Ahad, 9 September 2018

Buah Kandis

Pagi nie aku pergi ke Dusun jauh di Kg Kolek, Jalan Sg. Lembing. Hampir 3 bulan aku tak datang kesini kerana menguruskan hasil buah di Dusun yg satu lagi.
Kenal tak buah apa tuu??? Orang sekarang mungkin tak tahu. Ia adalah buah kandis yg hampir sama dgn buah gelugur yg orang buat Asam Keping. Aku biasa tengok nenek aku buat asam keping masa kocik2 dulu. Cara membuatnya juga mudah iaitu dipotong nipis, basuh dan jemur di panas matahari. 3 atau 4 hari ia akan bertukar colour kepada coklat tua dan sudah boleh digunakan atau dijual.
Agak2 berapa harga sekilo asam keping sekarang yaaa.. RM25/kg ...bang. Kebetulan pokok kandis aku ini berbuah terlalu lebat... Apa lagi......Asal jadi duit Bang.