Senarai Blog Utama
Isnin, 24 Oktober 2011
Isnin, 3 Oktober 2011
Sekitar Majlis Perkahwinan Radzi di Kuantan pada 1/10/2011
Alhamdullillah. Majlis Perkahwinan berlangsung dengan meriah sekali. Terima Kasih tak terhingga saya ucapkan kepada semua hadirin yang sudi hadir meraikan perkahwinan Mohammad Radzi. Makanan cukup seperti dijangkakan. Hanya satu jenis lauk yang terpaksa ditambah kerana habis diluar jangkaan. Saya sekeluarga amat berpuashati walaupun majlis terpaksa dilanjutkan sehingga ke jam 6 petang kerana masih ada ketibaan rakan yang datang.
Sahabat Handai
Tak terduga saya iaitu hanya dengan satu kad sahaja yang saya hantar ke Pejabat Petronas Kuantan telah menyebabkan terlalu ramai staf dan keluarga yang hadir. Terima kasih banyak diatas ingatan ikhlas tuan/puan yang sudi hadir.
Kariah Masjid
Pada Majlis Perkahwinan anak2 saya yang lepas hanya jemaah lelaki sahaja yang hadir. Tapi pada kali ini kebanyakan kariah masjid datang bersama keluarga dan anak2. Terima kasih dan terbukti pengesahan saya sebagai sebahagian dari kariah Permatang Badak.
Rakan Niaga Stesen & Dealer Gas Petronas.
Sebenarnya pada majlis ini saya tidak menghantar kad satu pun kepada taukeh stesen Petronas walaupun sekitar Kuantan. Saya hanya menjemput kurang dari 10 orang Dealer Gas kawasan Kuantan hingga Ke Dungun. Tindakan saya ini adalah tidak mahu membebankan tuan/puan yang sedang berniaga apatahlagi saya pun sudah hampir 2 tahun bersara. Namun, Terima Kasih banyak semua dealer yang dijemput hadir bersama keluarga. Bahkan ada dealer yang dari Terengganu dan Stesen Minyak di Temerloh yang mengetahui melalui rakan2 menghubungi saya untuk turut hadir. Dan mereka datang walaupun jauh. Terima kasih kepada anda semua.
Suadara Mara
Buat pertama kalinya dalam majlis perkahwinan anak2 saya, pada kali inilah paling ramai saudara mara yang datang dan terlibat secara langsung dalam majlis perkahwinan Radzi ini. Selain daripada adik beradik isteri yang tinggal sejauh di Manjung, Nilai dan Pasir Mas Kelantan, Kakak isteri yang menetap di Kulim Kedah turut hadir bersama keluarga, anak2 dan menantu. Kesemua 3 Bisan sejauh Johor Bahru, Kelantan dan Terengganu hadir sehari lebih awal bersama keluarga masing2. Oleh kerana rumah saya dan rumah anak penuh dengan keluarga maka Bisan2 ini terpaksa tinggal dibeberapa Homestay yang berdekatan. Bahkan bapa saudara isteri & keluarga yang datang dari Port Dickson terpaksa bermalam di hotel Kuantan. Turut hadir di Majlis ini ialah Abang saya dan isterinya serta adik saya yang tinggal di Putra Jaya hadir bersama suami dan anak2. Terima kasih kepada semua.
Ex Boss Saya
Yang paling tak terduga oleh saya ialah kehadiran Ex Boss saya iaitu Gen. Manager, LPG Business Division, PDB di KLCC turut hadir pada majlis ini. Thank you very much Boss for skipping your precious time by making yourself available at my function. You're forever the "Boss" to me.
Rakan2 pejabat Radzi & Isteri, Rakan anak2 & menantu dan jiran2 terdekat.
Terima kasih banyak diatas kehadiran kalian semua.
Walau bagaimana pun gambar2 yang saya ambil tak berapa banyak kerana terlalu sibuk melayan tetamu. Hanya sekali sekala terluang yang sempat merakamkan beberapa gambar.

Untuk melihat gambar2 seterusnya. Click saja link dibawah :-
https://picasaweb.google.com/110189849322317227106/MajlisKahwinDiKuantanOctober12011#

Cucu2 nakal dengan kerenah mereka |
Persiapan selesai menantikan jam 12 tengahari |
Boss saya GM LPG Business diapit kiri kanan oleh Stokis Dungun dan Dealer K. Terengganu |
Mak Mertua menepung tawar menantu |
Perarakan Pengantin |
Abang Sulong dan Adik turut hadir |

Untuk melihat gambar2 seterusnya. Click saja link dibawah :-
https://picasaweb.google.com/110189849322317227106/MajlisKahwinDiKuantanOctober12011#
Sekitar Majlis Cukur Jambul Adam Harris
Alhamdulillah, Majlis Cukur Jambul Adam Harris berjaya dilaksanakan dengan meriahnya pada sebelah malam 30/9/2011. Lebih daripada 120 orang tetamu termasuk jemaah masjid, saudara mara dan rombongan pengantin turut serta memeriahkan suasana.
Click link dibawah untuk melihat album gambar Cukur Jambul Harris.
https://picasaweb.google.com/110189849322317227106/CukurJambulHarrisSeptember302011#
Harris sedang diarak untuk di cukur jambulnya |
Sebahagian yang hadir dalam rumah manakala yang lain berada dikawasan halaman dan di khemah |
Habis sebahagian rambut Harris di gunting |
Neneknya pun turut sama menggunting |
Sebahagian tetamu sedang menunggu mengambil makanan dikhemah |
https://picasaweb.google.com/110189849322317227106/CukurJambulHarrisSeptember302011#
Langgan:
Catatan (Atom)