Isnin, 31 Disember 2012

Lim Keng Yaik (LKY) yang aku kenali

Minggu lepas, sepatutnya ada benda yang aku nak tulis pasal mendiang LKY tetapi terlupa pulak. Hari nie, ada masa sikit sebab hujan masih lebat diluar jadi aku pun ada nak tulis sesuatu yang baik yang boleh dikongsikan bersama.

Sekitar tahun 2000, aku bekerja di Central Region dan ber Ibu Pejabat di tingkat 12 di Dayabumi. Selepas waktu pejabat dalam jam 6 - 7 petang, aku turun menggunakan lift umum yang disediakan. Banyak kali aku teserempak dan turun sekali bersama LKY yang officenya mungkin di Tingkat 13 keatas. (Pada masa itu LKY baru bergelar Datuk Seri) .  Datuk Seri LKY ini peramah dan tidak sombong orangnya. Pertama kali aku jumpa dalam lift, aku agak terkejut kerana aku tak sangka yang Datuk Seri LKY berpejabat di Dayabumi. Apalagi, sepatutnya beliau naik atau turun menggunakan Lift Khas untuk VIP. Tetapi Datuk Seri LKY tidak. Beliau menggunakan Lift umum.

Bila kali pertama terserempak dalam Lift, aku agak serba salah dan cuba untuk berdiri disebelah tepi. Tak ramai dalam Lift itu. Seingat aku ada 2 orang pegawai Melayu dengan pakaian formal Coat dan bertali leher mengiringi Datuk Seri yang lazimnya memakai Bush Jacket.  Selepas pintu lift ditutup untuk turun, aku dengar suara serak garau menegur. "Encik kerja mana?" rupanya Datuk Seri menegur aku. "Saya kerja di Petronas, Datuk Seri," jawab aku. "Ohh...itu Petronas banyak kaya" kata Datuk Seri. Aku pun jawab spontan, "Memang Petronas kaya Datuk Seri, tapi pekerjanya biasa saja" . "Awak kerja bahagian apa" ramah pula Datuk Seri ini bertanya. "Marketing, Datuk Seri" jawab aku. Ada lagi beberapa perbualan yang kami bualkan sehingga lift terbuka. "Saya jalan dulu" katanya selepas aku masih tidak begerak didalam Lift yang berhenti ditingkat bawah.

Itu bukan kali pertama aku terserempak dengannya dalam Lift bahkan berlaku lagi beberapa kali selepas itu. Mungkin kerana aku dah biasa keluar lewat dari office sekitar jam 6.30 petang setiap hari. Perjumpaan seterusnya membuatkan aku berani menegurnya sebelum beliau menegur aku. Dan memang dia ingat akan aku. Contohnya dalam satu perbualan, beliau tanya aku "Kenapa Encik selalu balik lewat". Aku jawab "Saya sudah biasa Datuk Seri, kerja penting mesti  selesai sebelum saya balik".  "Aiyya saya punya office ....orang rebut2 mahu turun bila office time sudah habis". Itu adalah diantara beberapa perbualan aku dengan Datuk Seri LKY apabila berjumpa dengannya dalam Lift.

Apa kebaikan yang aku nak ceritakan berkenaan LKY ini ialah beliau seorang yang Tidak Sombong. Mulut dan mukanya sentiasa tersengeh walaupun mungkin ada banyak masalah kementerian atau partinya sedang bersarang dikepalanya. Tidak seperti Menteri2 Melayu yang lain yang pernah aku temui. Contohnya, ketika dalam flight dari Abu Dhabi ke Malaysia, aku duduk di Business Class yang dibiayai oleh Petronas kerana ia adalah International Flight dan perjalanan urusan kerja yang agak jauh. Disekililing seat yang aku duduk ada ramai Pegawai2 Kerajaan yang diketuai oleh seorang Menteri Besar sebuah negeri Antah Berantah (Kini beliau tidak lagi jadi Menteri Besar kerana tak mendapat perkenan Sultan) yang duduk disebelah seat yang aku duduk. Oleh kerana masa perjalanan dalam 8 jam lebih, jadi tak dapat tidak aku pun menegur Menteri tersebut. "Assalamualaikum Datuk", kata aku. "Datuk dari mana???.  Yang aku dengar dia jawab "Salam..... rombongan lawat Middle East".  Mendengar cara dia bercakap, aku rasa serba salah nak bertanya lagi.. takutkan beliau sedang memikirkan untuk menyelesaikan masalah besar atau beliau memang tak suka diganggu. Apatah lagi, tidak ada seorang pun dalam rombongannya yang bercakap2. Semuanya kelihatan serius, sibuk membaca akhbar atau menulis dalam buku catitan dan ada yang buka laptop ada yang asyik order makan dan ada yang makan tak berhenti2.

Perbualan terhenti disitu saja. Aku pun buat hal sendiri...buka laptop main game "Zuma" yang aku gemari dan mengambil masa berjam2 untuk habis dari Game 1 hingga tamat di Game 13. Sampai Transit di Bangkok, rombongan itu pun turun. Sepatah kata pun tak diucapnya. Tapi aku rasa lega. Aku tak dapat bayangkan jika secara kebetulan dalam Flight tersebut ada Datuk Seri LKY. Mungkin habis ceritanya dari usia muda hingga dewasa dikhabarkan kepada aku. Tapi sikap Sombong ini memang dimurkai Allah. Ditakdirkan dalam pilihanraya tahun 2008, walaupun bekas Menteri Besar itu menang di DUN tapi Sultan tak memperkenankan beliau menjadi Menteri Besar untuk sepenggal lagi. Semasa kempen, beliau telah berjanji kepada rakyat negeri Antah Berantahnya yang mereka akan melihat sesuatu pembangunan yang tak dapat dibayangkan oleh fikiran dan pancaindera jika sekiranya parti nya menang dalam pilihanraya tahun 2008 itu. Keputusannya, memang partinya menang tetapi beliau terlepas jawatan MB. Tetapi, kuasa Allah mengatasi segala2nya, janji yang beliau ucapkan semasa kempen iaitu sesuatu yang tak dapat dibayangkan oleh fikiran dan pancaindera BENAR-BENAR berlaku. Stadium yang dibina semasa pemerintahanya runtuh, Masjid pun runtuh, Hospital, Bangunan Pejabat dan Kolam Renang retak dan bocor.

Tapi, puak2 jenis nie buat sardin saja.. lantaklah nak jadi apapun...mungkin kulit mereka tebal.....tak merasa malu langsung..Sesetengah orang mungkin merasa malu apabila ada projek mereka yang gagal. Kalau dinegara luar seperti Eropah, Jepun dan juga seperti Thailand yang dekat dengan kita, mereka yang seperti ini akan bersara dan meletak jawatan. Ini tidak, masih..ke hulu ke hilir kempen lagi  untuk dipilih semula.. mungkin pada mereka, hulur sikit kat rakyat ....pasti rakyat akan pangkahnya lagi. Khabarnya, dalam PRU13 nanti bekas MB nie terpilih lagi untuk calun di Parlimen pulak tu...Apa lagi aku pasti rakyat tempatnya akan memilih beliau lagi kerana ada pegangan yang kuat pada "Dulu, Kini dan Selamanya...."  biarkan...biarkan...biarkan.