Khamis, 4 Oktober 2012

Terima Kasih.....Tuan

Petikan dari email yang diterima:

As'kum, dalam laman Dusun ku tak de pula ruangan ulasan jadi saya ingin ambil kesempatan di sini untuk bertanya mengenai kebun, maaf.
Petai yang sdra tanam sdra panggil petai padi. Saya pergi nurseri dia orang jual petai papan dan petai siam. Katanya petai papan petai kita yang biasalah sementara petai siam mata besar2. Takde pula petai padi. Durian dalam posting terkini ada keturunan durian hijau beserah ke? Nampak elok tebal. Boleh mengatasi D24?


Dicatat oleh Ghazali Yusof ke Dusun ku pada 20 September 2012 11:32 PG



Waalaikummussalam En. Ghazali.

Saya amat berterima kasih kerana tuan sudi singgah dan mengemukakan komen di blog Dusun Ku ini.


Ruang Komen
Sebenarnya artikel yang saya muatkan di Halaman "Dusun Ku" bersambung-sambung iaitu berada didalam Edit Mode. Maksudnya disini, adalah mudah untuk saya mengedit dan menambah cerita baru dari hari kehari berkenaan perkembangan terkini Dusun Ku. Jadi saya tak bercadang pada mulanya untuk mengujudkan ruang komen kerana ruang ini akan berada di penghujung artikel yang terdahulu. Maksudnya disini, pengunjung yang ingin meninggalkan komen terpaksa pergi keruang terakhir kesemua artikel (bawah sekali) untuk membuat komen atau ulasan.  Walau bagaimanapun saya menerima teguran tuan dan ruang komen telah pun diujudkan. Sila pergi keruang yang paling bawah dihalaman Dusun Ku untuk membuat sebarang komen. Dulu saya ada tampilkan "Shout Box" dipermukaan Blog saya untuk pengunjung meninggalkan komen ringkas. Tetapi, oleh kerana kurang sambutan, saya delete kan saja.  Satu alternatif lagi ialah Tuan boleh meninggalkan komen pada mana2 post di ruang utama. Saya juga pick up dan akan response kepada komen2 tersebut.

Petai Padi
Sebenarnya saya pun tak berapa tahu jenis2 petai nie.  Masa belum berkebun dulu saya biasa ke Pasar2 Malam. Apabila membeli Petai, penjualnya kata ada yang Petai Biasa dan ada jenis Petai Padi. Jadi apabila berkebun nie, pokok petai saya sama seperti petai yang saya beli yang dikatakan Petai Padi tuu. Bezanya dengan petai2 yang  lain ialah: Matanya padat dan rapat, papannya tak berapa panjang seperti petai biasa,  Rasanya Lemak, Tak rasa kelat langsung ...." Walaupun Di Makan Bagitu Sajaaaaa......".  Agaknya, pemilik Dusun yang menjual Dusun ini pada saya dulu tuu telah memilih jenis2 pokok yang terbaik kut. Saya bersyukur dan rasa bertuah.

Durian Beserah???
Seperti yang saya nyatakan dalam blog saya... Saya tak tahu jenis2 durian yang ada di Dusun tuu. Kesemuanya ada 42 pokok. Saya telah beberapa kali membawa Pegawai Pertanian datang ke Dusun untuk mendengar nasihat pertanian. Lazimnya Durian hasil penyelidikan jenis Klon diberi nama seperti D24, D99, D101 dan sebagainya. Namun berkenaan jenis durian di Dusun saya hanya boleh diberitahu jenisnya apabila mereka melihat dan merasai buahnya saja. Masa dia orang datang tuu diluar musim pulak. Saya hanya diberitahu oleh bekas pemilik bahawa semua jenis durian yang ada ialah Jenis Kampung dan hanya sepokok saja Durian Kahwin. Pemilik Asal pulak saya dah terputus hubungan dan tak tahu tinggal dimana kini. Dulu2 tuu mungkin tak ada klon kut...  Macam jenis Musang King. Saya rasa ianya bukan jenis klon tetapi jenis kampung juga dan bentuk isinya yang padat, besar dan melengkung macam musang sedang berbaring.

Jenis durian yang tuan tengok dalam photo tu ada dua pokok di Dusun saya. Isinya Tebal dan Kuning. Masa musim buah hari tu.....buah dari pokok ini di booking oleh jiran setempat tinggal dengan saya. Pada masa tuu saya jual 5  biji RM10/= saja. Hari2 dia pesan dan beli. Berpuluh ringgit kadang2 sehari. Saya pun hairan kerana takkan dia sekeluarga boleh makan durian hari2 sebagitu banyak. Akhirnya saya tahu juga yang dia hantar durian itu kepada kakak2 dan saudara maranya di Kuantan nie.  Katanya isinya sedap.

Tetapi, jenis durian yang paling baik di Dusun saya ialah jenis "Durian Burung".  Pokoknya amat besar disebelah rumah, di Dusun. Buahnya kecil dari buah durian yang lain. Kalau dalam se pangsa itu paling banyak ulasnya hanya 2 saja. Adakalanya satu. Warnanya putih tetapi rasanya......Alahai...mak...oiii ...paling lemak..melekit2 macam pulut...dan manis kepahit2an.  Dulunya, apabila saya jual buah selalunya pelanggan tak pilih buah jenis ini mungkin kerana saiznya agak kecil. Tapi, saya tersenyum saja kerana buah itu menjadi pilihan keluarga saya. Adakalanya saya sedekah sebiji dua pada orang yang membeli buah dengan banyak.

Jenis Durian Beserah..... saya biasa makan. Memang warna kulitnya hijau, buahnya agak besar dan rasa isinya lemak & manis. Tapi, jenis ini rasanya tak ada di Dusun saya. Ia juga bukan jenis klon, hanya jenis durian kampung yang terdapat di Beserah iaitu kawasan berbukit bersebelahan pantai. Mungkin tanah jenis ini yang membuatkan rasa isinya special gitu...

Itulah jawapan saya kepada komen tuan. Terima kasih juga kerana menghubungi saya melalui SMS. Tak tahu pulak yang tuan boleh dapatkan no. phone saya melalui Blog MasjidLama Pmtg Badak.

Teruskan mengunjungi Blog saya dan saya mengalu-alukan sebarang komen dari tuan.

Wassalam