Apa aku nak buat dengan jering yang banyak ni. Itu baru aku petik sebahagian dari sebatang pokok. Banyak lagi yang belum di petik. Sepokok lagi tak usik langsung.
Aku kena tunggu orang rumah ku balik dari KL hari Jumaat nie. Aku kena akui walaupun aku biasa mengetuai satu wilayah pasukan pemasaran namun aku mahir dari teori dan mengarah saja. Secara pemasaran physical aku masih lemah.
Isteriku yang mahir pasal jualan nie. Musim lepas ketika semua 25 pokok rambutan ku berbuah, aku jadi panik dan tak tau nak pasar kat mana. Yang aku tahu pergi Pejabat FAMA dan kakitangan FAMA pun macam aku juga suruh aku bawa rambutan ke Pejabat mereka dan mereka hanya boleh beli pada kadar 60 sen sekilo saja. Aku bertanya penjaja2 buah tepi jalan tapi semua kata buah terlalu banyak dan tak laku.
Tapi strategi isteriku lain, beliau pergi sendiri ke kedai runcit persendirian dan munjual secara borong pada harga RM1.20 sekilo. Ada juga beliau packing dalam 2 kilo sekampit plastik dan meletakkan kekedai2 runcit di sekitar Permatang Badak dan Sg. Isap. Beliau call caterer2 berhampiran dan offer RM1/kilo untuk jamuan kenduri. Laku rupanya... beribu ringgit juga lah dapat. Durian pula macam goreng pisang sebab beliau call kawan2nya dan dijual RM10 untuk 5 biji. Apa lagi buah tak balik lagi pesanan dah banyak menunggu.
Jadi aku kena tunggu dia juga ni untuk nak jual jering yang banyak tu..