Aku ke Dusun lagi pagi ni. Aku ada ambil gambar pokok durian yang kembali berbunga selepas baru sahaja selesai menggugurkan buah2nya baru2 ini. Rezeki Allah....Alhamdulillah.
Aku juga petik petai lagi pagi ni. Petai yang aku petik semalam tu separuh hari saja dah habis dijual. Isteri aku tolak kat kedai pada harga RM2.00 untuk seikat 5 papan. Dia suruh kedai jual pada harga RM2.50 seikat sahaja. Sekarang ni baru lepas mengikat petailah ni. Esok pagi isteriku akan bawa lagi kekedai.
Sejak dari puasa hingga kehari ini rumah ku tak berhenti masak lauk petai. Aku pula tak jemu2 memakannya. Bahkan ianya menjadi sebagai pembuka selera kerana petai padi ini lemak rasanya dan tak rasa kelat atau pahit langsung. Macam2 jenis masakan petai telah dimasak seperti Sambal petai udang, masak lomak cili api petai & ikan bilis, ulam rebus petai, petai yang masak ranum dimakan mentah dan ada juga yang dibuat jeruk petai . Sehinggkan hari raya pun ada masakan lauk petai. Anak2 dan menantuku pun suka juga lauk petai ni. Berikat-ikat mereka bawa balik kerumah masing2.
Tengok ...lebatnya bunga durian |
Kat dahan yang mencecah tanah pun ada bunga |
Minta2 ...jadi buah lah bunga2 ni. InsyaAllah |
Petai yang aku petik pagi tadi. Matanya besar, bulat dan padat. Alhamdulillah |