak2 yang takut nak pergi bilik air dalam rumah sendiri. Sedangkan ibubapa dan keluarga ada dalam rumah ketika itu. Masuk bilik nak tidur pun mesti berteman. Ada juga yang mandi kat bilik air walaupun disiang hari tak tutup pintu. Kalau suruh pergi belakang rumah ambil barang lebih2 lagilah takutnya. Nak kata banyak cerita hantu atau seram di TV pada masa kini,  dulu pun sama jugak. Bahkan cerita hantu zaman dulu lebih seram lagi kerana TV masa itu hitam putih. Suasana masa itu masih terdapat hutan2 dan semak samun tak seperti zaman sekarang ada rumah teres, apartmen dan sebagainya. Dengar Tajuk filem pada masa dulu pun sudah menyeramkan. Contohnya Hantu Jerongkong, Pontianak, Puaka, Pelesit, Sundel Bolong dibandingkan dengan Tajuk filem sekarang seperti Jangan Pandang Belakang, Hantu Mak Limah balik Kampong, Karak dan sebagainya.  Tapi kenapa ada perasaan takut sekarang.

Pada aku, cara mendidik anak2 pada masa kini oleh ibubapa atau pihak sekolah perlu diberi perhatian. Dulu ibu bapa atau datok dan nenek khususnya selalu mengingatkan anak2 yang iblis dan syaitan amat takut pada ayat Allah iaitu Al Quraan. Jadi anak2 diajar menghapal sekurang2nya surah 3 Qul untuk dibaca ketika terasa takut pada makluk halus. Kata mereka, makluk halus akan lari lintang pukang apabila dibaca ayat2 Al Quraan. Kanak2 yang besar sikit diajar menghapal ayat Kursi dan sekurang2nya menghapal 9 ayat pertama Surah Yasin. Anak2 juga dipesan dengan mengatakan Takut hanya kepada Allah dan bukan kepada makluk halus yang ternyata tidak sesempurna manusia. Jadi anak2 berasa yakin dengan diri sendiri.  Pendinding diri mereka kuat. Semasa aku kanak2 dulu jika aku dibenarkan menonton TV yang hanya mula bersiaran selepas jam 5 petang hingga larut malam, aku terpaksa mengayuh basikal sejauh 3 km dari rumah untuk menonton TV awam yang disediakan di Pekan Pmtg Sintok. Dirumah tak ada TV. Dalam perjalanan ke pekan aku terpaksa melalui 2 kubur cina dan 2 kubur Islam. Pokok2 besar dan hutan disepanjang jalan. Tidak ada lampu jalan ketika itu. Kenderaan pun amat kurang. Tapi aku boleh mengayuh basikal seorang diri dan pulang hampir tengah malam tanpa rasa takut seperti kanak2 sekarang walaupun baru habis menonton cerita seram.

Bukan hanya takut kerana seram saja. Generasi sekarang juga takut untuk bercakap dan menyuarakan pendapat. Kalau dulu, kanak2 diberi ruang seluas2nya untuk bercakap dan bertanya. Debat atau perbahasan boleh dikatakan dianjurkan setiap bulan di peringkat darjah seterusnya dipilih mewakili sekolah hingga keperingkat negeri dan kebangsaan. Saringan pemilihannya melibatkan semua murid tak macam sekarang pemilihan pedebat dibuat oleh guru dan program perbahasan juga jauh terlalu kurang. Akibatnya generasi sekarang kurang meluahkan pendapat atau bertanya ketika seminar atau mesyuarat diperingkat jabatan, syarikat dan sebagainya. Generasi sekarang lebih banyak meluahkan rasa melalui facebook, twitter yang ditakrifkan sebagai "Silent communication" dan syok sendiri saja. Macam mana nak majukan diri dalam kerjaya dan dikalangan masyarakat kalau ada sikap yang macam tuu?.

Dan yang terlebih teruknya pada masa kini ialah budaya takut secara tak langsung mempengaruhi kehidupan masyarakat. Yang benar tidak dipertahankan malah yang salah diiya atau didiamkan pulak tuuu. Ambil saja isu yang paling mudah iaitu isu Pembaziran. Islam menentang pembaziran yang lahir dari sikap bangga diri, angkuh dan sombong. Contohnya, seorang ternama yang berharta, kayaraya membeli kereta Lamborgini bernilai berjuta ringgit. Pada hal lamborgini itu hanya dipandu sekali sekala saja dan tak boleh dipandu  melebihi had laju kerana undang2 menetapkan bagitu. Tapi demi prestige dan keangkuhan diri dibelinya juga. Seperti biasa, masyarakat sekarang akan memerhatikan saja. Kalau ada pun seorang dua yang berani menegur atas dasar keperhatinan bersesuaian dengan kehendak Islam dan prinsip kesederhanaan, orang yang menegur ini pula pastinya akan dicerca. Akan ada pula dikalangan masyarakat yang menjadi pembela, pembodek pulak tuu. Gulungan ini adalah orang2 yang berkepentingan dan mempunyai agenda udang disebalik batu. Mereka ini akan menuduh orang yang menegur tadi sebagai busybody, suka jaga tepi kain orang, biadap dan sebagainya. Kesimpulannya, masyarakat akan selesa dengan  sikap diam dan takut menyuarakan pandangan. Macam mana bangsa kita nak maju nie kalau asyik takut saja ????.

Rabu, 30 Mei 2012

Selamat Hari Lahir buat Isteri Ku

Kami sempat juga menyambut Hari Kelahiran Buat Isteri Ku,  Fauziah Hassan dibilik hotel. Sambutan hanyalah sekadar saja. Hari ini aku mulakan dengan berjogging di sekeliling perkarangan Ri-Yaz Resort ini. Kemudian membawa cucu2 yang teringin sangat nak melawat Masjid Kristal. Tak lengkap rasanya kalau kami tak ke Pasar Payang. Sebelah petangnya kami menontong wayang yang di sediakan di Resort ini. Selepas itu bersiar2 pula di Pantai Batu Buruk. Kami menginap semalam lagi di Resort ini.

Bersarapan Pagi di Ri-Yaz Resort

Berihat sebentar di Luar kawasan Masjid Kristal

Permandangan Masjid Kristal yang cantik tuu.

Lagi di Perkarangan Masjid Kristal

Sempat Menyambut Hari Kelahiran Isteri dalam bilik 

Buggy datang menjemput untuk ke Cinema menyaksikan wayang gambar

Dalam Cinema hotel menyaksikan Movie

Rabu, 23 Mei 2012

Selamat Menyambut Hari lahir "Fatin Afiqah"

Selamat menyambut Hari Kelahiran yang ke 6 tahun buat cucu kami "Fatin Afiqah"



Selasa, 1 Mei 2012

Gaji Minimum

Selamat Menyambut Hari Pekerja khususnya kepada rakan2 yang masih bekerja ketika ini. Selamat Menyambut Hari Lahir juga kepada anak aku yang nostalgiknya juga lahir pada hari ini tahun 1982 dulu.

Alhamdulillah. Setelah menunggu agak sekian lama maka Gaji Minimum untuk sektor swasta pun diumumkan oleh PM malam tadi.  Ianya ditetapkan pada kadar minima RM900/= sebulan. Maka bercakaplah para burung terkukur (pakar angguk) yang amat bersetuju dengan pengumuman PM tersebut. Kerajaan yang perihatin, bertimbang rasa, memahami kemampuan mesyarakat yang berpendapatan rendah blah..blah...blah dan berbagai pujian lagi. Bermuka2 surat khabar dan berbagai media nasional terutamanya RTM dan TV3 menyiarkan respon gulonggan rakyat khususnya pekerja (terkukur) yang berterima kasih diatas pengistiharan PM tersebut. Aku juga bersimpati dengan nasib gulongan pekerja ini kerana aku juga pernah menjadi buruh sektor swasta dengan gaji RM2.20 sehari suatu masa dulu. Aku berharap pengumuman PM itu bukan hanya gimik menunjukkan keperihatinannya terutama menjelang PRU 13 yang semakin dekat untuk dilaksanakan.

Ini ialah kerana aku mempunyai alasan yang kukuh untuk meragui perlaksanaanya. Masihkah kalian ingat penetapan Gaji Minima untuk Pengawal Keselamatan yang diumumkan oleh Menteri S. Subramaniam dan diwartakan di Parlimen pada 28/07/2011 untuk dilaksanakan berkuatkuasa pada 1/08/2011 iaitu Gaji Minima bagi Pengawal Keselamatan ditetapkan pada RM700/= sebulan. Mengapa surat kabar dan media tidak membangkitkan lagi perkara ini.... hah. Seolah2 dilupakan bagitu saja. Aku bersimpati dengan Pak Mad, Shaharom, Pak Su Mad, Pak Bakar yang pernah aku kenal dua tiga tahun lepas kerana mereka bekerja sebagai Pengawal Keselamatan sektor Swasta (Baju Merah). Ramai kawan2 aku pada masa itu menghulurkan wang belanja sebagai bantuan terutama di hujung bulan kerana melihatkan mereka ini yang kurang ceria dan kurang bermaya seolah2 bekerja dibulan puasa menantikan gaji yang tak seberapa pada akhir bulan. Kalau tak silap aku pada masa itu gaji pokok mereka sekitar RM450/= sebulan. Kadar ini adalah kurang dari separuh kadar kemiskinan negara sebenarnya. Mereka pula ada yang terpaksa berkerja 12 jam sehari iaitu tambahan lebih masa 4 jam untuk mendapat tambahan pendapatan bulanan.

Indah kabar dari berita..   Tak dilaksana pun.  Ramai pengawal membuat lapuran kepada Jabatan Buruh dan Menteri sekali lagi memberi tempoh kepada majikan untuk mengikut arahan kerajaan supaya Pengawal Keselamatan dibayar Gaji Pokok Minima sebanyak RM700/= sebulan berkuatkuasa tarikh baru iaitu 1hb Januari 2012.  Setakat bagi peringatan saja sapa pun boleh. Bersungguhlah sikit untuk membela mereka yang kurang berkemampuan ini.

Berita sensasi awal tahun ini melapurkan seramai  56 orang pengawal keselamatan di Shah Alam telah MENANG KES mereka di Mahkamah Buruh Subang Jaya dan mendapat pampasan "backdated payment" sebanyak RM120,000/=. (Rujuk lapuran Akhbar Sinar 3hb Januari 2012). Itupun bagi yang berani dan bawa kes kemahkamah. Bagaimana pula dengan pengawal keselamatan jenis tukang angguk dan mereka yang pakar panjat pokok untuk pasang poster bila PRU nanti. Harap duit durian runtuh semasa suasana pilihanraya saja lah. Anehnya, mereka inilah penyokong kuat yang pantang dengar orang kutuk perkara yang benar.

So, sekarang ni yang lain2 pengawal tu di Bayar ke gaji minima yang sepatutnya mereka dapat???. Cuba tanya Pengawal Keselamatan Swasta....betul ke gaji pokok minima mereka RM700/= sebulan sekarang????????.

Kalau jumlah itu pun tak dapat dibayar. Macam mana nak bayar kadar baru RM900/= sebulan nie. Apalagi Pengawal Keselamatan pun tergulung dalam sektor Swasta.

Sebenarnya pada aku...Niat PM itu mungkin??? baik....namun perlaksanaan dan penguatkuasaan oleh pegawai2 beliau bertaburan. Buatlah homework sikit....semak balik apa yang dijanjikan sebelum ini. Nampak macam ada "Missing Link". PM seolah2 seorang General yang tidak mempunyai askar nampaknya. Kesian dia. Katakanlah gaji minima RM900/= sebulan tak dilaksanakan menjelang PRU13 nanti. Mahukah pekerja2 Swasta ini mengundinya nanti..... Atau ia akan dijadikan satu lagi isu oleh pihak pembangkang nanti. "Back Pressure" nampaknya.

Tapi, macam aku katakan tadi, baling dua tiga ratus ringgit untuk upah gantung poster (durian runtuh lah tu) mungkin akan menyenyapkan mereka seketika.

Walau bagaimanapun ....Sesuatu yang menarik untuk memantau perkembangan isu ini.

Sabtu, 28 April 2012

Satu Tragedi: Kalau...Kalau...Kalau

Satu tragedi yang amat menyayatkan hati & perasaan berlaku.

Ketika perhimpunan sudah diistiharkan tamat dan kebanyakan peserta mula bersurai. Gas pemedih mata dan pancutan air pula dilepaskan dimerata2.

Semua orang tahu, pihak berkuasa pun tahu, kerajaan pun tahu yang Bersih 3.0 pasti diadakan. Sekiranya tak dibenarkan di Dataran Merdeka pastinya ia akan berlaku dijalanraya berhampiran. Satu situasi yang lebih tidak sesuai dan lebih menguntungkan pihak pembangkang kerana mereka akan bebas bergerak di jalanraya. Mana mahu rugi sedikit atau rugi banyak. Namun pihak berkuasa memilih untuk rugi banyak.

Video clip dibawah ini pastinya tidak akan ditunjukkan oleh TV3 & RTM

Aku terfikir :-

Kalau lah pihak Pihak Bandaraya benarkan perhimpunan berlangsung dengan aman di Dataran Merdeka pastinya peserta akan berpuashati dan tentu tidak ada provokasi serta aturcara berjalan dengan aman.

Kalau lah penunjuk perasaan itu ganas, tak berhati perut ketika membelasah pemandu kereta polis yang berhelmet (seperti dalam video) KENAPA mereka menolong pula menyelamatkan seorang lagi anggota polis yang duduk disebelah pemandu ?.

Kalau lah pemandu kereta berfikir melihat situasi agak kecoh sudah pasti beliau tak akan memandu kereta ditengah jalan ketika ia dipenuhi dengan orang ramai.

Kalau lah kereta itu dipandu perlahan sudah pasti orang awam yang dilanggar tidak akan terperosok dibawah kereta peronda tersebut.



Ahad, 15 April 2012

Lari Dari Rumah???

Mutakhir ini, seringkali dihebahkan dengan berbagai kes "Lari Dari Rumah". Mengikut stastik polis, terdapat 1,271 kes lari dari rumah berlaku pada tahun lepas saja. Majoriti kes adalah melibatkan remaja perempuan. Dimana silapnya sehingga kejadian lari dari rumah ini berlaku???. Satu persoalan yang rumit yang perlu dicari jalan penyelesaianya.

Kes lari dari rumah bukan perkara baru. Zaman dulu pun berlaku kes2 seperti ini. Tetapi ianya tidak banyak atau berleluasa seperti zaman sekarang. Kanak2 yang lari dari rumah dulu berpunca dari tidak tahan dengan penyiksaan akibat kezaliman ibubapa atau penjaga keatas mereka. Tapi kes lari dari rumah sekarang berlaku akibat kelonggaran tumpuan, pemanjaan berlebihan, berubahnya sistem kehidupan dan sikap berlebihan dalam mengamalkan konsep liberalisma.

Aku hanya ingin mengulas berkenaan faktor "Berubahnya Sistem Kehidupan" yang menyumbang kepada kes2 lari dari rumah. Pada aku, Sistem Kehidupan berkait rapat dengan Sistem Pendidikan. Manusia mengubah cara hidup melalui pembentukan pemahaman dan pengalaman yang dialami melalui pembelajaran. Dalam isu ini aku rasa ada baiknya Sistem Pendidikan yang ditinggalkan oleh Penjajah Inggeris disuatu ketika dulu. Sistem pendidikan dulu menghasilkan manusia yang CERDIK dan pandai manakala Sistem Pendidikan sekarang hanya menghasilkan manusia yang PANDAI saja. Cerdik dan Pandai amat berbeza pengertiannya walaupun kedua perkataan ini sering digabungkan sebagai Cerdik Pandai.

Dalam korikulum sistem pendidikan dulu ada mata pelajaran sivik, ada mata pelajaran pertukangan tangan (Industrial Art), ada mata pelajaran Health Science, Tulisan jawi dan sebagainya. Maka tak hairanlah kanak2 dulu dibentuk dengan sistem kehidupan yang menyempurnakan seseorang insan. Mata pelajaran Sivik membentuk sikap menghormati nilai2 kemanusian. Kanak2 akan lebih menghormati orang lain terutama saudara mara, gulungan tua dan sebagainya. Industrial Art pula akan menyerlahkan kebolehan kanak2 berkenaan dimana bakat dan kecenderongan mereka. Samada mereka akan Kebidang akademik atau kemahiran. Kalau menjurus kebidang kemahiran maka mereka akan disalurkan ke Sekolah Vokesional atau Sekolah Teknik yang pengkhususan dibidang teknikal diberi keutamaan. Bakat mereka akan dibentuk untuk membolehkan mereka mencorakkan bentuk kerjaya mereka dimasa hadapan. Tulisan jawi pula akan mendekatkan kanak2 dengan huruf2 al Quraan. Mudah mengenali huruf, membentuk sebutan yang betul dan memahirkan bacaan al Quraan.

Mata pelajaran Health Science atau Sains Kesihatan pula akan mendedahkan kanak2 kepada pengetahuan sudut fisikal tubuh badan mereka. Kesan mengikuti pelajaran health science itu membuatkan aku masih mengingati sehingga sekarang bagaimana sesuatu makanan diambil dan diproses dalam tubuh badan untuk membentuk badan yang sihat. Melalui mulut, makanan akan memasuki foodpipe atau gullet ke stomach terus ke dodenum, small intestine dan big intestine sebelum keluar sebagai najis melalui rectum. Proses2 penghadaman pula akan berlaku semasa dalam stomach dan dodenum dimana contohnya zat2 seperti pepsin dipecahkan kepada pepston dan amino acid untuk diserapkan sebagai protein bagi membina tubuh. Bagitu juga dengan proses penghadaman untuk menghasilkan tenaga melaui carbohydrates, pemeliharan pancaindera melalui vitamin dan sistem pengawalan tubuh melalui Fats. Respiratory System pula bermula melalui hidung atau mulut melalui nasophyrink, Tracea, Heart, Lung dan sebagainya.

Kenapa aku boleh mengingati pelajaran sebagini. Jawapannya tak lain ialah kerana sistem pendidikan itu membentuk aku menjadi Cerdik. Definisi Cerdik pada aku bermaksud mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikannya. Lantas, aku akan menolak semua makanan atau sumber yang tidak baik yang boleh merosakan tubuh badan aku. Ganja, morfine, heroine bukannya wujud dizaman ini saja. Ianya bermula dizaman dulu lagi. Yang lebih teruk pada ketika itu ganja belum diharamkan. Hari Kedamaian Sedunia berlambangkan Bunga Poppy iaitu bunga ganja diraikan dengan meriah. Kanak2 sekolah diberikan bunga poppy setiap seorang untuk menghayati dan meraikan hari kedamaian disekolah2. Tetapi manusia cerdik pada ketika itu tak ambil atau menghisp ganja kerana mereka faham yang sistem tubuh badan akan rosak bila mengambil dadah ini.

Tetapi Sistem Pendidikan yang menghasilkan Manusia Pandai sekarang amat berbeza dengan sistem pendidikan peninggalan Inggeris. Sistem sekarang hanya mementingkan kuantiti. Setiap sekolah berebut2 untuk menghasilkan jumlah pelajar yang mendapatkan semua A dalam matapelajaran. Mata pelajaran pula diubahsuai hanya kepada mata pelajaran akademik semata2. Industrial Art, Tulisan Jawi, Sivik telah ditiadakan. Mata pelajaran health science telah diserapkan kedalam mata pelajaran Sains Am atau pengkhususan dibuat melalui Biologi, Chemistry dan sebagainya. Lebih menumpu kepada akademik. Kanak2 diasuh supaya menjadi lebih pandai untuk mendapat keputusan terbaik bagi setiap pelajaran.

Jadi, apa kaitan cerdik dan pandai ini dengan Kes Lari Dari Rumah???.  Memang ada kaitan. Sistem yang menitikberatkan pandai akan berlumba menjadikan kanak2 pandai. Bukan saja kanak2 diarahkan berlajar bersungguh2 bahkan ibubapa dan guru2 turut berlumba2 mengharapkan keputusan terbaik bagi anak2 dan pelajar mereka. Kanak2 ini dibenarkan menghabiskan masa yang lama diluar rumah dengan mengikuti kelas tambahan, tuisyen sehingga mereka lebih rapat dengan rakan2 dari keluarga. Oleh kerana "Expectation is too high" dan mata pelajaran bersifatkan terlalu akademik dan kurang menarik menyebabkan ada kanak2 yang ketinggalan, boring dan tidak dapat memenuhi "High Expectation" dari ibubapa dan guru2. Mereka yang lebih rapat dengan kawan2 akan mencari jalan keluar yang mudah iaitu berhenti belajar dan ikut kawan2 lari dari rumah.  Ada juga kanak2 yang terpengaruh dengan budaya persekitaran tambahan pula apabila setiap masa berada diluar rumah akan lebih bermanja dengan teman lelaki atau wanita dan mengambil jalan mudah untuk lari bersama2.

Nah, itulah penyebab utamanya. Sistem pendidikan kini perlu dikaji semula. Sampai bila sesebuah sekolah berlumba2 untuk mendapat semua A bagi pelajarnya. Bolehkah semua pelajar berjaya menjadi doktor belaka???. Masuk Universiti belaka???. Semakin tinggi pengharapan...semakin tinggi tekanan keatas kanak2.  Awas...jangan sampai mereka lari dari rumah...

Ahad, 26 Februari 2012

Lynas .....Oh Lynas.

Aku masih ingat ketika aku bekerja memimpin LPG Eastern Region dulu, aku telah berkali2 bertemu dan mengadakan perjumpaan dan mesyuarat dengan pihak pengurusan Lynas Corp. Ianya berlaku sekitar awal tahun 2008. Lynas Corp. ketika itu diterajui oleh Ketua Operasinya iaitu Micheal Chan. Beliau, berbangsa Cina berasal dari Kedah namun telah berhijrah dan menetap sebagai warga negara Australia semenjak awal tahun 90an lagi. Aku kenal rapat dengannya kerana banyak kali bermesyuarat di Pejabat aku di Kuantan, pejabatnya di Gebeng dan beberapa kali bermesyuarat di Peringkat tertinggi di KLCC. Aku juga pernah berhubung dengan Dato' Marshal Ahmad, CEO Lynas Malaysia sekarang khususnya berhubung dengan bahan bakar yang mereka perlukan untuk Lynas di Gebeng Kuantan. Bahkan Micheal Chan juga pernah membawa 2 orang Technical Expert dari Australia berbincang di pejabat ku di Kuantan. Aku juga telah dibawa melawat kawasan tapak perusahaan yang sedang dalam pembinaan di Gebeng dengan menggunakan kenderaan khas kerana kawasannya yang terlalu luas. Selain dari perbincangan aku juga dijemput menghadiri seminar pengenalan kepada pihak berkuasa tempatan dan media di hotel Hyatt, Kuantan. Jadi aku mengetahui sangat berkenaan Lynas ini.  Perbincangan yang diadakan dengan mereka tak lain ialah berkaitan dengan keperluan bahan bakar yang mereka perlukan iaitu Gas.

Walau bagaimanapun disuatu ketika Lynas menghadapi masalah dari segi  pembiyaan projek di Gebeng dan pembinaan terhenti agak lama juga. Pertengahan tahun 2009, kabarnya Negara Cina telah bersetuju untuk membiayai projek Lynas di Malaysia. Micheal Chan memberitahu yang beliau kemudiannya telah menamatkan perkhidmatan dengan Lynas dan kembali menetap di Australia. Orang baru dan consultant yang dilantik mengambil alih projek pembinaan di Gebeng. Aku pula bersara pada pertengahan tahun 2010. 

Namun, pada pendapat aku, untuk memprotes Lynas pada peringkat ini adalah kurang bijak. Ia sepatutnya dibantah pada peringkat awal pembinaan iaitu sekitar tahun 2008. Mungkin diperingkat teknikal, orang memprotes kerana mungkin terdapatnya bahan radioaktif pada "rare earth" apabila melalui proses "cracking" dan inilah isu yang Lynas menafikan bahawa tiada lebihan radioaktif melebihi tahap selamat yang akan diprosesnya. 

Akan tetapi bagiku sebagai penduduk Kuantan, kita sepatutnya memprotes bagaimana dan dimana sisa bahan buangan tanah (rare earth residue) yang akan dibuangkan oleh Lynas selepas memprosesnya. Ini ialah kerana sisa bahan buangan tanah ini telah hilang semua ingradient nya dan jika ia dibuang di kawasan Kuantan, mungkin akan meneutralise kan tanah yang ada di persekitaran  yang akan menyebabkan tanah persekitaran tidak lagi subur. Pokok2 akan berkurangan dan eqo system akan terganggu. Secara tidak langsung akan melibatkan sistem penafasan dan kehidupan manusia. Khususnya disini kesannya akan merosakkan alam sekitar.

Apakah kerana inginkan hasil pelaburan perusahaan kita sanggup bertolak ansur dengan mengorbankan suasana alam persekitaran yang sihat?????.

Bukan soalan politik tu...Tapi nak hidup lama dan sihat..... aku turut memprotesnya..

Gambar yang aku ambil sendiri dikawasan sebelah kiri Padang MPK4

Petikan Gambar dari Malaysiakini (Dari kawasan hadapan Padang MPK4)

Gambar yang aku ambil dari kawasan tengah padang MPK4

Rabu, 22 Februari 2012

Alhamdulillah....Selamat Kembali Ke Tanah Air Ku.



Alhamdulillah, kesemua ahli rombongan seramai 120 orang yang berlepas mengerjakan Haji Umrah melalui Yamani Travel selamat kembali ketanah air. Setinggi2 tahniah kepada Yamani Travel yang menguruskan semua aktiviti dengan professional, cekap, berkesan dan mengkagumkan. Aku pernah mengikuti beberapa program ziarah & umrah sebelum ini melalui agensi2 yang terkenal namun padaku perkhidmatan yang disediakan oleh Yamani Travel ini adalah yang terbaik pernah aku ikuti.  Kos pakej amat berpatutan dan tak sampai pun RM5,000 seorang untuk 12 hari namun kesungguhan pihak Pengurusan Yamani terutamanya Pengarah Urusannya iatu Haji Othman dan isterinya Ustazah Yaminah mengurus, memberi taklimat dan mengendalikan lawatan amat baik sekali.

Yang paling aku puas hati sekali ialah penyediaan makanan terutamanya ketika berada di Mekah amat mengkagumkan. Jenis dan rasa masakannya adalah selera Malaysia. Hinggakan masakan Ikan Patin pun ada disediakan.  Aku yang tidak makan daging atau ayam turut berasa lega kerana pilihan lauk lain pasti ada. Sekurang2nya ada sambal belacan tumbuk (bukan dimesin) merupakan menu tetap disediakan bagi setiap kali waktu makan.

Aku ada banyak mengambil gambar semasa ziarah & umrah namun agak malang Camera aku hilang di Madinah 2 hari sebelum pulang. Banyak gambar2 yang diambil didepan Kaabah, di Raudah dan sebagainya hilang bersama camera ku itu. 

Aku juga agak terkilan kerana beberapa keping gambar yang aku ambil ketika aku pergi menziarahi Perkuburan Maqla di Mekah juga lesap bersama Camera tersebut. Di Perkuburan ini terdapat terlalu banyak petak2 perkuburan yang hanya bertandakan 2 ketul batu putih bagi setiap liang lahat. Aku tercari2 dimana disemadinya mayat ibuku kerana semua petak liang lahat adalah sama dan tidak bernama. Dalam suasana sayu dan sedih serta dengan lenangan airmata aku puashati kerana dapat sedekahkan fatihah dan doa untuk Arwah Ibu di kawasan perkuburan ini. Aku tahu, ibuku pasti tahu yang aku datang menziarahinya.

Namun ada sedikit gambar yang aku ambil menggunakan handset ketika dalam perjalanan pulang yang boleh aku muat turun seperti dibawah.

Aku dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli rombongan yang bagitu mesra dan memberikan sepenuh kerjasama sepanjang program diatas.

InsyaAllah kita berjumpa lagi.

Wassalam.

Dalam Bas perjalanan pulang dari Madinah ke Jeddah

Berihat sebentar di Masjid Terapung di Jeddah. (Dibawah & belakangnya adalah Laut Merah

Haji Othman, Pengarah Urusan Yamani Travel. Mesranya beliau

Tawar menawar membeli barangan cincin & minyak wangi

Sedang menunggu di Airport Jeddah

Setiap kali aku lakukan lawatan keluar negara badanku pasti susut & kurus sikit

Melepak di Colombo Airport menunggu transit

Tunggu lagi....

Melepak kat Colombo Airport

Jumaat, 3 Februari 2012

Keistimewaan Angka 7

Aku percaya setiap orang mempunyai sesuatu angka yang mereka suka. Bagitu juga dengan aku. Angka yang paling aku suka sekali ialah angka "7". 

Istimewa angka 7 menurut Islam

Dari sudut Agama Islam, Alfatihah, penghulu segala surah terdiri dari 7 ayat termasuk Bismillah. Surah Alfatihah merupakan surah wajib yang menjadi bacaan rukun dalam solat. Tak sah solat kalau tak baca fatihah. Rukun Solat yang ke 7 pula ialah Sujud. Untuk Sujud menjadi sah, 7 dari anggota badan mesti turut mencecah bumi ketika Sujud. Anggota tersebut ialah Muka termasuk Dahi & Hidung, Dua Perut Tapak Tangan, Dua Lutut dan Perut Ibu Jari bagi kedua kaki. Solat diperintahkan untuk dilaksanakan apabila kanak2 mencapai umur 7 tahun. Ada 7 takbir dalam rakaat pertama Sembahyang Raya. Dalam AlQuraan ada 7 Surah yang Panjang selebihnya adalah sederhana dan pendek. Ayat Qiamat dalam AlQuraan disebut 77 kali bagitu juga dengan kalimat Jahanam disebut 77 kali. Ada 7 jenis air yang boleh digunakan untuk mengambil air sembahyang seperti Air Hujan, Air Telaga, Air Sungai, Air Laut, Air Matair, Air Embun dan Air Salji yang cair. Pengerjaan Ibadat Haji seperti Saei, Melontar di Jamrah, Tawaf semuanya dilakukan ber 7 kali. Ada 7 jenis Syurga dan 7 jenis Neraka.


Istimewa angka 7 menurut tafsiran Dunia

Dalam kehidupan seharian pula kita sering mendengar keistimewaan angka 7. Ada 7 hari dalam seminggu. Ada 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi. Ada 7 benua dan 7 lautan didunia ini. Ada 7 warna dalam warna2 Pelangi. Antarabangsa mengiktiraf penggunaan ungkapan 7 keajaiban Dunia atau "7 wonders of the world". Computer menggunakan angka 7 seperti Window 7. (Kenapa tak digunakan Window 3, 5, 1 atau lain2 angka- Wallahualam). Perisik Pintar dalam filem Inggeris mengunakan ajen 007.  Disudut perubatan tradisional juga mengiktiraf angka 7 seperti Mandi 7 jenis bunga, 7 jenis air perigi, 7 jenis air kolah,  Sumpahan Sial 7 keturunan.

Istimewa angka 7 kepada aku

Aku dilahirkan pada 7 haribulan, bulan 7 kebetulan dinegeri yang kodnya 07. Jadi selalunya terjadi bahan guruan apabila kerani bank, hotel dan sebagainya menyuruh aku membaca no kad pengenalan. Aku baca bermula dengan tahun kelahiran 55 kemudian aku kata 07, kerani kata OK, aku sambung lagi 07, dia kata OK sambil mencatitnya. Aku sambung lagi 07, kali ini kerani kata OK dah catit dah. Tetapi aku kata memang ada lagi 07 membuatkan setiap kali aku baca no IC terpaksa diulang dan membuat pengesahan berkali2. Hikmahnya tak pernah silap catit.

Bulan 7 juga merupakan bulan yang paling aku nanti2kan semasa bekerja dulu. Ini ialah kerana Tahun Kewangan Petronas berakhir pada bulan 3 setiap tahun. Maka kenaikan gaji tahunan, pengumuman anugerah perkhidmatan cemerlang dan semakan kenaikan pangkat diumumkan dalam bulan 7 setiap tahun. Apalagi, setiap tahun selama 28 tahun berturut2 bekerja di Petronas aku mendapat anugerah cemerlang dengan kenaikan gaji berganda diumumkan dalam bulan 7. Satu pencapaian bagiku yang amat membanggakan kerana kakitangan yang mendapat anugerah cemerlang dan gaji berganda walaupun untuk satu tahun perkhidmatan tidak ramai iaitu beberapa orang saja dari berpuluh dan beratus orang dalam sesuatu unit jabatan. Dan rezeki Allah serta mungkin tuah bulan 7 aku mendapat anugerah cemerlang dan kenaikan gaji berganda berterusan sepanjang 28 tahun perkhidmatan dengan Petronas. Bahkan aku mendapat berbelas kali kenaikan gred dan pangkat kerana aku bermula diperingkat bawah sebagai seorang buruh hingga keperingkat pengurusan semuanya diumumkan dalam bulan 7.

Demikianlah bagaimana nostalgianya angka 7 dalam kehidupanku. Yang terkini ialah aku, isteri dan kakaknya  dijadualkan berangkat mengerjakan Umrah pada 3hb. February 2012. Menakjubkan disini ialah tarikh berangkatnya kami pada 3/2 itu telah ditunda kepada 7 haribulan iaitu 7/2/2012 dengan penerbangan berlepas dari KLIA jam 7 pagi. Apakah segala2nya ini berlaku secara kebetulan hanya Allah SWT saja yang mengetahui.

Pada semua sanak saudara, sahabat handai, pengunjung dan pengikut blog, ampun maaf aku pinta sekiranya ada terkasar bahasa, keterlaluan cara. Semoga niat yang baik direstui Allah SWT.
Amin & Wassalam.