Walau bagaimanapun disuatu ketika Lynas menghadapi masalah dari segi pembiyaan projek di Gebeng dan pembinaan terhenti agak lama juga. Pertengahan tahun 2009, kabarnya Negara Cina telah bersetuju untuk membiayai projek Lynas di Malaysia. Micheal Chan memberitahu yang beliau kemudiannya telah menamatkan perkhidmatan dengan Lynas dan kembali menetap di Australia. Orang baru dan consultant yang dilantik mengambil alih projek pembinaan di Gebeng. Aku pula bersara pada pertengahan tahun 2010.
Namun, pada pendapat aku, untuk memprotes Lynas pada peringkat ini adalah kurang bijak. Ia sepatutnya dibantah pada peringkat awal pembinaan iaitu sekitar tahun 2008. Mungkin diperingkat teknikal, orang memprotes kerana mungkin terdapatnya bahan radioaktif pada "rare earth" apabila melalui proses "cracking" dan inilah isu yang Lynas menafikan bahawa tiada lebihan radioaktif melebihi tahap selamat yang akan diprosesnya.
Akan tetapi bagiku sebagai penduduk Kuantan, kita sepatutnya memprotes bagaimana dan dimana sisa bahan buangan tanah (rare earth residue) yang akan dibuangkan oleh Lynas selepas memprosesnya. Ini ialah kerana sisa bahan buangan tanah ini telah hilang semua ingradient nya dan jika ia dibuang di kawasan Kuantan, mungkin akan meneutralise kan tanah yang ada di persekitaran yang akan menyebabkan tanah persekitaran tidak lagi subur. Pokok2 akan berkurangan dan eqo system akan terganggu. Secara tidak langsung akan melibatkan sistem penafasan dan kehidupan manusia. Khususnya disini kesannya akan merosakkan alam sekitar.
Apakah kerana inginkan hasil pelaburan perusahaan kita sanggup bertolak ansur dengan mengorbankan suasana alam persekitaran yang sihat?????.
Bukan soalan politik tu...Tapi nak hidup lama dan sihat..... aku turut memprotesnya..
Gambar yang aku ambil sendiri dikawasan sebelah kiri Padang MPK4 |
Petikan Gambar dari Malaysiakini (Dari kawasan hadapan Padang MPK4) |
Gambar yang aku ambil dari kawasan tengah padang MPK4 |