Aku merasa terpanggil untuk menyatakan sesuatu berkenaan hal yang amat heboh diperkatakan kini iaitu isu Murtad.
Media massa heboh memperkatakan berkenaan satu kumpulan NGO yang memainkan peranan dalam memurtadkan orang2 Islam khususnya mereka yang dilihat tidak berkemampuan dan mengalami masalah kehidupan. Ada juga media dan tokoh2 politik tertentu yang menghangatkan suasana mengambil kesempatan menghentam & mengutuk pihak lawan. Mereka adalah gulungan oportunis, lemah keimanan yang tak habis2 mencari kelemahan dan kesalahan orang semata2 untuk menjatuhkan lawan dan menegakkan pula yang mereka dipihak yang baik. Isu yang sebenar dan amat penting disini ialah; Apakah sumbangan mereka untuk mengatasi masalah Murtad ini ?????.
Hakikatnya, Islam itu Syumul dan lengkap. It is a "Way of life." Apa yang tidak ada dalam ajaran Islam?????. Dari cara makan, cara batuk, bersin, buang najis, bersuci, cara bercakap, bergaul dan bermasyarakat, berpakaian, beribadah, perundangan melibatkan Hudud, Qisas dan lain2 lagi semuanya ada dalam ajaran Islam. Bagitulah sempurnanya Islam. Pada agama lain, jangankan kata soal kehidupan, kiblatnya juga bersimpang siur. ada kebarat, ketimur dan macam2. Soal berpakaian menutup aurat....tak payah cerita, lelaki perempuan sama saja. Berjudi, minum arak.....semuanya boleh. Jadi, bagaimana mereka boleh menarik orang Islam untuk mengikut mereka???.
Sebenarnya, Tiang kepada tegaknya Islam ialah Rukunnya.
Bagaimana Islam mengatasi masalah kemiskinan dan kesempatan hidup penganutnya ??????
Jawabnya diwujudkan ZAKAT iaitu Rukun Islam yang keempat. (Masih ingat pengertian Rukun Islam yang aku perkatakan sebelum ini? Sahkah Islam bagi sesaorang yang tidak mengerjakan yang Rukun ?) Setiap orang Islam yang berkemampuan lagi cukup haul dan nisabnya wajib mengeluarkan zakat. Berbagai jenis zakat telah digariskan oleh Islam meliputi zakat pendapatan, simpanan, harta, perniagaan dan lain2 lagi. Kepada siapa wang zakat itu perlu disumbangkan????? Jawabnya :-Kepada 8 hasnaf yang layak menerima termasuk orang miskin, fakir dan sebagainya. Nah.... orang miskin inilah yang mesti kita bantu dengan memberikan wang zakat yang termampu oleh kita.
Pada zaman yang moden ini di wujudkan pula Pusat Zakat di setiap negeri & daerah untuk menguruskan & menyelaraskan kutipan dan pengagihan kepada yang layak menerimanya. Setiap Pusat Zakat ada kakitangan yang dibayar gaji & upah bulanan. Maka timbul beberapa persoalan yang merunsingkan aku diantaranya :-
- Apakah mereka ini terlepas pandang akan orang2 yang memerlukan bantuan zakat?
- Mereka turun padang atau tidak untuk meninjau kehidupan masyarakat?
- Mereka berurus atau tidak dengan Ketua Kampung, Penghulu, Pemimpin Masyarakat untuk mengetahui berkenaan fakir miskin yang terdapat di kampung tersebut?
- Ada tak mereka iklan di media massa, akhbar, masjid, pejabat dan sebagainya untuk memberitahu fakir, miskin supaya menghubungi Pusat Zakat?
- Adakah mereka hanya aktif dalam hal mengutip saja?
- Adakah ada tangan2 ghaib yang mengarahkan perjalanan pengurusan zakat?
- Adakah...... adakah.... adakah....terlalu banyak yang boleh aku senaraikan persoalan ini..
Anihnya jumlah kutipan zakat setiap tahun bagi setiap negeri semakin meningkat. Bagi tahun 2010 sahaja, Selangor mencatatkan kutipan sebanyak 336.8 juta ringgit, Pahang dan Kelantan masing2 pada jumlah 70 juta ringgit. Semuanya berpuluh juta.. Kemana agihan wang kutipan ini disalurkan? Kenapa masih ada orang yang merempat melarat menagih simpati dari pihak lain? Persoalan inilah yang perlu kita bincang dan fikirkan.
Aku terfikir, dengan wang kutipan zakat yang banyak itu PASTI kita akan dapat menarik bukan Islam yang tidak berkemampuan untuk diberi bantuan dan pastinya mereka akan tertarik dengan keperihatinan ajaran Islam.
Bukankah Muallaf juga merupakan salah satu asnaf yang layak menerima wang zakat????
Padaku tak perlu kita mengutuk tindakan NGO tersebut. Lihatlah kepada diri kita sendiri. Perbaiki lah kelemahan kita sendiri. Hadis rasul ada menyebut : Sekiranya sesebuah organisasi, pertubuhan hatta sesebuah negara sekalipun jika dipimpin oleh mereka yang bukan ahli (lemah dari pengetahuan keIslamanya) maka akan tibalah saat kehancurannya.
Sesungguhnya jauhilah dari perkara terkutuk "Murtad" itu dan hayatilah Firman Allah SWT. ini.
"Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya." [al-Baqarah 2:217]
Wassalam.