Semalam aku bermimpi bertemu dan bercakap dengan arwah Ibuku. Memang aku teringin sangat untuk bermimpi bertemu dengannya. Sejak beliau meninggal dunia di Mekah pada 16/11/2011, Tak Pernah sekali pun aku bermimpi bertemu dengannya. Aku ada bermimpi bertemu dengan orang lain yang meninggal dunia. Contohnya aku bermimpi bertemu Arwah Cik Gu M seorang jemaah Masjid Lama Pmtg Badak kira2 dalam sebulan selepas beliau meninggal dunia. Pertemuan berlaku di Masjid Lama iaitu ketika Solat Jemaah (Tak ingat Maghrib atau Isyak) iaitu ketika para Jemaah sedang membetulkan saf sembahyang aku lihat Arwah Che Gu M dengan berpakaian serba putih berjalan, dengan muka yang bersih dan tenang beliau memasuki saf sembahyang untuk bersembahyang berjemaah. Arwah ini seorang yang kuat agama, sentiasa mengerjakan solat lebih2 lagi Solat Berjemaah di Masjid.
Kemudian selepas selang 2 bulan Arwah Ayah tiriku meninggal dunia, aku bermimpi pula bertemu dengannya disatu tempat yang aku tak pasti dimana. Arwah kelihatan berwajah sedih dan sugul seolah2 sedang menghadapi masalah. Beliau hanya merenung tajam kepada ku tanpa berkelip matanya dan tanpa berkata2. Pada sebelah pagi keesokan harinya iaitu sebelum subuh aku bersembahyang hajat khusus supaya Rohnya berada dalam keadaan tenang. Pada mulanya aku ingin menghubungi abang dan adik2 ku supaya mereka turut mendoakan kesejahteraan roh arwah namun aku terlupa dan teringat kembali setelah aku bermimpi bertemu arwah ibuku malam tadi.
Tempat bermimpi malam tadi berlaku disebuah rumah kayu yang aku tak tahu dimana. Arwah Ibuku memakai baju kurung biasa, bertudung dan wajahnya berseri sekali. Beliau kelihatan muda dalam lengkongan umur 50 tahun jauh lebih muda dari umur terakhirnya iaitu sekitar 70 tahun. Beliau bertanya kepada aku samaada Abang aku ada menjemput aku ke kenduri Doa Selamat dirumah nya baru2 ini. Aku kata ada, tapi tak dapat hadir kerana aku menghadiri kenduri dirumah anakku di Shah Alam sehari sebelum itu. Aku pun bertanya pada Arwah samaada dia pergi atau tidak. Jawabnya dia pergi pada waktu malam. Tapi katanya tak ramai orang datang dan dia kata dia ada nampak Ayah Ku sedang makan ketika itu. Lalu dia bertanya lagi kepada aku iaitu bila aku hendak pergi ke Mekah?. Aku jawab InsyaAllah akan pergi juga selepas ini. Selepas itu katanya beliau nak balik ke Mekah. Disaat itu baru aku sedar yang aku sedang bermimpi dengan dia yang sudah meninggal dunia. Mimpi berakhir disitu. Ketika aku bermimpi sedang bercakap2 dengan Arwah Ibu, Arwah Ayah Tiriku ada ditempat tersebut tetapi beliau duduk agak jauh sedikit dan hanya memerhati dengan tenungan tajam sahaja, tanpa sebarang bicara.
Tengahari tadi aku menalipon Abang Ku bertanyakan beliau samaada kenduri doa selamat dirumahnya itu disertai dengan tahlil untuk Arwah atau tidak. Abang ku menjelaskan bahawa semuanya termasuk sekali dan sebenarnya kenduri dilakukan diwaktu tengahari hingga kepetang. Katanya hampir beratus orang datang kekendurinya. Tetapi memang benar katanya yang Ayah Ku hanya datang selepas waktu maghrib dan hanya ada beberapa orang saudara saja yang ada ketika itu.
Jadi benarlah apa yang dicakapkan melalui mimpi dengan arwah ibuku malam tadi. Semua perbualannya dengan aku benar belaka. Aku amat berharap agar dapat bermimpi bertemunya lagi selepas ini.
Wassalam.