Walaupun semasa kecil2 dulu aku biasa mengambil upah menjaga ternakan kerbau dan lembu tetapi itu hanya sekadar membawa binatang ternakan itu memakan rumput di tepi jalanraya sekitar jam 5 hingga 7 petang saja. Aku dibayar sekitar 20 sen untuk tempoh tersebut apabila aku diminta oleh pemilik binatang ternakan berkenaan untuk membawa keluar binatang ternakan itu.
Kini, aku nampak peluang baru. Hampir semua manusia suka makan ayam. Tetapi, jenis ayam kampung paling digemari ramai. Harga pasarannya pula amat menarik. Aku diberitahu bahawa harga ayam kampung di pasaran pada masa ini sekitar RM18 sekilo. Seekor ayam kampung yang sihat boleh mencecah sehingga 3 kilo seekor.
Aktiviti ini pula hanya sampingan sementelahan pula Dusun Ku masih mempunyai kawasan yang lapang dan sesuai untuk ternakan.
Bermula minggu terakhir bulan lepas aku membina sebuah Reban yang sesuai untuk memulakan ternakan ini. Hanya dalam 3 hari saja sebuah Reban asas siap dibina.
1hb. November 2016, aku mula memasukkan 50 ekor anak Ayam Kampung, 10 ekor Itik Bertelur dan 3 ekor Puyuh Bertelur. Tujuan aku memasukkan itik dan puyuh bertelur adalah kerana aku hanya berminat untuk mendapatkan telur kegunaan sendiri dari membelinya di pasaran.
Setelah seminggu menceburi bidang ini aku sudah nampak bentuk "improvise" yang akan aku lakukan supaya ternakan aku ini boleh ditinggalkan saja dalam seminggu untuk memakan dengan sendiri. Akan aku update kan bentuk improvise itu nanti.
Inilah Reban yg aku bina sendiri di Dusun Ku |
Pandangan dari arah belakang Reban |
Anak ayam, Puyuh dan Itik Telur dah mula tumbuh Kepak Sayap |
Alhamdulillah!!!!! sehingga hari ini semuanya masih hidup dan sihat |