Alhamdulillah, Kesemua Rumpun Rebung Madu di Dusun Ku amat galak mengeluarkan hasil terutama ketika hujan sudah kembali turun seperti biasa. Setiap kali aku ke Dusun pasti akan membawa pulang beberapa batang Rebung Madu.
Pasaran sebelum ini melalui kedai runcit, restauran dan peniaga pasar malam agak terhad kerana hasil rebung yang semakin bertambah. Aku berbincang dengan isteri dan beliau memberi pendapat supaya aku pergi berjumpa dengan Pengurus sebuah Pasaraya berhampiran untuk cuba memasuki pasaran bagi rebung madu kami. Alhamdulillah, setelah bertemu, Rabung Madu kami diterima. Maka bermulalah era pasaran bagi skala yang agak besar dalam memasarkan Rebung Madu kami.
Kepada sesiapa yang ingin membeli terus "Rebung Madu" Dusun Ku boleh terus menghubungi aku.
Harga jualan di rumah bagi Rebung Madu yang Siap di proses adalah :-
1. Sebungkus RM2.00 sahaja.
2. Sekilogram RM6.00 sahaja
Rebung Madu lebih Segar, lemak & manis daripada Rebung Biasa.
Rebung Madu dan Hasil Lain yang dibawa balik dari Dusun Ku semalam |
Baru Siap Di Proses. Bungkusan Kecil itu RM2.00 Sebungkus di Rumah |