Semasa aku masih menuntut di ITM, akta AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti ) ini bagitu hebat diperkatakan kerana ianya mengongkong kebebasan pelajar. Akta ini diluluskan semasa Mahatir menjadi Menteri Pelajaran.
Aku masih ingat dalam satu ceramah kepada pelajar oleh Mahatir di dewan ITM, beliau menegaskan bahawa Malaysia ketika itu tidak mempunyai satu sistem pendidikan kebangsaan. Aku yang berluap2 jiwa pelajar ketika itu bangun mempertikaikan kenyataan beliau. Kata aku, bagaimana kalau tidak ada sistem pelajaran sesaorang pelajar melalui proses tapisan pelajarannya dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan seterusnya ke Universiti melalui peperiksaan LCE, MCE dan HSC dan sebagainya. Pastinya ada satu sistem pendidikan atau jika tidak ada nama khusus pun aku berkata ianya perlu dikatakan sebagai satu sistem yang tidak bersistem. Pada malam itu bukan aku saja yang bangun bercakap bahkan ramai pelajar2 bangun bercakap kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan Mahatir.
Pada zaman itu pelajar berani meluahkan pendapat. Ada Sudut Pidato setiap hujung minggu di Tangga Intekma dan aku biasa berucap diruang Sudut Pidato ini. Bukan saja ruangan berucap malah kami juga bebas menyatakan sokongan kepada isu2 semasa seperti isu Setinggan Tasek Utara, Isu Kebuluran di Baling, Isu Lokman Musa dan sebagainya dengan mengadakan demonstrasi pada hari kelepasan. Minda pelajar terbuka dengan isu2 semasa. Kedewasaan benar2 terasa. Sementelahan, pada ketika itu negara tetap aman. Tidak ada kacau bilau akibat protes dari pelajar.
Namun apabila AUKU dikuatkuasakan oleh Mahatir maka kegiatan pelajar tersekat dengan teruknya. Sudut Pidato dihapuskan. Demostrasi ditegah sama sekali. Pelajar diugut dengan tindakan disiplin, tindakan mahkamah dan sebagainya. Pelajar hanya diarahkan belajar semata-mata. Tidak hairanlah kita melihat kurangnya pemimpin yang berwibawa dan petah berpidato yang dididik sebelum AUKU seperti Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Mat Sabu, Sanusi Junid dan sebagainya pada masa kini.
Akan tetapi suasana kini mula berubah. Empat orang pelajar membawa kes mereka kemahkamah.
Akta AUKU, akhirnya telah diputuskan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober 2011 yang memutuskan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.
Mana tidak bertentangnya, pelajar di Universiti kebanyakanya berumur lebih 21 tahun dan layak mengundi dalam pilihanraya negara. Tetapi mereka dihalang dari mencampuri hal ehwal politik. Anehnya kerajaan pula membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tertinggi itu.
Inilah yang meyebabkan pelajar2 seperti Adam Adli bangun memberontak. Beliau hanya menurunkan "Streamer" yang dalam bahasa melayu dipanggil "banding" mempamirkan gambar PM. Tetapi tindakannya di hebohkan dengan hebat oleh media massa sedangkan isu yang sebenar ialah AUKU. Anihnya sekiranya tindakan Adam biadap, bagaimana pula tindakan kumpulan yang menghantar kek tahi untuk harijadi Lim Guan Eng yang disiarkan berulangkali pula oleh media kerajaan terutama TV3. Bagaimana pula dengan perkataan "menatang" yang ditimbulkan di Terengganu.
Kerajaan sepatutnya menyedari isu sebagini yang bakal mempengaruhi pengundian dalam PRU13 nanti. Gulungan muda merangkumi lebih dari 60% jumlah pengundi secara keseluruhan. Yang benar tetap benar dan yang hak tetap hak. AUKU tidak sepatutnya dipinda pada seksyen 15 sahaja. Seksyen 3 lebih utama bercanggah dengan perlembagaan negara. Bagitu juga dengan seksyen lain yang banyak mengongkong kebebasan pelajar meluahkan pendapat.
AUKU sepatutnya di mansuhkan.