Hasil yg diperolehi adalah sekitar 16 Liter untuk satu drum kayu yg diproses. Ia agak melebihi sasaran kerana jangkaan berdasarkan Clip Youtube yg aku ikuti meramalkan hanya sekitar 12 Liter.
Antara kebaikan Cuka Kayu adalah:
- Meningkatkan daya hidup dan kualiti tanaman dengan menyemburkan cuka kayu pada daun tumbuhan.
- Perlindungan daripada serangga berbahaya dan penyakit tumbuhan tertentu.
- Mengawal aktiviti biologi tanah dengan membantu mempengaruhi kepekatan mikrob yang berguna.
- Membantu dalam pembangunan akar yang lebih kuat untuk tumbuh-tumbuhan.
- Pengurangan bau dari baja yang dihasilkan
- Fasilitasi kompos – cuka kayu sebagai pengaktif kompos membantu mempercepat penukaran bahan menjadi kompos organik.
InsyaAllah, aku akan update kan pula hasil penggunaan Cuka Kayu ini dengan menyiarkan bukti2 gambar sebelum dan selepas pada posting akan datang.
Pack besar itu ber size 12 Liter dan pack yg kecil itu 4 Liter. |