Malam tadi, anak sulong aku membuat surprise dengan menganjurkan sambutan tarikh lahirku di salah sebuah hotel terkenal di Kuantan. Tahun lepas, anak2 aku di perantauan menganjurkan sambutan yang sama di rumah kami di P. Jaya. Tahun2 sebelumnya pun mereka sentiasa menganjurkan sambutan yang sama. Terima kasih kepada semua anak2 & menantu, saudara mara dan kenalan yang memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran aku ini. Aku juga berdoa semoga kalian juga sentiasa dilimpahkan rezeki oleh Allah SWT serta merahmati & memberkati kehidupan kalian.
Sebenarnya, aku hanya tahu orang menyambut sambutan Hari Lahir ini apabila usia aku meningkat remaja iaitu ketika umurku dalam 18 tahun. Betapa kolotnya aku kalau direnungkan kembali. Mungkin juga aku orang susah ketika itu yang tidak dijemput atau dihiraukan masyarakat sekeliling ketika membuat sambutan hari lahir untuk anak2 mereka. Sementelahan, aku sendiri tidak tahu bahawa tarikh lahir disambut orang setiap tahun. Aku hanya menyedari Hari Lahir disambut orang ketika aku tinggal di Asrama ITM bersama kawan2. Ketika itulah apabila ada rakan2 yang mendapat kunjungan keluarga mereka mengadakan sambutan ala kadar di Asrama dan aku dijemput serta. Namun aku tidak pernah juga menyambut hari tarikh lahir aku secara formal sehinggalah selepas anak2 aku mula bekerja dan secara besar2an apabila aku mula bersara.
Tetapi, aku tidak pernah lupa menganjurkan sambutan Hari Lahir untuk isteriku. Kalau dimasa aku susah dulu paling kurang aku membeli kek dihari lahirnya. Untuk anak2 pula, aku tak pernah lupa membuat sambutan Hari lahir untuk mereka sejak dari tahun pertama usia mereka sehinggalah apabila mereka mula belajar dan menetap diasrama. Bagitulah aku merasakan betapa pentingnya tarikh Keramat bagi kehidupan sesaorang itu mesti dingati & diraikan. Bahkan, apabila aku menjawat jawatan sebagai Pengurus Wilayah merangkap Manager Incharge bagi Eastern Region suatu ketika dulu, dengan kuasa yang ada pada aku ketika itu, aku menganjurkan Sambutan Hari Ulang Tahun untuk kakitangan pada setiap bulan. Maksudnya, beberapa orang staf yang secara kebetulan Hari lahir mereka dalam bulan yang sama akan diraikan serentak pada suatu majlis bulanan khusus untuk meraikan sambutan ulang tahun kakitangan berkenaan. Bukan saja kek hari lahir yang akan mereka potong bersama bahkan mereka juga akan diberi cenderahati kenangan.
Satu pesanan untuk anak2 ku:
Sekiranya kamu mahu anak2 kamu mengingati & menghormati kamu dikemudian hari kelak, mudah saja. Aku telah belajar dari pengalaman pahit dimasa kecil dan berusaha bersungguh2 dalam mengubah situasi buruk yang pernah aku alami dengan benar2 menyayangi kamu sekelian. Walau pun aku dalam kesusahan dulu, apa saja yang kalian perlukan sentiasa aku penuhi. Aku sendiri mendaftar kalian ketika masuk tadika, sekolah rendah, menengah bahkan tak putus2 aku mengunjungi kalian ketika berada diasrama, dipusat pengajian tinggi sahinggakan adakalanya kalian sendiri menyuruh aku kurangkan membuat lawatan keasrama kalian. Ada diantara kalian yang bekerja sementara ketika menunggu keputusan peperiksaan. Siapakah setiap petang atau malam menunggu kamu diluar tempat kerja untuk dijemput pulang????
Jangan memarah, memukul & mencederakan anak2 kamu secara keterlaluan. Sayangi mereka. Mereka anak kecil yang mungkin sedikit nakal tetapi mereka bukan boleh berfikir seperti kamu yang telah dewasa. Terimalah seadanya dan sekali lagi aku berpesan, Sayangilah mereka kerana aku pasti mereka akan menyayangi kamu dikemudian hari kelak.
One for the album
Comelnya cucu nie. Terliur tengok makanan tuuu.