Sabtu, 31 Disember 2011

Selamat Tahun Baru

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru, 2012" kepada semua pengikut dan pengunjung yang sudi mengikuti blog saya ini.

Tahun 2011 kini menjadi nostalgia kenangan dan tidak akan muncul lagi selepas ini. Tahun 2012 pula yang akan kita tempuhi. Entah bagaimana keadaannya nanti hanya Allah yang maha mengetahui. Banyak ramalan peristiwa berhubung dengan tahun 2012 ini. Keputusan Kes Mahkamah, GSP, PRU 13 dan yang paling hangat ialah Ramalan Kiamat mengikut Kalender Suku Kaum Maya yang mengatakan dunia akan berakhir pada 21/12/12. Gementar juga melihatkan susunan angka tersebut. Secara kebetulan tarikh ramalan 21/12/12 jatuhnya pada hari Jumaat. Kalender Kaum Maya yang telah dirangka beribu tahun dulu itu terhenti pada 21/12/12. Katanya bumi akan berhenti beredar di galaksinya. Para saintis telah membuat kajian berkenaan ramalan ini. Para producer filem barat telah mengeluarkan filem khusus berhubung berakhirnya dunia pada tahun 2012.

Mengikut ramalan mereka, pada hari Jumaat 21/12/12, matahari akan bergabung lagi dengan titik silang yang terbentuk akibat ekliptika (jalan matahari) dengan ekuator secara total. Saat itulah, matahari tepat berada di tengah-tengah sistem galaksi, atau dengan kata lain galaksi terletak di atas bumi, bagaikan membuka sebuah “Pintu Langit” saja bagi umat manusia.

Siapa Suku kaum Maya in??? Suku bangsa Maya, merupakan salah satu suku paling terkenal sekaligus misterius di dunia. Mereka terkenal karena memiliki kebudayaan tinggi dan mewariskan bangunan-bangunan megah seperti house of the dove (rumah merpati) di kawasan mesoamerika. Suku ini juga dianggap misterius, karena hilang begitu saja dari liputan sejarah.
Suku Maya adalah kelompok suku yang tinggal di semenanjung Yucatan, Amerika Tengah yang berbatasan dengan Samudera Pasifik di sebelah barat, dan Laut Karibia di sebelah timur. Beksi super seksi Suku yang pada zaman batu mencapai kejayaan di bidang teknologinya (250 M hingga 925 M), menghasilkan bentuk karya dan peradaban unik seperti bangunan (Chichen Itza), pertanian (kanal drainase), tanaman jagung dan latex, sumurnya yang disebut “cenotes“. 

Selain dari purba Mesir yang membina piramid, Suku Kaum Maya juga membina piramid mereka sendiri yang lebih canggih. Piramid Maya lebih rendah sedikit, disusun dari bebatuan raksasa yang berwarna abu-abu dan putih, tidak semuanya berbentuk kerucut, di puncaknya ada sebuah balairung untuk memuja dewa. Di sekeliling piramida Maya masing-masing memiliki 4 tangga, setiap tangga memiliki 91 undakan, secara total 4 buah tangga ditambah satu undakan bagian paling atas adalah berjumlah 365 undakan (91 x 4 + 1 = 365), tepat merupakan jumlah hari dalam satu tahun.

Bangsa Maya sangat memperhatikan ilmu perbintangan, baik di dalam maupun di luar bangunan semuanya adalah angka yang berhubungan dengan hukum peredaran benda langit. Selain jumlah undakan tangga, pada 4 bagian piramida masing-masing terdapat 52 buah relief 4 sudut, menandakan satu abad bangsa Maya adalah 52 tahun.

Walaupun secanggih manapun Suku Kaum Maya ini, apa yang ditafsirkan mereka hanyalah RAMALAN. Kuasa Allah yang menentukan segala2nya.

Sebagai umat Islam, kita mesti sentiasa bersedia. Kita tak tahu apa yang akan berlaku esok hari atau bila2 dimasa akan datang. Kuatkan keimanan, ibadat dan pengabdian kita kepada Allah SWT.  Tak salah mengejar dunia tapi perbanyakanlah amalan untuk akhirat. Pastinya kita akan menuju kesana.

Wassalam.

Isnin, 26 Disember 2011

Alhamdulillah. Lagi Hasil Dari Dusun

Cuaca agak baik pagi ini. Jadi....kemana lagi aku ...kalau tak ke Dusun.

Cerita selanjutnya dalam Halaman Dusun Ku

Sebakul Cempedak & Rambutan

Ahad, 25 Disember 2011

AUKU

Semasa aku masih menuntut di ITM, akta AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti ) ini bagitu hebat diperkatakan kerana ianya mengongkong kebebasan pelajar.  Akta ini diluluskan semasa Mahatir menjadi Menteri Pelajaran.

Aku masih ingat dalam satu ceramah kepada pelajar oleh Mahatir di dewan ITM, beliau menegaskan bahawa Malaysia ketika itu tidak mempunyai satu sistem pendidikan kebangsaan. Aku yang berluap2 jiwa pelajar ketika itu bangun mempertikaikan kenyataan beliau. Kata aku, bagaimana kalau tidak ada sistem pelajaran sesaorang pelajar melalui proses tapisan pelajarannya dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan seterusnya ke Universiti melalui peperiksaan LCE, MCE dan HSC dan sebagainya. Pastinya ada satu sistem pendidikan atau jika tidak ada nama khusus pun aku berkata ianya perlu dikatakan sebagai satu sistem yang tidak bersistem. Pada malam itu bukan aku saja yang bangun bercakap bahkan ramai pelajar2 bangun bercakap kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan Mahatir.

Pada zaman itu pelajar berani meluahkan pendapat. Ada Sudut Pidato setiap hujung minggu di Tangga Intekma dan aku biasa berucap diruang Sudut Pidato ini.  Bukan saja ruangan berucap malah kami juga bebas menyatakan sokongan kepada isu2 semasa seperti isu Setinggan Tasek Utara, Isu Kebuluran di Baling, Isu Lokman Musa dan sebagainya dengan mengadakan demonstrasi pada hari kelepasan. Minda pelajar terbuka dengan isu2 semasa.  Kedewasaan benar2 terasa. Sementelahan, pada ketika itu negara tetap aman. Tidak ada kacau bilau akibat protes dari pelajar.

Namun apabila AUKU dikuatkuasakan oleh Mahatir maka kegiatan pelajar tersekat dengan teruknya. Sudut Pidato dihapuskan. Demostrasi ditegah sama sekali. Pelajar diugut dengan tindakan disiplin, tindakan mahkamah dan sebagainya.  Pelajar hanya diarahkan belajar semata-mata. Tidak hairanlah kita melihat kurangnya pemimpin yang berwibawa dan petah berpidato yang dididik sebelum AUKU seperti Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Mat Sabu, Sanusi Junid dan sebagainya pada masa kini.

Akan tetapi suasana kini mula berubah. Empat orang pelajar membawa kes mereka kemahkamah.
Akta AUKU,  akhirnya telah diputuskan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober 2011 yang memutuskan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

Mana tidak bertentangnya, pelajar di Universiti kebanyakanya berumur lebih 21 tahun dan layak mengundi dalam pilihanraya negara. Tetapi mereka dihalang dari mencampuri hal ehwal politik. Anehnya kerajaan pula membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tertinggi itu.

Inilah yang meyebabkan pelajar2 seperti Adam Adli bangun memberontak. Beliau hanya menurunkan "Streamer" yang dalam bahasa melayu dipanggil "banding" mempamirkan gambar PM. Tetapi tindakannya di hebohkan dengan hebat oleh media massa sedangkan isu yang sebenar ialah AUKU. Anihnya sekiranya tindakan Adam biadap, bagaimana pula tindakan kumpulan yang menghantar kek tahi untuk harijadi Lim Guan Eng yang disiarkan berulangkali pula oleh media kerajaan terutama TV3. Bagaimana pula dengan perkataan "menatang" yang ditimbulkan di Terengganu.

Kerajaan sepatutnya menyedari isu sebagini yang bakal mempengaruhi pengundian dalam PRU13 nanti. Gulungan muda merangkumi lebih dari 60% jumlah pengundi secara keseluruhan. Yang benar tetap benar dan yang hak tetap hak. AUKU tidak sepatutnya dipinda pada seksyen 15 sahaja. Seksyen 3 lebih utama bercanggah dengan perlembagaan negara. Bagitu juga dengan seksyen lain yang banyak mengongkong kebebasan pelajar meluahkan pendapat.

AUKU sepatutnya di mansuhkan.

Rabu, 21 Disember 2011

Nak Cuit Sikit Pasal Politik...

Sebenarnya aku tak pernah menyertai mana2 parti politik. Sebelum ini aku hanya menumpukan pada kerja di sektor koprat. Namun aku sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa.

Aku hanya menyokong politik yang berprinsip telus, berjuang secara jujur dan ikhlas, meletakan agama sebagai teras perjuangan, menolak penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Mutakhir ini berbagai perkara mula terbongkar dan menampakkan warna sebenar erti ketelusan dan keikhlasan.

Isu Pertama:-

"Shahrizat: Saya hanya isteri pengerusi eksekutif NFC"

Itulah kenyataan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat yang aku petik dari Malaysian Insider.

Maksudnya disini,  Shahrizat cuba menjelaskan bahawa sebarang tindakan suaminya yang membelanjakan wang peruntukkan kerajaan sebanyak RM250juta khusus bagi penternakan lembu dengan melabur dalam hartatanah, rumah dan kenderaan tiada kaitan dengan dirinya.

Persoalannya, hubungan isteri dan suami bukankah sebahagian dari sebuah keluarga?. Tak kan isteri tak perlu tahu kegiatan suami lebih2 lagi dalam hal2 kewangan, pelaburan dan sebagainya untuk masa depan keluarga. Tambahan lagi diantara portfolio beliau adalah Menteri Keluarga. Bagaimana beliau hendak menjaga dan menasihati masyarakat berhubung dengan kekeluargaan jika definasi KELUARGA itu tidak difahaminya. Atau ada sesuatu yang cuba disembunyikan seperti apa yang dilakukan oleh tangan kanan tidak diketahui atau tak mahu diambil tahu oleh tangan kiri????

Isu Kedua

"Awang Adek: Yes, I received cash deposits, but...
Deputy Finance Minister Awang Adek Hussin has admitted that he had received cash contributions via his personal account, as alleged by a blogger, but said the deposits were donations for social programmes."
Kenyataan diatas dipetik dari Malaysia Kini.

Timbalan Menteri Kewangan mengaku menerima wang tunai yang dimasukan kedalam akaunnya sebagai derma untuk program kemasyarakatan di Bachok.

Atas kapasiti apa orang persaorangan boleh menerima wang derma melalui akaun peribadi???. Sementelahan pula Awang Adek,  bukan pun ahli dewan undangan negeri atau parlimen di Bachok, Kelantan setelah tewas dalam PRU ke 12 dulu. Ataupun mungkin wang derma itu tidak cukup untuk dibelanjakan kepada masyarakat menyebabkan beliau tewas dalam PRU dulu. Ataupun beliau memerlukan lebih banyak lagi sumbangan untuk menang dalam PRU 13 nanti.

Lebih membingungkan ialah kenyataan ini keluar dari beliau selaku Timbalan Menteri Kewangan. Tak pa lah SPRM sedang menyiasat dan yang pastinya kes ini "Crystal Clear" dan tentunya SPRM tak akan menyerahkan kes ini kepada Polis seperti Kes NFC diatas kerana diluar skop penyiasiatannya kata mereka.

Tapi jangan lupa.....sapa pulak yang menderma kedalam akaun beliau tu...  kenapa dia bagitu bermurah hati menderma kedalam akaun Awang Adek pulak. Aku percaya penyampai maklumat Blogger701 yang mempamerkan resit2 kemasukan wang pasti ada banyak bukti selanjutnya. Sekurang2nya ada no akaun bagi cheque pendeposit tersebut untuk siasatan selanjutnya.

Menarik pembongkaran ini..... Gelombang Merah yang baru dilancarkan untuk menawan Kelantan kini berpusing kembali menongkah arus dan tambahan 5 tahun lagi kepada pemerintahan Tok Guru di Kelantan ini nampaknya...

Cukup setakat 2 isu diatas untuk kali ini. Namun aku pasti PRU ke 13 yang dijangka akan diumumkan selepas pemberian wang RM500 melalui BR1M pada pertengahan Januari, Baucer bantuan RM200 buku sekolah dan wang RM100 yang telah diberi kepada semua pelajar sekolah mungkin TAK JADI diumumkan kerana 2 isu diatas timbul.  Pelik juga ya...budaya pemberian wang "once off"  ni nampaknya semakin menjadi-jadi pulak. Sepatutnya untuk meringankan bebenan rakyat, harga barang atau minyak, atau takrif elektrik atau berbagai perkara lain yang patut dikurangkan untuk kestabilan ekonomi rakyat jangka panjang yang perlu diutamakan.

Rasanya cukup setakat ini untuk kali ini. Banyak lagi isu yang akan aku sentuh termasuk isu AUKU, Cuepacs dan SBPA, Kes Pinjaman Bank Dunia yang Mahatir kata tak Mintak tapi mendapat pnjaman, Keputusan Kes Anwar 9/1 dan berbagai isu besar lagi yang akan diulaskan selepas ini.

Ahad, 11 Disember 2011

Banjir....ro...Banjir...ro

Mengikut perancangan, sepatutnya aku balik Penang pada hari ini. Tapi keadaan cuaca di Kuantan tidak mengizinkan. Hujan lebat turun berterusan dari semalam hingga pagi ini dan masih belum berhenti. Jalan menghala ke Taman Perumahan aku telah dinaiki air. Tapi, aku yakin ianya tak akan menjadi banjir besar seperti tahun 2000 iaitu 10 tahun lalu.

Namun aku perlu bersedia dan berhati2. Aku hanya akan bertolak ke Penang apabila keadaan bertambah baik.


Khamis, 1 Disember 2011

Assalamulaikum.... I'm back again as usual

Maaf, agak lama tak update my activity kat sini. Ada problem sikit dengan internet connection. Alhamdulillah, connection problem had been rectified & resolved.

So... feel free to browse my laman disebelah to see for my latest update,  especially hasil kebun di laman Dusun Ku dan lain2 lagi.

Wassalam.

Jumaat, 18 November 2011

Bersemadinya Insan Agung Berhati Mulia

Tanggal 16 November 2011...
Terbuku dalam nostalgia sejarah
Kau tinggalkan alam fana ini menemui penciptaNya
Tiada lagi manis senyum mu...
Jernih pandangan matamu..
Lembut tutur katamu..
Sopan tingkah lakumu..
Kau bawa bersemadi bersama jasadmu di bumi Anbia.

Walaupun masaku bersama mu tidak seberapa
Tak sempat sekali pun mendengar marahmu kepada ku
Namun dimasa yang terluang..
Kau menampakkan sikap keibuanmu
Keperihatinanmu
Kemuliaan hatimu

Insan Agung...
Maafkan aku... 
Suatu ketika dulu...
Ketenteraman dan kestabilan hidupmu tergugat dengan kelahiranku
Namun disebalik segala kepayahan
Kau berjaya mengharunginya
Berjaya pula membentuk keluarga bahagia. 

Resah terdetik dihati...
Bila kau beriya hendak kesana
Diketika jasmanimu tidak secergas mana.
Namun rohanimu kental mengharungi cita

Walau pun disaluti seribu kesedihan...
Aku bangga dengan ketabahan mu
Kau bagitu bersedia untuk bersemadi di bumi suci
Jenazahmu diusung, diarak disembahyang didepan Kaabah
Jutaan manusia seluruh pelusuk alam menjadi jemaahnya
Betapa agungnya kau
Pastinya Hajimu Mabrur
Doamu telah dimakbulkan Allah.
Rohmu dicucuri rahmatNya.

Wassalam.

Rabu, 16 November 2011

Baru balik Bercuti & Berehat kat Cyberview Resort & SPA di Cyberjaya

Sebagai melegakan rasa penat berkebun,  aku dan isteri memilih untuk bercuti & berehat di Cyberview Resort & SPA, Cyberjaya.  Resortnya amat menarik dan aku rasa ianya lebih menarik dari Berjaya Resort & SPA di Langkawi yang pernah aku pergi bersama isteri suatu ketika dulu.

Aku tak melepaskan peluang berjogging di sekeliling kawasan dan memasuki Sauna & Jacuzzi hampir setiap hari untuk merehatkan badan.

Sila lawati halaman Melihat Panorama Dunia dan Kesihatan untuk mengetahui cerita selanjutnya.

Isnin, 7 November 2011

Sempurnanya Ibadah Qurban

Alhamdulillah, Ibadah Qurban berjaya di sempurnakan pada hari semalam 6/11/2011. Setinggi2 tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua AJK dan Qariah Masjid Lama Pmtg Badak diatas kerjasama dan terlibat secara langsung dalam menguruskan Ibadah Qurban ini.

Untuk melihat rakaman video Ibadah Qurban tersebut, sila lawati halaman "Sudut Video".

Atau boleh juga melayari blog   http://masjidlamapbadak.blogspot.com.   yang mana banyak gambar2 dan video2 Ibadah Qurban di siarkan.

Wassalam.

Isnin, 24 Oktober 2011

Ke Penang Menaiki Bas



Aku baru saja balik ke Penang bersama isteri minggu lepas. Banyak hari juga kami berada disana dan sempat pula bermalam di sebuah hotel di Pulau Pinang.

Pada 19/10/2011 aku terpaksa pergi sekali lagi ke Penang kerana aku diberitahu yang ayahku telah dimasukkan ke Hospital Besar di Pulau Pinang. Kali ini aku pergi seorang diri saja dengan menaiki bas. Aku memilih perjalanan cara ini kerana ianya menjimatkan, selesa dan aku hanya perlu berihat saja sepanjang perjalanan.  Aku memilih untuk membuat perjalanan pada waktu malam iaitu bertolak jam 9 malam dan akan sampai esoknya jam 6 pagi. Jadi banyaklah masa terluang untuk aku berulangalik ke hospital pada siang hari.  Sebenarnya aku memang agak takut untuk menaiki bas terutama pada sebelah malam kerana banyak insiden kemalangan yang melibatkan bas berlaku di waktu malam. Namun aku gagahi juga dan berharap bas itu ada 2 pemandu. Hatiku merasa lega apabila memang benar terdapat 2 orang pemandu pada malam itu.

Ada yang bertanya kenapa aku tak naik flight saja, lebih mudah, harga berpatutan dan cepat sampai. Memang kalau difikirkan cara yang paling menjimatkan masa, tenaga dan kos, flight adalah pilihan utama. Tetapi semenjak pencen ni aku akan cuba mengurangkan mengambil risiko yang tinggi dengan berusaha untuk dapat hidup lebih lama di dunia ini kecuali memang telah sampai ajalku yang telah ditentukan Allah SWT. Kemalangan jalanraya memang kerap berlaku tetapi melibatkan beberapa kematian saja dalam satu kemalangan.  Kemalangan flight jarang berlaku tetapi apabila berlaku ianya melibatkan kematian hampir kesemua beratus orang isi kapal terbang bahkan jarang ditemui mayat yang sempurna. Ianya pula terbang diudara dan hanya boleh mendarat di lapangan tertentu yang disediakan saja. Biarlah dalam hal ini orang mengatakan aku kuno tapi sekurang2nya aku berusaha mengatasi risiko yang tinggi.

Pengalaman Menghadapi Risiko menaiki Flight.

Semasa bekerja dahulu semua perjalanan aku diuruskan dengan mudah menggunakan flight kemana2 saja. Setiap kali menghadiri mesyuarat bulanan atau tergempar di KLCC aku akan menaiki flight walaupun dari Kuantan. Akhirnya, satu insiden yang menyebabkan aku tersentak dan memikir semula tentang risiko keselamatan menyebabkan aku memilih untuk menggunakan perjalanan darat berbanding udara. Ianya berlaku semasa aku membuat lawatan kerja ke Sandakan Sabah dalam tahun 2005. Rakan aku, Badd Pengurus Jualan Sabah telah menasihati aku supaya mengambil flight terus dari KLIA ke Sandakan pada sebelah siang hari dan beliau sendiri akan bertolak pada siang hari dari KK ke Sandakan juga melalui flight. Tetapi aku yang sudah lali menaiki flight kemana2 samaada dalam negara atau berbelas jam perjalanan keluar negara memandang mudah amaran sahabatku itu. Jadi, pada hari itu flight aku berlepas dari KLIA ke KK pada jam 4 petang dan connecting flight ke Sandakan akan berlepas jam 8 malam.

Penerbangan dari KLIA ke KK - OK. Tetapi apabila tiba masa untuk menaiki connecting flight ke Sandakan, hujan lebat masih belum berhenti. Flight ditangguh seketika. Penumpang masih lagi menunggu dibilik sebelum berlepas. Sesekali aku lihat pilot seorang Mat Saleh berseluar pendek dan berbaju putih mundar mandir ke tingkap bilik menunggu, mengeleng2kan kepalanya melihat cuaca di luar. Mungkin beliau tak yakin untuk membuat penerbangan dalam cuaca yang sedemikian. Setelah hampir 2 jam menunggu hujan masih turun tetapi agak reda sedikit. Pilot Mat Saleh tadi memberi signal kepada anak kapal supaya menaiki kapal terbang. Semua penumpang termasuk aku pun menaiki nya. Kapal terbang ini jenis Fokker Twin Otter (Ada 2 injin) boleh memuatkan maksima 50 penumpang saja.

Kengerian pertama bermula sebaik saja aku duduk ditempat duduk mengikut number. Pilot tadi keluar dari Cock Pit nya dan memberi arahan kepada penumpang untuk penyesuaian tempat duduk. Melihat saiz badan aku yang duduk disebelah kanan ditukarkan dengan penumpang bersaiz kecil kesebelah kiri. Bagitu juga dengan penumpang2 lain diubahkan tempat duduk untuk kesimbangan penerbangan dalam cuaca yang tak berapa baik itu. Semua penumpang yang kebanyakan orang Sabah yang dah biasa dengan penerbangan seperti ini patuh kepada arahan dan tak seorang pun bantah atau berkata2. Hanya pilot dan pembantunya saja yang bersuara. Aku mula berasa gementar dengan situasi sebagitu. Inilah kali pertama aku menaiki kapal terbang yang pilotnya datang menukar2kan tempat duduk penumpang berdasarkan saiz badan masing2.

Kira2 jam 10.30 malam penerbangan bermula dan enjin kapal terbang berbunyi dengan agak kuat dan dapat didengar dengan jelas ditempat penumpang. Oleh kerana kapal terbang ini kecil aku dapat merasakan yang ianya bergegar dan bergoyang. Tangan aku memegang seat dengan kuat walaupun talipinggang telah dipasang.  Walaupun aku tahu sekuat mana pun aku pegang seat itu kalau terjadi nahas mungkin cebisan diriku pun tak akan ditemui. Hujan dan kilat dapat dilihat melalui cermin tingkap. Aku beranikan diri bertanya kepada penumpang sebelah berapa jam perjalanan itu. Tetapi penumpang sebelah agak dalam keadaan serious dan hanya bersuara "hah" saja. Gegaran menempuh awan agak kuat dan sesekali kapal terbang itu seakan akan hilang gravitinya menjunam turun kemudian naik kembali. Aku terbayangkan yang Gunung Kinabalu yang tertinggi itu serta hutan tebal sedang berada dibawah. Bagitulah perjalananya sekejap mendadak naik keatas dan sekejap menjunam kebawah. Mungkin pilotnya yang seorang saja ini cuba mengelakkan dari terlanggar awan atau sedang mengikut "contour" banjaran gunung dibawah.

Kengerian kedua bermula apabila aku lihat pilot Mat Saleh itu tiba2 keluar dari "Cock Pit" nya dan berjalan kebelakang menuju ke tandas. Dalam kepala aku mula berfikir akan siapa pula yang memandu kapal terbang ini. Pelayan atau peramugari pula tak bangun2 dan terikat dengan tali pinggang di tempat duduknya. Kira2 dalam 3 atau 4 minit pilot keluar dari tandas dan aku dengar suara kerasnya  dari belakang " Keeps on fastening your seat belt" sambil berjalan memasuki Cock Pit nya. Penerbangan secara naik turun dan bergegar itu akhirnya tiba di Sandakan hampir jam 12 malam. Anihnya di Sandakan tiada hujan pada malam itu. Sebaik saja mendarat perasan yang paling lega aku rasai. Aku tak berkata2 walaupun kepada pemandu kereta yang sedang menanti untuk membawa aku ke hotel.

Besok pagi aku jumpa Badd dan dia hanya senyum saja pada ku. Mungkin dalam hatinya berkata "padan muka dia ....orang bagi nasihat ....tak nak dengar"  atau mungkin dia berkata "berani betul member ni....". Aku pulak langsung tak menceritakan pengalaman penerbangan malam tadi tu.. Buat-buat tak ada apa2... Bodoh bodoh sombong. Tapi dalam hatiku menimbulkan kesedaran yang amat mendalam.

Sebenarnya, itu bukan pengalaman pertama yang aku lalui dalam menaiki flight. Aku biasa hadapi situasi cemas sebelum ini tetapi tidak lah seteruk yang dialami tadi. Situasi cemas sebelum ini berlaku di Kuantan Airport itu ketika kapal terbang Mas sedang berpusing diatas landasan untuk berlepas tiba2 kipas enjin yang disebelah kiri tidak berpusing atau berfungsi. Kapal terbang berpusing balik ketempat parking nya. Semua penumpang diarah turun dan menanti di bilik menunggu. Daripada situ kami dapat lihat jelas technician sedang memperbaiki kipas enjin di serombong sebelah kiri. Flight delay hampir 2 jam dan akhirnya penumpang diminta menaiki semula kapalterbang tersebut untuk berlepas ke KLIA. Bayangkan dalam hati terpikir yang macam2. Betulke kipas itu berfungsi atau adakah ia akan rosak semula diudara.

Jadi, risiko menaiki kapalterbang jauh lebih tinggi dari kenderaan darat. Sementelahan pula, pencipta kapal terbang itu sendiri iaitu Wright Brothers pun mati ketika kapal terbang yang dicipta mereka terhempas.

Bas Free di era  Guan Eng.

Berbalik kepada cerita sampai Penang tadi. Aku terus check in kat hotel berhampiran Penang Road, mandi dan terus ke Hospital.  Aku bertanya receptionist hotel bagaimana cara nak pergi hospital. Katanya mudah saja. Bas stop ada dimana2 dan tunggu saja bas Rapid Penang yang bermula dengan huruf 2 dan 5 samaada 201,02, 501, 02, 03 dan sebagainya. Tambangnya kalau dari depan hotel tu RM1.40 saja. Ada juga Bas Free yang boleh dinaik tanpa bayaran.

Aku pun tunggu di bas stop depan hotel. Memang benar ada banyak bas yang lalu. Ada jenis bas Rapid Penang yang tertulis perkataan "Free CAT" . Aku tak tahu makna sebenar perkataan CAT samaada ianya bermaksud Charted, Kucing atau perkataan moto/thema kerajaan negeri. Apabila bas free itu berhenti aku lihat ramai orang yang beratur menaikinya. Bas free ini bukan satu saja seperti yang aku pernah tengok di Kuala Terengganu berbentuk bas budaya.  Bas Free disini banyak buah dan jenis yang sama iaitu Rapid Penang. Kebanyakkan penumpang ialah orang Melayu dan India. Aku dan ada penumpang Cina menaiki bas bayar. Dalamnya selesa dan berhawa dingin.

Oleh kerana aku tinggal beberapa hari disini maka perjalanan aku kesana sini menaiki bas Rapid Penang berbayar ini lah. Suatu hari ketika aku menaiki bas untuk pergi ke Road Walk berhampiran stadium, seorang tua melayu menahan dan menaiki bas tersebut. Aku lihat dia hanya menunjukkan IC nya kepada pemandu dan terus berjalan ketempat duduk dibelakang. Aku tak pasti samaada warga emas tidak perlu membayar tambang di Penang. Baik juga perkhidmatan di era Guan Eng ini. Penang pun aku lihat jauh lebih bersih dari dulu bahkan kalau diperhati betul2 dengan bangku2 rehat yang disediakan di sepanjang jalan utama menampakkan kemudahan yang lebih baik dari KL.

Balik rumah di Kuantan, aku menceritakan kemudahan perjalanan dengan bas kepada isteriku. Tapi katanya bawa kereta sendiri lagi best, nak berhenti mana2 pun boleh, had laju pun boleh dikawal sendiri...lagi selamat.  Pulak....   Ya lah ......mudah .......bersandar disebelah saja ...ada driver tetap.

Isnin, 3 Oktober 2011

Sekitar Majlis Perkahwinan Radzi di Kuantan pada 1/10/2011

Alhamdullillah. Majlis Perkahwinan berlangsung dengan meriah sekali. Terima Kasih tak terhingga saya ucapkan kepada semua hadirin yang sudi hadir meraikan perkahwinan Mohammad Radzi. Makanan cukup seperti dijangkakan. Hanya satu jenis lauk yang terpaksa ditambah kerana habis diluar jangkaan. Saya sekeluarga amat berpuashati walaupun majlis terpaksa dilanjutkan sehingga ke jam 6 petang kerana masih ada ketibaan rakan yang datang.

Sahabat Handai

Tak terduga saya iaitu hanya dengan satu kad sahaja yang saya hantar ke Pejabat Petronas Kuantan telah menyebabkan terlalu ramai staf dan keluarga yang hadir. Terima kasih banyak diatas ingatan ikhlas tuan/puan yang sudi hadir.

Kariah Masjid

Pada Majlis Perkahwinan anak2 saya yang lepas hanya jemaah lelaki sahaja yang hadir. Tapi pada kali ini kebanyakan kariah masjid datang bersama keluarga dan anak2. Terima kasih dan terbukti pengesahan saya sebagai sebahagian dari kariah Permatang Badak. 

Rakan Niaga Stesen & Dealer Gas Petronas.

Sebenarnya pada majlis ini saya tidak menghantar kad satu pun kepada taukeh stesen Petronas walaupun sekitar Kuantan. Saya hanya menjemput kurang dari 10 orang Dealer Gas kawasan Kuantan hingga Ke Dungun. Tindakan saya ini adalah tidak mahu membebankan tuan/puan yang sedang berniaga apatahlagi saya pun sudah hampir 2 tahun bersara. Namun, Terima Kasih banyak semua dealer yang dijemput hadir bersama keluarga. Bahkan ada dealer yang dari Terengganu dan Stesen Minyak di Temerloh yang mengetahui melalui rakan2 menghubungi saya untuk turut hadir. Dan mereka datang walaupun jauh. Terima kasih kepada anda semua.

Suadara Mara

Buat pertama kalinya dalam majlis perkahwinan anak2 saya,  pada kali inilah paling ramai saudara mara yang datang dan terlibat secara langsung dalam majlis perkahwinan Radzi ini. Selain daripada adik beradik isteri yang tinggal sejauh di Manjung, Nilai dan Pasir Mas Kelantan,  Kakak isteri yang menetap di Kulim Kedah turut hadir bersama keluarga, anak2 dan menantu. Kesemua 3 Bisan sejauh Johor Bahru, Kelantan dan Terengganu hadir sehari lebih awal bersama keluarga masing2. Oleh kerana rumah saya dan rumah anak penuh dengan keluarga maka Bisan2 ini terpaksa tinggal dibeberapa Homestay yang berdekatan. Bahkan bapa saudara isteri & keluarga yang datang dari Port Dickson terpaksa bermalam di hotel Kuantan. Turut hadir di Majlis ini ialah Abang saya dan isterinya serta adik saya yang tinggal di Putra Jaya hadir bersama suami dan anak2. Terima kasih kepada semua.

Ex Boss Saya

Yang paling tak terduga oleh saya ialah kehadiran Ex Boss saya iaitu Gen. Manager, LPG Business Division, PDB di KLCC turut hadir pada majlis ini. Thank you very much Boss for skipping your precious time by making yourself available at my function. You're forever the "Boss" to me.

Rakan2 pejabat Radzi & Isteri, Rakan anak2 & menantu dan jiran2 terdekat.

Terima kasih banyak diatas kehadiran kalian semua.

Walau bagaimana pun gambar2 yang saya ambil tak berapa banyak kerana terlalu sibuk melayan tetamu. Hanya sekali sekala terluang yang sempat merakamkan beberapa gambar.


Cucu2 nakal dengan kerenah mereka

Persiapan selesai menantikan jam 12 tengahari

Rakan rumah sewa semasa bujang di Sg Way. Pak Ya Pengurus baru pencen dgn Sykt Esso Malaysia. Mokhtar, Senior Training Executive di Petronas Kerteh. Kesemua kami bertemu jodoh masing2 di Sg Way. Isteri2 tu satu tempat kerja dulu tu...

Boss saya GM LPG Business diapit kiri kanan oleh Stokis Dungun dan Dealer K. Terengganu

Mak Mertua menepung tawar menantu

 
Perarakan Pengantin


Abang Sulong dan Adik turut hadir



Untuk melihat gambar2 seterusnya. Click saja link dibawah :-

https://picasaweb.google.com/110189849322317227106/MajlisKahwinDiKuantanOctober12011#



Sekitar Majlis Cukur Jambul Adam Harris

Alhamdulillah, Majlis Cukur Jambul Adam Harris berjaya dilaksanakan dengan meriahnya pada sebelah malam 30/9/2011. Lebih daripada 120 orang tetamu termasuk jemaah masjid, saudara mara dan rombongan pengantin turut serta memeriahkan suasana.

Harris sedang diarak untuk di cukur jambulnya

Sebahagian yang hadir dalam rumah manakala yang lain berada dikawasan halaman dan di khemah

Habis sebahagian rambut Harris di gunting

Neneknya pun turut sama menggunting

Sebahagian tetamu sedang menunggu mengambil makanan dikhemah


Click link dibawah untuk melihat album gambar Cukur Jambul Harris.
https://picasaweb.google.com/110189849322317227106/CukurJambulHarrisSeptember302011#

Selasa, 27 September 2011

Sekitar Majlis Perkahwinan Mohammad Radzi di Kelantan



Alhamdulillah, Majlis Perkahwinan Mohammad Radzi yang berlangsung dirumah pengantin perempuan di Tanah Merah, Kelantan pada 24/9/2011 berjalan dengan sempurna.

Terima kasih kepada saudara mara dan sahabat handai yang turut serta dan mengiringi pengantin pada hari tersebut.

Berikut adalah beberapa keping gambar pada hari Majlis berkenaan dijalankan:-


Sedang mendengar kutbah akad nikah

Doa Selamat di baca apabila selesai akad nikah

Saudara terdekat sedang bersarapan pagi di Homestay, Tanah Merah

Upacara membatal air sembahyang

Bersama anak2, cucu dan menantu baru

12 buah kereta bersiap sedia untuk berarak kerumah pengantin


Untuk melihat keseluruhan album, sila "click"  link berikut :-


https://picasaweb.google.com/110189849322317227106/KahwinRadziSeptember262011?authuser=0&authkey=Gv1sRgCJWOgpTwlcvRNA&feat=directlink

Kahwin Radzi September 26, 2011

Jumaat, 16 September 2011

Undangan Majlis Perkahwinan



Dengan segala hormatnya saya ingin menjemput Tuan/Puan, pengikut blog, saudara mara, kenalan dan sahabat handai ke Majlis Perkahwinan anak lelaki saya yang akan diadakan pada hari Sabtu, 1hb. Oktober 2011 dirumah saya di No. 24, Taman Ukhwah, Pmtg Badak, Kuantan, Pahang.

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan akan lebih menyeri & memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut.

Wassalam.

Selasa, 6 September 2011

Durian Berbunga Lagi



Aku ke Dusun lagi pagi ni. Aku ada ambil gambar pokok durian yang kembali berbunga selepas baru sahaja selesai menggugurkan buah2nya baru2 ini. Rezeki Allah....Alhamdulillah.

Aku juga petik petai lagi pagi ni. Petai yang aku petik semalam tu separuh hari saja dah habis dijual. Isteri aku tolak kat kedai pada harga RM2.00 untuk seikat 5 papan. Dia suruh kedai jual pada harga RM2.50 seikat sahaja. Sekarang ni baru lepas mengikat petailah ni. Esok pagi isteriku akan bawa lagi kekedai.

Sejak dari puasa hingga kehari ini rumah ku tak berhenti masak lauk petai. Aku pula tak jemu2 memakannya. Bahkan ianya menjadi sebagai pembuka selera kerana petai padi ini lemak rasanya dan tak rasa kelat atau pahit langsung. Macam2 jenis masakan petai telah dimasak seperti Sambal petai udang, masak lomak cili api petai & ikan bilis, ulam rebus petai, petai yang masak ranum dimakan mentah dan ada juga yang dibuat jeruk petai . Sehinggkan hari raya pun ada masakan lauk petai. Anak2 dan menantuku pun suka juga lauk petai ni. Berikat-ikat mereka bawa balik kerumah masing2.

Tengok ...lebatnya bunga durian

Kat dahan yang mencecah tanah pun ada bunga

Minta2 ...jadi buah lah bunga2 ni. InsyaAllah

Petai yang aku petik pagi tadi. Matanya besar, bulat dan padat. Alhamdulillah

Ahad, 4 September 2011

Tak Terduga Bagini Jadinya Cara Hidupku Kini

Ya... aku tidak pernah terduga bahawa perjalanan hidupku akan menjadi seperti ini. Aktiviti harianku banyak tertumpu di Dusun Ku. Badan ku sentiasa berpeluh dan kerapkalinya basah kuyup seluruh tubuh dengan peluh yang mengalir. Aku mempunyai 4 pasang pakaian sebagai persalinan ketika aku menjalankan aktiviti perkebunan. Tubuhku semakin liat dan kelihatan keras dan sasa. Lemak2 semakin berkurangan. Berat badanku kini sekitar 78kg dan tidak seberat 86kg semasa aku makan gaji dulu.

Ya...lah, yang membuat aku agak kaget ialah suasana kehidupanku kini. Sebelum puasa aku mendapat hasil kebun berguni2 jering yang bagitu laris dijual. Pagi ini pula aku petik sebeban petai hampir memenuhi meja makan lama diluar rumah. Besok pagi, isteriku akan membawa petai2 ini untuk dipasarkan dikedai2 runcit. 4 papan petai dijualnya pada harga RM2/= sahaja. Itu aku baru petik sebahagian saja. Mungkin ada 4 kali petik lagi sebanyak itu. Lusa akan ku petik lagi untuk dijual.

Walau bagaimanapun aku suka dengan suasana kehidupanku kini. Tak payah memerah otak memikirkan hal yang bukan2. Hal2 tergempar. Isu2 terkini dan sebagainya. Aku merasa puas menikmati rezeki halal dari keringat titik peluh ku sendiri.

Yang membuatkan aku teperanjat ialah 3 dari pokok durian yang baru habis gugur buahnya tiba2 berbunga kembali. Kali ini bunganya lebih lebat dari dulu. Pegawai Pertanian yang aku jemput untuk membuat lawatan ke Dusun Ku seminggu sebelum raya turut terkejut melihatkan situasi sebagini. InsyaAllah akan aku muatkan gambar pokok2 yang berbunga tersebut pada artikel yang akan datang.

Ya..Allah... aku amat bersyukur dengan rezeki yang Kau limpahkan kepada ku.

Amin.

Petai Padi yang isinya padat
Lihatlah matanya padat berisi.

Untuk di jual pada esok hari




Jumaat, 2 September 2011

Selamat Hari Raya






http://www.4shared.com/audio/Qflq1ilc/Sajak_-_Baliklah_Wok.html


Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin khususnya kepada pengikut blog ini dan juga kepada semua para pengunjung.

Aku merayakan Aidil Fitri pada tahun ini bersama bersama anak2 dan cucu2. Kecuali Adam Harris yang balik sebelum raya dan datang kembali pada raya ke 3.

Lihatlah gambar2 dibawah betapa meriahnya sambutan raya tahun ini.

Bersama 3 dari 4 cucu

Sebahagian dari keluarga

Bersama 3 dari 4 orang anakku

Lagi sebahagian dari keluarga

Suasana rumah di Malam Raya

Lagi suasana di Malam Raya

Suasana malam raya

Ruang hadapan dan tengah rumah

Ruang makan keluarga

Ruang Tamu hadapan

Ruang Sudut Liputan Akhbar melibatkan aktiviti semasa aku bekerja dulu




Ahad, 28 Ogos 2011

Ramadhan Hampir Berlalu

Alhamdulillah, kita semua berjaya mengharungi Ramadhan dengan cekal dan tabah. Seperti yang pernah aku tulis diawal Ramadhan dan juga seperti yang dijangkakan ramai muslimin dan muslimat patuh kepada amalan berpuasa wajib di bulan Ramadhan. Mungkin akibat tindakan Allah yang membelengu bapak2 syaitan dibulan Ramadhan menyebabkan ramai cenderung untuk mengerjakan ibadat puasa, mengunjungi masjid, bersedekah dan membayar fitrah dan sebagainya. Puasa bukan saja dilakukan oleh orang2 alim yang kuat pegangan agama bahkan orang tak alim, kaki judi, mat rempit hatta mak nyah sekali pun sedikit sebanyak akan berubah dibulan Ramadhan untuk mengerjakan  ibadat puasa. Bukan saja dilakukan oleh orang tua bahkan orang muda dan kanak2 pun berpuasa. Bukan saja dilakukan oleh orang yang sopan, menutup aurat bahkan yang kurang sopan dan yang sentiasa terdedah auratnya pun turut berpuasa. Yang lebih sedih dan amat mendukacita ialah puasa bukan saja dilakukan oleh orang yang tak tinggal sembahyang fardhu bahkan ianya dilakukan juga oleh yang tidak bersembahyang, jarang bersembahyang dan sentiasa melengah2kan sembahyang.  Nanguzubillah,  tahukah mereka yang jenis kedua ini iaitu mereka mempermain2kan agama. Tergulong dikalangan orang2 fasik dan jahil yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga semata2.

Saban hari di bulan Ramadhan, kita diingatkan berkali2 ayat2 Allah melalui tazkirah, ceramah, program tv dan sebagainya yang menyuruh kita berpuasa kerana dengan berpuasa mudah2an kita menjadi orang yang bertakwa. Bertakwa bermaksud takut kepada Allah, sentiasa mengerjakan suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Allah berfirman menggunakan ayat "Laangallakum" yang bermaksud mudah2an kerana Maha Suci Allah amat mengetahui tidak semua orang yang berpuasa akan menjadi orang yang bertakwa. Orang yang jarang sembahyang, kaki judi, rempit, mak nyah, pemalas dan seangkatan dengannya akan kembali ketabiat asal. Hanya orang2 yang takut dan patuh kepada suruhan Allah akan berubah dan menguatkan lagi ketakwaan mereka kepada Allah. Sama juga dengan orang pergi mengerjakan haji dan umrah yang bagitu taat dan alim ditanah suci, sentiasa sembahyang berjumaah, songkok, telekong dan jubah sentiasa terletak dikepala dan badan tetapi apabila kembali ketanahair, songkok, telekong dan jubah tertanggal dengan sendirinya. Benarlah sabda hadis Rasullullah SAW. iaitu tanda2 orang yang mendapat haji mabrur iaitu haji yang diterima amalannya oleh Allah ialah mereka  yang akan berubah dari segi rohani dan jasmaninya apabila selesai mengerjakan haji atau umrah tersebut. Kalau yang bersongkok ditanah suci mereka akan terus bersongkok dikampong mereka. Kalau yang sentiasa mengaji Quraan mereka akan saban hari rasa tak senang duduk kalau tertinggal walaupun sehari tidak membaca Quraan ditempat mereka. Bahkan mereka tidak akan merasa janggal sedikit pun berkenaan perubahan diri mereka ditempat mereka.

Maka dengan berakhirnya Ramadhan ini, diharapkan kita semua menjadi orang yang bertakwa. Tidak rugi kita menjadi orang yang bertakwa dengan melakukan amal kebajikan yang soleh. Kerana apabila meninggalnya sesaorang anak Adam itu ada 3 benda yang mengiringnya ke kubur. Dua benda akan tinggal didunia ini dan hanya satu benda yang akan mengikutnya kealam barzakh. Dua benda yang tinggal ialah harta dan kaum keluarga yang masih hidup. Tidak akan ada seorang saudara yang masih hidup sanggup mengikutnya ke alam barzakh. Yang hanya mengikutnya adalah "Amal kebajikannya yang dilakukan sebagai seorang insan yang bertakwa kepada Allah" untuk menemaninya bagi menerima pembalasan yang dijanjikan Allah SWT.


Aku berbanyak memohon ampun dan maaf sekiranya apa yang aku tulis selama ini dan selepas ini menimbulkan keresahan dan ketidak selesaan pembaca dan pengunjung blog aku ini. Tujuan murniku hanya untuk sentiasa menyedarkan diri aku ini dan juga mungkin dapat memberi peringatan kepada yang sanggup berubah menjadi insan yang bertakwa.  Ianya juga sebagai mana memenuhi tuntutan agama agar sesaorang insan itu adalah bertanggung jawab untuk "Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran".  Sekurang2nya melalui kemajuan teknoloji telekomunikasi ini aku melaksanakan tanggung jawabku sebagai insan untuk melaksanakan "Maal makruf, nahi munkar". Hadis Nabi meriwayatkan iaitu sebanyak mana amalan kebajikan sesaorang jika ia tidak melakukan tanggungjawabnya berdakwah kepada insan lain maka sia-sia lah amal kebajikannya itu.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri ...Maaf zahir dan batin.

Wassalam.

Khamis, 25 Ogos 2011

Cerita Benar Keluar Lagi.....

Asri: Janda Muslim ditahan Jais tak murtad, rujuk gereja kerana ‘desakan hidup’

August 25, 2011


Asri berkata beliau menyaksikan wanita tersebut menunaikan solat tarawih. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad.
Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran “desakan hidup.”
Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti.
Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.
Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad.
“Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad,” katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini.
Kata Asri lagi, “alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup.”
Asri menambah, terus-terang dia sebut “semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.”
Dia mempunyai tiga orang anak.
“Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih.
“Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan,” kata beliau lagi.
Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan.
Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, “begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan.”
“Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.

“Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam,” kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini.

Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya.
“Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.
“Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja,” katanya.
Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja.
“Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi,” kata beliau lagi.
Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar.
“Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.
“Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.
“Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu,” katanya.
Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.
“Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.
“Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini,” katanya lagi.
Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya.
“Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.
“Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.
“Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan,” kata Asri sambil menambah, “pihak gereja membantu keperluan hidupnya.”
Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan “mesra dan saying”.
“Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya,” tulis beliau lagi.

Bukti semakin banyak mula terdedah.

Dr Asri: Kita mudah salahkan gereja, dakwa mereka punca segala masalah

August 25, 2011
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Pemimpin parti politik dan bukan politik Islam tidak wajar dengan mudah menyalahkan pihak gereja jika menghulurkan bantuan kepada Muslim memerlukan bantuan jika mereka sendiri gagal menjaga kebajikan pihak terbabit, kata bekas mufti Perlis.
Sehubungan itu jelas Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), pihak terbabit sering meletakkan kesalahan ke atas pihak gereja dalam usaha ingin melepaskan diri.
“Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya.
“Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’,” kata beliau dalam satu tulisan dikeluarkan hari ini.
Merujuk kepada perkembangan isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama awal bulan ini, Asri menambah, jika pun mereka tidak membantu dan berdakwah, tidak perlulah disalahkan.
Beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 orang hadirin beragama Islam pada satu majlis makan malam di gereja tersebut pada 3 Ogos lalu.
Tulisannya dihasilkan susulan kunjungan beliau ke atas salah seorang daripada 12 orang Muslim terbabit.
“Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata. Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan.
“Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini,” katanya.
Asri juga berkata, beliau tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan.
“Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah.
“Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?” katanya lagi.
Asri mendakwa sesesetengah pegawai zakat bersifat begitu materialistik, “berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat.”
Oleh itu katanya, tiada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiah dan pemohonan menjadi sulit dan sukar.
“Jika program Bersamamu boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka.
“Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat,” katanya lagi.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Lagi Pasal Puasa

Cucu sulongku yang baru darjah satu belajar untuk berpuasa. Sebelum tidur beliau beria2 telah berpesan kepada hampir semua ahli keluarga untuk mengejutkannya bersahur.

Pukul 5.00 am, neneknya mula mengejutnya namun tak ada respons. Selepas itu aku pula mengejutnya....pun tak ada respons. Jam 5.10, emaknya pula mengejutnya.....lagi tak nak bangun. Lalu aku cadangkan supaya dipercikkan air kemukanya. Akhirnya beliau bangun jam 5.15 am. Tapi hampir tertidur pulak depan makanan. Sebenarnya ada aku rakamkan gambar video ketika beliau hampir tertidur dimeja makan ketika menunggu makanan. Tapi nak muat turun dalam "Sudut Video" lambat sangat. Jadi aku siarkan gambar photonya saja disini.

Namun, Alhamdulillah, beliau cekal berpuasa.