Ahad, 31 Julai 2011

Alhamdulillah, Ramadhan yang dinanti-nantikan kini menjelma.



Terlebih dahulu, setinggi2 kesyukuran ku panjatkan kehadrat Allah SWT. kerana aku masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dibumi ini dan diberi peluang sekali lagi untuk menikmati dan merasai kesyahduan Ramadhan pada tahun ini.

Puasa merupakan salah satu dari 5 prinsip yang membentuk Rukun Islam. Seperti yang semua orang tahu, Empat lagi prinsipnya ialah Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Sembahyang Fardhu 5 Waktu, Mengeluarkan Zakat dan Mengerjakan Haji sekiranya ada kemampuan.

Untuk memahami pengertian "RUKUN" padaku adalah amat mudah. Contohnya prinsip "Rukun Negara" ada 5. Sekiranya sesaorang warganegara tidak mematuhi walaupun salah satu dari prinsip rukun negera seperti "Tidak Patuh kepada Kedaulatan Undang2" maka warganegara itu tidak layak & tidak sah untuk menjadi warganegara ini dan mesti dihukum.

Satu lagi contoh untuk mudah difaham iaitu dengan merujuk kepada Rukun Sembahyang yang ada 13 perkara atau prinsip. Sekiranya sesaorang tidak mengamalkan walaupun satu prinsip rukun sembahyang seperti tidak Berniat, atau tidak melakukan Takbiratul Ihram atau Tidak Rukuk, Iktidal dan sebagainya maka sembahyang sesaorang itu TIDAK SAH.

Maka Rukun Islam pun sama. Hukum bagi "Rukun" ialah samaada Sah atau Tidak Sah, itu saja. Tidak SAH Islam sesaorang yang tidak mengamalkan kesemua rukun Islam yang lima itu. Maka tidak hairanlah apabila tiba Puasa Ramadhan semua orang Islam akan mengamalkannya kerana ia adalah salah satu dari prinsip Rukun Islam. Semua orang akan mengambil berat akan Puasa Ramadhan. Si ibu atau Si Ayah akan memujuk anak2nya untuk berpuasa atau belajar berpuasa. Si Suami atau Si Bapa akan terlentuk letih namun terus mengamalkan Puasa. Pihak Berkuasa Tempatan membuat pengumuman akan menggunakan Van Jenazah untuk membawa orang yang ditangkap tidak berpuasa. Bahkan ada Jabatan atau Syarikat yang memendekkan waktu kerja di waktu petang untuk memudahkan kakitangan balik awal kerana mengerjakan ibadah puasa. Facebook dan SMS penuh dengan ucapan dan kata2 aluan mengungkapi Ramadhan. Bagitulah juga setiap diantara kita pulak akan menjaga Pertuturan & Tindakan masing2 kerana takut2 Puasanya terbatal.  Sungguh telitinya kita dilatih sejak kecil untuk berpuasa.

Kenapa jadi bagitu???.  Sebenarnya ianya bermula apabila orang kita nak menunjukkan hormat kepada Orang Putih dizaman pra merdeka. Orang kita bersungguh2 memberitahu British bahawa orang Islam wajib berpuasa sebulan sekali dalam setahun. Semua aktiviti harus dikurangkan. Kerja menoreh, perlombongan dan bertani harus dikurangkan. Selepas genap berpuasa maka kita pun berayalah dengan meriahnya. Suasana kemeriahan pun dipamerkan dengan jelas seperti bertukar kuih, mengunjungi masjid dan sebagainya. Hakikatnya, orang Melayu mana ada satu hari kebesaran pun untuk bangsa sendiri. Tak seperti orang Cina ada Kong Hee Fat Choy, Hindu ada Depavali, Dayak, Iban dengan Gawai, Semah, bahkan orang Asli pun ada seperti Sewang dan sebagainya. Melayu hanya mengambil perayaan Islam untuk diraikan. Sebab itulah apabila kita sambut hari raya melebihi sambutan orang2 Islam dinegara2 lain. Orang Arab pun hairan melihatkan meriahnya kita menyambut Puasa & Hari Raya.

Sambutan Puasa yang bagitu hebat itu hampir2 menenggelamkan ibadat Fardhu lain yang terbentuk dalam Rukun Islam. Bagaimana pula dengan Sembahyang Fardhu 5 waktu sehari semalam?.  Sembahyang fardu ini berada didalam kedudukan ke 2 dalam susunan prinsip Rukun Islam. Bahkan sesiapa yang mengerjakan sembahyang pasti akan Mengucap 2 kalimah Syahadah melalui bacaan Tahayat Awal dan Akhir.  Persoalannya disini ialah :- Adakah kita mengambil berat akan Sembahyang Fardhu?. Adakah anak2 dilatih dan disuruh Sembahyang setiap waktu?. Adakah kita juga patuh mengerjakan Sembahyang Fardhu menepati waktunya?. Adakah Jabatan Agama menyediakan Van Jenazah untuk menggangkut beribu orang Islam yang sedang membeli belah ketika Sembahyang Fardhu Jumaat dilakukan???????????????. Sah kah Islam kita atau keluarga kita yang tidak mengerjakan Sembahyang Fardhu ini????.

Kadang-kadang terasa hairan juga melihatkan bagitu ramai orang yang taat dan setia mengunjungi dan memenuhi Masjid dimalam hari untuk bersembahyang Tarawih. Bahkan ada yang sanggup bertikam lidah mempertikaikan jumlah rakaat samaada 8 atau 20 sedangkan hukum Sembahyang Tarawih hanya SUNAT Muaakad sahaja.

Penekanan terhadap Puasa pada pendapat aku bermula sejak lama dahulu yang membuatkan pengamalannya menjadi sebati dalam kehidupan sesaorang. Namun sejak akhir2 ini pengamalan berpuasa semakin luntur dan tidak sekuat dahulu. Aku masih ingat semasa kecil walaupun hidup dalam kemiskinan, nenek aku masih mampu membuat kuih untuk berbuka puasa pada kadar yang banyak. Tugas ku pada ketika itu adalah menghantar sepiring kuih kesetiap rumah jiran yang berhampiran pada setiap petang. Jarak rumah pula agak jauh dan adakalanya berselisih dengan kawan2ku yang membawa kuih dari rumahnya. Tetapi kini walaupun tinggal dirumah teres bahkan di apartment namun  penghantaran kuih hampir tidak lagi dilakukan secara aktif. Hanya kadang2 saja dilakukan. Masing2 membawa diri masing2. Semangat kejiranan semakin luntur.

Walau apapun, Ayuh.....Berubahlah kita untuk menjadi seorang Islam yang sejati. Tahu ibadat mana yang mesti didahului dan dilakukan dengan tekun mengikut "priority" supaya tidak tergelincir akidah. Dan yang paling pentingnya kekal sebagai seorang Islam yang sah keIslamannya  dan bukan kekal menjadi Islam keturunan atau Warisan semata2. Nanguzubillah Min zalik.

Selamat  Berpuasa disamping tekun mengerjakan ibadah fardu yang lain.

Wassalam.