Aku mula mendaftarkan diri untuk menjadi Pelajar Darussyifa' pada bulan February 2012. Kelas pertama bermula dengan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' pada 7hb October 2012. Dari saat ini bermulalah sesei pembelajaran secara intensif yang diajar sendiri oleh Tuan Guru dan Penceramah2 hebat datang dari Darussyifa' Pusat bertempat di Kolej Islam Kuantan.
Sesei pelajaran yang diadakan 2 minggu sekali bagi sesei sepanjang hari bermula dari 8.30pagi hingga 5 petang amat memerlukan komitment yang tinggi. Tidak hairanlah hanya tinggal 94 orang dari lebih 100 yang mendaftar berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh selama 1 tahun setengah. Sistem pembelajaran adalah melalui Talaqi dan Tasmiq. Talaqi bermaksud pengajian disampaikan secara berhadapan dengan Guru dan diperturunkan ilmu pengajian pada setiap sesei. Tasmiq pula ialah Ujian lisan secara berhadapan seorang demi seorang dengan Guru bagi membaca segala hapalan Ayat2 AlQuraan & Doa yang telah dipelajari. Ada 3 Tasmiq atau tahap ujian yang mesti dilalui serta satu ujian praktikal melibatkan rawatan dan penggunaan herba.
Pembelajaran Ilmu Pengubatan Islam ini merupakan fardu Kifayah bagi Umat Islam. Setiap apa yang dipelajari tidak menjadi rahsia bahkan mesti disampaikan pula kepada orang2 lain. Diatas dasar inilah aku akan membuka satu ruang atau halaman khas yang aku namakan Pengubatan Islam Darussyifa' yang melibatkan aku sebagai perawat. Aku akan perjelaskan ayat2 yang aku baca dalam melakukan proses pengubatan yang telah aku alami.
Walaupun sebelum ini aku belum mendapat ijazah tetapi oleh kerana ada Qariah setempat yang mengetahui perihal pembelajaran aku maka mereka telah mendapatkan khidmat aku bagi mengatasi masalah yang mereka hadapi. Sebanyak 22 kes rawatan telah aku lakukan. Aku akan menceritakan satu persatu pengalaman aku dalam menjalani sesei rawatan khususnya di ruangan Pengubatan Islam Darussyifa' dalam Blog Dusun Ku ini. InsyaAllah.
Sedang Menunggu dalam Majlis Pengijazahan |