Aku hanya menyokong politik yang berprinsip telus, berjuang secara jujur dan ikhlas, meletakan agama sebagai teras perjuangan, menolak penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Mutakhir ini berbagai perkara mula terbongkar dan menampakkan warna sebenar erti ketelusan dan keikhlasan.
Isu Pertama:-
"Shahrizat: Saya hanya isteri pengerusi eksekutif NFC"
Itulah kenyataan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat yang aku petik dari Malaysian Insider.
Maksudnya disini, Shahrizat cuba menjelaskan bahawa sebarang tindakan suaminya yang membelanjakan wang peruntukkan kerajaan sebanyak RM250juta khusus bagi penternakan lembu dengan melabur dalam hartatanah, rumah dan kenderaan tiada kaitan dengan dirinya.
Persoalannya, hubungan isteri dan suami bukankah sebahagian dari sebuah keluarga?. Tak kan isteri tak perlu tahu kegiatan suami lebih2 lagi dalam hal2 kewangan, pelaburan dan sebagainya untuk masa depan keluarga. Tambahan lagi diantara portfolio beliau adalah Menteri Keluarga. Bagaimana beliau hendak menjaga dan menasihati masyarakat berhubung dengan kekeluargaan jika definasi KELUARGA itu tidak difahaminya. Atau ada sesuatu yang cuba disembunyikan seperti apa yang dilakukan oleh tangan kanan tidak diketahui atau tak mahu diambil tahu oleh tangan kiri????
Isu Kedua
"Awang Adek: Yes, I received cash deposits, but...
Deputy Finance Minister Awang Adek Hussin has admitted that he had received cash contributions via his personal account, as alleged by a blogger, but said the deposits were donations for social programmes."
Kenyataan diatas dipetik dari Malaysia Kini.Timbalan Menteri Kewangan mengaku menerima wang tunai yang dimasukan kedalam akaunnya sebagai derma untuk program kemasyarakatan di Bachok.
Atas kapasiti apa orang persaorangan boleh menerima wang derma melalui akaun peribadi???. Sementelahan pula Awang Adek, bukan pun ahli dewan undangan negeri atau parlimen di Bachok, Kelantan setelah tewas dalam PRU ke 12 dulu. Ataupun mungkin wang derma itu tidak cukup untuk dibelanjakan kepada masyarakat menyebabkan beliau tewas dalam PRU dulu. Ataupun beliau memerlukan lebih banyak lagi sumbangan untuk menang dalam PRU 13 nanti.
Lebih membingungkan ialah kenyataan ini keluar dari beliau selaku Timbalan Menteri Kewangan. Tak pa lah SPRM sedang menyiasat dan yang pastinya kes ini "Crystal Clear" dan tentunya SPRM tak akan menyerahkan kes ini kepada Polis seperti Kes NFC diatas kerana diluar skop penyiasiatannya kata mereka.
Tapi jangan lupa.....sapa pulak yang menderma kedalam akaun beliau tu... kenapa dia bagitu bermurah hati menderma kedalam akaun Awang Adek pulak. Aku percaya penyampai maklumat Blogger701 yang mempamerkan resit2 kemasukan wang pasti ada banyak bukti selanjutnya. Sekurang2nya ada no akaun bagi cheque pendeposit tersebut untuk siasatan selanjutnya.
Menarik pembongkaran ini..... Gelombang Merah yang baru dilancarkan untuk menawan Kelantan kini berpusing kembali menongkah arus dan tambahan 5 tahun lagi kepada pemerintahan Tok Guru di Kelantan ini nampaknya...
Cukup setakat 2 isu diatas untuk kali ini. Namun aku pasti PRU ke 13 yang dijangka akan diumumkan selepas pemberian wang RM500 melalui BR1M pada pertengahan Januari, Baucer bantuan RM200 buku sekolah dan wang RM100 yang telah diberi kepada semua pelajar sekolah mungkin TAK JADI diumumkan kerana 2 isu diatas timbul. Pelik juga ya...budaya pemberian wang "once off" ni nampaknya semakin menjadi-jadi pulak. Sepatutnya untuk meringankan bebenan rakyat, harga barang atau minyak, atau takrif elektrik atau berbagai perkara lain yang patut dikurangkan untuk kestabilan ekonomi rakyat jangka panjang yang perlu diutamakan.
Rasanya cukup setakat ini untuk kali ini. Banyak lagi isu yang akan aku sentuh termasuk isu AUKU, Cuepacs dan SBPA, Kes Pinjaman Bank Dunia yang Mahatir kata tak Mintak tapi mendapat pnjaman, Keputusan Kes Anwar 9/1 dan berbagai isu besar lagi yang akan diulaskan selepas ini.