Isnin, 22 Jun 2020

Cuka Kayu

Sebelum ini aku ada uploadkan bagaimana aku membuat sendiri cuka kayu di Dusun Ku. Kini aku ingin update kan pula hasil yg diperolehi semasa memproses pada minggu lepas itu.

Hasil yg diperolehi adalah sekitar 16 Liter untuk satu drum kayu yg diproses. Ia agak melebihi sasaran kerana jangkaan berdasarkan Clip Youtube yg aku ikuti meramalkan hanya sekitar 12 Liter.


Antara kebaikan Cuka Kayu adalah:
  1. Meningkatkan daya hidup dan kualiti tanaman dengan menyemburkan cuka kayu pada daun tumbuhan.
  2. Perlindungan daripada serangga berbahaya dan penyakit tumbuhan tertentu.
  3. Mengawal aktiviti biologi tanah dengan membantu mempengaruhi kepekatan mikrob yang berguna.
  4. Membantu dalam pembangunan akar yang lebih kuat untuk tumbuh-tumbuhan.
  5. Pengurangan bau dari baja yang dihasilkan
  6. Fasilitasi kompos – cuka kayu sebagai pengaktif kompos membantu mempercepat penukaran bahan menjadi kompos organik.
InsyaAllah, aku akan update kan pula hasil penggunaan Cuka Kayu ini dengan menyiarkan bukti2 gambar sebelum dan selepas pada posting akan datang.

Pack besar itu ber size 12 Liter dan pack yg kecil itu 4 Liter.

Isnin, 15 Jun 2020

Memproses Cuka Kayu

Alhamdulillah!!! Sedang menunggu durian gugur aku sempat memproses Cuka Kayu (Wood Vineger) di kebun aku. Cuka kayu amat baik utk kesuburan dan pertumbuhan pokok serta menghalang penyakit. Aku biasa beli dulu tapi harganya agak mahal. Jadi aku buat sendiri. Penggunaannya amat sedikit iaitu pada nisbah 1 : 200. Maksudnya 1 bahagian cuka kayu dicampur dgn 200 bahagian air. Sembur dan siram ke pangkal pokok. InsyaAllah daun akan menjadi hijau berkilat dan pokok akan tumbuh dgn subur. Aku akan update kan keseluruhan video dan photo2 ke dalam blog Dusun Ku dalam masa terdekat. Skrng aku masih di kebun kutip buah. Wassalam

Khamis, 11 Jun 2020

Koleksi Petang Ini

Alhamdulillah!!! Diantara koleksi petang tadi yg telah pun diambil oleh pelanggan. Saya ingin mengesahkan yg semua pesanan sepanjang 2 minggu lepas telah dipenuhi. Kecuali satu pesanan dari En. Rasid yg masih tertunggak kerana beliau kini berada di Kampong. Tambahan pula pesanan beliau agak banyak iaitu sebanyak mana yg saya ada pada hari berkenaan. 

InsyaAllah, pesanan2 yg baru diterima minggu ini spt dari Ustaz Zul Tmn Guru, En. Mad Jaya Gading dan lain2 akan dipenuhi selewat2nya minggu depan. Minggu ini telah dikhususkan kpd pesanan daripada kawan2 orang rumah saya pula. Terima kasih diatas sokongan semua. Wassalam
Image may contain: car