Alhamdulillah!!! Sedang menunggu durian gugur aku sempat memproses Cuka Kayu (Wood Vineger) di kebun aku. Cuka kayu amat baik utk kesuburan dan pertumbuhan pokok serta menghalang penyakit. Aku biasa beli dulu tapi harganya agak mahal. Jadi aku buat sendiri. Penggunaannya amat sedikit iaitu pada nisbah 1 : 200. Maksudnya 1 bahagian cuka kayu dicampur dgn 200 bahagian air. Sembur dan siram ke pangkal pokok. InsyaAllah daun akan menjadi hijau berkilat dan pokok akan tumbuh dgn subur. Aku akan update kan keseluruhan video dan photo2 ke dalam blog Dusun Ku dalam masa terdekat. Skrng aku masih di kebun kutip buah. Wassalam