Sabtu, 6 Disember 2014

Awas.... Jangan Terleka Dengan Kesenangan Di Dunia.

Duniaaa....Kisiiii....Kisarrrr ...Looooo...

Ya....memang dunia sentiasa berputar, berpusing, sekejap keatas sekejap kebawah. Bagitu juga dengan penghuninya yang melalui berbagai pancaroba kehidupan.

Tetapi, sebagai manusia khususnya pula kita yang menganuti Agama Islam percaya bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara. Akhirnya kita akan kembali ke Rahmatullah.  Ramai kawan2 kita, sanak saudara kita yg telah meninggalkan dunia. Tidak seorang pun diantara mereka yang berjaya kembali hidup didunia ini. Tidak semestinya apabila umur sudah lanjut baru kita akan dijemput pergi. Ada diantara kawan2 kita yang meninggal di usia yang muda. Seorang sahabat saya berumur diawal 40an meninggal di padang sebaik sahaja berehat ketika bermain golf.

Seorang lagi sahabat saya dalam usia akhir 40an meninggal sehari selepas pulang untuk bercuti dari bertugas di luar Negara. Seorang pemuda penjual gas masak meninggal dunia ketika berlaku kemalangan raya semasa dalam perjalanan  pulang kerumah dimana isteri dan 3 anak kecilnya sedang menunggu. Jelasnya disini, apabila sampai ajalnya maka tidak ada sesesiapa yang mampu menahan Qada dan Qadar penentuan Allah SWT.

Persoalannya?????. Apakah kita dalam keadaan bersedia untuk meninggalkan dunia ini kealam pembalasan itu?????.

Ramai diantara kita yang kaya harta benda didunia, berusaha bagitu gigih didunia, lepas bersara....kerja lagi. Lepas bersara......buka business lagi. Bahkan semakin sibuk dari semasa beliau berkerja makan gaji dulu. Apa yang dikejarkan oleh insan ini?????. Iya, mungkin beliau memang patuh mengerjakan suruhan Allah SWT.  Sembayang fardhu tak pernah tinggal dari remaja hingga kini, Sentiasa bersedekah, mengeluarkan zakat dan sebagainya TETAPI adakah amalan itu sudah mencukupi untuk dibawa sebagai bekalan kealam kekal nanti. Apakah seimbang amal ibadah yang dilakukan dengan usaha beliau mengejar kesenangan dunia ?????

Sebenarnya, kita hanya diminta untuk hidup dalam kesederhanaan di dunia ini. Bukan mengutamakan dunia semata2. Berusaha sekadar membolehkan kita & keluarga kita untuk terus hidup dan mampu menjadi hamba Allah SWT yang baik. Bukan menjadi hamba harta dunia semata.  Manusia dicipta untuk menjadi Hamba Allah. Mengerjakan suruhan Allah. Mengembangkan Syiar Agama Allah.

Bagaimana sekiranya apabila kita tidur pada malam ini, tidak lagi bangun  dan terus tidur selama2nya. Tidak lagi dunia esok untuk kita. Bersediakah kita menghadapinya. Bertimbun harta, Kereta banyak, Rumah Besar, Dusun yang cantik  akan mengikut kita kah kealam sana?????.

Awas, imbangi lah kesibukan kita supaya lebih mengejar kekayaan amal ibadah daripada sibuk mengumpul kekayaan dunia semata.


Nota:
Artikel ini aku tulis merujuk kepada seorang saorang sahabat yang baru2 ini mengulas berhubung kesenangan dunia.


Khamis, 27 November 2014

DUSUN KU SEMAKIN POPULAR

Alhamdulillah, aku terpilih mewakili Pertubuhan Peladang Kuantan (PPK) untuk menghadiri Pameran Pertanian & Perindustrian Asas Tani,  MAHA 2014 yang berlangsung di UPM Serdang, Selangor. Pakej lawatan adalah untuk 2 hari 1 malam (24 & 25/11/2014) dengan penginapan & elaun makan minum serta pengangkutan pergi & balik semuanya disediakan oleh PPK.

Berbagai hasil pertanian dipamer & dijual. Suasana bagitu meriah dengan berpuloh ribu pengunjung membanjiri MAHA tersebut.

Dalam kesibukkan ribuan manusia, aku terkejut ditepuk bahu & disapa oleh seorang pengunjung yang membuat lawatan sambil mendokong anaknya.

"Assalammulaikum, Maaf Tuan Haji, Tumpang bertanya, kalau tersalah jangan marah" katanya.

"Waalaikummussalam, tak apa" jawab aku.

"Tuan Haji nie, pemilik Blog Dusun Ku ke?" Tanya beliau.

"Iya, saya." jawab aku.

"Saya Rosli Shaari, dari Semenyeh, peminat blog Dusun Ku. Saya selalu baca blog Tuan Haji. Saya kagum dengan sejarah kehidupan Tuan Haji. Nampaknya, dah lama Tuan Haji tak muatkan cerita baru. Saya tahu Tuan Haji agak sibuk buat pagar". Kata beliau.

Aku jadi terkejut dan kagum kerana dalam kesibukan berasak2 ribuan pengunjung, beliau dapat mengecam aku.  Lalu kami pun bersembang lanjut berhubung aktiviti masing2.

Sebenarnya, bulan lepas seorang penerbit dari TV Hijrah ada menghubungi aku untuk datang ke Dusun Ku bagi membuat satu pengambaran hasil pertanian yang ada untuk satu slot di TV mereka. Ketika itu aku sedang berada di rumah KL. Aku terpaksa menolak kerana buat masa sekarang tiada sebarang hasil bermusim yang ada. Mungkin di lain kali aku sanggup menerima mereka.

Terima kasih kepada semua, termasuk followers yang mengikuti perkembangan blog ini. InsyaAllah, blog ini akan terus "on air" kecuali aku tiada lagi di Maya ini.




En Rosli Shaari dari Semenyeh yang meminati blog ini

 
Salah satu gerai yang menjual Delima pada harga borong

Aku sempat membeli 3 pokok kurma untuk cuba menanam di Dusun Ku


Ahad, 19 Oktober 2014

Lagi Cerita Pasal Khasiat Ubat Kolestrol

Masih ingatkah ramuan ubat kolestrol yang aku muatkan dalam beberapa artikel sebelum ini?. Bagaimana pula feedback daripada mereka yang telah mencuba resipi tersebut?. Ramai juga yang menghubungi aku melalui What's up dan email meminta penjelasan lanjut cara2 membuatnya dulu.

Dibawah ini aku muatkan cerita terbaru hasil dari pemakanan ramuan resipi tersebut.

Suatu hari, Tuan Syed A, seorang Pegawai Kerajaan yang akan bersara pada hujung tahun ini menghubungi aku yang beliau akan mendaki  Bukit Pelindung iaitu bukit yang tertinggi di Kuantan. Jaraknya dari kaki bukit kepuncak lebih dari 2 km. Tetapi track nya adalah pada keadaan mendaki sepanjang masa.

Pada masa dulu aku biasa berjogging disini. Ada kalanya aku naik turun 3 kali tanpa henti. Tetapi, semenjak bersara dan sibuk ke Dusun, Bukit Pelindung telah lama aku tinggal. Diatasnya ada 2 puncak stesen pemancar.

Tarikh ditetapkan pada Hari Jumaat, 17/10/2014 jam 8.00 pagi. Setibanya aku disini sebelum jam 8 pagi, Tuan Syed sudah sedia menunggu. Beliau memang amat menepati masa. Aku mula mengenalinya bila kami sama2 menuntut ilmu Pengubatan Islam Darusyifa.

Kami mula mendaki dan aku lihat beliau bagitu gagah sekali.

"Tuan Haji, Ubat Kolestrol itu amat baik dalam membantu meningkatkan kesihatan saya" kata Tuan Syed.

"Dulu, saya biasa terbaring diatas kerusi di pertengahan pendakian kerana terlalu letih dan sesak nafas. Mungkin saluran darah dan penafasan sempit. Tetapi kini, Tuan Haji tengoklah sendiri, saya dapat mendaki tanpa henti hingga ke puncak." kata Tuan Syed dengan nada yang puas.

"Bukan saja setakat mendaki, bahkan saya dah boleh mengangkat dan mengalihkan sendiri beberapa pasu besar dirumah saya" kata Tuan Syed lagi.

Sebenarnya, orang yang pertama selain dari isteri aku yang memakan ubat kolestrol yang aku hasilkan pertama kali itu ialah beliau, Tuan Syed A.  Ketika itu beliau datang kerumah aku untuk berbincang pasal doa2 rukyah rawatan. Sebulan selepas itu atas permintaannya aku membuat ubat itu untuknya dan untuk diberikan kepada  kawannya yang menghadapi masalah injap. Kemudian beliau menghasilkan sendiri ubat tersebut.

Tetapi mengikut Tuan Syed, mereka yang menghidapi masalah strok tidak sesuai untuk memakannya. Kerana tindak balas yang agak kuat. Hanya mereka yang menghadapi masalah kolestrol khususnya seperti saluran tersumbat sahaja yang sesuai dengan ubat tersebut.

Aku bukan sahaja ikutnya mendaki ke puncak bahkan kami turut masuk hutan  mendaki beberapa lurah sambil mencari & melihat beberapa herba perubatan. Tuan Syed amat arif dengan pokok2 hutan. Diantara beberapa pokok hutan yang ditunjukkan kepada aku adalah seperti Tongkat Ali, Kembang Semangkok, Sireh hutan, kelapa hutan, Asam Gelugur dan yang menariknya ialah Asam Papan. Buah ini bukan asam jawa tetapi ianya sebiji2 seperti buah cherry burung. Rasanya masam & sedap. Menurutnya, kadar sebiji asam papan bersamaan dengan 2 biji limau Sunkist.

Hampir 2 jam kami menghabiskan masa diatas sana tanpa rasa penat.

Terima kasih Tuan Syed diatas perkongsian pengetahuan & pengalaman.

Looking forward for the next climbing...

Aku & Tuan Syed ketika sama2 menerima Pengijazahan 

Tuan Syed Gagah Mendaki hingga ke Puncak Stesen Pemancar

Jumaat, 15 Ogos 2014

Dusun Ku berwajah baru

Maaf kepada pengikut blog ini yang bertanya samaada melalui What's up atau SMS, kenapa agak lama tak di update statusnya.

Sebenarnya, saya bagitu sibuk membina sendiri tembok concrete keliling Dusun seluar 2 ekar itu. Kerja pembinaan bermula sejak awal bulan puasa yang lepas. Agak letih juga mengangkut pasir, simen dan bata menggunakan kereta sorong, membancuh dan membina sendiri tembok tersebut. Sekampit simen berjaya dihabiskan dalam separuh hari berkerja. Lebih kurang 20 tiang sudah siap ditembok. Ada lebih kurang 200 tiang lagi yang tinggal.

Walau bagaimanapun, saya telah meng update kan status terkini pada hari ini kerana secara kebetulan Hari Jumaat merupakan hari cuti saya tidak ke Dusun.

Banyak gambar2 terkini telah di update kan di Halaman Dusun Ku dan kisah terbaru dalam Halaman Pengubatan Islam. Selamat membaca.

Dulu......Dulu.....Dulu......Tinggal Kenangan

Kini.....Anda pernah nampak Dusun Buah di pagar sebagini????. Aku melakukannya.

 


Jumaat, 4 Julai 2014

Tempoyak Kak Zie......Kembali Lagi

Sekali lagi musim durian tiba. Buah yang mula gugur, merkah atau pecah diproses untuk dijadikan Tempoyak. Kak Zie menghasilkan Tempoyak yang 100% isinya durian. Sebab itu tempoyak ini boleh tahan lama. Sementalahan durian yang sadikit merkah atau pun pecah tidak dijual.  Walaupun disimpan lama tempoyak ini tidak masam. Ia masih kelihatan fresh kalau disimpan dengan baik dalam peti sejuk.

Kebanyakkan tempoyak dipasaran tidak tahan lama. Ada yang cepat berair, masam, kusam dan sebagainya. Mungkin tempoyak tersebut telah dicampur dengan bahan lain seperti pisang lenyek (terlalu masak) untuk menambahkan quantity nya. Masakan yang dihasilkan hanya melalui tempoyak yang 100% durian akan bertambah sedap.  Tak hairanlah Masak Tempoyak Ikan Patin Temerloh mendapat sambutan hangat kerana Pengusaha Restoran memastikan hanya Tempoyak Asli digunakan untuk masakannya.

Sebahagian dari Tempoyak yang dihasilkan oleh Kak Zie mendapat tempahan masyarakat tempatan yang membelinya dalam bekas kecil dengan harga RM3/=. sekotak. Harga jualan borong ialah RM15/= Sekilo.  Hanya ada beberapa kilo sahaja lagi yang tinggal.  Tempahan kini dibuka untuk jualan terus khusus kepada penduduk Kuantan. Penjualan melalui Pos tidak dapat dilakukan kerana Tempoyak Kak Zie ini tidak sesuai untuk di pack disebabkan oleh gasnya yang kuat yang boleh menyebabkan bungkusan terbuka.

Email saya at  ramlimdnor55@gmail.com  atau what's up at number  019-7503665 untuk tempahan.

Isi Durian yang Elok di pilih untuk di buat Tempoyak



Pack Kecil telah habis dijual. Pack besar seberat 1.5Kg masih ada stock

Selasa, 1 Julai 2014

Hey!!!!!.....It works for me & my wife.

Ingat lagi pasal Resipi Mengurangkan Cholestrol dalam Artikel yang lepas. Ya...satelah 2 minggu aku dan isteri memakanya setiap hari ianya telah menunjukkan pengurangan Cholestrol yang amat ketara pada diriku dan isteri. Seperti yang aku nyatakan dalam artikel lalu bahawa kali terakhir aku membuat Full Medical Check Up ialah dalam tahun 2009 sebelum bersara. Result Cholestrol pada masa itu ialah 6.3 iaitu agak tinggi. Selepas itu aku tidak membuat sebarang medical check up kerana aku fobia pada jarum kerana takut untuk diambil darah untuk diuji.

Isteri aku pula rajin membuat medical check up kerana dia tak takut diambil darah melalui jarum. Kali terakhir isteriku membuat medical check up ialah 6 bulan lepas. Pada masa itu result Cholestrol nya adalah 8.0. Aku dapat bayangkan ketika itu iaitu mungkin result Cholestrol aku juga sama dengan isteri kerana saban hari kami memakan makanan yang sama.

Pada hari khamis lepas, 26/6/2014 aku dan isteri telah membuat Full Medical Check Up di Pathlab Kuantan. Darah kami diambil, air kencing juga diambil. Pemeriksaan tekanan darah juga dilakukan melalui peralatan yang canggih bukan Omron Meter yang aku gunakan dirumah. Result Tekanan Darah untuk diriku yang aku nampak pada hari itu ialah 130/80. Chemist mengatakan yang result tekanan itu sudah kira baik untuk umur ku.

Hari ini aku telah dipanggil ke Pathlab Kuantan untuk diberi penerangan berkenaan keputusan ujian Full Medical Check tersebut.  Ada 3 helai keputusan yang melibatkan Haematology, Diabetes Screen, Kidney Function Tests, Lipid Profile yang melibatkan Cholestrol, Liver Function Tests, Hepatitis Screen, Tumour Markers, Thyroid Screen, Serology dan Urinalysis.

Alhamdulillah. Keputusan pemeriksaan untuk aku dan isteri hampir sama. Mungkin kerana kami memakan makanan yang sama setiap hari.  Result untuk Glucose (Diabetes) adalah 5.1. Kidney Function - Terbaik (within lowest range bagi semua bahan ujian) . Keadaan Jantung - Terbaik kerana "No Early WBC Seen" dan RBCS are normochromic and Normocytic". Aku tidak faham terms ini tetapi Chemist menerangkan bahawa Tiada tanda2 yang menunjukkan kelemahan fungsi jantung setakat ujian ini.

Result Cholestrol

Haa..ini yang aku nanti2kan kerana ia melibatkan ramuan ubat yang aku makan. Subhanallah, Result Cholestrol untuk aku & isteri sama iaitu 5.8 (Had maksima bebas Cholestrol ialah 5.2).  Ini bermakna Ramuan Resipi itu telah membantu menurunkan kadar Cholestrol kami walaupun hanya 2 minggu memakannya.  Penurunan Cholestrol isteriku amat ketara dari 8 kepada 5.8. Dan keputusan ini juga mengesahkan yang Madu Lebah yang aku pasarkan tidak mengandungi campuran gula kerana Result Glucose (Diabetes) 5.1.

Sekali lagi aku mengesyorkan kepada sesiapa yang mengalami paras Cholestrol tinggi atau masalah jantung supaya memakan Resipi Ramuan yang aku muatkan di artikel yang lepas.



Isnin, 23 Jun 2014

Resipi Ubat Sakit Jantung & Mengatasi Masalah Cholestrol.

Kalau anda dinasihatkan untuk buat Bypass Treatment atau Angiography kerana masalah injap jantung tersumbat......SABAR DULU....NANTI DULU.....Haaaa cuba makan penawar ini dulu. InsyaAllah, anda tak perlukan treatment tersebut.

Resipi untuk ubat penyakit jantung ini saya dapat dari Seorang Ustaz, rakan Darulsyifa' dalam pertengahan bulan Mei lalu. Ianya berpunca dari seorang Ulamak yg tinggal di London bernama Mohammed Kantharvi. Beliau pergi ke Pakistan untuk hadir dalam satu Conference dan mengalami sakit dada. Doktor mengesahkan 3 saluran injab tersumbat dan perlu dilakukan segera. Beliau dirujuk kepada Cardiologi Hospital di Lahore dan menunggu appoinment utk pembedahan. Dalam pada itu seorang Ulamak Di Pakistan, Moulana Bashir Usmani telah membuat satu ramuan ubat dan memberi Mohammed makan. Sehari sebelum pembedahan dilakukan, pemeriksaan Angiography mendapati TIADA saluran injab yg tersumbat dan Mohammed Kantharvi disahkan sihat.

Melihat kepada ramuan bahan yang dinyatakan ......saya rasa ada kebenaran cerita ini. Jadi saya pun cuba membuatnya sendiri dan makan dulu sendiri bersama isteri selama hampir 2 minggu. Kesannya amat memberansangkan. Selera makan bertambah...Peluh mencurah2 walaupun melakukan kerja yang ringan. Tenaga bertambah.....Badan terasa ringan dan pegerakkan menjadi cergas. Untuk makluman, saya pernah buat full medical checkup pada tahun 2009 sebelum bersara. Pada masa itu reading Cholestrol saya agak tinggi iaitu 6.3. Lain2nya semua OK & Normal. InsyaAllah, sebelum puasa nie saya akan lakukan satu lagi Full Medical Check Up. Saya akan update kan resultnya nanti.

Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :-

1. Satu cawan Jus lemon
2. Satu cawan Jus Halia
3. Satu cawan Jus Bawang Putih
4. Satu cawan Cuka Epal
5. Tiga cawan Madu Asli.

Cara Membuatnya

Campurkan bahan 1 hingga 4 diatas dan masukkan dalam periuk dan masak diatas api yang sederhana selama lebih kurang 20 minit. Kacau sentiasa untuk mengelakkan dari berkerak. Setelah masak alihkan kedalam bekas dan biarkan ianya sejuk dalam 30 minit. Kemudian campurkan 3 cawan madu asli.....dan boleh diminum.

Sukatan Minumannya

Ikut resipi asal hendaklah diminum 3 sudu teh selepas bangun tidur ketika perut kosong sekali sehari. Tapi pada saya yg belum ada sakit jantung merasakan tindak balas yang agak kuat seperti terasa darah berjalan dengan laju. Maka, saya hanya mengambil satu sudu teh sahaja sehari....itupun sudah cukup kuat. Rasanya masam manis.

Supliment Tambahan

Saya membaca beberapa Doa Rukyah pada ramuan bahan sebelum diproses. Rukyah yang dibaca adalah :-
1. Surah Al Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Solawat Syifa
4. Solawat Tafjiriyah
5. Ayat Pemecah Surah Al Anbiyaa ayat 30
6. Ayat Pemecah Surah Al Hasyr ayat 21 - 24
7. Ayat Pemecah Surah Al Mukminuun ayat 115 - 118

Kesemua ayat2 diatas ada saya lampirkan di Halaman "Pengubatan Islam Assyifa'

Selamat mencubanya.

Bahan2, Proses dan Hasilnya.




Ahad, 4 Mei 2014

GST

Sedikit yang aku faham pasal GST.

1. Apa itu GST?

GST Bermaksud "Good Service Tax".  Ia baru dibentang dalam Belanjawan Tahun 2014 oleh PM Najib ....telah diluluskan .....tetapi hanya akan dikuatkuasa bermula 1 April 2015.

2. Kenapa GST di cadangkan oleh Kerajaan??

GST dibentang untuk menggantikan SST iaitu singkatan bagi "Sales & Service Tax" yang digunapakai sekarang. Alasannya adalah untuk menyelaras sistem percukaian yang lebih telus & transparent. (katanya - oleh Pihak Kerajaan) - (kononnya - oleh pihak Pembangkang)

3. Apa Bezanya GST dengan SST???

Bezanya mudah saja. GST mensyaratkan pembeli atau pengguna yang ingin membeli barangan atau perkhidmatan MESTI membayar cukai semasa pembelian. Contohnya; kebanyakan kedai makanan segera (Mac Donald & Kentucky & Restoran Terkenal & Panggung Wayang& dll) telah mengenakan cukai 5% diatas jumlah nilai belian dalam bil mereka yang mesti dibayar oleh pembeli pada masa kini. Itulah yang dinamakan Service Tax. Bermula 1/4/2015 nanti, selain daripada cukai perkhidmatan yang dikekalkan ini, pengguna akan juga dikehendakki membayar Cukai untuk Barangan (Goods) semasa membeli di kedai seperti kedai makan tadi. Kadar cukai yang dicadangkan pada tahun 2015 ialah 6%. Maksudnya, kalau harga barang itu RM100/= pembeli kena bayar RM106/=.

4. Apakah Semua Barangan Dikenakan Cukai????

Tidak untuk tahun 2015. Belum tahu lagi untuk tahun 2016 dan seterusnya. Barangan yang tidak dikenakan Cukai adalah yang berasaskan makanan seperti.....Sudah semestinya Kangkung, Beras, Gula, Garam, Minyak Masak, Ikan Masin, Budu & Belacan.

5. Bagaimana Kerajaan Kata Barangan akan jadi Murah bila GST dilaksanakan?????

Memang ada barangan yang akan turun harga. Pemborong akan beli & bayar cukai 6% kepada Pengimport. Peruncit akan beli & bayar cukai 6% kepada Pemborong. DAN KITA SEBAGAI Pengguna akan beli & bayar pada Peruncit 6%. Contohnya TV yang harga dibeli oleh Pemborong termasuk Cukai bernilai RM3000/=. Peruncit akan membeli & bayar pada pemborong pada harga R3180/= . Kita akan beli & bayar pada peruncit pada harga RM3371/=.

Mengikut sistem SST sekarang Pengimport atau Pengilang sudah menetapkan harga berdasarkan cukai pengeluaran yang dikenakan kepada mereka. Contohnya kalau kerajaan kenakan 10% kepada mereka maka setiap nilai harga TV itu kerajaan akan dapat RM300/= sahaja. Pengeluar pula akan menjual kepada pemborong dengan nilai tambah 20% atau lebih. Pemborong pula akan menjual pada peruncit dengan nilai tambah (terpulang suka hati mereka) katakanlah 10%. Dan akhirnya peruncit akan menjual kepada kita dengan nilai tambah lagi 10% atau lebih. Jadi harga yang kita beli sekarang ialah harga asal RM3000 + lebih kurang 40% =  RM4200.

Jelas yang turun disini ialah melalui GST, Peniaga tak boleh manipulasi harga  kerana cukai GST ditetapkan pada setiap peringkat 6%.  Jadi harga TV tadi hanya  RM3371/=

Melalui sistem SST  sekarang harga TV tersebut ialah RM4200. Lebihan untung oleh peniaga sebanyak RM829/=  Ini yang dikatakan rakyat akan untung kerana harga semakin murah.

Bagaimana pula dengan kerajaan?????  Haa...untung kerajaan sudah pasti lebih besar kerana dia akan dapat 6% bagi setiap peringkat urusniaga. Kalau ikut SST, kerajaan dapat 10% (RM300/= bagi TV tadi) melalui GST kerajaan akan dapat paling kurang 18% (RM540/=)

Dinegara barat GST ini dinamakan Value Added Tax (VAT) kerana kerajaan akan dapat cukai bertambah.

Well, reality nya betulkah harga itu akan kurang??????. Pernah tak dengan Sykt menjual TV pada separuh harga?????
Tentu banyakkan!!!!!. Court Mamoth contohnya boleh jual TV dengan kemudahan kredit pada separuh harga sekarang. Ini menunjukkan pengawasan kerajaan terhadap harga jualan pasaran melalui SST tak TELUS. Kalau telus dan ada penguatkuasaan MUNGKIN harga akan lebih kurang dari harga GST???.

Memang agak panjang kalau nak diulas lebih lanjut pasal GST nie. Penurunan Cukai Pendapatan sebanyak 1- 3%, Bantuan Subsidi tambahan RM300/= selain dari BR1M dll banyak lagi kalau nak diulas.

Kesimpulannya:-

Satu prinsip asas yang paling mudah untuk difahami berkenaan Cukai ialah "KALAU IA DINAMAKAN CUKAI - TIDAK ADA SATU ASAS PUN YANG AKAN MENGUNTUNGKAN PEMBAYARNYA. Cukai tetap membebankan pembayarnya. Pengutipnya tetap mengaut keuntungan. ITU ASAS PERCUKAIAN.

Tak ada orang yang akan semak cukai untuk dapat lebih kurang atau rugi. Yang rugi adalah pembayarnya.


Pengubatan Islam Assyifa'

Alhamdulillah. Semalam, 3hb Mei 2014  merupakan tarikh keramat kerana satelah ditangguh berkali2 akhirnya Majlis Penganugerahan Ijazah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Al-Hafiz di Dewan Maahad Tahfiz, Kuantan Pahang. Aku adalah diantara 94 orang pelajar daripada lebih 100 orang batch Ke2 peringkat Negeri Pahang telah tamat belajar dan menerima pengijazahan dari Tuan Guru sendiri.

Aku mula mendaftarkan diri untuk menjadi Pelajar Darussyifa' pada bulan February 2012. Kelas pertama bermula dengan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' pada 7hb October 2012. Dari saat ini bermulalah sesei pembelajaran secara intensif yang diajar sendiri oleh Tuan Guru dan Penceramah2 hebat datang dari Darussyifa' Pusat bertempat di Kolej Islam Kuantan.

Sesei pelajaran yang diadakan 2 minggu sekali bagi sesei sepanjang hari bermula dari 8.30pagi hingga 5 petang amat memerlukan komitment yang tinggi. Tidak hairanlah hanya tinggal 94 orang dari lebih 100 yang mendaftar berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh selama 1 tahun setengah. Sistem pembelajaran adalah melalui Talaqi dan Tasmiq. Talaqi bermaksud pengajian disampaikan secara berhadapan dengan Guru dan diperturunkan ilmu pengajian pada setiap sesei. Tasmiq pula ialah Ujian lisan secara berhadapan seorang demi seorang dengan Guru bagi membaca segala hapalan Ayat2 AlQuraan & Doa yang telah dipelajari. Ada 3 Tasmiq atau tahap ujian yang mesti dilalui serta satu ujian praktikal melibatkan rawatan dan penggunaan herba.

Pembelajaran Ilmu Pengubatan Islam ini merupakan fardu Kifayah bagi Umat Islam. Setiap apa yang dipelajari tidak menjadi rahsia bahkan mesti disampaikan pula kepada orang2 lain. Diatas dasar inilah aku akan membuka satu ruang atau halaman khas yang aku namakan Pengubatan Islam Darussyifa' yang melibatkan aku sebagai perawat. Aku akan perjelaskan ayat2 yang aku baca dalam melakukan proses pengubatan yang telah aku alami.

Walaupun sebelum ini aku belum mendapat ijazah tetapi oleh kerana ada Qariah setempat yang mengetahui perihal pembelajaran aku maka mereka telah mendapatkan khidmat aku bagi mengatasi masalah yang mereka hadapi. Sebanyak 22 kes rawatan telah aku lakukan. Aku akan menceritakan satu persatu pengalaman aku dalam menjalani sesei rawatan khususnya di ruangan Pengubatan Islam Darussyifa' dalam Blog Dusun Ku ini. InsyaAllah.



Sedang Menunggu dalam Majlis Pengijazahan


Rabu, 16 April 2014

Kapal Terbang

Mungkin secara kebetulan kita sedang kehilangan sebuah kapal terbang MH370 membuatkan aku ingin menulis pasal kapal terbang.

Aku mula menaiki kapal terbang ketika aku menjawat jawatan Sales Executive di Petronas. Pada masa itu aku sering kali dijadualkan untuk menghadiri mesyuarat di Dayabumi, KL. KLCC pada masa itu sedang dalam pembinaan.  Ramai rakan2 terutama Arwah AD akan menaiki kapal terbang setiap kali ada mesyuarat di KL. Aku pula cuba mengelak dan seberapa boleh... drive saja ke KL dari Kuantan.

Apabila Boss bertanya kepada rakan2 aku kenapa aku drive dan tidak menaiki kapal terbang, mereka memberi jawapan yang mungkin aku fobia atau takut ketinggian atau takut naik flight. Sebenarnya aku tak pernah pun berkata bagitu tetapi aku biarkan saja kerana mungkin Boss akan bertanya lebih2 jika aku beri lain2 alasan.

Sebenarnya pada aku, kalau kita hanya perlukan perjalanan dalam semenanjung, Drive lebih baik & selamat dari flight. Domestic Travel by flight tidak menjimatkan masa. Contohnya, kalau flight aku ke KL dari Kuantan jam 9.00 pagi, semestinya aku mesti berada jam 8 pagi di Airport. Flight Journey hanya mengambil masa 40 minit ditambah dengan airport clearance katalah 1 jam, jadi sudah 2 jam masa yang diambil. Dari KLIA ke KL melalui teksi ambil masa dalam 1 jam dan mungkin lebih kalau traffic jam. Keseluruhannya masa yang diambil hampir 4 jam untuk sampai ke destinasi tertentu di KL.  Alternative nya aku drive lepas solat subuh, say about 6.30am dan sampai di Gombak LRT station jam 10 pagi paling lewat. Dalam masa 20 minit aku sudah sampai di KLCC. Pada ketika itu kawan2 aku baru tiba di KLIA. Itu perjalanan pergi. Perjalanan balik .....satu hal pulak. Mereka selalunya ambil flight malam jam 9.30 malam ke Kuantan dari KLIA. Aku pula, selepas mesyuarat jam 6 ptg, naik LRT ke Gombak dan terus drive dan akan tiba di Kuantan dalam jam 9.30malam. Sedangkan kawan2 aku baru nak berlepas dari KLIA.

Nak kata penat driving berbanding dengan penat menunggu & naik flight, aku rasa lebih penat menunggu & menaiki flight.

Aspek Keselamatan

Memanglah kata orang, berapa kali accident flight berbanding accident kereta dalam setahun. Tapi pada aku sesuatu yang ada diatas kalau kemalangan habis kesemua. Diatas darat nie masih boleh dielakkan kalau bukan ajal kita dengan berhemah di jalanraya. Masih boleh dijumpai jasad kita untuk dikebumikan. Jadi, kita kena fikir pasal risiko yang bakal ditempuhi. Hidup didunia hanya sekali....gunakan peluang ini untuk hidup lebih lama sebelum kita kealam kekal yang sudah semestinya berbeza dengan alam ini.

Pengalaman Lampau

Jadi, aku banyak drive dari naik flight bila travel di Semenanjung. Lainlah kalau aku keluar negara seperti ke Australia, Sudan, Qatar dan lain2 atas arahan Syarikat maka aku terpaksa mengikutlah sebab dah tak ada alternative lain.

Sesuatu yang tidak akan aku lupakan ialah flight aku ke Sandakan, Sabah suatu ketika dulu. Masa tuu direct flight dari KLIA ke Sandakan dah habis dan terpaksa aku ambil connecting flight KLIA - Kota Kinabalu - Sandakan. Aku masih ingat aku tiba di KK dalam jam 5 petang dan my connecting flight ke Sandakan jam 6.30 petang.  Tunggu punya tunggu melepasi hingga jam 7 malam, kami belum menaikki flight sebab cuaca buruk & hujan lebat. Aku lihat seorang Kapten Mat Salleh berjalan mundar mandir memerhati cuaca diluar bilik menunggu. Akhirnya, walaupun hujan masih turun dia berkata "It's OK, we'll make a move...get everybody on board" katanya kepada staf flight. Rupanya connecting flight hanya menggunakan Flight jenis Fokker yang hanya muat untuk bawah 50 orang penumpang.

Aku pun menaiki flight tersebut dan sesuatu yang tak pernah aku alami selama ini ialah flight crew mengatur tempat duduk untuk kami supaya balance. Staf pandang tubuh aku dan arahkan aku duduk sebelah kanan. Kemudian dia tengok penumpang yg hampir sama besar dengan aku disuruh duduk sebelah kiri...bagitulah seterusnya. Akhirnya flight kami berlepas hampir jam 9 malam dalam keadaan hujan masih lebat. Perjalanan flight ......tak payah diceritalah ......sekejap bergegar keatas.....sekejab begegar kebawah ...mungkin mengelakan air pocket atau thick cloud. Kapal terbang pula kecil...goyangan angin bagitu terasa. Aku lihat seorang pun tidak bercakap dalam flight tersebut. Aku memegang kuat seat yang aku duduk walaupun aku tahu sekuat manapun aku pegang .....kalau jatuh hancur berkecai...  Akhirnya kami sampai di Sandakan sejam kemudian.

Ohhh....... kalau bukan kerana terpaksa atau tiada alternatif lain .......aku rela tak keluar negara dan baiklah bercuti di semenanjung saja menggunakan kereta atau nak thrill lagi gunakan Jeep. Aku juga biasa menjelajah semenanjung sehingga ke Singapore dan Thailand dengan menunggang Motosikal Besar aku suatu masa dulu. Lebih Thrill dan lasak dari mengambil risiko terbang dan berserah saja pada takdir. Subhanallah...





Jumaat, 14 Mac 2014

Satu Usaha Selamatkan dari Banjir

Walaupun banjir besar baru dua kali melanda rumah ku iaitu pertama kali pada tahun 2001 dan kali kedua awal tahun ini, 2014 namun aku terpaksa mengambil tindakan segera. Lantas aku menaikkan rumah sekarang ke setingkat lagi. InsyaAllah, aku & keluarga tidak perlu berpindah lagi ke Pusat Pemindahan jika sekiranya banjir berlaku lagi.

(Next Article....Aku nak menulis pasal  Kapal Terbang)


Tangga dari Hall Keluarga Ke Ruang Atas





Ruang Keluarga yg Luas, 1 bilik Tidur, 2 bilik Air dan 1 ruang Dapur



Sedang mencari peralatan untuk disesuaikan dengan konsep Western ini.
 
 

Jumaat, 28 Februari 2014

Hebatnya Doa...

Surah Al-Mu'min, ayat 60

Allah berfirman: "Berdoalah kepada Aku. Aku pasti perkenankan doa mu itu"
 
Jelas melalui ayat Al Quran ini yang selalu kita baca sebelum berdoa ialah Allah SWT menyuruh kita berdoa kepadaNya dan JanjiNya...Pasti akan memperkenankan doa kita tersebut.
 
Masalahnya ialah keraguan yang timbul didalam sanubari sesaorang berhubung dengan doanya samaada akan diperkenan atau hanya tinggal sekadar doa sahaja. Terdengar banyak keluhan yang mengatakan mereka selalu berdoa tetapi macam itu juga keadaanya. Yang sakit....tetap sakit. Yang susah tetap susah. Yang senang mahukan ketenangan tetap resah. Ada yang berulang kali ditimpa musibah. Doakan anak untuk pandai tapi masih tetap bebal.

Apakah Allah tidak menunaikan janjiNya?????.

Untuk menjawab pertanyaan ini aku ingin merujuk kepada suatu contoh dibawah yang mudah untuk difahami.

"Ahmad berkerja dengan Abu iaitu majikannya. Tetapi Ahmad seorang pekerja yang malas, curi tulang, selalu mencari alasan, pantang melihat barang tuannya yang terbiar pasti dikebasnya. Tidak menepati masa bertugas. Menipu bosnya dalam hal tuntutan. Sentiasa cuti sakit walaupun tak sakit. Lebih banyak masa untuk hal2 peribadi dari tugas yang sepatutnya dilakukan. Terlalu berkira akan tugas yang dilakukan. Lebih banyak berehat & berborak daripada bekerja  dan entah apa2 lagilah perangai si Ahmad tuu."

Maka sudah tentu kita dapat meneka bagaimana respon majikannya jika Ahmad memohon sesuatu kepadanya.

Itu baru hubungan sesama manusia. Hubungan dengan Allah SWT. lebih2 lagilah kerana Allah Maha Mengetahui, Maha Melihat akan apa yang dilakukan oleh hambanya yang memohon kepadaNya.

Allah SWT kata...jangan makan benda haram. Dia hanya tak makan babi (pantang kalau nampak daging babi dicemuhnya) tetapi wang gaji penuh setiap bulan yang diterimanya untuk hasil kerjanya yang tak seberapa itu halal kah?. Haram tetap haram. Tipu claim, Tipu MC. Ambil barang bukan hak kita walaupun sebatang pensil ditempat kerja. Itu adalah hasil haram. Alat tulis dibawa pulang pula diberi pada anak untuk belajar, akan mendapat keberkatankah pelajaran anak tersebut???. Tidak ada rahmat & keberkatan bagi sesaorang termasuk keluarganya yang hidup dari sumber haram walaupun sedikit cuma.

Jadi bagaimana & bila Allah SWT hendak perkenankan doanya???. Tunggulah....doa lagi...tunggulah....doa lagi ...akhirnya putus asa. Malaikat yang membawa doa itu kepada Allah pun mungkin malas untuk membawanya.

Bolehkah kita berubah? .....Sudah tentu boleh. Tepuk dada tanya selera.

Adakah manusia sejujur & seikhlas itu?.......Sudah tentu ada. Masuk kerja awal balik lewat setiap hari. Potong claim perjalanan sendiri dari sepatutnya.

Adakah orang tak tipu MC?........Tak pernah ambil MC selama 30 tahun kerja pun ada.

Maka sudah tentu mudah bagi Allah SWT menunaikan janjiNya untuk memperkenankan Doa orang2 tersebut.

Betapa manis dan tenangnya kehidupan sekiranya kita sentiasa berada dibawah keberkatan & rahmat Allah SWT.

Sebenarnya, aku juga ingin berkongsi pengalaman bagaimana Allah SWT memperkenankan doa secara instant. Ya....sebelum ini aku pernah berjanji untuk membuka satu ruang atau halaman "Sudut Perubatan Islam - Al Syifa' dalam blog Dusun Ku ini. Tetapi memandangkan tarikh Konvokesyen telah dua kali dibatalkan( pertama kerana banjir dalam bulan 1, kedua dijadualkan pada 8/2/14 dibatalkan kerana Tuan Guru mendapat rawatan di hospital. Mungkin dalam bulan 3 atau 4 ini jadi kut. Hanya selepas konvo baru aku ingin menceritakan pengalaman mengendalikan 16 kes setakat ini secara sendiri hanya melalui Doa. Dan Subhanallah, adakalanya aku sendiri menangis teresak-esak mengenangkan kebesaran & Keesaan Allah SWT dengan melihat hasil doa yang dipohonkan itu.

Wassalam.







Jumaat, 14 Februari 2014

Hentikanlah....Saya maafkan anda

Assalamualaikum Wrkth.

Saya dengan ini memohon kepada orang yang memanipulasikan beberapa gambar Dusun saya untuk tujuan yang mereka sahaja yang tahu menarik balik iklan mereka dalam Mudah.com. (refer iklan ini)

http://www.mudah.my/Dusun+at+kampung+ulu+tawar-25575298.htm

Beberapa keping gambar yang tertera itu adalah JELAS gambar Dusun Ku. Scenario nya adalah kolam tadahan air serta bangsal berehat disuatu sudut dalam dusun saya. Boleh dilihat dalam gambar2 yang saya muatkan dalam Halaman "Dusun Ku".

Perbuatan seperti ini adalah tidak baik. Sekiranya kita ingin berjaya dalam kehidupan Dunia & Akhirat hentikan tindakan memanipulasi & menipu seperti ini. Sebenarnya Allah SWT maha mengetahui dan semua orang ingin mendapat rahmat & keberkatan dari Nya untuk kehidupan mereka.

Ingatlah bahawa sebarang tindakan kita samaada baik atau jahat pasti akan mendapat balasan dari Allah.SWT.  Hanya cepat atau lambat saja kita menerimanya.

Hentikanlah perbuatan tidak baik itu dan saya Memaafkan Kesalahan perbuatan anda tersebut. Kalau diteruskan juga...saya hanya berserah kepada Allah SWT untuk menentukanNya.

Wassalam

Rabu, 12 Februari 2014

Tahniah Mohammad Radzi & Ellie.

Alhamdulillah...Syukur Ke Hazrat Allah SWT, aku bertambah mendapat gelaran Datuk lagi. Kali ini yang ke dua dari Mohammad Radzi & Ellie.

Tahniah Radzi diatas kelahiran anak yang kedua ini dan Rezeki kenaikan pangkat dalam kerjaya. Jangan lupa kepada Allah SWT. Utamakan Sembahyang tepat pada waktunya dari lain2 aktiviti. InsyaAllah, Doa mu akan dimakbulkan Nya.

Wassalam.

Nur Fatihah Aishah. Comelnya Dia. Sebiji Rupa Ayahnya.

Khamis, 9 Januari 2014

Cerita Kak Lisa

Sebenarnya Kak Lisa yang aku maksudkan disini ialah Ikan Kelisa atau Arowana yang aku pelihara dari kecil sejak 2 tahun yang lalu. Ikan ini jenis "Golden High Back" aku beli dengan harga RM300/seekor bagi saiz 4 inci. Ianya betina dan nama Kak Lisa aku berikan kerana Cucu2 ku yang selalu suka mengusiknya bertanyakan nama ikan tersebut. Kini ukuran panjangnya melebihi 18 inci dan lebar 5 inci. Ikan Kelisa adalah jenis ikan yang mempunyai sifat ketenangan yang tinggi. Makan kegemarannya ialah Katak dan Cengkerik.

Ketenangan Kak Lisa berubah dalam seminggu sebelum banjir besar yang bermula pada 3/12/2013. Kak Lisa menjadi aggresif, melompat dan kurang selera makan. Mungkin makluk Allah ini ingin memberitahu aku sesuatu kejadian yang akan berlaku. Aku tak sangka yang air akan naik bagitu tinggi melebihi 4 kaki semasa banjir besar  itu. Apabila aku berpindah, Kak Lisa aku tinggalkan bagitu saja.

Aku hanya dapat balik dan masuk kerumah pada 9/12/2013. Keadaan dalam rumah pada masa itu seperti kapal karam. Semua kerusi, meja, almari, peti ais dan lain2 peralatan terbalik tunggang langgang. Tetapi, yang menakjubkan ialah akuarium bersaiz 3 kaki panjang dengan Kak Lisa didalamnya yang sebelum ini berada diatas rak besi setinggi 3 kaki kini terdampar diatas lantai yang dikelilingi oleh kerusi2 yang terbalik kira-kira 10 kaki dari tempat asal. Kak Lisa berenang berlegar2 seperti biasa. Tidak ada sebarang keretakan pada kaca akuarium sedangkan cermin alas meja makan yang jauh lebih tebal pecah bertaburan diatas lantai.

Sememangnya makluk Allah ini tidak mempunyai dosa dan Allah menyelamatkannya. Apabila aku menceritakan kepada Tawkeh Kedai Ikan akan kejadian ini beliau agak terkejut. Katanya, jarang Kelisa dapat hidup apabila terputus bekalan  elektrik dengan pam yang tidak berfungsi dan tanpa makanan. Mungkin ikan itu masih ingin bersama aku katanya. Banyak orang lain beritahunya yang akaurium mereka pecah dan ikan peliharaan terus hilang mengambil kesempatan melepaskan diri masing2.

Tetapi tidak pada Kak Lisa. Beliau masih setia menunggu walaupun mempunyai peluang untuk melepaskan diri. Aku akan terus pelihara Kak Lisa apalagi ia amat mengenali aku dan sangat manja.


Inilah Tempat Asal Kak Lisa. Tenang berenang kesana kemari.


Diatas lantai inilah Akuarium dan Kak Lisa terdampar. Photo ini diambil
setelah lantai dibersih dan Kak Lisa telah dipindahkan ke tempat asal.