Ahad, 28 Ogos 2011

Ramadhan Hampir Berlalu

Alhamdulillah, kita semua berjaya mengharungi Ramadhan dengan cekal dan tabah. Seperti yang pernah aku tulis diawal Ramadhan dan juga seperti yang dijangkakan ramai muslimin dan muslimat patuh kepada amalan berpuasa wajib di bulan Ramadhan. Mungkin akibat tindakan Allah yang membelengu bapak2 syaitan dibulan Ramadhan menyebabkan ramai cenderung untuk mengerjakan ibadat puasa, mengunjungi masjid, bersedekah dan membayar fitrah dan sebagainya. Puasa bukan saja dilakukan oleh orang2 alim yang kuat pegangan agama bahkan orang tak alim, kaki judi, mat rempit hatta mak nyah sekali pun sedikit sebanyak akan berubah dibulan Ramadhan untuk mengerjakan  ibadat puasa. Bukan saja dilakukan oleh orang tua bahkan orang muda dan kanak2 pun berpuasa. Bukan saja dilakukan oleh orang yang sopan, menutup aurat bahkan yang kurang sopan dan yang sentiasa terdedah auratnya pun turut berpuasa. Yang lebih sedih dan amat mendukacita ialah puasa bukan saja dilakukan oleh orang yang tak tinggal sembahyang fardhu bahkan ianya dilakukan juga oleh yang tidak bersembahyang, jarang bersembahyang dan sentiasa melengah2kan sembahyang.  Nanguzubillah,  tahukah mereka yang jenis kedua ini iaitu mereka mempermain2kan agama. Tergulong dikalangan orang2 fasik dan jahil yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga semata2.

Saban hari di bulan Ramadhan, kita diingatkan berkali2 ayat2 Allah melalui tazkirah, ceramah, program tv dan sebagainya yang menyuruh kita berpuasa kerana dengan berpuasa mudah2an kita menjadi orang yang bertakwa. Bertakwa bermaksud takut kepada Allah, sentiasa mengerjakan suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Allah berfirman menggunakan ayat "Laangallakum" yang bermaksud mudah2an kerana Maha Suci Allah amat mengetahui tidak semua orang yang berpuasa akan menjadi orang yang bertakwa. Orang yang jarang sembahyang, kaki judi, rempit, mak nyah, pemalas dan seangkatan dengannya akan kembali ketabiat asal. Hanya orang2 yang takut dan patuh kepada suruhan Allah akan berubah dan menguatkan lagi ketakwaan mereka kepada Allah. Sama juga dengan orang pergi mengerjakan haji dan umrah yang bagitu taat dan alim ditanah suci, sentiasa sembahyang berjumaah, songkok, telekong dan jubah sentiasa terletak dikepala dan badan tetapi apabila kembali ketanahair, songkok, telekong dan jubah tertanggal dengan sendirinya. Benarlah sabda hadis Rasullullah SAW. iaitu tanda2 orang yang mendapat haji mabrur iaitu haji yang diterima amalannya oleh Allah ialah mereka  yang akan berubah dari segi rohani dan jasmaninya apabila selesai mengerjakan haji atau umrah tersebut. Kalau yang bersongkok ditanah suci mereka akan terus bersongkok dikampong mereka. Kalau yang sentiasa mengaji Quraan mereka akan saban hari rasa tak senang duduk kalau tertinggal walaupun sehari tidak membaca Quraan ditempat mereka. Bahkan mereka tidak akan merasa janggal sedikit pun berkenaan perubahan diri mereka ditempat mereka.

Maka dengan berakhirnya Ramadhan ini, diharapkan kita semua menjadi orang yang bertakwa. Tidak rugi kita menjadi orang yang bertakwa dengan melakukan amal kebajikan yang soleh. Kerana apabila meninggalnya sesaorang anak Adam itu ada 3 benda yang mengiringnya ke kubur. Dua benda akan tinggal didunia ini dan hanya satu benda yang akan mengikutnya kealam barzakh. Dua benda yang tinggal ialah harta dan kaum keluarga yang masih hidup. Tidak akan ada seorang saudara yang masih hidup sanggup mengikutnya ke alam barzakh. Yang hanya mengikutnya adalah "Amal kebajikannya yang dilakukan sebagai seorang insan yang bertakwa kepada Allah" untuk menemaninya bagi menerima pembalasan yang dijanjikan Allah SWT.


Aku berbanyak memohon ampun dan maaf sekiranya apa yang aku tulis selama ini dan selepas ini menimbulkan keresahan dan ketidak selesaan pembaca dan pengunjung blog aku ini. Tujuan murniku hanya untuk sentiasa menyedarkan diri aku ini dan juga mungkin dapat memberi peringatan kepada yang sanggup berubah menjadi insan yang bertakwa.  Ianya juga sebagai mana memenuhi tuntutan agama agar sesaorang insan itu adalah bertanggung jawab untuk "Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran".  Sekurang2nya melalui kemajuan teknoloji telekomunikasi ini aku melaksanakan tanggung jawabku sebagai insan untuk melaksanakan "Maal makruf, nahi munkar". Hadis Nabi meriwayatkan iaitu sebanyak mana amalan kebajikan sesaorang jika ia tidak melakukan tanggungjawabnya berdakwah kepada insan lain maka sia-sia lah amal kebajikannya itu.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri ...Maaf zahir dan batin.

Wassalam.