Isnin, 24 September 2018

Buah Terakhir Musim Ini.

Alhamdulillah!!! Hari ini adalah hari buah Durian terakhir gugur untuk musim ini. Ia merupakan satu sejarah baru dimana musim ini adalah musim Durian yg paling lama sepanjang aku mengusahakan Dusun Ku (dalam 10 tahun) dan ia juga merupakan musim yg paling produktif. Ia mula gugur pada 24hb. June dan berakhir pada hari ini 24hb September 2018. 
Walau bagaimanapun ada juga beberapa pokok yg mula mengeluarkan putik2 baru. Aku akan upload kan perkembangannya nanti. Syukur Alhamdulillah dan syabas kepada Fastgrow yg banyak membantu. Untuk rekod, aku mula menggunakan baja Fastgrow bermula musim ini. Sebelumnya, berbagai jenis baja digunakan.