Mungkin secara kebetulan kita sedang kehilangan sebuah kapal terbang MH370 membuatkan aku ingin menulis pasal kapal terbang.
Aku mula menaiki kapal terbang ketika aku menjawat jawatan Sales Executive di Petronas. Pada masa itu aku sering kali dijadualkan untuk menghadiri mesyuarat di Dayabumi, KL. KLCC pada masa itu sedang dalam pembinaan. Ramai rakan2 terutama Arwah AD akan menaiki kapal terbang setiap kali ada mesyuarat di KL. Aku pula cuba mengelak dan seberapa boleh... drive saja ke KL dari Kuantan.
Apabila Boss bertanya kepada rakan2 aku kenapa aku drive dan tidak menaiki kapal terbang, mereka memberi jawapan yang mungkin aku fobia atau takut ketinggian atau takut naik flight. Sebenarnya aku tak pernah pun berkata bagitu tetapi aku biarkan saja kerana mungkin Boss akan bertanya lebih2 jika aku beri lain2 alasan.
Sebenarnya pada aku, kalau kita hanya perlukan perjalanan dalam semenanjung, Drive lebih baik & selamat dari flight. Domestic Travel by flight tidak menjimatkan masa. Contohnya, kalau flight aku ke KL dari Kuantan jam 9.00 pagi, semestinya aku mesti berada jam 8 pagi di Airport. Flight Journey hanya mengambil masa 40 minit ditambah dengan airport clearance katalah 1 jam, jadi sudah 2 jam masa yang diambil. Dari KLIA ke KL melalui teksi ambil masa dalam 1 jam dan mungkin lebih kalau traffic jam. Keseluruhannya masa yang diambil hampir 4 jam untuk sampai ke destinasi tertentu di KL. Alternative nya aku drive lepas solat subuh, say about 6.30am dan sampai di Gombak LRT station jam 10 pagi paling lewat. Dalam masa 20 minit aku sudah sampai di KLCC. Pada ketika itu kawan2 aku baru tiba di KLIA. Itu perjalanan pergi. Perjalanan balik .....satu hal pulak. Mereka selalunya ambil flight malam jam 9.30 malam ke Kuantan dari KLIA. Aku pula, selepas mesyuarat jam 6 ptg, naik LRT ke Gombak dan terus drive dan akan tiba di Kuantan dalam jam 9.30malam. Sedangkan kawan2 aku baru nak berlepas dari KLIA.
Nak kata penat driving berbanding dengan penat menunggu & naik flight, aku rasa lebih penat menunggu & menaiki flight.
Aspek Keselamatan
Memanglah kata orang, berapa kali accident flight berbanding accident kereta dalam setahun. Tapi pada aku sesuatu yang ada diatas kalau kemalangan habis kesemua. Diatas darat nie masih boleh dielakkan kalau bukan ajal kita dengan berhemah di jalanraya. Masih boleh dijumpai jasad kita untuk dikebumikan. Jadi, kita kena fikir pasal risiko yang bakal ditempuhi. Hidup didunia hanya sekali....gunakan peluang ini untuk hidup lebih lama sebelum kita kealam kekal yang sudah semestinya berbeza dengan alam ini.
Pengalaman Lampau
Jadi, aku banyak drive dari naik flight bila travel di Semenanjung. Lainlah kalau aku keluar negara seperti ke Australia, Sudan, Qatar dan lain2 atas arahan Syarikat maka aku terpaksa mengikutlah sebab dah tak ada alternative lain.
Sesuatu yang tidak akan aku lupakan ialah flight aku ke Sandakan, Sabah suatu ketika dulu. Masa tuu direct flight dari KLIA ke Sandakan dah habis dan terpaksa aku ambil connecting flight KLIA - Kota Kinabalu - Sandakan. Aku masih ingat aku tiba di KK dalam jam 5 petang dan my connecting flight ke Sandakan jam 6.30 petang. Tunggu punya tunggu melepasi hingga jam 7 malam, kami belum menaikki flight sebab cuaca buruk & hujan lebat. Aku lihat seorang Kapten Mat Salleh berjalan mundar mandir memerhati cuaca diluar bilik menunggu. Akhirnya, walaupun hujan masih turun dia berkata "It's OK, we'll make a move...get everybody on board" katanya kepada staf flight. Rupanya connecting flight hanya menggunakan Flight jenis Fokker yang hanya muat untuk bawah 50 orang penumpang.
Aku pun menaiki flight tersebut dan sesuatu yang tak pernah aku alami selama ini ialah flight crew mengatur tempat duduk untuk kami supaya balance. Staf pandang tubuh aku dan arahkan aku duduk sebelah kanan. Kemudian dia tengok penumpang yg hampir sama besar dengan aku disuruh duduk sebelah kiri...bagitulah seterusnya. Akhirnya flight kami berlepas hampir jam 9 malam dalam keadaan hujan masih lebat. Perjalanan flight ......tak payah diceritalah ......sekejap bergegar keatas.....sekejab begegar kebawah ...mungkin mengelakan air pocket atau thick cloud. Kapal terbang pula kecil...goyangan angin bagitu terasa. Aku lihat seorang pun tidak bercakap dalam flight tersebut. Aku memegang kuat seat yang aku duduk walaupun aku tahu sekuat manapun aku pegang .....kalau jatuh hancur berkecai... Akhirnya kami sampai di Sandakan sejam kemudian.
Ohhh....... kalau bukan kerana terpaksa atau tiada alternatif lain .......aku rela tak keluar negara dan baiklah bercuti di semenanjung saja menggunakan kereta atau nak thrill lagi gunakan Jeep. Aku juga biasa menjelajah semenanjung sehingga ke Singapore dan Thailand dengan menunggang Motosikal Besar aku suatu masa dulu. Lebih Thrill dan lasak dari mengambil risiko terbang dan berserah saja pada takdir. Subhanallah...