Baru2 nie semasa aku bercuti di Penang dan KL, aku mengalami peristiwa yang sangat mencemaskan ketika driving. Aku terlibat dan juga nyaris terlibat dalam 3 kemalangan jalanraya semasa tempoh perjalanan tersebut. Aku masih memikirkan apakah hikmah yang dikurniakan oleh Allah SWT berhubung dengan peristiwa tersebut.
Kejadian Pertama - 9/10/2012
Lebih kurang jam 2 petang iaitu ketika hampir tiba ke Tol Juru di Butterworth, lebuhraya terlalu sesak dengan kenderaan yang bergerak perlahan2. Rupa2nya ada polis membuat operasi sekatan jalanraya berhampiran Tol tersebut. Dalam bergerak perlahan2 itu aku dan isteri dikejutkan bunyi dan hentakan yang agak kuat dibelakang kereta. Sebuah kereta "MyVi" terbabas dan melanggar bahagian belakang kereta aku. Lantas aku turun dari kereta dan bagitu juga pemandu kereta MyVi tersebut. Pemandu kereta seorang pemuda melayu dan ramai juga keluarganya dalam kenderaan tersebut. Dia berkali2 meminta maaf kepada aku kerana katanya tak sengaja dan tiba2 terlanggar saja. Aku lihat bahagian depan keretanya agak terperosok kedalam dan bumfernya melengkong kedalam berbentuk V. Agak teruk jugalah dan mungkin habis beratus ringgit untuk merepairnya. Tetapi, yang anihnya, tidak ada sebarang bekas calar pun pada belakang kereta aku. Jadi aku pun memaafkannya dan menasihatinya supaya berhati2 memandu serta aku nasihat beliau supaya sentiasa berdoa kepada Allah sebelum memulakan perjalanan.
Isteri aku tidak turun dari kereta dan tak percaya apabila aku kata yang kereta kita tak ada apa2 kerana melalui cermin sisi beliau jelas dapat melihat kerosakan pada kereta MyVi tersebut. Aku kata mungkin MyVi tersebut terlanggar besi penunda dibahagian bawah belakang kereta aku. Isteri tak puas hati kerana bunyi hentakan agak kuat dan kereta kami pun terlajak kehadapan sikit apabila terlanggar tadi. Jadi aku pun berhenti selepas tol untuk memeriksa sekali lagi keadaan belakang kereta. Confirmed. Tak ada bekas calar langsung dan besi penunda pula letaknya agak jauh kebawah bumper dan dalam keadaan yang baik.
Kejadian Kedua - 12/10/2012
Ketika dalam perjalanan pulang ke KL iaitu selepas persimpangan exit Tapah, hujan lebat turun mencurah2. Pemandangan agak sukar dan semua kenderaan memasang lampu kereta. Ketika itu aku berada di lane tengah. Lane tepi dipenuhi oleh kenderaan berat seperti lori dan bas. Kenderaan di lane tengah bergerak dalam 70km sejam dan banyak kenderaan hanya mengekori saja kenderaan yang dihadapan. Lantas aku masuk ke lane laju dan meningkatkan kelajuan kereta aku pada 100km sejam. Tetapi dalam tempoh 5 minit di lane laju, dalam samar2 hujan lebat aku ternampak sebuah kereta Unser yang rompong disebelah kanan hadapan bergerak menentang arus menuju kearah kereta aku. Aku agak panik dan memberi lampu highlight beberapa kali dan membunyikan hon kereta tak berhenti. Hendak masuk ke lane tengah ada banyak deretan kereta yang sedang bergerak. Hendak brek pula ada kereta mengekori dibelakang. Dengan laungan "Allahuakbar" aku membelok sedikit ke lane tengah dan Alhamdulillah kereta aku berjaya mengelak kereta Unser tadi. Sampai kini aku tak pasti bagaimana aku boleh mencelah disebelah deretan kereta dan berjaya pula mengelak kereta yang tiba2 terpusing menongkah arus dihadapan. Aku tak dapat bayangkan apa yang terjadi pada kereta2 yang dibelakang aku kerana aku terus memandu tapi dengan kelajuan dalam 80km saja supaya aku dapat mengawal sebarang kemungkinan. Yang aku pasti tiada kereta yang mengikut dibelakang aku selepas kejadian itu untuk beberapa ketika.
Kejadian Ketiga - 16/10/2012
Ketika dalam perjalanan pulang dari KL ke Kuantan aku mengambil laluan jalan lama kerana kami ingin makan tengahari di bandar Temerloh. Dalam jam 12 tengahari berhampiran kampong Sungai Kepong selepas Pekan Lancang aku memandu mengikuti 2 lori dihadapan pada kadar kelajuan 80km sejam. Sebelum itu ada satu kereta Hilux memandu dengan bahaya memotong kereta aku dan 2 lori dihadapan ketika di double line dan berhampiran selekoh. Hilux itu berjaya lepas walaupun ada sebuah lori yang datang dari arah hadapan. Aku berkata pada isteri, "Nasib baik betul Hilux tersebut dan kalau tidak sudah pasti kita akan dapat lihat satu accident dihadapan mata." Sebaik saja habis aku bercakap kami tiba kesatu lagi selekoh yang dihadapan. Sebuah kereta Camry baru yang amat laju terbabas diselekoh itu dan melanggar bahagian axle (penyambung) lori yang dihadapan sekali dengan kuat menyebabkan lori itu terus terbalik. Dengan jelas aku dan isteri dapat lihat pemandu lori dan kelendannya (2 orang sekali) melambung keluar jatuh ditengah2 jalanraya dan kedua2nya terbaring tak bergerak. Sebuah lagi lori yang dihadapan aku pula terbabas kesebelah tepi jalan memasuki kawasan hutan dan parit.
Aku masih memandu dan memegang stereng dengan kuat dan berjaya membelok2 dan mengelak dari melanggar 2 orang yang terlentang diatas jalan. Isteriku seperti dalam keadaan trauma menggigil bagitu juga aku yang agak cemas dan terus memandu tak berani nak berhenti. Bahkan kami juga tak berhenti langsung di Temerloh sebaliknya terus memandu sampai kerumah di Kuantan. Isteri aku marahkan aku kerana mungkin masin mulutku kerana bercakap pasal accident sebelum kemalangan tadi. Pada aku, itu hanya satu kebetulan saja tak ada kena mengena dengan kepercayaan masin mulut dan sebagainya.
Kemalangan ini dilapurkan dalam Akhbar Sinar dengan gambar lori terbalik dihalaman P8 berita negeri Pahang pada 17/10/2012. Surat kabar lain aku tak pasti kerana tak beli.
Peringatan Pentingnya Doa
Sebenarnya semua kejadian yang berlaku diatas mengingatkan aku akan pentingnya berdoa sebelum memulakan perjalanan. Kita pohon kepada Allah SWT disamping berusaha iaitu memandu dengan selamat pastinya akan diperkenankan Allah SWT. Tetapi ada juga orang berkata, mereka pun selalu berdoa namun accident berlaku juga. Maka kita perlu pula muhasabah diri. Contohnya renung kembali bagaimana kita berdoa sebelum memulakan perjalanan. Kebanyakan orang masuk kedalam kereta hanya membaca doa perjalanan iaitu " Subhanallazi...................lamun Qholibun" saja. Tangan tak ditadahnya. Kesungguhan dalam berdoa itu penting kerana kita memohon sesuatu daripada Allah SWT. Kita menadah tangan ketika berdoa untuk makan. Kita menadah tangan ketika berdoa selepas sembahyang. Kenapa ramai orang ambil mudah hanya membaca doa tanpa menadah tangan sebelum memulakan perjalanan. Tak bersungguhkah kita memohon kepada Allah SWT. Kenapa kalau nak berangkat ke Mekah sanggup melaungkan Azan dan berdoa bersungguh2. Itu perjalanan... ini pun perjalanan juga yang memungkinkan sebarang kemungkinan. Ayuh....jadikan satu habit iaitu sebelum start kereta .....angkat tangan ......baca doa....kemudian baru hidupkan injin dan memulakan perjalanan. Kalau ada anak2 lagi baik suruh mereka doakan dan tadah tangan juga kerana mereka masih suci dari melakukan kemungkaran dan dosa yang membuatkan doa mereka tidak ditolak oleh Allah SWT.
Selain dari berdoa, terdapat banyak cara2 lain yang boleh kita usaha dan lakukan untuk mengelakkan kemalangan yang kalau diceritakan disini boleh dimuatkan kedalam satu buku panjangnya.
Wassalam.