Jumaat, 29 Jun 2012

Alhamdulillah. Cucu yang ke 5 Selamat di Lahirkan




Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT dengan pengurnian rezeki dan limpah rahmatNya maka lahirnya cucu yang kelima seorang putera bernama Azfal Daniel.  Cucu ini serta ibunya berada didalam keadaan yang sihat.  Tahniah kepada Along dan Sham. Semoga bertambah lagi keriangan dan kebahagian keluarga. Amin & Wassalam.

Azfal Daniel Lahir jam 8.01 pm 28/06/2012

Rabu, 20 Jun 2012

Takut......

Entah kenapa, generasi muda kini menjadi semakin penakut. Penakut pulak tak bertempat dan terlampau-lampau pulak tuuu. Kanak2 contohnya. Bayangkan ada kanak2 yang takut nak pergi bilik air dalam rumah sendiri. Sedangkan ibubapa dan keluarga ada dalam rumah ketika itu. Masuk bilik nak tidur pun mesti berteman. Ada juga yang mandi kat bilik air walaupun disiang hari tak tutup pintu. Kalau suruh pergi belakang rumah ambil barang lebih2 lagilah takutnya. Nak kata banyak cerita hantu atau seram di TV pada masa kini,  dulu pun sama jugak. Bahkan cerita hantu zaman dulu lebih seram lagi kerana TV masa itu hitam putih. Suasana masa itu masih terdapat hutan2 dan semak samun tak seperti zaman sekarang ada rumah teres, apartmen dan sebagainya. Dengar Tajuk filem pada masa dulu pun sudah menyeramkan. Contohnya Hantu Jerongkong, Pontianak, Puaka, Pelesit, Sundel Bolong dibandingkan dengan Tajuk filem sekarang seperti Jangan Pandang Belakang, Hantu Mak Limah balik Kampong, Karak dan sebagainya.  Tapi kenapa ada perasaan takut sekarang.

Pada aku, cara mendidik anak2 pada masa kini oleh ibubapa atau pihak sekolah perlu diberi perhatian. Dulu ibu bapa atau datok dan nenek khususnya selalu mengingatkan anak2 yang iblis dan syaitan amat takut pada ayat Allah iaitu Al Quraan. Jadi anak2 diajar menghapal sekurang2nya surah 3 Qul untuk dibaca ketika terasa takut pada makluk halus. Kata mereka, makluk halus akan lari lintang pukang apabila dibaca ayat2 Al Quraan. Kanak2 yang besar sikit diajar menghapal ayat Kursi dan sekurang2nya menghapal 9 ayat pertama Surah Yasin. Anak2 juga dipesan dengan mengatakan Takut hanya kepada Allah dan bukan kepada makluk halus yang ternyata tidak sesempurna manusia. Jadi anak2 berasa yakin dengan diri sendiri.  Pendinding diri mereka kuat. Semasa aku kanak2 dulu jika aku dibenarkan menonton TV yang hanya mula bersiaran selepas jam 5 petang hingga larut malam, aku terpaksa mengayuh basikal sejauh 3 km dari rumah untuk menonton TV awam yang disediakan di Pekan Pmtg Sintok. Dirumah tak ada TV. Dalam perjalanan ke pekan aku terpaksa melalui 2 kubur cina dan 2 kubur Islam. Pokok2 besar dan hutan disepanjang jalan. Tidak ada lampu jalan ketika itu. Kenderaan pun amat kurang. Tapi aku boleh mengayuh basikal seorang diri dan pulang hampir tengah malam tanpa rasa takut seperti kanak2 sekarang walaupun baru habis menonton cerita seram.

Bukan hanya takut kerana seram saja. Generasi sekarang juga takut untuk bercakap dan menyuarakan pendapat. Kalau dulu, kanak2 diberi ruang seluas2nya untuk bercakap dan bertanya. Debat atau perbahasan boleh dikatakan dianjurkan setiap bulan di peringkat darjah seterusnya dipilih mewakili sekolah hingga keperingkat negeri dan kebangsaan. Saringan pemilihannya melibatkan semua murid tak macam sekarang pemilihan pedebat dibuat oleh guru dan program perbahasan juga jauh terlalu kurang. Akibatnya generasi sekarang kurang meluahkan pendapat atau bertanya ketika seminar atau mesyuarat diperingkat jabatan, syarikat dan sebagainya. Generasi sekarang lebih banyak meluahkan rasa melalui facebook, twitter yang ditakrifkan sebagai "Silent communication" dan syok sendiri saja. Macam mana nak majukan diri dalam kerjaya dan dikalangan masyarakat kalau ada sikap yang macam tuu?.

Dan yang terlebih teruknya pada masa kini ialah budaya takut secara tak langsung mempengaruhi kehidupan masyarakat. Yang benar tidak dipertahankan malah yang salah diiya atau didiamkan pulak tuuu. Ambil saja isu yang paling mudah iaitu isu Pembaziran. Islam menentang pembaziran yang lahir dari sikap bangga diri, angkuh dan sombong. Contohnya, seorang ternama yang berharta, kayaraya membeli kereta Lamborgini bernilai berjuta ringgit. Pada hal lamborgini itu hanya dipandu sekali sekala saja dan tak boleh dipandu  melebihi had laju kerana undang2 menetapkan bagitu. Tapi demi prestige dan keangkuhan diri dibelinya juga. Seperti biasa, masyarakat sekarang akan memerhatikan saja. Kalau ada pun seorang dua yang berani menegur atas dasar keperhatinan bersesuaian dengan kehendak Islam dan prinsip kesederhanaan, orang yang menegur ini pula pastinya akan dicerca. Akan ada pula dikalangan masyarakat yang menjadi pembela, pembodek pulak tuu. Gulungan ini adalah orang2 yang berkepentingan dan mempunyai agenda udang disebalik batu. Mereka ini akan menuduh orang yang menegur tadi sebagai busybody, suka jaga tepi kain orang, biadap dan sebagainya. Kesimpulannya, masyarakat akan selesa dengan  sikap diam dan takut menyuarakan pandangan. Macam mana bangsa kita nak maju nie kalau asyik takut saja ????.