Oleh kerana semalam hujan lebat dan kebetulan pula ada pelanggan untuk RN Homestay jadi aku tak ke Dusun. Pagi ini aku sempat ke Dusun dan memetik Rambutan gading seperti gambar dibawah. 2 Peraih Buah datang kerumah dan memborong semua buah yang aku bawa balik tuu.
Secara kebetulan juga aku bernasib baik kerana iklan yang aku muatkan di Mudah.com tak jadi disiarkan kerana masalah teknikal. Kalau ianya disiarkan mungkin aku akan jadi lebih sibuk.
Aku rasa cukup dengan 2 peraih yang ada untuk membeli hasil rambutan dari Dusun Ku.
Wassalam.
Yang sempat aku petik pagi tadi. |